You are on page 1of 1

Nama Institusi : Pejabat Pendidikan Daerah Pekan

1. Nama MOHD HEIKAL HAFIZ BIN MOHD ANNUAR


2. Judul Pengurusan Keselamatan Kebakaran Di Pejabat-Pejabat
Kerajaan dan Swasta
3. Bidang Pengetahuan dan Profesional

4. Sinopsis:
Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman
Tahun terbit: 2006 (edisi pindaan)

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai, kakitangan dan
anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru
persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.
Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains kebakaran,
iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada mengubati” akan hanya
berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi
berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko
kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api
marak dan merebak boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan
kecederaan atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan
(sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap tebal boleh
membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.
Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga kebakaran,
iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku
menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-undang
yang berkenaan.
5. Nilai Pengetahuan/Pengajaran :

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain)
2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat keputusan)
3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan)
4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi)
6. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa


2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan
3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains kebakaran

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

MOHD HEIKAL HAFIZ BIN MOHD ANNUAR


PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN
(MENENGAH & TINGKATAN 6)
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PEKAN

You might also like