You are on page 1of 7

KAJIAN KESAN KEGIATAN EKONOMI KEPADA ALAM

SEKITAR
ISI KANDUNGAN

Bil

Tajuk

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

Rujukan

Rumusan

Penghargaan
Alhamdullilah,syukur kehadrat Illahi kerana telah mengizinkan saya membuat
tugasan ini dengan sempurna dan dapat menghantar tugasan ini pada masa yang
ditentukan oleh guru Geograf saya.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Pengetua SM Imtiaz YAYASAN TERENGGANU Kuala Berang kerana telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa
juga kepada guru Geograf saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan tugasan ini.Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu
bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Banyak maklumat yang telah mereka berikan demi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan seelok-eloknya.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampong tanjung
gemok yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa
kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian
semua.

Pendahuluan
Kami semua telah diberikan tajukKesan Kegiatan Ekonomi Kepada Alam Sekitar.
Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang
mempunyai kegiatan ekonomi iaitu taman saya. Setiap pelajar perlu menulis satu
laporan yang lengkap dan terperinci tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan juga kepada penduduk-penduduk di kawasan tempat
tinggal kawan saya.

Objektif Kajian
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan:
1) Menyatakan maksud konsep kegiatan ekonomi.
2) Menyenaraikan jenis-jenis kegiatan yang terdapat di kawasan kajian.
3) Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.

4) Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian.


5) Menyatakan langkah-langkap hendak mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.
6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap penduduk di kampong
tanjung gemok.

Kawasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Kampung Tanjung Gemok,Rompin,Pahang.Kampung ini
terletak lebih kurang 5KM dari Pekan Endau dan kira-kira 26KM dari Bandar
Rompin.Kampung ini mempunyai banyak penduduk.Kawasan kajian berdekatan
dengan pantai dan mempunyai tanah yang rata dan lembut.Mengikut daripada
sumber, nama Tanjung Gemok diambil sempena gelaran yang telah diberikan oleh
pelayar-pelayar laut berhampiran Kuala Sungai Endau. Mereka sering menggelar
kawasan tersebut sebagai 'Tanjung Gemok' yang diringkaskan daripada ayat
'Tanjung yang nampak gemok'

Kaedah Kajian
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat
maklumat secara terperinci dan bersistematik.Oleh itu,saya telah menggunakan 3
kaedah ini untuk menjalankan kajian ini.Berikut adalah:-

1)Soal selidik
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan
maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memerhati
pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Contohnya ialah
pertanian,perguruan,perniagaan dan penternakan.
2)Pemerhatian
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang
kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memberi borang soal selidik kepada

20 orang responden dan member mereka masa sebanyak 5 minit untuk


menjawabnya.Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di
bahagian lampiran
3)Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat
tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memilih seseorang untuk
dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang kegiatan ekonomi
di kawasan kajian.Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk
menjayakan kerja khusus ini
seperti http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursusgeograf-pmr-2010/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87 .Selain itu saya juga telah
menggunakan buku teks geograf tingkatan 1 untuk memudahkan saya membuat
kajian ini.

Hasil Kajian
8.1)Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefnasikan bahawa kegiatan ekonomi
sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat. Terdapat
banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan ekonomi ialah
perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.
8.2)Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi
Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan antaranya ialah
perikanan.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 6 orang
responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua 6 orang responden melakukan
aktiviti ini di laut atau di kawasan pantai.Tiga orang daripadanya menggunakan jala
untuk menangkap ikan manakala selebihnya pergi ke laut untuk menangkap
ikan.Hasil dapatan mereka dijual di pasar berdekatan atau dibuat makanan untuk
keluarga mereka.Kegiatan perniagaan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi
di kawasan kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati orang

4 responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua responden ini berniaga kecilkecilan seperti gerai atau warung.
Selain itu,kegiatan perguruan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 7 orang
responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Lima responden ini mengajar di sekolah
tertentu seperti Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok,Sekolah Menengah
KebangsaanTanjung Gemok.Manakala,2 orang responden lagi mengajar tusyen di
rumah mereka.
8.4)Kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian
Melalui pemerhatian saya,saya mendapati pelbagai masalah yang dihadapi
di Kampung Air Tawar.Di antaranya ialah pencemaran alam sekitar.Pencemaran
alam sekitar merangkumi pencemaran udara dan bunyi.Kegiatan pemeliharaan
burung laying-layang yang maju di kawasan kajian dan peningkatan harga air liur
burung layang di pasaran menyebabkan ramai penduduk menguasahakan kegiatan
ini.Penduduk telah menebang hutan dan membiarkan ia kering lalu
dibakarnya.Akibatnya,pencemaran udara sekitar di kawasan kajian.Pencemaran
udara pula berlaku kerana bunyi burung layang-layang dari bangunan atau
sarangnya menyebabkan penduduk tidak senang untuk tidur atau membuat kerja
lain.
Kegiatan ekonomi juga menyebabkan hidupan akuatik terancam.Ini kerana
nelayan-nelayan telah menangkap banyak hidupan di akuatik untuk dijual di
pasar.Mereka tidak melepaskan kehidupan akuatik yang terdapat telur di dalam
perutnya untuk membiak.Maka kehidupan akuatik terancam.Contohnya ialah udang
galah,dulunya udang galah senang didapati tetapi sekarang semakin susah untuk
didapati jika kita menebar jala
Selain itu,kegiatan ekonomi menyebabkan kemasukan buruh asing seperti
masyarakat Indonesia,Filipina dan Thailand.Mereka masuk ke kawasan kajian untuk
mencari peluang pekerjaan.Mereka bekerja dengan gaji yang murah sebab itulah
majikan-majikan mereka mengambil mereka bekerja di kawasan kajian.
Akhir sekali,kegiatan ekonomi di kawasan kajian menyebabkan penduduk dari
negeri lain datang ke kawasan kajian contohnya ialah dari Genting
Hihgland.Penduduk ini berpindah kerana ingin mengusahakan kegiatan
pemeliharaan burung layang-layang kerana kawasan kajian mempunyai tanah yang
lembut dan rata manakala di Genting Highland mempunyai tanah yang berbukit dan
tidak rata.Ini meyebabkan pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan
kajian.
8.5) Langkah-langkah hendak mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di kawasan
kajian.
Hasil daripada pemerhatian saya,kegiatan ekonomi telah menyebabkan
berlakunya pelbagai kesan negatif terhadap kawasan kajian.Diantaranya kesan
negatif tersebut ialah pencemaran alam sekitar.Dalam mengurangkan pencemaran
alam sekitar di kawasan kajian,langkah penguatkuasakan undang-undang boleh

diambil.Pihak yang terlibat adalah seperti Jabatan Alam Sekitar(TAS) dan pihak
berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Rompin(MDR) boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadap mereka yang terbukti melakukan kegiatan yang
mencemarkan alam sekitar di kawasan kajian.Antara tindakan tersebut ialah
mengita premis dan hukuman penjara.
Terdapat juga kesan negatif yang lain di kawasan kajian iaitu kemasukan buruh
asing. Kemasukan buruh asing akan mengurangkan peluangkan pekerjaan kepada
penduduk asli.Tindakan harus diambil dengan pantas.Pihak yang terbabit iaitu
Majlis Daerah Rompin(MDR) kemasukan buruh asing dengan menguatkuasakan
undang-undang di kawasan kajian.Jika ini dipercepatkan maka berkuranglah aktiviti
yang tidak berfaedah dilakukan oleh remaja-remaja di Kampung Tanjung Gemok
seperti merempit,berlumba dan lain-lain.
Seterusnya,kehidupan akuatik terancam merupakan kesan negatif di kawasan
kajian.Ianya berlaku kerana nelayan hanya menangkap kehidupan akuatik tanpa
member mereka peluang untuk membiak.Penduduk perlulah member mereka
peluang untuk membiak sebelum mereka pupus.Penduduk perlu sedar akan apa
yang mereka lakukan.
Kesan negatif terakhir ialah penghijrahan penduduk dari negeri lain ke
kawasan kajian.Tindakan perlu diambil dengan cepat sebelum penduduk di kawasan
kajian bertambah dan kawasan kajian menjadi sesak.Tindakan perlu diambil cepat
sebelum nasi menjadi bubur.Majlis Daerah Rompin perlu mengawal jumlah
penghijrahan penduduk dari kawasan lain ke kawasan kajian untuk mengurangkan
kesan kajian.

Jadual menunjukkan jenis-jenis kegiatan ekonomi di


Kampung
Tanjung
Gemok,26820,Rompin,Pahang.
Jenis Kegiatan Ekonomi

Jumlah

Perikanan

perniagaan

perguruan

Pemeliharaan burung layang-layang

Jumlah

20

Rujukan
Orang Sumber
Laman Web:
http://kerjakhususgeograf.blogspot.com/2011/10/tajuk-pendahuluan-normal-0-falsefalse.html#comments
http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geografpmr-2010/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87
Buku rujukan:Chong Mui Sen,2002,Geograf Tingkatan 1,Selangor Darul
Ehsan,Sasbadi.SDN.BHD
.

Rumusan

Sebagai rumusannya,kajian ini telah memberi saya pengetahuan tentang jenisjenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya juga telah mengetahui tentang
kepentingan-kepentingan kegiatan ekonomi kepada penduduk dan kawasan
kajian.Walaupun kegiatan ekonomi penting kepada penduduk dan kawasan
kajian,namun terdapat juga kesan-kesan negatif hasil daripada kegiatan
ekonomi.Justeru itu,saya meyakini bahawa sekiranya langkah-langkah
mengurangkan kesan kegiatan ekonomi yang dicadangkan dilaksanakan,insyaAllah
kesan negatif kegiatan ekonomi dapat dikurangkan.
Akhirnya,sebagai seorang penduduk di kawasan kajian saya merasa sangat
bersyukur di atas anugerah yang diberi oleh Allah kepada kawasa kajian.Saya juga
bersyukur kerana telah wujud semangat cintakan tanah air di dalam hati penduduk
di kawasan kajian

You might also like