You are on page 1of 30

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BERSAMA PENGETUA DAN GURU BESAR


DAERAH PEKAN
BILANGAN 1 TAHUN 2021
______________________________________________________________________

BIL. MESYUARAT : 1 TAHUN 2021


TARIKH : 12 JANUARI 2021 ( SELASA )
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEMINAR,
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PEKAN
(SECARA MICROSOFT TEAMS)
______________________________________________________________________

KEHADIRAN : Nama Seperti di Lampiran

Pegawai Pendidikan Daerah Pekan


Semua Timbalan Pejabat Pendidikan Daerah Pekan
Semua Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pekan
Semua Pengetua Sekolah Menengah Daerah Pekan
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Pekan
Guru Penolong Kanan dan Guru-guru Sekolah Daerah Pekan

PENGERUSI MESYUARAT : Tuan Haji Mohd Razali bin Mustafar, SMP., AMP
Pegawai Pendidikan Daerah Pekan

1. PERUTUSAN PENGERUSI:

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua


yang hadir ke mesyuarat pengurusan tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah
bersama Pengetua dan Guru Besar Daerah Pekan bagi kali pertama
tahun 2021. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn
Haji Mohd Sani bin Mohd Saat.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua


Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru yang hadir secara atas talian
serta semua pegawai dan warga kerja Pejabat Pendidikan Daerah Pekan
ke mesyuarat yang pertama kali diadakan iaitu Mesyuarat Pengurusan
Tertinggi Pejabat Pendidikan Daerah Bersama Pengetua dan Guru Besar
Daerah Pekan Bilangan 1 Tahun 2021.

Makluman

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 1


1.3 Beliau memaklumkan bahawa tahun 2020 merupakan tahun yang amat
mencabar kerana banyak perkara yang dirancang tidak dapat
dilaksanakan dan banyak pula perkara yang tidak dirancang perlu
dilaksanakan dan diambil tindakan segera. Tahniah kepada semua
pentadbiran sekolah, pegawai PPD serta AKP yang terlibat kerana telah
berjaya melaksanakan program-program tersebut walaupun dikekangi
dengan pelbagai masalah dan situasi yang dialami kini.
Makluman

1.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa tahun 2021 pula disambut dengan
masalah dan bencana banjir disamping pendemik Covid-19 yang masih
tinggi. Beliau melahirkan rasa simpati terhadap sekolah-sekolah yang
telah dilanda banjir dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan
sekolah kerana telah bersiap sedia sebagai Pusat Pemindahan
Sementara kepada mangsa-mangsa banjir.
Makluman

1.5 Sebagai persediaan membantu sekolah-sekolah yang dilanda banjir,


program pasca banjir iaitu “Program Warga Pendidikan Pekan Cakna
Banjir” akan dilaksanakan seperti berikut:

1.5.1 Membentuk pasukan untuk membantu dari warga PPD Pekan.


1.5.2 Sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan banjir akan turut sama
membantu.
1.5.3 Jadual pasca banjir akan diedarkan untuk tindakan.
1.5.4 Tiada penglibatan daripada murid-murid.
1.5.5 Peserta pasca terlibat adalah Pengetua, Guru Besar, Guru-guru,
Anggota Kumpulan Pelaksanan (AKP) dan NGO
1.5.6 Makan, minum dan peralatan untuk pembersihan dibawa sendiri
oleh pasukan pasca banjir. (Jangan minta pihak sekolah untuk
menyediakannya)
Makluman

1.6 Pengerusi juga memaklumkan beberapa perkara untuk tindakan semua:

1.6.1 Pengoperasian Sekolah Tahun 2021

i. Tarikh pembukaan sekolah adalah pada 20 Januari 2021


yang melibatkan murid Prasekolah, Tahun 1 hingga 6,
Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 / 2020, Tingkatan 5 /
2021 dan Tingkatan 6 secara bersemuka. Manakala bagi
murid Tingkatan 2 dan 3, pembelajarannya adalah secara
atas talian (PdPR) dan bersemuka bermula 8 Mac 2021.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 2


ii. Berdasarkan keputusan dan arahan terkini berkaitan
perintah kawalan pergerakan terhadap 6 negeri (PKP), 8
negeri (PKPB) dan 2 negeri (PKPP) yang berkuatkuasa 13
Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 (tidak dibenarkan
rentas negeri bagi semua negeri), mohon pengetua dan guru
besar memaklumkan kepada semua guru supaya balik ke
stesen masing-masing secepat mungkin kerana tarikh
pembukaan sekolah telah hampir.

Tindakan: Semua Sekolah

1.6.2 SPM 2020 / SPM 2021

i. Semua pelajar Tingkatan 5 Tahun 2020 dan Tingkatan 5


Tahun 2021 akan bersekolah seperti biasa bermula 20
Januari 2021.
ii. Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi
pelajar tahun 2020 akan dilaksanakan pada 22 Februari
2021 hingga 25 Mac 2021.

Makluman
1.6.3 Pengurusan SPM 2020

Semua pengetua diminta untuk memastikan semua pelajar


Tingkatan 5 Tahun 2020 (calon SPM 2020) supaya hadir ke
sekolah dan menduduki peperiksaan tersebut. Mengenalpasti
kehadiran pelajar-pelajar tersebut sewaktu peperiksaan
berlangsung.

Tindakan: Semua Pengetua

1.6.4 Kesiapsiagaan Sekolah 2021

Pembukaan sekolah adalah seperti makluman terdahulu iaitu 20


Januari 2021. Sekiranya ada perubahan atau pindaan terkini akan
dimaklumkan.
Makluman

1.6.5 Pemantauan dan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan 2021

i. Pemantauan dan Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan


akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari PPD dan JPN
Pahang. Manakala pihak Jemaah Nazir akan melaksanakan
pemantauan pada hari berikutnya. Instrumen pemantauan
dan pemeriksaan akan dihantar kepada pihak sekolah untuk
dilengkapkan.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 3


ii. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM)
akan hadir ke daerah Pekan untuk pemantauan sesi
pembukaan sekolah.
Makluman

1.6.6 Program Transisi & Orientasi Tahun 1 dan Tingkatan 1

i. Tiada perjumpaan ibu bapa atau sesi orientasi dilaksanakan


di sekolah sebelum 20 Januari 2021.
ii. Berkemungkinan akan berlaku kesesakan pada hari pertama
persekolahan 2021. Oleh itu, pentadbir sekolah diminta
untuk menyusun dan merancang perjalanan sesi
pembukaan sekolah sebaik mungkin dan perlu patuhi SOP
yang ditetapkan.
iii. Pegawai-pegawai PPD dan perhubungan sekolah akan
hadir untuk membantu dan memastikan SOP diikuti.

Tindakan: Semua Sekolah

1.6.7 Pertukaran dan Penempatan Murid ke Tingkatan 1 Tahun 2021

i. Segala pertukaran murid perlu diuruskan dahulu oleh pihak


sekolah.
ii. Murid-murid diminta mendaftar masuk dahulu ke sekolah-
sekolah yang ditawarkan. Selepas itu akan disuraikan
semula mengikut kapasiti sekolah.

Tindakan: Semua Sekolah

1.6.8 Daftar Masuk ke SBP Tingkatan 1 & Ujian PKSK

i. Keputusan Kelayakan ke SBP akan diumumkan pada 12


Mac 2021 (Tingkatan 1) dan 5 April 2021 (Tingkatan 4).
ii. Tarikh daftar masuk ke SBP adalah 6 April 2021 (Tingkatan
1) dan 22 April 2021 (Tingkatan 4)
iii. Perlu mematuhi semua SOP yang dikeluarkan. Elakkan
kesesakan berlaku pada hari pendaftaran masuk tersebut.

Makluman

1.6.9 SOP Pengoperasian Sekolah dan Aktiviti Kokurikulum

i. Jumlah hari persekolahan adalah 190 hari setahun. Jika


tidak mencukupi bilangan tersebut, maka perlu diadakan
sekolah ganti.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 4


ii. Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan bermula bulan Jun.
Oleh itu, bermula Januari hingga Mei, penumpuan diberikan
kepada akademik.
Makluman

1.6.10 Program Prihatin Warga Pendidikan Pekan

i. Merupakan program bantuan pasca banjir ke sekolah-


sekolah yang dilanda banjir.
ii. Pasukan dan jadual pelaksanaan program ini akan disusun
dan diedarkan untuk tindakan.

Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah

1.7 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada En. Ahmad Zamri bin Md
Isa, Pengetua SHAH Pekan di atas pelantikan beliau sebagai Pegawai
Pendidikan Daerah Rompin dan En Muhamad Yazid bin Abdul Wahab,
Pengetua SBP Integrasi Pekan di atas pelantikan sebagai Pegawai
School Improvement Partners+ (SIP+) Pejabat Pendidikan Daerah
Mersing, Johor. Juga mengalu-alukan kehadiran dan selamat datang
kepada Guru Besar SK Chini Timur 1, En Roslee bin Ismail dan Guru
Besar SK Merchong Jaya, En Azhar bin Mohd Zin. Pengerusi
memaklumkan juga bahawa Guru Besar SK Sinar Mutiara En.
Shahafuddin bin Md Sood, telah berpencen dan digantikan oleh En
Sha’arani bin Abu Hassan dari SK Merchong Jaya.

Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

Tiada (merupakan mesyuarat yang pertama kali diadakan)

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

Tiada

4. PELAPORAN DAN PEMBENTANGAN

4.1 Hala Tuju PPD Pekan 2020 – 2022

4.1.1 Pengerusi membentangkan mengenai Hala Tuju PPD Pekan 2020


– 2022 yang merangkumi 5 fyler iaitu Unggul, Insaniah, Akses,
Prihatin dan Jaringan Jalinan bersama Tagline “Pekan Tetap
Mendahului”.

4.1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perincian mengenai fyler


tersebut telah dibentangkan sebelum ini dan berharap agar semua

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 5


pengetua dan guru besar memahami hasrat dan hala tuju
pendidikan di daerah Pekan (Rujuk Lampiran)

4.1.3 Selain itu, ianya juga merupakan Penunjuk Prestasi Utama (KPI)
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan dan berharap semua sekolah
akan bekerja kearah dan tujuan yang sama demi kecemerlangan
pendidikan di daerah Pekan.
Makluman

4.2 Back To Basic

4.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun 2021, penekanan


akan diberikan kepada pendekatan “Back To Basic” di dalam
segala tugas dan tindakan kerja.

4.2.2 Pengerusi menerangkan mengenai komponen-komponen dalam


“Back To Basic” iaitu Ilmu, Kemahiran dan Nilai yang perlu diberi
perhatian dan tindakan oleh pentadbir, guru dan murid-murid dalam
pendidikan (Rujuk Lampiran)

4.2.3 Pengerusi menegaskan supaya Back To Basic ini perlu dihayati


dan difahami oleh semua iaitu:

4.2.3.1 Ilmu:

i. Pentadbir mesti mempunyai ilmu dalam melaksanakan


pengurusan organisasi, pemantauan dan bimbingan serta
keterampilan dan pesonaliti pejawat awam dan warga
sekolah.
ii. Guru mesti mempunyai ilmu dalam melaksanakan
pengurusan murid, pedagogi dan pentaksiran
iii. Murid mesti mempunyai ilmu dalam mencapai kejayaan dan
kecemerlangan diri.

4.2.3.2 Kemahiran:

i. Pentadbir mempunyai kemahiran sebagai mentor kepada


guru
ii. Guru berkemahiran dalam pelaksanaan PDCA
iii. Murid berkemahiran untuk belajar (bantuan kaunselor amat
diperlukan dalam melahirkan murid berkemahiran)

4.2.3.3 Nilai:

i. Pentadbir mempunyai intergriti yang tinggi dan menjadi role-


model kepada warga sekolah.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 6


ii. Guru mempunyai intergriti yang tinggi dan mematuhi Etika
Keguruan
iii. Murid mempunyai nilai peradaban yang tinggi dan sahsiah
yang terpuji.
Makluman

4.3 Pembentangan Sektor-sektor

4.3.1 Sektor Perancangan

Timbalan PPD Perancangan, En Zaifol Bahrizan bin Mohammad


Zan membentangkan perkara-perkara yang berkaitan untuk
makluman dan tindakan semua sekolah:

4.3.1.1 Pengurusan Dialog Prestasi Sekolah


i. Perlu dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun
ii. Cadangan Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah:
Dialog Prestasi Bilangan 1 : Minggu 1 / 2 Februari
Dialog Prestasi Bilangan 2 : Minggu 3 April
Dialog Prestasi Bilangan 3 : Minggu 2 Julai
Dialog Prestasi Bilangan 4 : Minggu 5 September
iii. Fokus utama yang perlu dibincangkan dalam Dialog
Prestasi tersebut adalah perkara-perkara dalam
Kluster 1, Kluster 2 dan Kluster 3.
iv. Seorang pegawai pemerhati dari PPD akan hadir
bersama sewaktu Dialog Prestasi Sekolah
dilaksanakan.
Makluman

4.3.1.2 Pengurusan Mesyuarat


i. Jenis mesyuarat dan bilangan mesyuarat yang perlu
dilaksanakan di peringkat sekolah adalah:
a. Mesyuarat Pengurusan Sekolah (4 kali)
b. Mesyuarat Kurikulum (4 kali)
c. Mesyuarat Hal Ehwal Murid (4 kali)
d. Mesyuarat Kokurikulum (4 kali)
e. Mesyuarat Prasekolah (4 Kali)
f. Mesyuarat PPKI (4 Kali)
g. Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah - JPMS (3 Kali)
h. Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Akaun –
JKPA (4 Kali)
i. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset
Kerajaan – JKPAK (4 Kali)
ii. Tatacara pengurusan mesyuarat hendaklah merujuk
kepada Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam
(PTPA) Bil. 2 Tahun 2018

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 7


Makluman
4.3.1.3 Pengurusan Aduan

i. Pihak pengurusan sekolah / pentadbir perlu


mempunyai kebijaksanaan dalam pengurusan agar
tidak menimbulkan berlakunya aduan di organisasi.
ii. Aduan boleh wujud apabila timbulnya ketidakpuasan
hati oleh murid, ibu bapa, penjaga dan warga di
organisasi sendiri.
iii. Jika jumlah aduan yang diterima oleh pihak PPD
melebihi 3 aduan, sekolah perlu membuat surat
tunjuk sebab untuk menjelaskan perkara tersebut.
Perkara ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kajian
Semula Pengurusan (MKSP) Bil 1 Tahun 2020.
Makluman

4.3.1.4 Pengurusan Data


i. Jawatankuasa Pengurusan Data dan Maklumat
Sekoleh (JPMS) perlu ditubuhkan di peringkat
sekolah.
ii. Mesyuarat JPMS perlu dilaksanakan sebanyak 3 kali
setahun iaitu pada minggu akhir Januari, Jun dan
Oktober
iii. Mengenalpasti data-data yang ada dan menganalisis
data tersebut dan menggunakannya dalam membuat
keputusan dan intervensi (DDDM)

Makluman

4.3.1.5 Pengurusan Pembangunan


Pihak pengurusan sekolah diminta mengetahui dan
memahami prosedur dalam permohonan
pembangunan samada permohonan
penyelenggaraan, ubah fungsi atau pun pembinaan
baharu.
Makluman

4.3.1.6 Protokol dan Etiket Sosial


i. Pihak sekolah diminta untuk memastikan protokol dan
etika kerja pejawat awam diikuti berdasarkan
pekeliling dan surat siaran yang telah dikeluarkan.
ii. Di antara perkara-perkara yang perlu diberi
keutamaan adalah:
a. Susunan bendera
b. Susunan gambar rasmi
c. Panggilan hormat

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 8


d. Susunan kerusi dan meja dalam majlis rasmi
e. Etika berpakaian pejawat awam
Makluman
4.3.2 Sektor Pembelajaran

Timbalan PPD Pembelajaran, En Ahmad Salleh bin Mohamed


membentangkan perkara-perkara yang berkaitan untuk makluman
dan tindakan semua sekolah: (Rujuk lampiran pembentangan)
Rumusan perkara-perkara yang dibentangkan adalah seperti
berikut:

4.3.2.1 Perancangan dan Penjajaran Kurikulum 2.0

Diantara perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua


sekolah berkaitan perancangan dan penjajaran Kurikulum
2.0 adalah:

i. Tarikh Pembukaan Sekolah Tahun 2021 berdasarkan


Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan pada 8
November 2020.
ii. Cabaran Pelaksanaan Kurikulum Tahun 2021 bagi
sekolah rendah dan sekolah menengah
iii. Pengoperasian Penjajaran Kurikulum 2.0
iv. Pelaksanaan Kurikulum 2021 yang melibatkan:
- Program Transisi bagi Tahun 1 selama 43 hari
- Tahun 2 hingga 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan
5, kenalpasti kurikulum yang belum selesai pada tahun
2020 diikuti dengan kurikulum 2.0

Timbalan Pembelajaran menegaskan bahawa Penjajaran


Kurikulum 2.0 ini dilaksanakan mengikut kesesuaian dan
situasi sekolah terkini dalam waktu pendemik ini.

Makluman

4.3.2.2 Penjajaran Kurikulum 2021

Diantara perkara-perkara berkaitan yang perlu diberi


perhatian dan tindakan oleh semua sekolah adalah:

i. Memahami Perbezaan Pelaksanaan Penjajaran


Kurikulum 1.0 dengan Pelaksanaan Penjajaran
Kurikulum 2.0
ii. Penjajaran Jadual Waktu Tahun 2021 berasaskan
prinsip jam kredit minima setahun berdasarkan SPI
Bil 6/2019 (Men) SPI Bil 5 2019 (Rendah)

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 9


iii. Penjajaran Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Berdasarkan DPK (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan
(Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 Tahun 2021)
iv. Transisi Tahun 1 yang melibatkan 3 Fasa Pelaksanaan
v. Penawaran Pakej Elektif Tingkatan 4 Sesi 2021
merujuk SPI Bil. 9/2016: Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-
Peringkat Mulai Tahun 2017
vi. Penjajaran Kurikulum Tingkatan 5+ (Tahun 2020) dan
Tingkatan 6 (Semester 1 (2021) dan Semester 3 (2020)
melalui Pelan Intervensi berdasarkan Kitaran PDCA
(Plan, Do, Check and Action)
Makluman

4.3.2.3 Pelaksanaan Pedagogi dan Pentaksiran

Penekanan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut


dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
serta pentaksiran iaitu:

i. Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) Bersemuka


 PAK21 dan Pembelajaran Bermakna (Deep Learning)
 Flipped Classroom
 Pembelajaran Terbeza.

ii. Pembelajaran dan Pengajaran (PdPc) Home Based


Learning (PdPR)
 Pembelajaran On Line (Digital Tool Aplication)
 Pembelajaran Off Line dan Off Site
 Pembelajaran Melalui Modul Kendiri Berstruktur dan
Project Based Learning (PBL)

iii. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan
secara Formatif
 Peperiksaan Dalaman
Makluman

4.3.3 Sektor Pengurusan Sekolah

Timbalan PPD Pengurusan Sekolah, En Kamarul Zaman bin Mohd


Ali membentangkan beberapa perkara perlu diambil perhatian dan
tindakan oleh semua pentadbir sekolah iaitu:

4.3.3.1 Pemeriksaan Hari Pertama Persekolahan Tahun 2021

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 10


a. Pemantauan dan Khidmat Bantu oleh pegawai-pegawai
dari PPD Pekan dan JPN Pahang akan dilaksanakan
pada 20 Januari 2021 manakala pemantauan oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan
dilaksanakan pada 21 Januari 2021.
b. Instrumen yang digunakan untuk Pemeriksaan Hari
Pertama Persekolahan seperti instrumen yang sedia ada.

Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah

4.3.3.2 Pemantauan Kendiri Sebelum Pembukaan Sekolah


Tahun 2021 (rujuk lampiran).

a. Pematuhan terhadap SOP Covid-19


b. Keperluan 1 Murid : 1 Meja, 1 Kerusi, 1 Set Buku Teks
c. Kebersihan awasan sekolah meliputi bilik darjah,
tandas, pejabat sekolah, bilik guru, kantin, longkang,
padang, pokok / rumput, asrama dan sebagainya
d. Buku Perancangan Sekolah disediakan
e. Jadual Waktu Guru, Kelas, Makmal, Bilik Khas dan
sebagainya perlu disediakan
f. Jadual Petugas Covid-19 dibentuk
g. Jadual Guru Bertugas Harian dan Mingguan disediakan
h. Senarai nama murid dan agihan murid mengikut kelas
perlu lengkap dan terkini
i. BSKG – kecukupan guru dan opsyen perlu dikenalpasti.
j. Bendera dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan
(tidak lusuh @ carik @ koyak)
k. Aspek Keselamatan: air banjir, longkang, penutup
longkang, penutup awasa septik / main hole, hidupan
liar / serangga berbisa (ular, tebuan, lebah, penyengat,
lipan, kala jengking dll), pendawaian elektrik dan
sebagainya perlu diambil perhatian dan tindakan.
l. Infrastruktur / prasarana sekolah dikemaskini status
keselamatan dan penggunaan : atap, bangunan, pagar,
kawasan air, pam penggalak, pendawaian elektrik,
kawasan perpaipan dan sebagainya.
m. Kemudahan lain: papan tanda, papan kenyataan, white
board, dan sebagainya (memaparkan maklumat yang
betul / terkini)
n. Potret / Gambar: Agong, Permaisuri, Sultan Pahang,
Sultanah, Tengku Mahkota, PM, MB – pastikan betul,
cantik (tidak rosak @ kabur) dan disusun ikut awasan .
o. Sekolah terlibat sebagai PPS (Pusat Pemindahan
Sementara) sila patuhi SOP / garis panduan / arahan
yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 11


p. Jika ada PGB, guru atau AKP terkandas disebabkan oleh
bencana alam seperti banjir (tidak dapat hadir bertugas),
perlu maklumkan kepada Ketua Jabatan dan lapor diri di
PPD Pekan / PPD Kuantan / SK Chini 2 / SMK Paloh
Hinai / SK Tanjung Batu. (Perlu berada di tempat lapor
diri sehingga tamat tempoh bertugas).
q. Jika terkandas dan tidak dapat melapor diri di premis
yang telah ditetapkan oleh PPD Pekan, boleh lapor diri di
mana-mana premis kerajaan yang lain. Sila maklumkan
kepada Ketua Jabatan anda terlebih dahulu. (PGB –
KPPD, Guru @ AKP sekolah – PGB). Cth: Tidak dapat
keluar daripada rumah kerana sekeliling awasan rumah
telah ditenggelami air.
r. Jika premis yang dicadangkan oleh PPD Pekan untuk
lapor diri turut tenggelam, boleh lapor diri di premis
kerajaan yang lain. Cth: PPD Kuantan ditenggelami
banjir, boleh lapor diri di JPN Pahang atau mana-mana
sekolah yang berhampiran.

Tindakan: Semua Sekolah

4.3.3.3 Panduan Persekolahan Tahun 2021

a. Jika premis yang dicadangkan oleh PPD Pekan untuk


lapor diri turut tenggelam, boleh lapor diri di premis
kerajaan yang lain. Cth: PPD Kuantan ditenggelami
banjir, boleh lapor diri di JPN Pahang atau mana-mana
sekolah yang berhampiran.
b. Wujudkan WhatsApp group dalam kalangan ibu bapa
atau penjaga terutamanya untuk murid Prasekolah,
Tahun 1 dan Tingkatan 1.
c. Kenalpasti bilangan murid dan buat pengagihan murid
mengikut bilangan kelas yang telah diluluskan.
d. Sediakan senarai nama murid mengikut kelas masing-
masing dan maklumkan kepada ibu bapa @ penjaga
melalui WhatsApp group.
e. Sebarang maklumat / makluman yang berkaitan boleh
juga disebarkan melalui WhatsApp group.
f. Boleh gunakan khidmat bantu anggota RELA (kos
ditanggung oleh PIBG sekolah) untuk melicinkan
perjalanan pembukaan sekolah. (Kawalan lalu lintas,
pergerakan orang ramai dsb).
g. Bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk sekolah,
terutamanya bagi murid Prasekolah @ Tahun 1 @
Tingkatan 1, dicadangkan agar pihak sekolah (petugas),
mengambil bacaan suhu badan murid, catatkan pada
kertas sticker, lekatkan pada pakaian murid dan arahkan

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 12


murid supaya terus masuk ke kelas masing-masing.
(Murid boleh mensanitasi tangan atau mencuci tangan
dengan air dan sabun di tempat yang telah ditetapkan).
h. Guru kelas yang menunggu murid di kelas, akan
merekodkan bacaan suhu badan murid tersebut.
i. Seorang penjaga murid Prasekolah @ Tahun 1 yang
dibenarkan oleh pihak sekolah untuk menghantar anak
hingga ke kelas (jika perlu), mestilah mematuhi semua
peraturan sekolah serta semua SOP Covid-19 yang telah
ditetapkan oleh pihak berwajib. (Perlu mengimbas kod
MySejahtera, mengambil bacaan suhu badan, memakai
pelitup separuh muka dan menjaga penjarakan fizikal).
Pihak sekolah perlu menyediakan buku catatan rekod
jika penjaga tersebut tidak dapat mengimbas kod
MySejahtera.
j. Jika murid Prasekolah @ Tahun 1 perlu diiringi hingga ke
kelas, hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan bagi
setiap murid. (Penjaga tidak dibenarkan menunggu di
dalam mahupun di luar kelas).
k. Semua murid digalakkan supaya membawa bekal
makanan terutamanya murid Tahun 1.
l. Sewaktu pulang, penjaga hanya dibenarkan mengambil
anak di luar awasan sekolah. (Tidak dibenarkan untuk
masuk ke bilik darjah atau menunggu di luar bilik darjah).
m. Semua urusan mestilah mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.

Tindakan: Semua sekolah

4.3.4 Sektor Pembangunan Murid

Timbalan PPD Pembangunan Murid, En Mustafa bin Omar


membentangkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian
dan tindakan oleh semua pentadbir sekolah iaitu:

4.3.4.1 Unit Hal Ehwal Murid

i. Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

a. Pengemaskinian Maklumat Ibubapa/ Penjaga Dalam Talian


(KPM. 100-15/2/88 Jld.2 (35) bertarikh 11 Disember 2020)
Ruj. Kami : JPNP.SPMd.100-11/2/1 (33) perlu dilaksanakan dan
Manual Pengguna boleh dirujuk melalui pautan
https://public.moe.gov.my

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 13


b. Bagi murid tahun 1 / 2021, guru kelas perlu mendaftar kelasnya
terlebih dahulu mulai 18 Januari 2021, sebelum dikemaskini
oleh penjaga.
c. Guru kelas/tingkatan perlu kemaskini kehadiran murid dalam
APDM sebelum jam 10.00 pagi setiap hari.
d. Semua sekolah diingatkan supaya tidak mengedarkan Borang
Maklumat Murid yang kosong atau bercetak daripada APDM. Ini
bagi mengelakkan aduan ibu bapa yang setiap tahun mengeluh
terpaksa mengisi borang yang sama setiap tahun.
(makluman ini terkecuali bagi murid Tahun 1 / Tingkatan 1 /
Murid berpindah sekolah)
e. Maklumat APDM murid selain Tahun 1/Tingkatan 1/murid
berpindah yang telah dicetak dan berada dalam fail boleh
digunakan semula untuk semakan dan pengesahan.
f. Guru kelas perlu memberi perhatian khusus berkaitan
pendapatan isi rumah yang meragukan di dalam maklumat
APDM iaitu:
i. bagi pendapatan RM10 ke bawah
ii. tidak diisikan angka (blank),
iii. pendapatan yang terlalu tinggi.

ii. Kehadiran Murid Tingkatan 5 Tahun 2020

a. Kehadiran Murid Tingkatan 5 Kohort 2020 Yang Akan


Menduduki Peperiksaan Awam Tahun 2021 bermula 20 Januari
2021. (KPM.100-1/3/1 Jld. 4(30)bertarikh 17 Disember 2020 /
JPN.SPMd.100-11/2/1(36) bertarikh 23 Disember 2020)
b. Pihak sekolah diingatkan agar mengambil langkah yang
proaktif untuk memastikan murid ini kembali ke sekolah bagi
meneruskan sesi persekolahan.
c. Semua Murid Tingkatan 5 Kohort 2020 di sekolah
berasrama dicadang mendaftar masuk dan tinggal di asrama
sehingga selesai SPM. Urusan kewangan menggunakan
kutipan kecemerlangan SPM 2020 atau PIBK/PIBG.

iii. Asrama

a. Asrama mesti dalam keadaan bersedia sebelum murid


mendaftar masuk dalam perkara keperluan asas, keselamatan,
dan dapur asrama.
b. Kebenaran murid untuk kembali ke asrama sekolah mulai 16
Januari 2021 bagi sesi persekolahan Tahun 2021 (KPM.600-
8/16/4 Jld.3(24) bertarikh 06 Januari 2021).
c. Semua SOP perlu dipatuhi sepenuhnya bagi mengawal
penularan jangkitan Corona virus 2019. Murid tidak dibenarkan
kembali ke asrama sekiranya tidak sihat atau bergejala atau ahli
keluarga dalam tempoh kuarantin.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 14


d. Pihak Pentadbir perlu memastikan murid-murid berada di
bawah pengawasan warden asrama, makan dan minum
disediakan oleh pihak sekolah.
e. Tempat penginapan pelajar Tingkatan 2 & Tingkatan 3 akan
diisi sementara oleh pelajar Tingkatan 5 Tahun 2020
f. Cadangan pemetaan penempatan murid Tingkatan 1/2021
mengikut keutamaan berikut iaitu: MOA, miskin, jarak tempat
tinggal yang jauh dan masalah pengangkutan.
g. Kebenaran Khas Bagi Pemulangan Lebihan Bayaran Yuran
Makan Asrama (YMA) Ke Akaun Bank Ibu/Bapa & Penjaga
tahun 2020. Rujukan surat KPM. 800-4/4/1 Jld.2 (21)
bertarikh 28 Disember 2020.
1. Merujuk Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bil. 8 Tahun
2020, sekiranya terdapat lebihan Yuran Makanan Asrama
(YMA) kerana murid pulang ke kampung halaman, pihak
sekolah perlu memulangkan amaun yang sepatutnya
diperuntukkan kepada murid berkenaan.
2. Pihak sekolah perlu mengkreditkan ke akaun bank ibu
bapa / penjaga dan Dokumen sokongan yang diperlukan:
a. Salinan penyata bank ibu bapa /penjaga.
b. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/ penjaga.
c. Salinan Kad Pengenalan murid dan
d. Resit Rasmi Murid asal.

iv. Pengurusan Kesihatan, Keselamatan, Kebersihan


(3K)

a. SOP COVID-19 :
Pengawalan penjarakan fizikal, sanitasi tangan, sabun, sinki,
bilik isolasi, imbasan dan perekodan suhu adalah seperti SOP
yang lepas.
b. Melaksanakan tindakan terhadap Pencegahan AEDES,
binatang / serangga berbisa dan Keselamatan elektrik.
c. Pengurusan bilik darjah mestilah berada dalam keadaan yang
baik dan memuaskan.
d. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Bagi Negeri Pahang Bagi
Tahun 2021 diteruskan (Bil.(2)dlm.JKN.PHG(KA/PPK)2/27 Jld.4
bertarikh 21 Disember 2020 / JPNP. SPMd.800 – 5/4/3 (21)
bertarikh 29 Disember 2020.
e. Pemberian Imunisasi kepada murid Tahun1 (Imunisasi DT/MR),
Tingkatan 1 (Imunisasi HPV bagi perempuan ) dan Tingkatan 3
(Imunisasi ATT) diteruskan.
f. Program saringan Thalassaemia di kalangan murid Tingkatan 4
akan dilaksanakan dan tarikh akan dimaklumkan kepada pihak
sekolah.
g. Pemeriksaan kesihatan dan Pendidikan Kesihatan bagi murid
Pra Sekolah, Tahun 1,Tahun 6 Tingkatan 1 & 3 diteruskan.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 15


h. Pengesanan Scoliosis di kalangan murid Tahun 6
i. Program Pengesanan & Pengesahan Masalah Pembelajaran
(LINUS).
j. Pengisian e-Rekod Kesihatan Murid (e-RKM) atas talian (oleh
Anggota Kesihatan). Tindakan sekolah adalah membuat
pengesahan tarikh lawatan dan mengisi borang kebenaran
pemeriksaan murid.

v. Kantin

a. Guru Besar perlu memastikan Program RMT berjalan lancar


pada hari pertama pembukaan sekolah. Memastikan
pengurusan kantin dan pengusaha kantin telah bersedia
menjalankan operasi kantin 2021.
b. Pengetua dan Guru Besar perlu pantau kebersihan dan
keselamatan makanan yang disediakan.
c. Operasi masih kekal dengan SOP sedia ada sehingga
dimaklumkan.
d. Kementerian telah meluluskan Permohonan perlanjutan
Morotarium Pengecualian Pembayaran Penyewaan Kantin
Sekolah Di Bawah KPM Malaysia bagi tempoh Januari
sehingga Jun 2021 (KPM.200-4/2/1 Jld. 12 (29) bertarikh 15
Disember 2021 JPNP. SPMd.800-6/4/5 Jld 2 ( ) bertarikh 07
Januari 2021.

vi. Pengurusan Bantuan Pendidikan & Kebajikan

Prosedur Tuntutan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2021 yang


perlu diikuti oleh pihak sekolah:

a. Rujuk Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020,


bantuan Awal Persekolahan di laman web KPM
http://www.moe.gov.my/pekeliling/3790-spk-bt-20-bantuan-
awalpersekolahan/file.
b. BAP akan disalurkan terus ke akaun sekolah berkenaan secara
berperingkat atau melalui Waran PTJ berkaitan seawal Januari
2021.
c. Pihak sekolah perlu semak dan memastikan semua pengiraan
peruntukan bagi pengagihan kepada murid layak adalah tepat.
1. Pemulangan peruntukan terlebih dilakukan selewatnya-
lewatnya pada 30 Jun 2021.
2. Pengagihan BAP kepada murid perlu dilaksanakan secepat
yang mungkin.
3. Hanya murid yang layak dan memenuhi kriteria pendapatan isi
rumah menerima wang BAP.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 16


4. Perlu kemukakan Borang B3 dan Borang Akuan Terima atau
Tolak Pembayaran BAP tahun 2021 serta dihantar kepada
pihak Unit HEM PPD.
5. Semua murid perlu kembalikan Borang PB1 (Borang
Permohonan Bantuan Persekolahan) dan PB2 ( Borang
Pengesahan Pendapatan) yang lengkap.

vii. RMT

a. Pelaksanaan Program RMT masih tertakluk kepada SOP dan


garis panduan sedia ada.
b. Pelaksanaan RMT bagi murid Tahun 2 hingga Tahun 6 bermula
pada hari pertama persekolahan, manakala Tahun 1 dan kes
keciciran, permohonan perlu dibuat selewatnya 1 Februari
2021.
c. Semua murid di sekolah Orang Asli dan PPKI /OKU layak
menerima RMT.
d. Kriteria kelayakan menerima Program RMT adalah dibawah
PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) NASIONAL
SEMASA (KATEGORI MISKIN TEGAR)
e. Tiada perbezaan dalam menentukan standard mutu makanan.
f. Murid diberi makan pada masa fleksi, mengikut kesesuaian
pengurusan di sekolah. Cth: dari kawasan Api Larat diberi
makan pada awal pagi kerana mereka telah bangun pada awal
pagi untuk ke sekolah.
g. Murid tinggal diasrama TIDAK LAYAK menerima RMT.

viii. BYP – Bantuan Yayasan Pahang

a. Pemakluman Bayaran BSM Yayasan Pahang Bagi Penggal


Pertama Sesi Persekolahan 2021, telah dihantar ke bank untuk
dikredit terus ke akaun murid bermula 21 hingga 25 Disember
2020. Guru BYP mestilah membuat pengemaskinian data murid
ke dalam system atas talian BSM YP dengan kadar segera
(YP/BP:13/BSM JILID 125 bertarikh 04 Januari 2021)

ix. Program Susu Sekolah

a. Penyelarasan Perbekalan Program Susu sekolah (PSS)


berdasarkan Keputusan Penutupan Sekolah dan Arahan
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Rujukan
surat JPN Pahang : Ruj. Kami: JPNP.SPMd.800-5/4/1 (16).
b. Stok bekalan susu akan diedarkan kepada penerima RMT yang
layak pada 2021 bermula tarikh pembukaan sekolah mengikut
Takwin Persekolahan 2021 yang dikeluarkan oleh KPM.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 17


x. SISTEM PENDAFTARAN DALAM TALIAN KPM
(SPATKPM)

a. Pelaksanaan Pemberian Akses Ibu Bapa / Penjaga untuk


memantau kehadiran anak secara dalam talian yang direkodkan
dalam Sistem Kehadiran Murid (APDM) mulai Tahun 2021.
Rujukan Surat: KPM.600-17/1/21 Jld.5 (60) bertarikh 14
Disember 2020
Ruj Kami : JPNP. SPMd.100-11/2/1 (35) bertarikh 21
Disember 2020.
b. Ibu bapa/penjaga boleh mengakses kehadiran anak mereka
melalui Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM (SPATKPM)
melalui public.moe.gov.my.

ix. Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

a. Garis panduan pemulangan dan pengagihan Buku teks. Pihak


sekolah perlu merujuk garis panduan (Lampiran 2) - KPM.600-
6/1/3 JLD. 3 (82)
b. Pihak sekolah perlu merancang proses pemulangan dan
pengagihan buku teks dengan mengambil kira bilangan murid,
bilangan kelas, ruang dan lokasi pengagihan dan proses
pemulangan buku teks,dengan mematuhi SOP semasa.
c. Pemulangan buku teks tingkatan 5/2020 setelah tamat
peperiksaan SPM.
d. Pergerakan buku teks mengikut murid jika bertukar sekolah.
e. DBP telah mengeluarkan Tatacara Penggunaan Aplikasi
Pemantauan Dan Pengedaran (SPP) ke Sekolah –
JPNP.SPMd.600-6/6/1(17) bertarikh 05 Januari 2021.

xii. Disiplin dan Sahsiah (SSDM)

a. Pihak sekolah perlu mengisi AMALAN TERBAIK MURID dan


KESALAHAN MURID di dalam portal https://ssdm.moe.gov.my/
(Sistem Sahsiah Diri Murid).
b. Perlu laksanakan proses pengesahan oleh PK HEM/PGB.
c. Program KEMBALI KE SEKOLAH Peringkat Negeri Pahang
akan diadakan di SMK Dato’ Mahmud Mat pada 20 Januari
2021(RABU) mulai 6.50 am. yang akan dihadiri oleh Pengarah
Pendidikan Pahang dan Ketua Polis Negeri Pahang
(perbincangan lanjut pada 15 Januari 2021 (Jumaat) di
SMKDMM.
d. Sekolah-sekolah lain akan dihadiri oleh PPS dan Pegawai dari
PPD.

xiii. PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 18


a. Penekanan kepada GBKSM tentang peranan &
tanggungjawab:

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu memenangi jiwa


murid.
2. Perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif.
3. Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan
tindakan yang luar norma sosial dalam kalangan murid-
muridnya.
4. Murid boleh meneroka peluang dan ruang kerjaya yang
sesuai dengan personaliti mereka.

b. Dua panduan utama untuk sekolah dalam memastikan


Fungsi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di
sekolah berkesan

1. Merujuk surat siaran : KP(BPSH-SPDK)201/100/005/02 Jld.


4 Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia bil 12.
Tahun 2012: Perkasayaan Perkhidamatan Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah merangkumi 4 fokus utama
perkhidmatan dan tempoh waktu perkhidmatan (32
waktu) di mana:
*5 sesi Kaunseling Individu & 1 kelompok (5+1) seminggu
*Pengurusan kaunseling
*PdPc kaunseling merangkumi Bidang 4 Fokus ( minimum
8 waktu seminggu )
*PRS/Kelab Kerjaya

2. Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling serta Program Minda Sihat dalam kebiasaan
Baharu.
Rujukan Surat KPM : KPM.600-17/1/22 Jld. 2 (93) bertarikh
22 Jun 2020
Rujukan Surat JPNP : JPNP.SPMd.HEM.800-3/1/3 (07)
bertarikh 23 Jun 2020
Mohon perhatian , bagi murid yang dirujuk ke psiktrik
melalui ibu bapa, mohon pihak sekolah menghantar laporan
ke PPD untuk makluman bersama mengenai ( status
perkembangan murid)

3. Penggunaan Sistem e-PERKHIDMATAN KAUNSELING


MURID (SePKM)
Pengumpulan data pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling secara online digunakan sepenuhnya bermula
awal persekolahan sesi 2021. Diingatkan agar semua
GBKSM dan GBLD memasukkan data semasa tanpa

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 19


penangguhan. PPD ,JPNP dan KPM boleh analisis data
pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Tindakan: Semua Sekolah

4.3.4.2 Unit Pembangunan Bakat Murid

i. Fungsi Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) di PPD

a. Membimbing dan menyokong sekolah mengikut


keperluan dan kesesuaian dalam aspek pembangunan
bakat dan kepimpinan murid.
b. Mengumpul dan menganalisis data pembangunan
bakat dan kepimpinan murid mengikut keperluan

ii. Cadangan Format Penganjuran MSSP bagi tahun 2021


adalah secara LIGA, MSSD dan Sirkit MSSP

iii. Takwim Pelaksanaan Kejohanan MSSP / MSSM Tahun 2021


adalah merujuk kepada 3 PLAN cadangan pelaksanaan iaitu
PLAN A, PLAN B dan PLAN C (rujuk lampiran)

iv. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan oleh


pihak sekolah adalah:

 Penangguhan Program/ Aktiviti Sukan, Kokurikulum,


Seminar, Bengkel serta Aktiviti lain selain dari Pengajaran
dan Pembelajaran Secara Bersemuka.
Rujukan surat : KPM.100-1/3/1 Jld.3(32).Tarikh:21 OKT
2020
 Aktiviti kesenian, sukan dan kokurikulum secara
bersemuka masih lagi tiada kebenaran pelaksanaan di
sekolah
Merujuk kepada intipati ucapan Dato’ Azman, TKPPM
Operasi, KPM pada 03 Jan 2021.
 Takwim kokurikulum bermula pada JUN 2021.
 Bermula Januari hingga Mei 2021 - laluan diberikan
kepada proses PdPc.
 Agihan waktu pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah
seperti berikut:
a. Tahun 3 : 60 minit
b. Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 : 120 minit

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 20


c. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 : 180 minit
v. Cadangan kepada pihak sekolah:

 Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum dijadualkan pada


waktu petang. Tidak digalakkan pelaksanaannya dalam
jadual waktu sesi pembelajaran pagi (beri ruang kepada
proses PdPc sepenuhnya)
 Laksanakan aktiviti kokurikulum secara dalam talian dan
kredit jam yang dilaksanakan diambil kira sebagai waktu
penglibatan murid.
 Perancangan mengadakan Taklimat Pengurusan
Kokurikulum dan HEM kepada GPK Kokurikulum, GK HEM
dan Warden Asrama terpaksa ditangguhkan dahulu
sehingga dimaklum kelak.
Makluman

vi. Analisis Penyertaan Aktiviti Kokurikulum Tahun 2020

 Dapatan analisis penyertaan aktiviti kokurikulum tahun 2020


dalam talian menunjukkan masih terdapat sekolah-sekolah
yang tiada penglibatan dalam sebarang aktiviti kokurikulum.

Respon Pengerusi : Perkara ini diminta untuk diambil


tindakan dan kenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh
sekolah-sekolah terlibat.

Tindakan: Sektor Pembangunan Murid

4.3.5 Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

Pelaporan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan disampaikan oleh


En Zaifol Bahrizan bin Mohamad Zan, Timbalan PPD Perancangan
mewakili En. Khairulamiran dan memaklumkan beberapa perkara
berkaitan persediaan peperiksaan untuk makluman dan tindakan
semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah daerah Pekan.

4.3.5.1 Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam Tahun 2020 (Pindaan)

a. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020


- 22 Februari hingga 25 Mac 2021
b. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
2020
i. Semester 1/2021 dan Ulangan Semester 1/2020 - 17,
17, 18 dan 22 Mac 2021
ii. Semester 3/2020 – 05, 06, 07, 08 dan 12 April 2021

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 21


iii. Ulangan Semester 2/2020 – 08, 09, 10 dan 15 Mac
2021
c. Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020
- 29, 30, 31 Mac 2021 dan 1,5,6,7 April 2021
d. CEFR Readiness (K2 & UK1) 2020
- 06 Februari 2021
e. MUET Sesi 2/2020
- 30 Januari 2021
Makluman

4.3.5.2 Calon-calon Peperiksaan Awam Tahun 2020.

a. Semua calon yang telah didaftarkan untuk mengambil


peperiksaan Awam Tahun 2020 perlu menduduki
peperiksaan seperti tarikh dan masa yang telah
ditetapkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan berkenaan.
b. Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat-turun melalui
Portal Lembaga Peperiksaan atau Portal Majlis
Peperiksaan Malaysia (rujuk lampiran)

Tindakan: Semua Sekolah Menengah

4.3.5.3 Petugas Peperiksaan Awam

a. Petugas peperiksaan awam tahun 2020 dan 2021 terdiri


daripada guru-guru sekolah menengah, guru-guru
sekolah rendah dan anggota kumpulan pelaksanan
(AKP), tidak tertakluk kepada samada peperiksaan awam
peringkat menengah atau rendah.
b. Sebahagian besar petugas yang dipilih akan mengikut
seperti cadangan dalam system BOCADA dan pemilihan
akan dilakukan oleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan
tertakluk kepada KEPERLUAN.
c. Guru-guru dari kelas peperiksaan SPM dan Tahun 1
akan dikecualikan daripada dilantik sebagai petugas
peperiksaan.

Makluman
4.3.5.4 SOP Covid-19 : Peperiksaan Awam

Semua petugas dan calon peperiksaan awam adalah


tertakluk dan mesti mengikut SOP Covid-19 yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Majlis Keselamatan
Negara (MKN).

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 22


Makluman

4.3.5.5 Makmal Amali Sains SPM 2021

Lawatan pemeriksaan makmal sains sekolah menengah


untuk melihat persediaan pelaksanaan amali sains bagi
subjek fizik, kimia dan biologi SPM 2021 akan dilakukan
sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

Tindakan: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan

4.3.6 Sektor Psikologi dan Kaunseling

En. Rahazani bin Rezali, Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD)


Pekan, memaklumkan beberapa perkara berkaitan Sektor Psikologi
dan Kaunseling untuk makluman semua.

4.3.6.1 Visi dan Misi Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling

Kaunselor Pendidikan Daerah Pekan membentangkan


mengenai visi dan misi perkhidmatan Psikologi dan
Kaunseling yang memberi fokus kepada guru, AKP,
pegawai-pegawai di PPD dan sekolah dan tidak secara
langsung berkaitan dengan bidang tugas guru-guru
Bimbingan dan Kaunseling serta murid. Visi dan Misi
tersebut adalah:

VISI : Peneraju Pemerkasaan Kesejahteraan Insan


MISI : Pembestarian Perkhidmatan Kaunseling dan
Psikologi Untuk Memperkembangkan Potensi
Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Makluman

4.3.6.2 Fokus Utama Perkhidmatan Kaunseling

Berkongsepkan 3PI iaitu:

a. Pencegahan – apa yang dicegah yang berkaitan dengan


Psycho Education.
b. Perkembangan – fokus kepada perkembagan potensi
dan bakat
c. Pemulihan – program-program intevensi untuk
membantu guru-guru dan pegawai-pegawai yang
bermasalah.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 23


d. Intervensi Krisis – merujuk kepada kes-kes yang serius
dan apa tindakan-tindakan yang perlu diambil.

Makluman

4.3.6.3 Perkhidmatan Sektor Psikologi dan Kaunseling PPD


Pekan

a. Sesi Kaunseling Individu / Kelompok


b. Konsultasi dan Bimbingan ke Sekolah
c. Sesi Kaunseling Rujukan / Sekarela
d. Ceramah / Latihan Program Pembangunan
e. AKRAB ( Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam)
Makluman
4.3.6.4 Program Berfokus Sektor Psikologi dan Kaunseling PPD
Pekan Tahun 2021

a. Pemeriksaan kesihatan bagi semua warga Pejabat


Pendidikan Daerah Pekan yang berumur 40 tahun ke
atas (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2003)
sebagai persediaan terhadap kesedaran penjagaan
kesihatan diri.
b. Program Kesejahteraan Mental (Minda Sihat) kepada
semua guru-guru dan pegawai melalui ujian-ujian minda
yang akan dilaksanakan.

Tindakan: Sektor Psikologi dan Kaunseling

v. Sektor Pengurusan

Pn. Nor Azira binti Salleh, Penolong Pegawai Tadbir (Kewangan,


Infrastruktur dan Perolehan) mewakili Pn. Farah Wahida binti Mohd
Wasek membentangkan pelaporan perkara-perkara berkaitan
pengurusan Sektor Pengurusan PPD Pekan seperti berikut:

4.3.7.1 Sumber Manusia

a. Perjawatan di Daerah Pekan sehingga 11 Januari 2021

b. Pengurusan Kursus / Latihan sehingga 11 Januari 2021


di Daerah Pekan

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 24


c. Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PPP) Secara Time-Based Berasaskan
Kecemerlangan (TBBK) di KPM Bagi Januari hingga Jun
2021

i. Iklan ini terbuka kepada PPP Gred DG32 hingga Gred DG54
ii. Tempoh permohonan calon dibuka bermula 01 Januari hingga 31
Januari 2021
iii. Tempoh perakuan Ketua Jabatan sehingga 12 Februari 2021.
iv. Calon-calon yang layak diminta untuk mengemuka permohonan
dan melengkapkan borang permohonan tersebut dalam tempoh
yang dinyatakan.

Tindakan: Semua Sekolah

4.3.7.2 Pentadbiran Am

a. Pengurusan Kuartes

Makluman BIL JENIS KUARTERS JUMLAH

1 KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN (KIP) 3


2 KUARTERS GURU (KG) 11
3 RUMAH GURU (RG) 26
JUMLAH 40

b. Status Terkini Pengisian Kuarters Sehingga


Dan Pelupusan Kuarters Sehingga 11 Januari 2021

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 25


Pengerusi memaklumkan dan meminta pihak pengurusan untuk
mengenalpasti kuarters guru yang tidak ekonomik untuk
penyelenggaraan diambil tindakan untuk permohonan pelupusan.
Mohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar untuk
mengenalpasti kuarters-kuarters yang berada di permis masing-
masing untuk tindakan.

Tindakan: Sektor Pengurusan


Semua Sekolah

c. Infrastruktur

Makluman kepada sekolah-sekolah yang terlibat dengan bencana


banjir dan memerlukan penyelenggaran infrastruktur.

i. Permohonan penyelenggaraan sekolah-sekolah di bawah KPM


khas akibat banjir dan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS)
adalah mengikut format yang telah ditetapkan. Tarikh akhir
penghantaran borang permohonan tersebut adalah pada @
sebelum 21 Januari 2021.

ii. Pihak sekolah juga hendaklah melapor kerosakan di dalam sistem


EMIS untuk tujuan permohonan penyelenggaraan.

Tindakan: Sektor Pengurusan

d. Pengurusan Aset

Permohonan penyelenggaraan sekolah-sekolah di bawah KPM


khas penggantian akibat banjir dan sebagai pusat pemindahan
sementara (PPS) adalah mengikut format yang telah ditetapkan.
Tarikh akhir penghantar borang permohonan tersebut adalah pada
@ selewat-lewatnya 14 Januari 2021.

Tindakan: Sektor Pengurusan

Respon Pengerusi:

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 26


Pengerusi meminta perkara-perkara berikut perlu diambil maklum dan
tindakan oleh semua Pengetua dan Guru besar iaitu:

i. Tindakan segera berkaitan tarikh-tarikh akhir penghantaran borang


permohonan penyelenggaraan infrastruktur dan aset bagi sekolah-
sekolah yang dilanda banjir. Ini kerana big budget (anggaran
peruntukan) ini akan dihantar ke JPN Pahang pada 16 Januari 2021.

ii. Beri perhatian yang serius terhadap pengesahan jawatan guru-guru


dan AKP di sekolah masing-masing supaya tiada yang tercicir dan
melebihi tempoh pengesahan (1 – 3 tahun). Sasaran dan KPI PPD
Pekan dalam isu pengesahan perjawatan adalah dalam tempoh 1
tahun.

iii. Gaji bagi guru dan AKP yang baharu ditempatkan perlu diselesaikan
dalam tempoh 1 bulan selepas lapor diri.

iv. Guru dan AKP yang tidak hadir bertugas selama 3 hari berturut-turut
tanpa sebab perlu dilaporkan ke PPD pada hari ke-4 bagi tujuan
pemberhentian gaji untuk mengelakkan berlakunya isu LBGE (Lebihan
Bayaran Gaji dan Elaun). Tidak hadir bertugas 7 hari berturut-turut
tanpa sebab, tindakan tatatertib perlu diambil.

v. Guru dan AKP yang telah dikenalpasti berpotensi terlibat dengan


dadah perlu dimaklumkan kepada pihak PPD dan AADK untuk
dijalankan ujian tapisan.

vi. Sekolah yang tidak cukup bekalan guru, boleh hubungi Sektor
Pengurusan Sekolah untuk tindakan selanjutnya.

vii. Mohon sekolah-sekolah yang telah menerima peruntukan


penyelenggaran daripada PPD untuk menghantar surat penghargaan
kepada PPD bagi tujuan Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD).

Tindakan: Semua Sekolah


5. HAL-HAL LAIN

5.1 En Ahmad Zamri bin Md Isa , Mantan Pengetua SHAH mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pekan,
semua Timbalan PPD, rakan-rakan pengetua dan guru besar di atas
sokongan, tunjuk ajar serta kerjasama yang diberikan sepanjang beliau
bertugas di daerah Pekan serta memohon kemaafan di atas kesalahan
dan kesilapan yang ada.
Respon Pengerusi:
Memaklumkan bahawa En Ahmad Zamri bin Md Isa telah dilantik
sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Rompin dan tahniah diucapkan.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 27


Ucapan terima kasih daripada warga pendidikan daerah Pekan kepada En
Ahmad Zamri di atas komitmen dan Kerjasama yang telah diberikan. Juga
memperkenalkan Guru Besar Baharu SK Merchong Jaya, En Azhar
bermula 16 Disember 2021 dan Guru Besar SK Chini Timur 1, En Rosli
bin Ismail. Selamat datang diucapkan kepada mereka berdua.

Makluman

5.2 Tn PPD memaklumkan mengenai Squad Bantuan Banjir akan memulakan


tindakan dan bantuan yang diberikan hanyalah dari segi bantuan keringat
dan tenaga, bukannya dalam bentuk kewangan. Manakala bantuan dari
NGO luar tidak dibenarkan masuk untuk bantuan pasca banjir.

Makluman
5.3 En Muhammadiah Iskandar bin Mohamed , Guru Besar SK Tasik Chini
mohon pencerahan mengenai guru-guru yang tidak boleh hadir ke
sekolah yang masih dilanda banjir kerana laluan tidak boleh dilalui.

Respon Pengerusi:
Guru-guru yang berada di luar kawasan sekolah yang masih terlibat
dengan banjir tidak perlu hadir ke sekolah dan guru-guru yang berada di
dalam kawasan tersebut perlu ambil tindakan untuk mengatasi masalah
kekurangan guru tersebut.

Makluman

5.4 Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB), En Mohamad bin Ismail


memaklumkan beberapa perkara:

5.4.1 Ucapan terima kasih kepada Tuan PPD dan anggota pentadbiran
PPD Pekan di atas kejayaan melaksana mesyuarat ini.

5.4.2 Terima kasih dan tahniah kepada rakan-rakan Guru Besar yang
telah berkongsi mengenai pengalaman mengurus bencana banjir
yang melanda sekolah mereka dengan sabar dan pengalaman ini
boleh digunakan sekiranya berpindah ke tempat bertugas yang
baharu.

5.4.3 Tahniah juga kepada semua rakan-rakan MGB kerana telah Berjaya
melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik dan
cemerlang.
Makluman

5.5 Tn Haji Rahman bin Sulong, mewakili MPSM menyampaikan beberapa


perkara iaitu:

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 28


5.5.1 Ucapan tahniah dan terima kasih kepad pihak pengurusan PPD di
atas kejayaan mengadakan mesyuarat pengurusan ini dan ianya
amat sesuai dilaksanakan demi kemajuan dan kecemerlangan
pengurusan pendidikan di daerah Pekan.

5.5.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak MPSM akan memberi


kerjasama dalam membantu sekolah-sekolah yang terlibat dengan
banjir.
Makluman

5.6 Pengerusi memohon dan mencadangkan agar pihak MGB dan MPSM
menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada sekolah-sekolah
yang dilanda banjir.

Respon Pengerusi MGB : bantuan tersebut perlu diselaraskan untuk


memudahkan pelaksanaan kaedah bantuan berkenaan.

Tindakan: Sektor Pengurusan Sekolah

5.7 Pengerusi mohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar untuk


mengingatkan dan memanggil semula guru-guru yang berada diluar
stesen agar kembali semula ke stesen sebelum pelaksanaan PKP dan
PKPB yang bermula malam ini dan mesyuarat pengurusan sekolah boleh
dilaksanakan pada minggu terakhir cuti persekolahan (berdasarkan
arahan TKPPM).

Tindakan: Semua Sekolah

6. PENUTUP

Pengerusi merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua ahli


mesyuarat dan berharap semua perkara yang telah dibincangkan diambil
tindakan demi kecemerlangan pengurusan PPD Pekan. Pengerusi berharap agar
semua warga PPD Pekan sentiasa bersikap positif dan proaktif dalam tugasan,
wujudkan keseronokan dalam bekerja, sentiasa jaga diri dan kesihatan, patuhi
SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan beliau juga menyampaikan
rasa simpati dan terharu kepada sekolah-sekolah yang dilanda banjir pada kali
ini. Bersabar dan tabah hadapi dugaan ini dan akhir sekali, beliau mengucapkan
selamat menyambut tahun 2021 buat semua. Semoga pendidikan di Daerah
Pekan akan lebih cemerlang pada Tahun 2021 dengan tag line “Pekan Tetap
mendahului” dan ‘Kita Jaga Kita, Kita Pasti Menang’.

Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang

Disediakan oleh: Tarikh : 20 Januari 2021

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 29


URUS SETIA
Mesyuarat Pengurusan PPD
Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PPD / PGB Pekan / 30

You might also like