You are on page 1of 4

PROGRAM NILAM

Program NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) merupakan program


sepanjang tahun yang dijalankan di SKBBS mulai 1999. Program ini
merupakan penggabungan dan adunan kesemua aktiviti galakan membaca
yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai . Ia
merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan
berterusan .

PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN


Program Dekad Membaca Kebangsaan merupakan satu program anjuran
Pusat Sumber Sekolah yang bertemakan “Membaca Berkualiti Menjana
Minda Bestari” bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid-
murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, melalui
program ini juga diharapkan dapat memberi galakan kepada murid-murid
agar menghargai bahan bacaan dan memilih bahan bacaan yang berkualiti
untuk kecemerlangan sepanjang hayat mereka.

MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama Program Nilam dan Dekad Membaca Kebangsaan
peringkat sekolah adalah untuk mempelbagaikan aktiviti Galakan Membaca.
Antaranya ialah, murid-murid akan menyertai bacaan selama 10 minit
pada hari Selasa, Rabu dan Khamis di Dewan Seri Gemilang.

OBJEKTIF PROGRAM
i. Menggalakkan murid membaca buku bagi meningkatkan kualiti dan
kuantiti bacaan untuk Program NILAM.
ii. Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang penulisan kreatif.
iii. Memupuk minat murid untuk membudayakan amalan membaca walau
di mana sahaja mereka berada.
Aturcara Majlis Perasmian NIlam dan
Dekad Membaca Kebangsaan peringkat sekolah

7.40 Ucapan alu-aluan


Ucapan GB
Pelancaran gimik
Persembahan murid 6IS
Penyampaian Sijil Terbanyak
Penyampaian Sijil Penghargaan
8.30 Bacaan selama 5 minit
8.35 Pengenalan Ana Muslim
Penampilan khas maskot Ana Muslim
8.45. Pertandingan mewarna Tahap 1(kelas masing-masing)
Kuiz tahap 2 (di dewan)
9.40 Bersurai

Ahli Jawatankuasa

Juruacara
Pengawas Pusat Sumber
Disiplin
Guru Bertugas
Jurugambar
En. Che Zaini bin Che Daud
Dokumentasi
Pn. Noorulatiqah binti Ab Razak
PA Sistem
En. Wan Nor Muhamed Zuhari bin Daud
Buku Program
Pn Nur Raihan bt Mustaffa
LIRIK LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia


Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita


Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM NILAM anugerah NILAM


Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia


Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

You might also like