You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN

ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN,


SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2019

SEMESTER 2 TAHUN 2

KOD KURSUS:

MPU3062

NAMA KURSUS:

KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM

TUGASAN 3:

PENGURUSAN PERKHEMAHAN

Nama Pelajar : MUHAMMAD ASYRAAF BIN SHAHABUDIN

Angka Giliran : 2019312340054

No. Kad Pengenalan : 000820-05-0215

Kumpulan/Unit : PISMP PI 3619

Nama Pensyarah : DR ZALIA BINTI ABDULLAH

Tarikh Hantar : 12 MAC 2021

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN SEBELUM PERKHEMAHAN 4

3.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN SEMASA PERKHEMAHAN 6

4.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN SELEPAS PERKHEMAHAN 8

5.0 RUMUSAN 10

6.0 RUJUKAN 11

1.0 PENGENALAN
2
Menurut Beard & Wilson, (2002) pendidikan luar merupakan salah satu
medium yang pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) yang
amat berkesan. Hal ini demikian akan memberikan pengalaman yang baharu
kepada individu tersebut. Oleh itu, antara pendidikan luar yang terdapat di dalam
kurikulum sekolah rendah ialah perkhemahan. Menurut Meier & Mitchell, (1993)
Perkhemahan boleh didefinisikan sebagai suatu kelompok komuniti yang hidup
bersama dalam kaedah nomad. Sebenarnya, konsep utama perkhemahan ialah
tempat untuk berlindung sementara bertujuan untuk melatih kita berdikari dan
bersedia di dalam suasana yang penuh kekurangan. Oleh yang demikian, penulisan
ini berkaitan dengan aspek yang disentuh iaitu tentang kemahiran pengurusan
perkhemahan.

2.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN SEBELUM PERKHEMAHAN

3
Sebelum kita melakukan aktiviti perkhemahan kita perlulah mendapatkan
kebenaran dari pihak sekolah, pihak kawasan dan pihak yang berkaitan. Hal ini demikian
bagi memastikan mereka tahu bahawa terdapat aktiviti perkhemahan pada tarikh tersebut
agar dapat memantau daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak lupa juga kita
perlu memaklumkan atau membuat kertas kerja yang lengkap untuk memberi makluman
kepada pihak polis dan pesuhryhjaya daerah tentang aktiviti perkhemahan yang akan
dijalankan semata-mata demi keselamatan bersama. Selain itu, perkara yang perlu
dilakukan ialah wajib melantik seorang pemimpin atau orang dewasa yang berpengalaman
untuk mengetuai aktiviti tersebut kerana sekiranya kita gagal untuk melantik maka ahli-ahli
lain akan menjadi kucar kacir kerana mereka tidak mendapat arahan daripada ketua lantas
perkara yang tidak diingin akan berlaku seperti kehilangan, kecurian, dan sebagainya.
Menurut Strasser, Aron & Bohn, (1981) Keselamatan membawa maksud perbuatan
atau peristiwa tidak dirancang yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada
individu atau kerosakan kepada harta benda. Di samping itu, antara perkara sebelum yang
perlu dilakukan ketika perkhemahan ialah memastikan kawasan perkhemahan selamat
daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal agar kita dapat berkhemahan dengan
hati yang tenang tanpa perlu takut dengan gangguan. Kita juga perlu memastikan segala
alatan perkhemahan lengkap sebagai contoh perlu membawa pisau, bekalan makanan,
ubat yang berkaitan serta alatan asas perkhemahan. Hal ini demikian supaya perjalanan
aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar agar mendapat pengalaman yang baharu.
Setiap peserta perkhemahan harus mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

4
3.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN SEMASA PERKHEMAHAN

5
Antara kemahiran pengurusan semasa perkhemahan pula ialah elakkan
mendirikan khemah di bawah pokok atau ranting kerana berkemungkinan pokok
tersebut akan patah seterusnya akan terkena pada khemah. Kita juga perlu
mendirikan khemah di kawasan yang rata, kawasan yang tinggi serta bersih dan
tidak mempunyai tunggul kayu. Hal ini demikian sekiranya kita tidak dapat
mementingkan aspek keselamatan maka risiko bahaya akan menimpa dan berlaku
serta akan menyusahkan kepada pelbagai pihak. Tambahan lagi, khemah yang
hendak didirikan perlu diperiksa terlebih dahulu iaitu jangan mendirikan berdekatan
dengan pokok renek atau rumput yang panjang kerana besar kemungkinan
kawasan tersebut ialah kawasan yang mempunyai binatang buas seperti ular, kala
jengking, lipan dan sebagainya. Dari aspek pengcahayaan pula, kita hendaklah
mendirikan khemah dengan memastikan pintu khemah perlu melawan arah cahaya
matahari agar khemah cahaya matahari tidak terus memasuki khemah. Manakala
dari segi aspek tiupan angin juga perlu memberi perhatian iaitu memastikan tiupan
angina terus memasuki pintu khemah. Hal ini demikian kerana apabila tiba pada
siang hari maka khemah tersebut akan menjadi sangat panas sehingga
membuatkan kita tidak selesa. Akhir sekali, perkara yang perlu dilakukan semasa
perkhemahan ialah sentiasa memastikan khemah kita berada dalam kawasan
yang teduh dan selesa terutama semasa kita berehat di siang hari dan
memerlukan keselesaan pada waktu malam. Kita juga perlu memastikan Jadual
Perkhemahan dilaksanakan mengikut perancangan. Namun perancangan boleh
diubahsuai jika berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti faktor-
faktor alam, manusia dan lain-lain.

6
4.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN SELEPAS PERKHEMAHAN

7
Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan ialah
menurunkan, melipatkan khemah serta memastikan khemah tersebut bersih dan
diletakkan di tempat yang sesuai. Hal ini kerana untuk memastikan khemah kita tidak
rosak sekiranya dapat menjaga dengan baik. Selain itu, kita juga perlu memastikan
kawasan perkhemahan sentiasa kemas dan bersih seperti sebelum datang berkhemah
bagi mengelakkan haiwan yang berbahaya tidak datang ke kawasan perkhemahan untuk
mencari makanannya.serta menimbus semua lubang yang telah digali dan mematikan
api. Tambahan lagi, selepas kita telah membersihkan perkhemahan dengan baik, kita
perlu memohon kebenaran daripada pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan. Hal ini amat penting kerana mereka tahu bahawa
kita akan meninggalkan kawasan tersebut agar perkara yang tidak diingini berlaku. Di
samping itu, ketua perkhemahan harus mengadakan analisa bagi menilai semula aktiviti
yang dijalankan dan mengenal pasti kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan
kerana bagi memastikan objektif dan matlamat aktivuti ini tercapai. Ahli jawatankuasa
yang lain pula perlu membuat laporan berkenaan dengan kewangan dan aktiviti agar
dapat menambah baik aktiviti yang akan datang. Akhir sekali, selepas aktiviti
perkhemahan ialah mengedar surat penghargaan kepada pihak yang terlibat sebagai
tanda terima kasih kerana membenarkan membuat aktiviti perkhemahan dan sijil
pencapaian serta penyertaan kepada peserta perkhemahan agar mereka akan dihargai
lantas perlu mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada
masa depan agar aktivti perkhemahan yang akan datang akan mendatangkan objektif
dan matlamat yang tersendiri. Menurut Gass, et al., ( 2003), menjelaskan orentasi
pengalaman memberi kesan terhadap orang ramai dengan cara yang berbeza.

8
9
5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, aktiviti perkhemahan dapat mengajarkan kita untuk


menimba pengalaman yang baharu di suasana hutan. Menurut Gass,
Garvey dan Sugerman (2003) menjelaskan orentasi pengalaman
memberi kesan terhadap orang ramai dengan cara yang berbeza. Hal ini
demikiannya berdasarkan kajian beberapa akiviti ini mendapati peserta
yang menyertai mempunyai jati diri yang utuh kerana mereka telah belajar
bagaimana hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Oleh yang
demikian, semua pihak mempunyai peranan yang amat penting di dalam
menguruskan aktiviti perkhemahan agar matlamat dan objektif akan
tercapai. Menurut Boyle, (2002) yang mengatakan pendidikan luar mampu
meningkatkan kesepaduan dalam kumpulan serta dapat membina jati diri.

6.0 RUJUKAN

10
Beard, C., & Wilson, J. P. (2002). The power of experiential learning: A
handbook for trainers and educators. London: Kogan Page Limite

Boyle, I. T. (2002). The impact of adventure-based training on team cohesion


and psychological skill development in elite sporting team. Phd Phd
Dissertation, University of Wollonggng, Sydney.

Gass, M. A., Garvey, D. E., & Sugerman, D. A. (2003). The long-term


effects of a first-year student wilderness orientation program. The
Journal of Experiential Education.

Meier, J. F., & Mitchell, A. V. (1993). Camp counseling: leadership and


programming for the organized camp. New York: Brown &
Benchmark.

Strasser, Aron & Bohn (1981), Fundamental OF Safety Education, MacMillan


Publishing Co., Inc.

11

You might also like