You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PSS KALI KEDUA 2022/2023

Tarikh : 26 Januari 2023

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Danau Kota

Masa : 1.00 tengah hari

Kehadiran :

1. Pn. Zaimunah Bt. Hj Muhamed (Guru Besar)


2. Pn. Mazziah Bt. Othman (GPK Tadbir dan Kurikulum)
3. Pn. Siti Nurdiana Bt. Ariffin (GPK Kokurikulum)
4. Tn. Hj. Rozlan Bin Mohamed (GPK HEM)
5. Pn. Hani Azlin Bt. Hamdan (GPK Petang)
6. Pn. Wan Nawal Hanim Bt. Jaafar
7. Pn. Nur Asyikin Azzahra Bt. Nor Mohd Hashim
8. Cik Nurul Huda Bt. Khairuzzaman
9. Pn. Nurain Bt. Md Merzuki
10. En. Hafifi Bin Taslin
11. En. Mohd Zamzami Bin Idris
12. En. Mohd Sabri Bin Wagiman
13. Pn. Sarinah Bt. Abdullah
14. En. Othman Bin Sa’at
15. Pn. Naziha Bt. Abdullah
16. En. Mohd Faizul Bin Yusof
17. En. Muhamad Shahir Juwaidi bin Mohamad Shahid
18. Pn. Siti Fatimah Bt. Isnin

Tidak hadir bersebab :

1. Pn. Siti Noorwahida Bt. Haja Mahidin

1.0 Ucapan Aluan Penyelaras

1.1 Penyelaras mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang terlibat terdiri daripada ahli
jawatankuasa induk Pusat Sumber Sekolah. Ucapan dimulakan dengan bacaan doa dan juga bacaan
maklum balas minit mesyuarat jawatankuasa induk kali pertama. Maklum balas minit mesyuarat kali
pertama diterima dengan pembetulan.

Makluman

2.0 AKTIVITI PSS 2022/2023

2.1 Bagi sepanjang tahun 2022, PSS telah mengalami perubahan dan pengubahsuaian. PSS telah
menerima sumbangan sebanyak RM 15,000 daripada Baitulmal untuk projek naik taraf PSS SK. Danau
Kota. Baki wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG.

1
Makluman

3.0 NILAM

3.1 Hadiah utama NILAM akan diberikan kepada pemenang pada Hari Anugerah Cemerlang yang
akan diadakan pada 11 Februari 2023. Manakala hadiah bagi pembaca terbanyak bulan Oktober akan
diberikan kepada pemenang semasa majlis penutup NILAM pada 6 Februari 2023.

Tindakan: Semua ahli jawatankuasa

4.0 GOTONG-ROYONG

4.1 Cadangan tarikh gotong-royong PSS pada 28 Januari 2023 ditunda kerana memberi
laluan kepada mesyuarat guru. Almari kuning yang terdapat didalam Bilik Media akan dibawa
turun oleh pada keesokan hari oleh Cikgu Zamzami.

Makluman

5.0 HAL LAIN-LAIN

5.1 Guru besar mengucapkan tahniah atas kejayaan penyelaras dan juga ahli jawatankuasa atas
perubahan dan pengubahsuaian yang dilaksanakan dalam menceriakan lagi Pusat Sumber Sekolah.
Namun, segala perubahan tersebut harus didokumentasikan untuk laporan.

Makluman

5.2 Guru besar menyatakan bahawa bilangan Pengawas PSS harus ditetapkan sama bagi setiap
aliran. Pencalonan baru Pengawas PSS Tahun 3 bagi sesi 2023/2024 akan dilantik secepat mungkin.
Guru Besar juga mencadangkan agar uniform Pengawas PSS ditukar kepada warna hijau bagi
menyelaraskan pemakaian seragam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta melakukan
pembaharuan di dalam organisasi badan kepimpinan

Tindakan: Penyelaras PSS dan Setiausaha

5.3 Semua Ketua Panitia adalah ahli jawatankuasa PSS. Penyelaras PSS diminta untuk maklumkan
peranan ini supaya mesyuarat selanjutnya akan disertai oleh semua Ketua Panitia.

Makluman

5.4 Guru Besar memaklumkan bahawa permohonan printer Pusat Sumber Sekolah kepada
Jabatan boleh dikemukan kepada Pn. Norlela.

Makluman

5.5 Penyelaras PSS memohon 4 buah meja komputer untuk diletakkan di PSS. Cikgu
Zamzami dan Cikgu Faizul akan membawa meja tersebut yang terletak di bilik makmal
komputer.

Makluman

5.6 Guru Besar menyatakan bahawa meja di PSS yang telah dirobohkan mesti dipakukan
untuk tujuan keselamatan.

Makluman

6.0 Ucapan Penangguhan

2
6.1 Guru Besar meminta kerjasama dari semua pihak agar dapat sama-sama menjayakan semua
program dan aktiviti Pusat Sumber Sekolah pada masa akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan pada 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ ______________________

(NUR ASYIKIN AZZAHRA NOR MOHD HASHIM) (PN. MAZZIAH BT. OTHMAN)
Setiausaha Pusat Sumber Sekolah GPK Pentadbiran dan Kurikulum
SK. Danau Kota SK. Danau Kota

You might also like