You are on page 1of 14

ARKIB : 19/07/2009

Bersihkan Felda pengaruh dadah


TEMERLOH 18 Julai - Masyarakat peneroka perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membanteras masalah penagihan dadah, sekali gus membersihkan imej tanah rancangan Felda yang sering dikaitkan dengan gejala itu. Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, masalah penagihan dadah di tanah rancangan sebenarnya bukan berpunca daripada masyarakat peneroka tetapi pengaruh dan pengedarannya dilakukan oleh orang luar. Katanya, kajian yang dibuat pihaknya selama dua bulan lalu mendapati masyarakat Felda di daerah itu terdedah kepada pengaruh dadah kerana kawasan itu terletak berhampiran Kuala Lumpur. ''Nama Felda menjadi buruk sedangkan masalah ini disebabkan orang luar. Penagih dan pengedar dadah dari luar masuk ke tanah rancangan untuk mempengaruhi penghuni terutama remaja dan belia untuk menagih dadah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Gerak Gegar Felda dan Forum Al-Muqarrabin di Felda Bukit Damar dekat sini semalam. Menurut Sallehuddin, pejabat daerah sentiasa memantau kawasan kampung dan Felda supaya masalah itu ditangani secara menyeluruh bagi membebaskan kawasan luar bandar dan tanah rancangan daripada najis dadah. Beliau berharap ibu bapa tidak melindungi anak-anak jika mereka didapati menagih dadah dengan menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk proses pemulihan dan tindakan selanjutnya. Katanya, tindakan seumpama itu dapat membantu penagih keluar daripada penagihan dadah yang boleh menghancurkan masa depan mereka. ''Kita mahu hasrat kerajaan menjadikan negara ini bebas dadah menjelang tahun 2015 tercapai," katanya. Jelasnya, masyarakat boleh membantu mencapai matlamat itu dengan tiga kaedah iaitu menerima hakikat jika ada ahli keluarga atau jiran menjadi penagih dadah. ''Kaedah kedua dengan membantu ahli keluarga atau jiran pulih daripada penagihan dan bukannya menghukum. ''Manakala cara ketiga ialah menghubungi AADK untuk mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya," katanya.

ARKIB : 17/07/2009

Penggunaan dadah sintetik membimbangkan


KUALA LUMPUR 16 Julai - Peningkatan penggunaan dadah sintetik atau dadah perangsang jenis amphetamine (ATS) secara mendadak dalam tempoh 11 tahun ini disifatkan amat serius dan membimbangkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berdasarkan statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), cuma 108 orang atau 0.3 peratus daripada 36,284 penagih dikesan menggunakan ATS pada tahun 1997 tetapi ia terus memperlihatkan trend peningkatan."Peningkatannya amat ketara pada tahun 2008 apabila didapati 15.64 peratus atau seramai 1,932 daripada 12,352 penagih dikesan menggunakan dadah jenis itu," katanya ketika berucap merasmikan Malam Anugerah Media AADK 2008 di malam ini.Tambahnya, peningkatan penggunaan ATS di negara ini sejajar dengan trend sedunia dalam penggunaan dadah jenis itu. "Mengikut sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), trend penggunaan dadah ATS dari 2001 hingga 2007 meningkat kepada 25 juta kes bagi dadah jenis amphetamine dan sembilan juta bagi dadah jenis ekstasi," katanya.Menurutnya, senario penggunaan ATS amat membimbangkan kerana ia amat berbahaya bukan sahaja kepada penagih tetapi juga anggota keluarga, masyarakat dan negara."Dadah tersebut akan memberi kesan yang cepat kepada sistem saraf pusat manusia yang mana akhirnya pengguna boleh bertindak di luar kebiasaan dan berpotensi melakukan jenayah berat seperti ragut, rompak, rogol dan rempit," katanya.Hishammuddin berkata, memandangkan dadah jenis sintetik sering dikaitkan dengan hiburan, masyarakat mungkin tidak mengetahui kesan penyalahgunaannya jauh lebih buruk. "Berbeza penagihan dadah tradisional, sehingga kini belum ada kaedah rawatan yang ditemui untuk penagihan dadah sintetik khususnya apabila penagihan di tahap sudah lama," katanya. Jelas beliau, situasi penggunaan ATS sekarang menuntut satu gerakan besar-besaran seperti ketika kerajaan mula mengisytiharkan dadah sebagai ancaman keselamatan negara pada tahun 1983. "Sejajar pengumuman Perdana Menteri yang meletakkan usaha mencegah jenayah sebagai salah satu daripada Bidang Hasil Utama Negara (KRA), agenda menangani penularan gejala penagihan dadah perlu diberikan keutamaan," katanya. Beliau berkata, semua pihak perlu bergabung tenaga untuk membantu agensi kerajaan seperti AADK untuk bangkit memerangi gejala yang banyak menyumbang kepada jenayah lain. "Dalam konteks ini, AADK akan menggunakan kaedah-kaedah baru bagi mendekati golongan sasar termasuk daripada segi kempen dan publisiti untuk komuniti siber," katanya.

Edar dadah ketika tugas


KUALA LUMPUR 10 Julai - Seorang penghantar surat sepatutnya menghantar surat dan bungkusan yang diarahkan oleh majikannya. Namun, seorang penghantar surat berusia 40 tahun mengambil peluang boleh bergerak ke sana sini itu dengan dengan membawa bungkusan berisi dadah kepada pihak tertentu. Akibtanya, dia ditahan di sebuah kedai dobi di Jalan Kuchai Lama di sini pada Sabtu lalu. Ketika ditahan, lelaki itu didapati menyembunyikan 30 peket plastik mengandungi dadah heroin seberat 50 gram di dalam seluar dalamnya. Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, harga pasaran bagi satu paket dadah itu ialah RM50. "Kegiatan suspek dikesan sejak dua bulan lalu. Siasatan menunjukkan dia memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes curi. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan pada pukul 8.30 pagi Selasa lalu, lima lelaki ditahan selepas empat bungkusan mampat dadah jenis ganja seberat 745 gram ditemui di rumah sewa mereka di Pantai Dalam di sini. Empat dari lima suspek yang berusia antara 19 tahun dan 30 tahun itu didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing. Wan Abdul Bari berkata, polis turut menemui dua bilah parang dan dipercayai digunakan untuk menyamun. Katanya, siasatan awal mendapati dua daripada lima suspek itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

ARKIB : 08/07/2009

Pasangan kekasih miliki ketamin diberkas


KUALA LUMPUR 7 Julai Polis menahan sepasang kekasih yang disyaki menggunakan sebuah kafe siber untuk mengedar dadah. Semasa ditahan di sebuah kawasan perumahan di Desa Setapak kira-kira pukul 10 malam Khamis lalu, pasangan yang masing-masing berusia 28 dan 23 tahun itu didapati memiliki dadah jenis ketamin bernilai RM40,000 yang disorokkan dalam kenderaan mereka. Ketika diperiksa, polis menemui satu bungkusan hitam yang diikat dan diletakkan di belakang tempat duduk belakang kereta jenis Kia Spectra dinaiki pasangan itu. Di dalam bungkusan itu pula terdapat tiga bungkusan besar plastik lutsinar, yang dilapik dengan surat khabar, berisi serbuk berwarna putih dipercayai dadah jenis ketamin. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek lelaki yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kafe siber menggunakan kafe itu untuk menjual dadah. Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati kedua- dua suspek negatif mengambil dadah, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, pihaknya percaya kedua-dua suspek giat menjalankan aktiviti mereka sejak enam bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

ARKIB : 03/07/2009

Pendidikan awal cegah dadah


MUAR 2 Julai - Pendidikan terhadap pencegahan dadah perlu bermula pada usia awal dalam membolehkan gejala tidak sihat itu dapat dibendung sepenuhnya daripada berakar di dalam masyarakat. Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkata, golongan pelajar harus diberi pendedahan selengkapnya mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah dengan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing. Jelasnya, dengan inisiatif penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di setiap sekolah, beliau yakin maklumat berkenaan dapat disalurkan secara informal kepada golongan pelajar. "Keprihatinan pihak sekolah amat penting dalam perkara ini terutama bagi sekolah-sekolah yang berada di kawasan berisiko tinggi. "Saya amat berharap pihak sekolah dapat memanfaat kemudahan PPDa ini sebagai pusat sehenti dalam meningkatkan kesedaran murid bukan sahaja mengenai masalah dadah malah masalah rokok dan masalah sosial lain," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap bagi Majlis Perasmian Lorong PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Naning di sekolah berkenaan di sini baru-baru ini. Lorong PPDa sekolah tersebut diiktiraf sebagai johan pertandingan Lorong PPDa bagi sekolah-sekolah peringkat Johor dan ia seterusnya akan mewakili negeri ini di peringkat kebangsaan. Menurut Markom, beliau memuji langkah SMK Bukit Naning yang mencurahkan pelbagai bentuk kreativiti untuk memupuk kesedaran pelajar mengenai masalah dadah

ARKIB : 30/06/2009

Lelaki ditahan tanam dua pokok ganja


SEREMBAN 29 Jun - Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana menanam dua batang pokok ganja setinggi hampir semeter di belakang rumahnya di Felda Pasoh 2, Jempol, Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan R. Ravichandran berkata, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi, hasil daripada maklumat orang ramai. "Polis menemui pokok-pokok ganja berkenaan yang ditanam dalam beg plastik di belakang rumahnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Katanya, hasil ujian air kencing, suspek didapati positif menagih dadah. Beliau memberitahu, pokok-pokok itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis. "Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6(B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. Ravichandran mengingatkan orang ramai agar tidak menanam pokok ganja kerana perbuatan itu boleh mengakibatkan mereka dihukum penjara seumur hidup. "Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa memberitahu polis," ujarnya.

DADAH: SENARIO SEJAGAT YANG MEMBIMBANGKAN Prof Madya Dzulkifli Abdul Razak DADAH adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini telah mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat teguran. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3 peratus adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat. Ini disokong pula oleh permintaan yang tinggi. Perubahan senario politik antarabangsa dengan berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia, telah membawa kesan negatif dalam usaha membanteras dadah. Ini kerana dunia kini dianggap tidak mempunyai sempadan lagi dan semua orang besab keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan. Tambahan pula, sistem komunikasi dan pengangkutan masa kini yang semakin canggih membantu melicinkan pergerakan mereka. Bagi mereka yang terlibat dengan kegiatan dadah, perkembangan seumpama ini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih licin dan meluas. Sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahuun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranyan masalah dadah tidak dapat diatasi segera. APA ITU DADAH? Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratn kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkah-laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan. Seseorang penagih sanggup menggadai maruah serta memperhambakan diri kepada sesiapa saja walau dalam apa jua keadaan asalkan bekalan dadahnya terjamin. Akibatnya ramai yang sanggup mengemis dan melacurkan diri. Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risio yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut.

Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama. PERBEZAAN DI ANTARA UBAT DAN DADAH Ubat dan dadah mempunyai perbezaan yang agak ketara. Pertama, ubat memberi manfaat seperti menyembuh dan merawat penyakit, manakala dadah tidak bersifat sedemikian. Kedua, ubat memberikan kesan yang tidak diingini atau kesan sampingan yang minimum seperti pening kepala, panas badan, dan mengantuk. Kesan ini akan reda atau hilang apabila pengambilan ubat tersebut dihentikan. Sebaliknya, dadah akan memberikan kesan berbahaya yang berkekalan sebagai satu tabiat ketagihan walaupuan tekah berhenti menggunakannya. Ketiga, ubat tidak semuanya berupaya mempengaruhi otak dan minda sipengguna, tetapi semua jenis dadah memberi kesan mendalam terhadap otak dan minda manusia. Oleh itu dadah dikenali sebagai bahan psikoaktif dan penggunaannya tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952, pindaan 1982. Keempat, ubat umumnya tidak meninggalkan kesan ketagihan seperti dadah. Penggunaannya tanpa banyak sekatan undang-undang (melainkan dalam hal tertentu sahaja) sedangkan dadah diharamkan penggunaannya (walaupun tidak bagi arak dan tembakau). KESAN PENGAMBILAN DADAH TERHADAP MANUSIA KESAN PENGAMBILAN DADAH SECARA SUNTIKAN KESAN PENGAMBILAN DADAH MELALUI MULUT

Kerosakan paru-paru dan hati Meningitis - penyakit jangkitan otak Kerosakan sistem penghadaman (zat makanan Tetanus atau penyakit kancing dagu tidak mencukupi) Endokarditis-penyakit jangkitan jantung Kerosakan buah pinggang AIDS, Hepetitis B,C, dan D Otot-otot badan mengecut (badan lesu dan tidak Bisul, kudis, kurap, dan pelbagai penyakit kulit bermaya) lain Berat badan menurun dan berkemungkinan lumpuh KESAN FIZIKAL Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini termasuk pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh manusia seperti sistem pernafasan, saraf, jantung, metabolisme, dan otot-otot. Dengan lain perkataan, keadaan diri mereka tidak terurus, proses kehidupan akan terjejas dan menjadi tidak normal. Kesan ini menjadi lebih ketara apabila dadah digunakan dengan berlebihan. Kadar pernafasannya menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan jantung berkurangan, tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme badan. Mata menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas. Penagih juga mungkin mengalami sawan dan gangguan fungsi otak. Ini sukar dipulihkan jika berlaku secara berterusan dan berulang-ulang. KESAN MENTAL DAN EMOSI Kesan ini lazimnya dipanggil kesan psikologi iaitu kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini termasuklah rasa seronok dan khayal (euforia). Mereka seakan-akan tidak berpijak di alam nyata. Pada masa yang sama seseorang itu hilang kawalan diri dan pemikiran. Mereka tidak segan silu melakukan perkara yang aib serta tidak mempunyai rasa tanggungjawab. Perasaan ini akan berterusan selagi dadah masih terdapt dalam tubuh pesakit, malah semakin lama seseorang

itu menggunakan dadah lebih banyak pula jumlah dadah diperlukan untuk mendapatkan euforia. Fenomena ini disebut toleran ataupun keadaan lali di mana kesan euforia daripada dadah berkurangan apabila ia digunakan berulang-kali. Inilah yang membuatkan seseorang itu tidak putus-putus mencari dan meningkatkan penggunaan dadah. Sekiranya bekalan dadah tidak diperolehi mereka akan berasa keluh-kesah, gian, dan amat menderita. Matanya akan berair, hidung beringus, perut berasa sakit dan perit, kadang-kala muntah dan cirit-birit. Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi. Bahkan ia boleh melakukan pelbagai perbuatan jenayah kerana cuba mengatasi rasa gian, baik dengan cara menghendap, mencuri atau membunuh sekalipun. Apabila rasa ketagih berterusan ia mungkin juga mengalami gangguan mental dan menjadi tidak waras, seolah-olah gila. Ia mula melakukan sesuatu yang tidak masuk akal yang berlawan dengan tatasusila dan peradaban masyarakat. Badan tidak lagi berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. KESAN SOSIAL Kebanyakan penagih akan hilang minat dan tidak memperdulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat sekeliling. Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan atau diperhatikan sebelumnya. Mereka juga tidak menghiraukan kesihatan dan kebajikan sebelumnya. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka. Banyak daripada penagih tidak tinggal bersama keluarga. Mereka hidup di tempat-tempat lengang yang tersorok atau terpencil untuk memudahkan mereka menggunakan dadah. Keadaan mereka diibaratkan hidup segan mati tak mahu. Dunia mereka hanya akan dapat dipuaskan dengan dadah saja. Kesudahannya mereka akan tersisih sama sekali dan semakin jauh daripada apa jua bentuk bantuan yang membolehkan mereka kembali semula ke pangkuan masyarakat. Mereka akan terus menderita selagi ajal belum tiba. Sesiapa yang terjerumus di dalamnya amat sukar melepaskan diri. Oleh yang demikian wajarlah kita semua menjauhkan diri daripada apa jua jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk berusaha membantu mereka yang terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang mereka hadapi.

Menyedari kesengsaraan orang lain


KUCHING 19 Julai - Siapa kata penghuni di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) iaitu penagih adalah orang jahat dan tidak layak untuk kembali semula kepada masyarakat.Sebenarnya, penghunipenghuni Puspen adalah mereka yang terlibat dengan ketagihan dadah yang mendapatkan bantuan rawatan untuk pemulihan.Mereka tidak berbahaya dan mereka juga bukan seperti banduan yang mendapat hukuman di sebalik pintu besi.Khidmat masyarakat Puspen di Kampung Haji Baki baru-baru ini ternyata memberikan kesedaran kepada penghuni-penghuninya tentang kesengsaraan hidup orang lain jika dibandingkan dengan nasib mereka. Salah seorang penghuni yang mengetuai kumpulan gotong-royong membaiki rumah keluarga miskin di Kampung Haji Bakri baru-baru ini hanya dikenali sebagai Hisyam memberitahu, dia amat berbangga dan bersyukur kerana orang-orang kampung yang menyedari kehadiran mereka di situ tidak memberi layanan buruk.''Perasaan bangga dan berterima kasih sahaja dapat saya ungkapkan bagi menggambarkan perasaan saya kerana diberi kepercayaan untuk keluar dari pusat dan bersama orang kampung bergotongroyong membaiki rumah ini," katanya di sini baru-baru ini.Hisyam yang sudah 17 bulan mendapat rawatan di Puspen Kuching juga mempunyai keluarga sendiri dan anak-anak yang masih kecil berazam untuk berubah dan kembali ke jalan yang benar. Aktiviti tersebut seakan-akan memberi sinar baru kepada dia dan 123 orang lagi penagih Puspen Kuching untuk kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan yang lebih baik. Bagi Steve, 30, pula program khidmat masyarakat anjuran pusat pemulihannya itu sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada dirinya mengenai kepentingan dalam kehidupan. Katanya, perasaan sedih bercampur gembira terasa apabila dapat membantu insan lain walaupun tidak seberapa. ''Biarpun saya hanya menyumbang dari segi tenaga, saya sudah cukup gembira kerana dapat membantu keluarga ini. ''Kesemua aktiviti yang dilakukan membawa ingatan kami kepada keluarga di kampung dan secara tidak langsung ianya memotivasikan kami untuk berubah," katanya yang pernah bekerja sebagai mekanik kapal. Steve yang bakal keluar dari Puspen dalam masa beberapa bulan ini bertekad mahu meninggalkan terus najis dadah yang telah menghantui hidupnya selama bertahun lamanya. Bagi bapa tunggal kepada dua orang anak ini, dia akan membuktikan kepada keluarga dan masyarakat bahawa bekas penagih juga mampu menjalani kehidupan sama seperti orang lain.

ARKIB : 25/06/2009

Penagih dadah punca kebakaran


BANGI 24 Jun - Kebakaran belukar seluas 81 hektar di Bukit Mahkota dekat sini kelmarin dipercayai berpunca daripada tindakan sekumpulan penagih dadah yang menjadikan kawasan itu sebagai tempat untuk mereka melepaskan gian. Menurut orang ramai yang sering melalui kawasan belukar itu, lokasi tersebut sering dikunjungi oleh kumpulan-kumpulan lelaki dipercayai penagih dadah. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan kebakaran itu melibatkan dua buah bukit dan terletak kirakira 10 meter dari kawasan perumahan Seksyen 9, Bukit Mahkota. Ketua Kanan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramly berkata, pihaknya percaya kebakaran itu bermula dengan puntung rokok yang dibuang di kawasan tersebut. "Mungkin puntung rokok itu dibuang oleh penagih dadah yang menjalankan aktiviti mereka di situ namun siasatan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata, dalam kebakaran itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Seorang pekerja syarikat pembekal peralatan projek di kawasan itu, Jamaluddin Ahmad, 31, berkata, dia dimaklumkan oleh penduduk bahawa kawasan tersebut sering menjadi tumpuan penagih dadah. "Sebelum ini saya pernah melihat beberapa lelaki seperti penagih dadah berada di kawasan ini. "Ketika sampai di tempat kerja pada kira-kira pukul 8 pagi saya dapati tiga jentera bomba sedang mengawal api. "Saya lihat api menjulang tinggi kira-kira 10 meter dan melebihi ketinggian pokok yang terbakar," katanya. Sementara itu, seorang pengawal keselamatan, Mohd. Hendri, 32, memberitahu, kebakaran itu bukan kali pertama berlaku di kawasan terbabit. "Namun kebakaran pada kali ini lebih teruk kerana melibatkan kawasan yang lebih luas," katanya.

Kreativiti si pengedar dadah


Oleh Hafizahril Hamid

PENGEDARAN dadah sememangnya merupakan aktiviti yang paling mendapat

pihak berkuasa memeriksa sebuah kapal selam yang digunakan pengedar dadah Colombia.

perhatian ramai. Kegiatan ini akan sentiasa dipantau oleh bukan sahaja pihak berkuasa tetapi turut menarik perhatian masyarakat umum, pemimpin politik malahan mereka yang terlibat dalam penagihan dan sindiket sebegini bersesuaian dengan tanggapan bahawa ia merupakan musuh nombor satu di kebanyakan negara. Bagaimana ketat pun usaha menghapuskan penyeludupan dadah ini ia masih tetap berleluasa sehingga memeningkan kepala pelbagai pihak terutama pihak berkuasa.Dadah sememangnya menjanjikan hasil yang lumayan kepada mereka yang bodoh untuk menanggung akibatnya tetapi apalah gunanya kekayaan dan kemewahan jika ia menggadaikan nasib dan masa depan rakyat dan masyarakat terutamanya anak-anak kecil.Itu belum mengambil kira kehidupan para pengedar dadah itu sendiri yang terpaksa bersembunyi dan tidak bebas menikmati kehidupan seperti orang lain.Mereka hanya dikagumi dan dihormati oleh kelompok mereka sendiri dan hanya hidup dalam dunia tersendiri. Hakikatnya dalam realiti sebenar masyarakat sangat membenci mereka ini malahan pihak berkuasa tidak akan berhenti dari cuba menumpaskan mereka dengan apa cara sekali pun.Atas desakan inilah maka para penyeludup ini semakin berani bertindak di luar kebiasaan. Kini pelbagai teknik yang lebih canggih termasuklah menggunakan kapal selam.Jika selama ini rakyat Colombia menyangka mereka telah didedahkan segalanya tentang kegiatan dadah yang sememangnya sesuatu yang sinonim di negara itu, dikejutkan dengan teknik terbaru pengedarannya, iaitu melalui kapal selam. Setelah pihak berkuasa meningkatkan langkah penguatkuasaan terhadap kapal terbang dan bot laju bagi menghentikan aktiviti pengeksportan dari negara pengeluar dadah terbesar dunia itu, penyeludup semakin bertindak berani dengan menggunakan pengangkutan bawah air bagi meneruskan aktiviti mereka. Dari pangkalan mereka di bandar pelabuhan Buenaventura berhampiran Lautan Pasifik, pihak berkuasa Colombia mengetuai usaha menumpaskan aktiviti terbaru penyeludupan dadah menggunakan teknik ini. Namun pengedar dadah ini hanya boleh dikesan oleh petugas pengawal pantai dan kapal selam tentera yang berupaya mengesan bunyi melalui kemudahan sonar. Kapal selam yang menggunakan diesel sebagai bahan bakar ini sememangnya telah digunakan secara kerap bagi aktiviti penyeludupan ke Amerika Tengah dan Mexico untuk pasaran Amerika Syarikat (AS).

Tempoh

Pihak tentera laut menganggarkan tempoh perjalanan mengambil masa selama dua minggu sebelum sampai ke destinasi dan setiap perjalanan mampu membawa 10 tan kokain.Perjalanan seumpama ini sememangnya lebih mudah bagi penyeludup bagi mengelakkan penyiasatan dan pertanyaan dari pihak berkuasa.Kos setiap perjalanan dianggarkan menelan belanja sebanyak AS$600,000 (RM1.92 juta), dan berupaya membawa empat atau lima anak kapal dan dilengkapi satu atau dua kipas yang mampu menggerakkan kapal selam tersebut pada kelajuan 10 hingga 12 batu nautika sejam. Kebanyakan kapal selam ini hanya sepanjang 50 kaki dan dipercayai dibina oleh kumpulan penyeludup ini dengan bantuan Angkatan Bersenjata Revolusi Columbia (FARC) yang mengumpul dana perjuangan mereka selama empat dekad melalui perdagangan dadah.

Mengeksport
Colombia telah mengeksport sejumlah 600 tan kokain setahun berdasarkan kajian Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) dan satu per tiga darinya adalah melalui perairan Pasifik.Kapal berkenaan dibina di atas darat dipercayai di kawasan hutan bakau di perairan Pasifik.Hutan tebal membantu menyembunyikan kawasan pembuatan kapal selam berkenaan dari pihak berkuasa ketika mereka melakukan rondaan dan tinjauan dari udara. Badan kapal selam dicat dengan warna biru sama dengan warna air laut dan di bawa ke lautan melalui sungai ketika air pasang. Adalah sukar untuk membina dan menyembunyikan kapal selam ini di kawasan perairan Caribbean yang kini semakin menjadi tumpuan ramai dan lebih selamat hasil dari kegiatan pelancongan yang semakin meriah dengan dibantu kawalan keselamatan tentera AS. Setakat ini lebih lapan dari kapal selam ini berjaya dikesan di perairan Pasifik dan satu di Caribbean. Badan kapal selam ini turut dilengkapi dengan panel utama dan tangki air bagi memudahkan ia menyelam. Pihak berkuasa Colombia juga bimbang kemungkinan satu hari nanti penyeludup berjaya membina sebuah kapal selam yang berupaya menyelam lebih dalam serta mampu dikemudi lebih senyap berbanding kapal selam mini ini.Dalam pada itu, Cely memberitahu pihak mereka sedang meningkatkan kawalan di sepanjang perairan bagi mencari kapal selam ini yang lebih mudah di kesan sebagai langkah menyekat usaha pengedaran najis dadah."Mereka kini semakin maju dalam hal berkaitan teknologi dan malah makin berkembang maju dan pantas serta turut dilengkapi peralatan canggih seperti sistem kemudi GPS dan telefon satelit."Namun kami sedang berusaha untuk mendahului mereka dalam perkara ini," kata Naib Admiral, Edgar Cely yang mengetuai misi ini.

ARKIB : 21/06/2009

Cerita sedih mangsa HIV


JOHOR BAHRU 20 Jun - Sudahlah dirinya dijangkiti HIV, anak dalam kandungan juga menjadi mangsa angkara suami.Mangsa HIV, Mona (bukan nama sebenar) berkata, dia disahkan menghidap HIV pada 1997, ketika hamil sembilan bulan. Wanita berusia 37 itu memberitahu, sejak dilahirkan, anak bongsunya itu sering sakit dan doktor mengesahkan anaknya dijangkiti HIV."Waktu doktor memberitahu anak saya dijangkiti HIV, hati saya luluh. Ketika mengetahui diri kena HIV, saya sudah merasakan dunia ini gelap, inikan pula anak yang kena. "Menyesal pun tidak guna kerana saya dan anak mendapat penyakit tersebut daripada bekas suami yang merupakan penagih dadah. Bekas suami dipenjara ketika saya hamil lapan bulan," katanya sedih.Mona tampil berkongsi pengalaman hidupnya sebagai mangsa HIV dengan orang ramai pada majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia yang diadakan di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini. Turut mendengar cerita sedih Mona ialah isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Prof. Adeeba Kamarulzaman.Menurut Mona, pada mulanya dia tidak diterima oleh ahli keluarga dan terpaksa menetap dengan neneknya."Pada waktu itu, pengetahuan tentang HIV masih kurang. Nenek yang selalu bertanya jiran tetangga tentang penyakit itu dengan harapan ada ubat untuk memulihkan saya dan anak. "Malangnya, apabila orang kampung mengetahui saya dan anak kena HIV, ibu bapa melarang anak-anak mereka berkawan dengan anak saya. Pada 2004, anak saya itu meninggal dunia kerana penyakit radang paru-paru," kata ibu kepada empat orang anak itu. Katanya, kematian anak bongsunya itu menyebabkan dia hilang semangat untuk meneruskan kehidupan. Namun, pertemuannya dengan wakil Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan pada 2006, banyak mengubah hidupnya. Kini, Mona bekerja sebagai penyelia kilang dan kehidupannya tidak lagi suram kerana sering bergaul dengan rakan-rakan senasib lain. Sementara itu, seorang bekas penagih yang dijangkiti HIV yang dikenali sebagai Abu, 42 berkata, dia terlibat dalam kancah dadah pada 1975. "Sekali terlibat dengan dadah, sukar untuk kita tinggalkan. Saya tahu ada HIV sewaktu berada di Pusat Serenti Tampoi pada 1991. "Pada tahun 1997, saya baru tahu apa itu Majlis AIDS Malaysia, saya terus ikut programnya. Saya mula menjalani rawatan pada 2000 dan alhamdullillah, kini saya lebih yakin daripada dulu," ceritanya.

You might also like