You are on page 1of 19

LABU SAYONG

PENGENALAN Tradisi tembikar ini diusahakan oleh penduduk tempatan di pendalaman seperti para penduduk di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Labu sayong biasanya dibuat dalam dua warna iaitu hitam dan coklat.Bentukya ialah leper seperti labu bocong, labu tela, labu pucung dan labu panai. Hiasan yang kebanyakannya digunakan ialah pecah empat, bunga api, bunga lawang, bunga cakar ayam, bunga tanjung, bunga cengkih dan pucuk rebung. Salah satu keunikan labu ini ialah ianya diilhamkan daripada bentuk buah labu itu sendiri dan corak yang digunakan lebih bersifat semulajadi atau nature, ini mungkin kerana ianya biasanya dihasilkan oleh kaum wanita maka, secara tidak langsung, jiwa mereka yang lebih sensitif turut dipaparkan melalui corak yang dihasilkan. Teknik yang biasanya digunakan ialah teknik lingkaran dan picit bagi proses pembentukkan labu sayong. Biasanya tanah liat yang digunakan namun, bagi penduduk Kampung Sayong, mereka menggunakan sejenis tanah yang terdapat di daerah Sayong. Namun, mengikut para penghasil labu sayong yang lain, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah yang didapati satu kaki daripada aras permukaan bumi. Tanah liat yang digunakan untuk penghasilannya ialah tanah liat yang berwarna kelabu dan tanah liat yang berwarna kemerah-merahan.Alatan yang digunakan ialah batu sungai, pengukir, perepek, span, pinggan, papan rata atau papan gelak, gergaji kecil, pengguris dan roda pembentuk tembikar.

SEJARAH LABU SAYONG Mengikut sejarah, labu sayong wujud dari sebuah labu tua yang di keluarkan isinya dan di bersihkan sebelum mengisi air. Menurut cerita yang lain pula , dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung.Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas.Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram

JENIS JENIS LABU SAYONG

Labu Gelugur Labu gelugur dihasilkan daripada bentuk buah gelugur yang mempunyai badan yang bulat dan berlekuk-lekuk.Lekuk ini dihasilkan dengan menekan jari dan dengan bantuan alat buatan sendiri yang diperbuat daripada kayu. Seluruh bahagian badan labu itu akan ditekan sehingga menimbulkan kesan lurah bagi menggambarkan buah gelugur.

Labu Panai Labu Panai ialah bentuk labu yang berhiaskan garis-garis lurus atau menyerong pada bahagian badannya.Garis-garis yang dipanggil panai ini dihasilkan dengan menempelkan tanah pada badan labu atau mengukir badannya dengan alat pengukir yang dibuat sendiri oleh tukang-tukang ini.Terdapat juga panai yang dihasilkan dengan teknik gurisan.Teknik ini tidak meninggalkan kesan timbul pada badan labu.

Labu Lepap Labu ini dipanggil labu lepap kerana bentuk labunya yang leper di bahagian punggung, tidak mempunyai kaki dan rata. Badannya masih berbentuk bulat dan hiasan permukaan luarnya tidak berpanai timbul, kalau adapun hanyalah dihiasi dengan gurisan-gurisan menegak, melintang, membujur sahaja atau dibiarkan kosong dan licin sama sekali.

TEKNIK PEMPROSESAN LABU SAYONG Teknik Picit Teknik yang biasa digunakan ianya mudah dipraktikkan.Ia hanya memerlukan kecekapan kedua-dua belah tangan. Cara membuatnya hanya dengan mengepal tanah liat dan membentuk lubang ditengah-tengahnya, kemudiannya teknik memicit dilakukan dengan ibu jari. Teknik Kepingan Tanah liat yang diproses akan digelek sehingga menjadi kepingan dengan menggunakan penggelek tanah liat. Kepingan tersebut kemudiannya akan dibentuk mengikut acuan yang telah disediakan. Teknik Tuangan Dilakukan dengan menggunakan sejenis tanah liat yang cair yang telah diproses terlebih dahulu dikenali sebagai slap. Ianya kemudian akan dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada Plaster Paris. Teknik Lingkaran Teknik yang menggunakan roda pemutar atau piring sebagai pelapik. Roda tersebut akan dipusingkan dalam proses membuat labu sayong.

PEMBENTUKAN LABU SAYONG Peralatan Yang Digunakan

Penepek - Sebatang kayu digunakan untuk memampat tanah dan labu yang masih basah supaya menjadi bentuk yang dikehendaki.

Sudip - Sebatang buluh nipis dan runcing untuk mengerat lebihan tanah.

Pengukir - Sebatang kayu yang mempunyai ukiran motif pada kedua bahagian hujungnya dan digunakan untuk menerap hiasan-hiasan pada labu.

Batu Luru / Licin - Digunakan sebagai alat untuk melicinkan permukaan labu.

Pinggan Ayan / Piring Capah - Berfungsi sebagai roda pemutar.

Proses Pembuatan Labu Sayong

Aliran kerja membentuk sebiji labu dibuat dengan cara berperingkat-peringkat iaitu menyediakan tanah. Kerja-kerja membuat labu bermula dengan pemilihan tanah.Tanah liat yang lembut diambil daripada tebing-tebing sungai, perdu pokok atau busut.Tanah ini kemudiannya dijemur sehingga kering, membentuk, menghias dan akhirnya membakar.

Tanah liat boleh dijumpai di tepi-tepi sungai

Tanah liat ditapis bagi mengasingkan kekotoran

Menyediakan Tanah Tanah-tanah itu kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kaki.Selepas itu diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-katul batu yang ada.

Setelah nyata bersih, tanah itu duli supaya ia menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder untuk memudahkan proses berikutnya.

Membentuk tanah liat

Membentuk tanah liat

Membentuk Membentuk adalah tersangat penting dalam menghasilkan labu hitam kerana teknik inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu.

Ibu jari telunjuk turut berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu yang masih separuh kering. Tanah berbentuk silinder akan dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu.

Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantumkan bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Penggunaan batu sungai bagi melicinkan permukaan labu

Ragam hias menggunakan pelarik

Menghias Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif.Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu.Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar. Teknik membuat ragam hias ini menggunakan alat-alat seperti pelapik kayu berukir, pengukir besi dan kayu, pengguris dawai, kikiran bunga pecah lapan dan ukiran bunga separuh bulat.Terdapat berbagai-bagai jenis rupa bentuk seni tembikar, rupa bentuk yang paling terawal dicipta ialah periuk, belanga dan kukusan.Gaya bentuk atau

motif corak yang digunakan ialah bebas ataupun bercorak semulajadi.

Labu yang disalai

pembakaran tembikar

labu dimasukkan ke dalam sekam padi bagi mendapatkan warna kepada labu tersebut

Membakar

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar.

Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Proses menyalai tembikar dilakukan di atas para dengan bahan-bahan pembakaran selama lebih kurang enam (6) jam sehingga warna nya menjadi kelabu tua dan kemerah-merahan. Selepas disalai barulah dilakukan proses pembakaran secara terbuka dengan menutupi bahan-bahan pembakaran di atas tembikar atau labu tersebut. Suhu kepanasan pembakaran ialah antara 700-900 celcius dan proses ini mengambil masa lebih kurang dua (2) jam sehingga bahan pembakaran hangus menjadi abu. Labu yang telah dibakar akan dibiarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari tempat pembakaran. Labu Sayong yang telah siap dibakar akan diambil kemudian, damar digunakan untuk menyapu bahagian bawah labu sayong bagi memastikan bahagian bawahnya tidak mengalami sebarang kerosakkan serta tahan lebih lama dan tidak mengalami sebarang kebocoran semasa mengisi air simpanan.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu.Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar.Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

Labu yang telah siap

labu yang telah siap

RINGKASAN PEMBUATAN LABU SAYONG Pembentukan labu bermula di bahagian kemudian barulah diikuti bahagian lehernya.Garis pusatnya berukuran 12.5 sm. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu.Kerja ini dibuat secara perlahanlahan dan berperingkat-peringkat.Tujuannya untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baru.Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan.Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata.Bahagian badan dan kepalanya perlu disiapkan terlebih dahulu.Labu-labu yang telah disiapkan diletakkan ditempat redup untuk menggelakkannya retak. Labu ini dibiarkan selama lima belas (15) hari.

KEGUNAAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Labu Sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, senibina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan, dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya deman panas.

Lampu Hiasan

Pasu Gubahan Bunga

Cenderahati Perkahwinan

Pelbagai Corak dan Warna

You might also like