You are on page 1of 11

Penyu PROGRAM PENGURUSAN & PEMULIHARAAN Pusat Penerangan Dan Pengurusan Penyu Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama

Kerajaan Negeri yang mempunyai pendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat penerangan dan pengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan, penetasan dan pengurusan penyu di negeri berkenaan. Pusat-pusat penerangan dan pengurusan yang telah dibina dan masih beroperasi sehingga kini adalah sepertimana berikut:Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman, Terengganu Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Melaka Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang Kajian & Penyelidikan Dalam melaksanakan pengurusan dan pemuliharaan penyu, pihak Jabatan dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negeri, badan Bukan kerajaan ( NGO ), pakar-pakar dari dalam dan luar negara dan orang perseorangan dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian terhadap penyu seperti; Penandaan terhadap penyu Kajian kecergasan anak penyu Kajian genetik anak penyu Kajian kesan suhu terhadap jantina penyu Kajian teknik penetasan dan hatchery terhadap anak penyu Kajian penghijrahan penyu kaedah pengesanan satelit Kajian kesan cahaya terhadap anak penyu Program Pendidikan Dan kesedaran Awam. Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa sokongan dan kerjasama daripada orangramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjang tahun oleh pihak Jabatan Perikanan seperti mengadakan pertandinganpertandingan melukis, mewarna untuk peringkat pelajar sekolah, mengadakan ceramah dan perkhemahan di pusat-pusat penyu untuk pelajar-pelajar sekolah , kakitangan kerajaan, pihak swasta serta nelayan dalam menerapkan kesedaran kepada golongan ini.Dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai penyu kepada orangramai , pihak Jabatan telah mencetak risalah atau pamphlet untuk edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya. Perundangan Dan Penguatkuasaan.

Dalam menangani masalah kepupusan populasi penyu di Malaysia , di setiap negeri telah mempunyai peraturan atau enakmen yang tersendiri dalam menjalankan penguatkusaan mengenai penyu di negeri masing-masing. Akta dan Enakmen-Enakman yang berhubung dengan perlindungan dan pengurusan penyu laut dan tuntong di Malaysia. Negeri/Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Akta Perikanan 1985 ( pindaan 1993 ) Terengganu Enakmen Penyu 1951 ( pindaan 1989 ) Peraturan-peraturan Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) Kelantan 1978 Enakmen Perikanan 1937 Kaedah-kaedah Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1996 Pahang - Perlembagaan sedang digubal. Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1984 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1989 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan telur Penyu ) 1976 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1998 - perlembagaan dalam tindakan Enakmen Penyu 1972 Kedah Pulau Pinang Sabah Kaedah-Kaedah Penyu 1975 Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1999 Ordinan Hidupan Liar 1997 Peraturan Hidupan Liar 1998 Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1990 Sarawak Ordinan Amanah Penyu 1957

Di samping itu, dalam menangani ancaman terhadap penyu terdapat alat-alat menangkap ikan yang telah diharamkan yang mana peralatan ini boleh membunuh penyu seperti pukat pari.

Penyu Ancaman Terhadap Penyu Ancaman ancaman terhadap penyu yang boleh menyebabkannya mengalami kepupusan di antaranya adalalah seperti berikut :Eksploitasi Penyu Dan Telur Penyu Telur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan , daging dijadikan makanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual.
Terperangkap Dalam Peralatan Menangkap Ikan Penyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyut dan peralatan menangkap ikan yang lain. Yang dioperasikan oleh nelayan Kemusnahan Habitat Terdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telah musnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan, perumahan, kawasan perindustrian, hakisan dan disamping itu disebabkan oleh keadaan semulajadi seperti hakisan

Aktiviti Pelancungan Disebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancong seperti memasang ungun api, membuat bising, menganggu penyu yang mendarat untuk bertelur dan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu Pencemaran Disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap , dan bahanbahan buangan industri yang membahayakan penyu Limpahan Cahaya Pancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasan pantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik ke pantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepada cahaya yang terang
Pemangsaan Anak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadi mangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam air menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar

Pusat Santuari Penyu Rantau Abang

Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.

Mengikut statistik, Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan Penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006 (5) dan tiada pendaratan pada 2007. Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan Penyu Belimbing di pantai tersebut. Manakala bagi Penyu Agar pula, jumlah pendaratan pada 2003 adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047). Jumlah pendaratan Penyu Karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004 (9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18), manakala tiada langsung pendaratan Penyu Lipas dari tahun 2003 hingga 2007. Melihat kepada rekod jabatan itu mengenai jumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskan perasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.

Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang.... Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun. Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai

Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62km. Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km. Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan Lebuhraya TimurBarat menghala ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892km. Dari Johor, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.

Info Penyu Pengenalan Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labilabi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paruparu, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.

Kitaran Hidup Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu Betina akan mengawan dengan Penyu Jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu Betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor Penyu Betina boleh bertelur di antara 4-6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 815 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2-8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan Penyu Betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.

Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas (30C ke atas) akan menghasilkan anak Penyu Betina dan suhu sejuk (26278C) menghasilkan anak Penyu Jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini, anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak.

Ada ahli saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor Penyu Betina atau seekor Penyu Jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun. Jenis-Jenis Penyu Penyu Belimbing Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 m hingga 1,200 m.

Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 56.5 sm. Penyu Agar

Penyu Agar juga dikenali sebagai penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara AprilSeptember dan menghasilkan 100140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm. Penyu Karah / Sisik Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 7090 sm dengan berat badannya di antara 3575 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan Terumbu Karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musim bertelurnya adalah MacJun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm. Penyu Lipas Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.06.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 3550 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari MacJun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

HARGAI PENYU : Negara kita sudah bergerak seiring dengan negara maju yang lain dari segi tekonologi dan sains mahupun sektor pelancongan. Banyak lokasi di negara kita yang berpotensi untuk membuka mata pelancong di samping keindahan flora dan fauna negara kita yang unik dan menarik. Salah satu destinasi pelancongan yang menarik ialah Pulau Lankayan yang terletak dalam kawasan SIMCA, di mana pusat pemeliharaan dan pemuliharaan spesies penyu sedang giat dijalankan. Di Malaysia terdapat tiga jenis penyu, iaitu penyu Leatherback, Green, dan Hawksbill. Di Pulau Lankayan pula hanya terdapat dua jenis penyu, iaitu Green dan Hawksbill. Objektif Pulau Lankayan ialah memelihara dan memulihara penyu-penyu ini supaya spesies ini tidak terus pupus dan juga sebagai daya tarikan pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara. Justeru, pelancong asing yang datang melancong ke negara kita akan menggalakkan lagi pertukaran mata wang asing yang seterusnya memberi keuntungan terhadap sektor pelancongan di negara kita. Penyu merupakan hidupan yang kian pupus dan haruslah dipelihara dan dihargai. Jangka hayat seekor penyu adalah lebih kurang 60 tahun dan tergolong dalam spesiesamfibia. Penyu lebih banyak menghabiskan masa di dalam air berbanding di darat walaupun penyu adalah haiwan yang bernafas dengan paru-paru. Jantina penyu boleh dilihat melalui panjang ekornya. Ekor penyu yang panjang ialah jantan manakala ekor yang pendek ialah betina. Selain itu, saiz cengkerang juga dapat menentukan jantina penyu kerana cengkerang yang lebih besar ialah jantan dan cengkerang yang kecil ialah betina. Namun demikian, pada peringkat awal, iaitu selepas telur penyu menetas, jantina penyu sukar dikenal pasti kerana tiada ciri-ciri anak penyu yang boleh membezakan jantinanya. Lazimnya, penyu akan datang ke daratan berpasir pada waktu malam untuk bertelur. Di negara kita, Malaysia terdapat banyak pulau yang telah dijadikan sebagai pusat penjagaan telur penyu. Tapak yang sesuai akan disesuaikan utnuk menyimpan telurtelur penyu bagi memastikan telur-telur ini tidak diambil oleh manusia atau dimakan oleh pemangsa. Tapak penetasan seperti ini ada disediakan di Pulau Lankayan. Menurut kajian, hanya 1% sahaja anak penyu yang dilepaskan ke lautan dapat meneruskan kelangsungan hidupnya. Peluang untuk anak penyu yang dilepaskan untuk terus hidup bergantung kepada keupayaan anak penyu untuk berenang selaju mungkin untuk sampai ke kawasan laut dalam supaya dapat melarikan diri daripada pemangsa seperti ikan jerung. Sumber makanan penyu ialah lumut dan obor-obor, dan ini menjadikan kawasan terumbu karang sebagai tempat paling sesuai untuk penyu berlindung dan bermain serta mencari makanan sepanjang tempoh penyu membesar dan berada di laut. Satu ketika semasa tempoh pembesaran penyu adalah dikenali sebagai lost years kerana dalam tempoh ini apa yang terjadi kepada penyu adalah tidak diketahui. Sepanjang tempoh penyu membesar, terdapat banyak ancaman terhadap penyu, sama ada daripada hidupan akuatik yang lain mahupun daripada kegiatan manusia dan ini mendorong penyu kepada kepupusan. Pencemaran laut yang mengotorkan air laut dan seterusnya merosakkan terumbu karang akan mengakibatkan penyu kehilangan habitat dan sumber makanan. Kerakusan para nelayan juga adalah faktor utama yang menyumbang

kepada kepupusan penyu terutamanya nelayan yang menggunakan pukat tunda. Penggunaan pukat tunda oleh nelayan akan menyebabkan semua hidupan akuatik sama ada yang besar atau kecil, termasuklah penyu akan dipukat. Sekiranya penyu termasuk atau tersangkut pada pukat nelayan, penyu berkemungkinan akan mati sebelum ditarik ke daratan. Sekiranya ditarik pun, lazimnya penyu tidak dilepaskan secara baik ke laut. Justeru, peluang penyu yang terperangkap untuk hidup adalah tipis. Terdapat juga nelayan yang sengaja mengambil cengkerang penyu untuk dijadikan barang hiasan. Di sebalik ancaman terhadap penyu, terdapat pelbagai cara untuk kita menyelamatkan penyu agar tidak terus pupus ditelan oleh arus pembangunan dan sikap rakus manusia. Oleh itu, pihak kerajaan sendiri hendaklah menguatkuasakan undangundang serta mengenakan hukuman dan denda yang setimpal terhadap orang yang mengambil telur penyu secara haram di samping bersama-sama menjaga laut yang menjadi habitat penyu daripada sebarang pencemaran. Mewartakan kawasan penyu bertelur dan membiak sebagai kawasan lindungan juga merupakan salah satu jalan yang efektif bagi memelihara spesies yang unik ini. Apapun langkah yang diambil dan dikuatkuasakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tidak akan membawa kesan sekiranya masyarakat tidak memberikan kerjasama. Masyarakat haruslah bersama-sama berganding bahu bagi menjaga dan menghargai penyu di negara kita.

You might also like