You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) KALI KE-5 SEKOLAH KEBANGSAAN(2) TAMAN KERAMAT

TARIKH: 14 JULAI 2011 MASA: HARI: 8.00 MALAM SABTU

TEMPAT: BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SK(2) TAMAN KERAMAT

KEHADIRAN: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Pn. Nor Rosmi Bt. Dzulkafli Tn. Hj. M. Shahar Bin Baharuddin En. Alimin Bin Hasan Pn. Nik Surinawati Bt. Ramli Pn. Azamah Bt. Denan Pn. Hasruzaini Bt. Ab. Razak Pn. Suzanawati Bt. Tambi En. Ahmad Fadzil Bin Ali En. Mohd Zohdee Bin M. Faiz Pn. Rosifah Bt. Jimlin Pn. Nurul Amelia Bt Abdullah Pn. Nurulhuda Bt. Abu Bakar Pn. Nik Fatihah Bt. Nik Mohamed Pn. Khodijah Bt. Arif Pn. Maslina Bt. Safie (Penasihat) (YDP) (Setiausaha) (Bendahari) (AJK Guru) (AJK Guru) (AJK Guru) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa)

TIDAK HADIR(BERSEBAB) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. En. Mahzan Bin Moin En. Yusri Bin Ab. Wahab En. Azizi Bin Alias En. Badlisham Bin Sidi Ahmad En. Mohd Izani Bin Mohamad Pn. Norhayati Bt. Jaafar Cik Zuraida Bt. Ghazali En. Azlifouzulazmy Bin Basri En Maasom Bin Kasnon En Mohd Nizam Bin Ab. Rahman (NYDP) (Naib Setiausaha) (AJK Guru) (AJK Guru) (AJK Guru) (AJK Guru) (AJK Guru) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa) (AJK Ibubapa)

TURUT HADIR 1. Pn. Rosnah Bt Mat Yunos 2. En Rosli bin Ramli AGENDA MESYUARAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kata-kata Aluan Pengerusi (YDP PIBG) Ucapan Penasihat Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas Pengesahan Penyata Kewangan Perkara-perkara berbangkit Bacathon Gotong-Royong Perdana. Hal-hal Lain GPK Kurikulum GPK HEM

1.Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 1.1 1.2 Mesyuarat dimulakan pada pukul 8.15 malam dengan bacaan Ummul Kitab YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan juga Pentadbir Sekolah terutama kepada Guru Besar baru SK(2) Taman Keramat iaitu Puan Nor Rosmi.

2.Ucapan Penasihat(Guru Besar) 2.1 2.2 Ucap terima kasih kepada YDP dan semua AJK yang menghadirkan diri untuk mesyuarat. Ini adalah kali pertama beliau bermesyuarat dengan PIBG dan berharap PIBG dapat membantu setiap program sekolah pada masa akan datang.

3.Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lepas 3.1 3.2 3.3 Setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat kali ke empat. Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Rosifah Bt. Jimlin tetapi dengan sedikit pembetulan. Disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Tindakan: Setiausaha

4. Perkara-perkara Berbangkit. 4.1 4.2 Program Eduria yang ditangguhkan akan dibawa ke dalam Program Bacathon. Penambahan Kosa Kata Bahasa Melayu (untuk Tahun 6) akan diadakan semasa kelas tambahan. Kelas waktu petang untuk Tahun 4 dan Tahun 5 akan dibatalkan dan Ustazah Azamah menjelaskan ianya dibatalkan kerana masa yang terlalu hampir dengan bulan Ramadhan. Guru Besar menjelaskan kawasan sekolah adalah kawasan larangan. Apa-apa aktiviti selepas waktu sekolah adalah perlu mendapat kebenaran PPD Gombak kerana risikonya sangat tinggi dan pihak sekolah perlu bertanggungjawab jika apa-apa terjadi. Semua pemenang bagi Program Nilam bagi Penggal Pertama telah mendapat hadiah masing-masing. Hadiah untuk Penggal Kedua adalah sumbangan dari Syarikat Jusco Aeon. Guru Besar juga menjelaskan bahawa Program Nilam untuk seseorang pelajar akan diteruskan hingga Tingkatan 5. Program Galakan Membaca akan ditingkatkan untuk kebaikan semua murid SK(2) Taman Keramat. Pendaftaran murid untuk Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 perlu ditingkatkan supaya bilangan murid dapat ditambah untuk keselesaan bersama murid-murid dan ibu bapa. Antara cadangan yang dipersetujui adalah membuat flyers untuk diedar kepada Tadika di sekitar Taman Keramat, mengadakan hari terbuka sekolah dan menghasilkan buletin sekolah untuk diedar kepada kumpulan sasaran. Sayur-sayuran peringkat pertama telah dituai dan dibahagi antara AJK ibubapa dan guruguru.

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Tindakan : Makluman

5.Pengesahan Penyata Kewangan 5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan yang berakhir 30 Jun 2011 adalah berjumlah RM 9,702.81 Pn. Maslina Bt. Safie mencadangkan penyata kewangan disahkan dengan sedikit pembetulan Disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. Tindakan : Bendahari

5.2 5.3

6. Perkara-perkara baru. 6.1 Program Bacathon dicadangkan untuk diadakan bermula pada Bulan September hingga November. Segala kertas kerja akan disediakan oleh Setiausaha PIBG. Antara perkara-perkara yang diperlukan oleh program ini adalah Minit Mesyuarat Agong PIBG kali ke 23, Senarai Kehadiran Ibubapa dan Guru serta satu surat daripada Guru Besar yang menyokong program ini. GPK Kurikulum (Pn. Rosnah) memaklumkan bahawa guru-guru akan ditugaskan di kawasan tertentu dan AJK PIBG akan bertugas di Taman Herba dan Taman Sayuran. SMK Taman Keramat juga menjemput 5 orang wakil sekolah dan PIBG untuk majlis Tahlil pada pukul 12 tengahari. Segala sampah sarap yang dikutip hendaklah dilonggokkan di satu tempat dan lori MPAJ akan datang untuk mengutipnya. Tindakan: Setiausaha, Semua guru dan AJK PIBG 8.Hal-hal lain. 8.1 Guru Besar menyatakan bahawa pintu masuk sekolah hanya boleh dimasuki oleh ibu bapa dengan berjalan kaki tanpa kenderaan. Pintu pagar kecil SK Taman Keramat 1 juga boleh digunakan. En. Fadzil Bin Ali (AJK Ibubapa) mencadangkan agar Bilik J-Qaf yang ada sekarang tidak perlu diubah kerana sangat bersesuaian dengan keperluan murid. Sumbangan Kamus Bahasa Inggeris untuk Panatia Bahasa Inggeris daripada Dato Ismail Kijo akan cuba dirujuk oleh Puan Rosnah(GPK Kurikulum) kepada beliau sendiri. Cadangan untuk projek Menara Telekomunikasi dalam kawasan SK(2) Taman Keramat akan cuba diusahakan oleh pihak PIBG dengan pihak-pihak berkenaan.

6.2

6.3

6.4

6.5

8.2

8.3

8.4

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 malam. Mesyuarat akan datang akan dimaklumkan kemudian. Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

................................ (ALIMIN BIN HASAN) Setiausaha PIBG, SK(2) Taman Keramat

.......................................................... (TN HJ M. SHAHAR B. BAHARUDDIN) Penasihat PIBG, SK(2) Taman Keramat

You might also like