You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kokurikulum – Unit beruniform (Bulan Sabit Merah Malaysia)

Kelas Tahun 4 dan 5

Bilangan murid 30 orang

Tarikh 7 Ogos 2019

Masa 2.00 petang – 4.00 petang

Tempat Dewan terbuka sekolah

Tajuk Kawad kaki statik

Pengetahuan
Murid pernah menyaksikan aktiviti berkawad kaki
sedia ada
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
 Psikomotor : Melakukan aktiviti kawad
Objektif  Kognitif : Menerangkan cara memberikan hukuman
pengajaran ketika kawad statik
 Afektif : Kerjasama, bertanggungjawab dan tolong
menolong

Nilai murni Keyakinan,Kepatuhan,Bekerjasama

Bahan Bantu
Video
Mengajar (BBM)
Masa
Bil Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
(minit)

Perhimpunan Kokurikulum
1. Murid dikehendaki berkumpul di dataran untuk - Murid
perhimpunan. berpakaian
2. Murid beratur mengikut unit kokurikulum uniform lengkap
masing-masing. - Murid patuh
2.00– 2.30
3. Perhimpunan diketuai oleh unit Pengakap. pada arahan
1 petang
4. Murid menyanyikan dua buah lagu iaitu: - Nilai: Kepatuhan
(30 minit)
a. Lagu Negaraku
b. Lagu Bulan Sabit Merah
5. Bacaan doa oleh murid dari unit Pengakap.
6. Guru memberi sedikit ucapan.
7. Murid bergerak ke tempat perjumpaan unit
masing-masing.

1. Ahli BSMM bergerak ke dewan terbuka. - Bbm: video


2. Murid dikehendaki beratur mengikut tahun. - En. Shukri bin
3. Guru menayangkan sebuah video pendek Senin membuat
berkenaan kawad kaki statik yang tayangan video
mengagumkan. dari laman
Youtube

2.30– 2.40
2
petang
(10 minit)
https://www.youtube.com/watch?v=P55afjN4rS0&t=309s

Rajah 1: Video pendek berkenaan kawad kaki


statik BSMM

4. Dua orang murid dipilih bagi menjawab tiga


soalan yang diajukan oleh guru berdasarkan
video.
Soalan 1:
Apakah yang sedang dilakukan oleh sekumpulan
manusia dalam video tersebut?
Jawapan murid:
Kawad Kaki

Soalan 2:
Bagaimanakah mereka melakukan pergerakan?
Jawapan murid:
Berpusing ke kiri dan kanan

5. Guru menerangkan kepada murid tajuk


pengajaran yang akan dijalankan

Pendedahan Kawad Kaki Statik

1. Guru menerangkan secara ringkas tentang - Pendedahan


kawad kaki statik. kawad kaki statik
2. Guru menerangkan beberapa arahan kawad oleh En Fuad bin
kaki statik seperti: Jamal
a) Baris..Baris sedia penyelaras unit
b) Ke kanan lurus BSMM sekolah
2.40– 3.00 c) Buka baris buka - Nilai: Kepatuhan,
petang d) Tutup barisan tutup keyakinan
3
(20 minit) e) Baris akan bergerak ke kanan ke kanan
pusing
f) Baris akan menghadap ke belakang ke
belakang pusing
g) Baris akan berak ke kiri ke kanan pusing

3. Guru melakukan demonstrasi dengan


memberi hukuman kawad dan menunjukkan
pergerakan yang sepatutnya dilakukan.
4. Guru memanggil seorang murid untuk
melakukan di hadapan.
5. Guru memberi hukuman kawad dan diikuti
oleh murid-murid.

Latihan Kawad Kaki Statik

1. Murid disusun mengikut ketinggian dan


- Guru
bertiga-tiga.
menyusun

Ketua murid mengikut


K
plantun ketinggian
- Seorang murid
yang bersuara
lantang dipilih
sebagai ketua
3.00– 3.30
- Guru mengajar
petang
4 cara memberi
(30 minit)
Murid-murid hukuman
kawad
- Guru
memantau
2. Seorang murid dilantik menjadi ketua plantun.
latihan yang
3. Ketua plantun dikehendaki memberi hukuman
dilakukan
kawad kaki statik seperti yang diajar.
- Nilai:
4. Seterusnya, ketua plantun ditukar dengan
Kepatuhan,
murid lain secara bergilir-gilir supaya murid-
kerjasama,
murid secara berganti-ganti dapat memberi
keyakinan
hukuman kepada rakan-rakannya.

Permainan
“Arahan Salah Jangan Diikut”

3.30– 3.50
1. Semua murid beratur bertiga-tiga di hadapan - Guru sebagai
petang
5 guru. ketua plantun
(20 minit)
2. Guru menerangkan secara ringkas permainan yang memberi
ini: hukuman
a. Guru akan beri hukuman kawad kawad
b. Arahan guru tidak semestinya betul
c. Arahan yang salah tidak perlu diikut - Guru dengan
d. Siapa yang ikut arahan salah dikira sengaja
kalah dan perlu keluar dari baris memberi
e. Sesiapa yang tidak mematuhi arahan arahan yang
yang betul juga perlu keluar dari salah
barisan - Hadiah gula-
3. Hukuman kawad kaki terus diberi sehingga gula disediakan
pemenang dapat ditentukan. untuk
4. Guru memberi hadiah kepada pemenang. pemenang
- Nilai:
Kepatuhan,
keyakinan,
kerjasama
Rumusan Isi Pelajaran

1. Seorang murid diminta untuk menyebut tiga - Guru


arahan hukuman kawad kaki statik menggunakan
3.50– 4.00
2. Guru membuat rumusan tentang hukuman teknik soal
petang
6 kawad kaki yang betul. jawab sebagai
(10 minit)
3. Guru membuat kesimpulan dengan pengukuhan
menekankan unsur-unsur nilai murni seperti - Guru membua
bekerjasama. refleksi latihan
pada hari
tersebut
Refleksi:

Objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai di mana lebih daripada separuh murid
iaitu seramai 16 daripada 30 orang murid berjaya mencapai hasil pembelajaran iaitu
mempelajari beberapa hukum kawad kaki dan cara pergerakan kawad kaki tersebut seperti
Baris Sedia, Senang Diri, Rehatkan Diri, Ke Kanan Lurus, Pandang depan, Keluar Baris. Guru
berjaya mendedahkan murid-murid kepada kawad statik. Berdasarkan aktiviti kokurikulum
tersebut dilihat murid berjaya diterapkan dengan nilai seperti bekerjasama, patuh pada arahan
dan berkeyakinan diri. Namn begitu, ada beberapa orang murid kelihatan tidak serius semasa
melakukan latihan kawad kaki yang menyebabkannya tidak dapat mengikut hukuman kawad
kaki dengan betul. Guru berjaya mengawal kelas dan menggunakan masa dengan
secukupnya mengikut perancangan.

Antara kebaikan aktiviti pada minggu ini ialah teknik demonstrasi yang dilakukan oleh
guru. Hal ini kerana teknik demonstrasi atau kaedah tunjuk cara ini sebenarnya mampu
mendorong murid-murid untuk meniru perlakuan guru. Ini membolehkan murid-murid
melakukan pergerakan kawad kaki. Seterusnya, kekuatan yang lain ialah teknik demonstrasi
yang dilakukan oleh murid sendiri. Murid dipanggil untuk melakukan contoh pergerakan
apabila guru memberi hukuman kawad. Berdasarkan aktiviti ini juga, murid di ajar langkah
demi langkah dan tidak terlalu laju agar murid berjaya mengingati isi pelajaran pada hari
tersebut. Pembahagian masa yang baik memberi peluang kepada murid-murid menguasai
asas kawad kaki statik ini dengan baik. Kawalan kelas yang baik juga menyebabkan murid
lebih faham apa yang cuba disampaikan oleh guru. Teknik bermain sambil belajar yang
digunakan juga mampu meningkatkan kecekapan murid-murid. Ini telah menyebabkan murid
lebih seronok untuk berkawad kaki. Bahkan, pertukaran ketua plantun secara bergilir-gilir
bertujuan untuk melatih setiap seorang untuk mengetuai skuad kawad kaki.

Seterusnya, kelemahan aktiviti latihan kawad kaki ini ialah masa yang tidak mencukupi
untuk semua murid menguasai kesemua teknik asas kawad kaki. Tahap kognitif murid yang
agak rendah menyebabkan mereka lambat untuk memproses hukuman-hukuman kawad kaki
yang diberi. Hal ini telah menyebabkan mereka kurang fokus dalam mempelajari kawad kaki.
Justeru, untuk mengatasi masalah ini, guru perlu beri lebih perhatian terhadap murid-murid ini
agar mereka berjaya mencapai tahap seperti rakan-rakan mereka. Hal ini untuk mengelakkan
mereka daripada berputus asa untuk melakukan kawad kaki ini. Selain itu, kumpulan murid
yang agak ramai menyebabkan murid-murid tidak begitu fokus terhadap guru. Untuk
mengatasi masalah ini, murid-murid perlu dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil di
mana setiap kumpulan akan ada seorang fasilitator yang akan membimbing mereka. Setelah
itu, baru mereka dikumpulkan dalam satu kumpulan besar untuk melakukan kawad kaki dalam
kumpulan yang besar.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan prestasi aktiviti kawad kaki
ini ialah dengan cara melakukan latihan yang berskala di mana murid dilatih berdasarkan
fasa-fasa yang tertentu. Selain itu, latihan yang sewajarnya kepada murid untuk meningkatkan
potensi mereka dalam aktiviti kawad kaki ini. Latihan yang serius merupakan faktor penting
untuk meningkatkan potensi serta pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti ini. Guru yang
melatih juga merupakan guru yang berpengalaman dalam kawad kaki agar dapat memberi
bimbingan latihan yang secukupnya. Kesimpulannya, aktiviti yang telah dilakukan sangat baik.
Namun, ia masih memerlukan penambahbaikan untuk memastikan lebih ramai murid berjaya
mencapai hasil pembelajaran.
Lampiran

Perhimpunan Kokurikulum sekolah Perhimpunan Kokurikulum sekolah

Demonstrasi oleh guru


Guru mengajar murid kawad kaki

Latihan kawad kaki oleh murid-murid

You might also like