You are on page 1of 16

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 3


2021

TEMA: KEDATANGAN KUASA BARAT


TAJUK: PERLUASAN KUASA BARAT DI MALAYSIA

NAMA: RAZIN RAFLIN BIN SINOR RAFLIZ


KELAS: 3 JANNATUL KHULDI
GURU PEMBIMBING: NORHASLIZA BINTI ABD WAHAB
JADUAL KERJA

Tarikh Aktiviti Catatan

-Mendengar taklimat PT3 -Berkumpulan secara Google


8 September 2021 Sejarah Meet

- Menerima soalan dan


panduan rubrik pelaksanaan
kajian

- Mencari bahan dari internet -Berkumpulan secara Google


15 September 2021 dan pemerhatian Meet

- Membuat objektif kajian dan


kaedah kajian dengan
bimbingan guru

-Membuat faktor, kesan dan -Berkumpulan secara Google


17 September 2021 langkah-langkah dengan Meet
bimbingan guru

-Menyediakan borang soal


22 September 2021 selidik

-Membuat soal selidik dengan


24 September 2021 jiran dan penduduk setempat

-Membuat penambahbaikan
1 Oktober 2021

-Membuat pembentangan
3 Oktober 2021 kerja kursus Sejarah

-Menghantar hasil kajian


kepada guru
PERNYATAAN MASALAH

Sebelum kedatangan kuasa barat, negara kita telah mempunyai sistem


pentadbiran dan sosio ekonomi yang stabil . Perkara ini telah menarik perhatian
kuasa-kuasa barat seperti British dan Belanda untuk menguasai pentadbiran
negara kita dan meluaskan kuasanya. Hal ini telah menimbulkan tanda persoalan
tentang latar belakang persaingan kuasa barat di Malaysia dan faktor kedatangan
kuasa barat Abad ke-16 hingga Abad ke-20. Selain itu,timbul juga rasa ingin tahu
tentang kesan pentadbiran barat terhadap ekonomi serta langkah-langkah untuk
kita memelihara kedaulatan negara. Akhir sekali, pelajar mahu mengetahui kesan
pentadbiran Barat terhadap ekonomi.
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini bertujuan untuk pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang latar
belakang persaingan kuasa barat di Malaysia. Selain itu, pelajar dapat memahami tentang
faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16 hingga abad ke-20. Seterusnya, pelajar dapat
menghuraikan tentang kesan pentadbiran barat terhadap ekonomi. Di samping itu, pelajar dapat
memberikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memelihara kedaulatan negara. Akhir
sekali, dengan membuat kajian ini, pelajar dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku dan juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat
secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu,saya telah menggunakan 3 jenis kaedah kajian
untuk menjalankan kajian ini, iaitu:

1) Melayari internet

Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.
Saya dapat beberapa maklumat yang berkaitan tentang faktor kedatangan kuasa barat
ke negara kita dan perbezaan strategi yang digunakan oleh kuasa barat untuk menguasai
negara kita. Saya telah melayari laman sesawang seperti berikut, https://learning-is-
easy-here.blogspot.com

2) Buku teks sejarah

Saya telah merujuk buku teks sejarah tingkatan 3 yang dikarang oleh Dr. Azharudin
Bin Mohamed Dali, Ridzuan Bin Hasan, Muslimin Bin Fadzil terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka untuk mengumpul maklumat tentang perluasan kuasa barat di Malaysia.

3) Penyelidikan perpustakaan

Saya telah mengunjungi perpustakaan untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber


yang ada di situ. Saya telah merujuk pelbagai jenis buku ilmiah, akhbar dan majalah
untuk membantu saya menjalankan kajian saya ini.

4) Mengkaji video

Saya telah merujuk beberapa video untuk mendapatkan info tentang kedatangan kuasa
barat. Antara video yang saya kaji, https://youtu.be/8Jggb_f4Z7w
Latar belakang persaingan kuasa barat di Malaysia

Pada tahun 1600, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan di England. Syarikat
ini telah diberi hak monopoli dalam perdagangan rempah di Kepulauan Melayu oleh Kerajaan
British. Pada tahun 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan. Syarikat ini diberi
monopoli perdagangan di Timur. Pada tahun 1664, Perancis menubuhkan Syarikat Hindia
Timur Perancis untuk berdagang di Asia.

Kestabilan dan kemakmuran negara kita menyebabkan kuasa-kuasa Barat berminat untuk
memiliki kekayaan tersebut. Penjajahan Eropah ke luar benua melibatkan Portugis dan
Sepanyol. Penjelajahan orang Portugis membawa mereka ke Asia. Mereka berjaya membina
empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Orang Sepanyol
menjadi saingan utama sebagai kuasa penjajah pada abad ke-16. Bahkan pada abad ke-16,
Sepanyol menjadi kuasa ulung di Eropah kerana memiliki kekayaan hasil daripada beberapa
buah koloninya. Abad ke-16 merupakan zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol. Pada
abad ke-17 pula menyaksikan kebangkitan kuasa-kuasa Barat seperti Belanda, British dan
Perancis sebagai kuasa penjajah untuk merebut kekayaan dan tanah jajahan di seberang laut.
Alam Melayu menjadi sasaran utama kedatangan orang Eropah. Matlamat mereka adalah untuk
mencari sumber rempah-ratus dan menguasainya.

Kesmpulannya, kuasa-kuasa Barat meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu adalah untuk
kepentingan ekonomi mereka.
Faktor kedatangan kuasa barat abad ke-16

Kedatangan kuasa barat telah bermula sejak abad ke-16. Antara faktor kedatangan kuasa
barat pada abad ke-16 adalah kerana negara kita mempunyai banyak barangan mewah.Kuasa-
kuasa barat ingin mendapatkan bahan seperti rempah-ratus, minyak wangi, emas, perak, batu
permata, gading dan hasil hutan. Orang Eropah perlu mendapatkan barangan mewah dari China
seperti the, sutera dan tembikar.

Selain itu, negara kita telah menjadi pusat pengumpulan barang. Sebagai tukaran, negara
China mahukan barang-barang yang didapati di kepulauan Melayu seperti emas, perak, bijih
timah dan rempah-ratus. Syarikat perdagangan tersebut memerlukan pusat pengumpulan bahan
mentah tempatan yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China.

Di samping itu, negara kita juga telah menjadi tempat pelabuhan persinggahan. Kuasa barat
memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementera menunggu peralihan
angin monsun.Mereka memerlukan pelabuhan persinggahan di Alam Melayu untuk
memudahkan kapal berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal
sebelum belayar ke Canton.

Akhir sekali, kuasa barat ingin menyebarkan dan meluaskan agama mereka iaitu agama
Kristian di Timur.Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, keagamaan dan
kemasyhuran.
Faktor kedatangan kuas barat pada abad ke-17 dan ke-18 (Revolusi Perindustrian)

Revolusi Perindustrian berlaku di Britian sejak abad ke-17. Menjelang tahun 1870-an,
negara-negara Eropah seperti Jerman dan Perancis menjadi negara perindustrian seperti
Britain. Setelah berlakunya Revolusi Perindustrian, dasar kuasa-kuasa Barat berubah corak.
Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat
membekalkan bahan-bahan mentah bagi keprluan kilang perusahaan mereka secara berterusan.
Revolusi Perindustrian telah membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-
besaran.Kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut
supaya keuntungan dapat dimaksimumkan.
Faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-19 dan abad ke-20

-Perkembangan industri kereta


• Permintaan untuk getah asli meningkat dengan kemunculan perusahaan kereta dan
ciptaan tayar.
• Getah asli merupakan bahan yang penting dalam perusahaan penebat barang elektrik.

-Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi


• Negara kita mempunyai tanah yang luas, subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman
berorientasikan eksport.
• Contohnya, taman getah, tebu, tembakau, dan padi.
• Negara kita juga kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah, bijih besi, emas, petroleum
dan arang batu.

-Industri Mengetin
• Pada abad ke-19, Amerika Syarikat telah mencipta beberapa jenis ciptaan baharu yang
memerlukan penggunaan bijih timah, seperti industry mengetin makanan, mengetin
minuman, membuat bumbung rumah dan tong minyak.
• Kesannya, harga bijih timah melambung tinggi dan permintaan untuk bijih timah dan
negeri-negeri Melayu bertambah dengan pesat.

-Pembukaan Terusan Suez


• Pembukaan Terusan Suez telah memepercepatkan urusan perdagangan.
• Perdagangan di antara Alam Melayu dan benua Eropah semakin bertambah dengan
pembukaan terusan ini.
-Ciptaan kapal wap
• Kapal wap telah dicipta pada abad ke-19.
• Penggunaan kapal wap penting kerana dapat membawa muatan yang banyak,
perjalanannya lebih cepat, menjimatkan kos dan penghantaran barangan dagangan
menjadi semakin mudah dan murah.

-Persaingan kuasa barat


• Kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dari Amerika Syarikat
Telah bersaing dalam kegiatan menakluki kawasan atau wilayah di luar Eropah.
• Mereka sanggup berperang untuk mendapat tanah jajahan.
• Mereka menganggap semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang
diperoleh kuasa-kuasa Barat itu.

-Ciptaan Telegraf
• Ciptaan telegraf membolehkan ahi perniagaan di benua Eropah dan Amerika Syarikat
menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat.
• Penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia antarabangsa semakin
penting.

-Slogan “Beban Orang Putih”


• Kuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang
laut.
• Kuasa British menggunakan slogan “Beban Orang Putih” yang bermaksud
tanggungjawab dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan
kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka.
• Kuasa Perancis menggunakan muslihat “Tugas Menyebarkan Tamdun” kepada
penduduk dunia bukan Barat yang dianggap mundur.
Kesan Pentadbiran Barat Terhadap Ekonomi

1. Pengangkutan

Kesan pentadbiran Barat terhadap ekonomi telah mewujudkan kemudahan


pengangkutan seperti perkhidmatan kereta api, jalan raya dan pengangkutan udara.
Ketiga-tiga kemudahan pengankutan ini merupakan kaedah pengangkutan paling
penting dari segi kos, masa dan kebolehpercayaan.

2. Kemudahan pelabuhan

Tempat pelabuhan telah wujud sejak abad ke-16. Hal ini telah membuat tempat
pelabuhan disediakan dengan pelbagai kemudahan seperti memudahkan kapal
berlabuh, mengisi bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal.

3. Telekomunikasi

Kesan pentadbiran Barat terhadap ekonomi telah menyebabkan Kuasa Barat membawa
Telegraf ke Tanah Melayu. Kepentingan Telegraf ini adalah untuk memudahkan
komunikasi antara satu sama lain dengan jarak yang jauh.
Langkah-langkah memelihara kedaulatan negara

Antara, langkah-langkah memelihara kedaulatan negara ialah kita perlu bersifat


produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan
prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam
mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
Seterusnya, kita juga perlu memupuk semangat partiotisme dalam kalangan rakyat. Kita
perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang
berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk
memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik. Akhir sekali, kita
perlu meningkatkan semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah
negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur
dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar, dan hormat-
menghormati antara satu sama lain demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan
faham untuk kesejahteraan hidup Malaysia.
Kesimpulan

Berdasarkan pengetahuan saya, kuasa Barat menggunakan pelbagai teknik dan


strategi untuk menguasai negara kita. Ini menyebabkan berlakunya perubahan besar-
besaran dalam pelbagai aspek politik, ekonomi dan sosial. Iktibar yang boleh diambil
daripada kerakusan kuasa Barat yang bersedia berbuat apa-apa sahaja demi mencapai
matlamat penjajahan ialah kita haruslah bersatu padu, bermuafakat, bekerjasama bagi
memajukan ekonomi negara. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersiap
sedia menangani ancaman negara demi mengekalkan kedaulatan negara kita.
Rujukan

1. Laman sesawang (Internet):


• https://www.permohonan.my/kerja-kursus-sejarah-pt3-2019/
• https://learning-is-easy-here.blogspot.com/2020/09/nota-ringkas-sejarah-
tingkatan-3-bab-1.html
• https://mypt3.com/kerja-kursus-sejarah-pt3

2. Buku:
• Mary Tan Swee Ee, 2020, Sejarah Tingkatan 3,Selangor,SASBADI SDN.
BHD.
• Dr. Azharudin Bin Mohamed Dali, Ridzuan Bin Hasan, Muslimin Bin Fadzil
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Responden:

• ADAM HANIF BIN MOHD HISHAM


• ADRIANA SYAZWANA BINTI RAHIM
• AUNI MAWADDAH BINTI MAT ROSLEE
• LIM KUANG SIA
• DHIA IRDINA BINTI MOHD HAFIZ
• KEERTHANA A/P SIVAKUMAR
• SAYID MIR SHAH BIN SAYID RUZAIMI
• NUR ALYA BATRISYA BINTI IZHAM
• NUR KHALEESHA BINTI MOHD SYAFIQ
• MAISARAH BINTI YAACOB
Lampiran

You might also like