You are on page 1of 6

Objective kajian :

a) Pengetahuan – Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya


tentang faktor kedatangan kuasa barat ke negara kita.
b) Kemahiran - Saya dapat membuat perbezaan strategi kuasa Barat
untuk menguasai negera kita dan boleh interpretasi akibat kedatangan
kuasa Barat.
c) Nilai – Melalui kajian ini,saya dapat memahami kepentingan
berwaspada terhadap unsur luar yang boleh menggugat kedaulatan
negara. Selain itu, saya dapat mengamalkan nilai bekerjasama dalam
menjamin keselamatan dan kemakmuran negara

Kaedah kajian :
a) Penyelidikan Perpustakaan – Saya telah mengunjungi ke
Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.
Saya merujuk buku teks Sejarah tingkatan 3 untuk mencari
maklumat.
b) Melayari Internet – Saya telah melayari Internet untuk
mendapatkan maklumat luar yang lebih mendalam di laman web
seperti Google dan Youtube.
c) Temu Bual – Saya telah bertemu bual bersama cik Rabi’atul
Adawiyah, Tuan Engku Mohamad Fadzrul dan Puan Roziana
untuk mendapatkan maklumat dan pendapat mereka.

Sumber Rujukan :
a) Buku – Dr. Azharudin Bin Mohamad Dali, Ridzuan Bin Hasan,
Muslimin Bin Fadzil, 2018, Sejarah Tingkatan 3, Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka
b) Laman sesawang –
i- https://www.orangperak.com/kesan-perang-larut-tahun-1861-
hingga-1874.html?amp
c)
Kajian Literatur

a) Menurut Zahirul Nukman (2022), Ngah Ibrahim


merupakan seorang pembesar Melayu yang menjadi
penentang dalam campur tangan British dalam
pentadbiran negeri Perak.

b) Menurut Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman


Osman(2017), mereka yang mahu orang asing campur
tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat
keuntungan politik adalah “tali barut” kerana mempunyai
niat jahat untuk memutuskan perpaduan dan silaturahim
dalam kalangan masyarakat negara ini.

c) Menurut Micheal R. Godley (1926) dalam jurnal Sultan


Alauddin Sulaiman Shah, pengambilan British ke atas
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka telah menyebabkan
berlakunya kemasukan orang Cina secara beramai-ramai
ke Tanah Melayu.Matlamat utama kedatangan orang Cina
ke Tanah Melayu adalah atas keperluan ekonomi.
a) Mengapakah kuasa Barat ingin menguasai negara kita

Negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang stabil dan


kemakmuran negeri seperti sumber hasil bumi dan hasil alam
yang dimanfaatkan untuk memajukan ekonomi negara. Oleh
sebab itu, pelbagai kuasa barat telah tertarik dan bersaing
untuk mendapatkan tanah jajahan di negara kita. Pada abad
ke-16, Alam Melayu mula menjadi sasaran kedatangan kuasa
Barat kerana barangan mewah yang terdapat di Alam Melayu
seperti rempah-ratus, emas dan perak. Kepulauan Melayu juga
dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang untuk para
pedagang bertukar barangan yang diperlukan.
Pada abad ke-7 dan abad ke-18, kewujudan revolusi
perindustrian menyebabkan dasar kuasa-kuasa Barat berubah
corak kerana barangan yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Tanah jajahan diperlukan untuk membekalkan bahan-bahan
mentah bagi keperluan perusahaan kilang mereka sentiasa
berterusan. Oleh itu, kawasan yang luas diperlukan untuk
memasarkan barangan agar mendapat keuntungan yang
maksimum. Kedatangan Kuasa Barat pada abad ke-19 dan abad
ke-20 menyebabkan kemunculan perusahan kereta yang dapat
mengembangkan industri kereta. Hal ini, permintaan getah asli
semakin meningkat untuk ciptaan tayar kerana getah asli
mempunyai bahan yang penting dalam perusahaan penebat
barangan elektrik. Selain itu, penggunaan bijih timah
diperlukan di Amerika Syarikat untuk industri mengetin
makanan,minuman,membuat bumbung rumah dan tong
minyak. Sebagai hasilnya, harga bijih timah juga meningkat
dengan tinggi.
b) Strategi yang digunakan oleh kuasa Barat
untuk menguasai negeri-negeri Melayu
Kuasa-kuasa Barat sangat licik dengan menggunakan pelbagai
strategi untuk menguasai negara kita. Strategi yang digunakan
bersifat agresif dan berdiplomasi. Salah satu strategi yang
digunaka oleh kuasa Barat iaitu British ialan strategi manipulasi.
Suasana yang tidak stabil dan kekacauan yang berlaku di
beberapa negeri Melayu membuka peluang kepada British untuk
melaksanakan strategi berikut. Antaranya adalah seperti kejadian
Perang Larut di Perak pada tahun 1861-1874. Andrew Clarke
sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat mengambil peluang untuk
campur tangan atas alasan untuk menyelamatkan rakyat Perak
daripada keadaan kucar-kacir. Peperangan tersebut berlaku
apabila Pemerintah Larut membawa masuk pelombong Cina bagi
memajukan perlombongan bijih timah. Pergaduhan pelombong
Cina antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San telah menjejaskan
perdagangan biji timah. Mereka ingin mempertahankan hak dan
kepentingan masing-masing. Oleh itu, British diminta oleh
pelabur Eropah dan pedagang Negeri-negeri Selat untuk campur
tangan bagi melindungi pelaburan mereka. Selain itu, perbalahan
pembesar Melayu di daerah Sungai Ujong yang kaya dengan bijih
timah. Penguasaan ke atas Sungai Linggi membolehkan pembesar
mendapat hak memungut cukai terhadap pedagang. British
memanipulasikan persengeketan antara Dato’ Kelana dan Dato’
Syahbandar endn gamemberikan bantuan kepada Dato’ Kelana
untuk mengalahkan Dato’ Syahbandar, tetapi British memperoleh
hak memungut cukai di Sungai Linggi. Perbalahan tersebut
menjejaskan kegiatan perdagangan di Negeri-negeri Selat dan
manipulasi British telah berjaya meletakkan Sungai Ujong di
bawah kekuasaannya.
c) Tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan negara
dijajah

Penguasaan kuasa Barat ke atas negara kita dengan


menggunakan pelbagai taktik dan strategi
menyebabkan berlakunya perubahan besar-besaram
dalam pelbagai aspek politik,ekonomi dan sosial. Oleh
itu, antara tindakan yang perlu rakyat mengambil
berat ialah mengelakkan peperangan dan pergaduhan
antara satu sama lain supaya negara stabil dan
terlindung daripada campur tangan kuasa asing dalam
urusan negara. Selain itu, kita juga perlu mengukuhkan
sistem pertahanan negara. Contohnya, sentiasa
mematuhi undang-undang negara, memantapkan
golongan ketenteraan bagi memastikan perlindungan
negara terjamin. Akhir sekali, setiap rakyat perlulah
bersatu padu, bermuafakat, bekerjasama menyemai
semangat patriotik, memajukan ekonomi negara dan
sentiasa bersiap siaga menangani ancaman negara
demi mengekalkan kedaulatan negera kita. Oleh itu,
kestabilan dan kemakmuran negara kita dapat
dipertahankan demi kelangsungan generasi kelak.
Cadangan dan Kesimpulan

Secara tuntasnya, melalui kajian ini saya dapat mempelajari


tentang strategi dan faktor kedatangan kuasa Barat ke negera
kita dengan lebih mendalam melalui Internet, temu bual dan
buku teks sejarah tingkatan 3. Sepanjang proses menyelesaikan
kajian ini, saya telah menambah pengetahuan baru tentang
kepentingan menlindungi kedaulatan negara yang stabil dan
makmur. Hal ini perlu dipertengahkan kepada masyarakat agar
bersyukur dengan kestabilan dan kemakmuran negara
membolehkan kita mengecap impian yang dicita-citakan. Selain
itu, rakyat perlu berwaspada dan peka dengan tindakan musuh
yang sentiasa mempunyai idea untuk menceroboh negara kita.
Oleh itu, dengan sikap permuafakatan sesama warganegara
dapat membantu mengekalkan keamanan negara daripada
campur tangan kuasa asing. Dengan itu, pihak
bertanggungjawab juga boleh melakukan tanggungjawab
sebagai seorang pemimpin dengan menekankan sejarah
Malaysia dan budaya menghargai sumber kekayaan negara
kepada generasi muda. Hal ini juga penting untuk para ibu bapa
dan guru mengambil peranan untuk memimbing mereka sejak
kecil. Persis peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Maka, negara akan lebih maju dan keselamatan terjamin pada
masa akan datang.

You might also like