You are on page 1of 2

8.

3 USAHA PEMBESAR MELAYU DALAM PEMODENAN NEGERI


1. PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI
 Long Jaafar: Larut, memperkenalkan negeri Melayu di pasaran dunia sebagai pengeluar utama bijih
timah, menggalakkan pusat pengajian agama dan membina Sekolah Melayu Matang 1826 memberikan
pendidikan kepada anak tempatan.
  Tengku Menteri Ngah Ibrahim: Seorang Jutawan berwatak nasionalis dan berwawasan dalam
membangunkan ekonomi bangsa. Menemui Sultan Abu Bakar mempelajari sistem pentadbiran moden
bagi memajukan Larut, dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

2. PEMBANGUNAN PERTANIAN
 Wan Muhammad Saman: Tokoh Pembangunan Negeri Kedah, membina terusan dari Alor Setar ke
kaki Gunung Jerai, Gurun, dikenali Terusan Wan Muhammad Saman, banyak tanah dibuka untuk
tanaman padi dan banyak terusan kecil dibina untuk mengairinya.

3. PEMBANGUNAN BANDAR
 Dato’ Muhammad Salleh bin Perang: melukis peta lengkap pertama Johor memudahkan kerajaan
menggerakkan pembangunan pertanian, perbandaran, sistem perhubungan. Beliau mengasaskan
pembukaan Bandar Maharani(Muar), Endau, Bandar Penggaram(Batu Pahat)

4. PENTABIRAN DAN PENDIDIKAN


 Dato’ Jaafar bin Muhammad: mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan lebih randah daripada
bendera Johor, memartabatkan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi kerajaan, mewajibkan
pegawai British memakai pakaian rasmi Johor.

 Dato' Abdul Rahman bin Andak: mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkannya
dibesarakan daripada pentadbiran Johor atas desakan British, perintis penubuhan Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa 1888 merupakan badan persuratan terulung ketika itu.

 Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi: penubuhan Jabatan Pelajaran 1883, sekolah di Johor,


Jawatankuasa Pelajaran Negeri, mendesa diwartakan pendidikan wajib kepada kanak-kanak Johor.

 Syeikhul Islam Terengganu: memberi nasihat dan semangat perjuangam kepada sultan ketika
berhadapan peluasan kuasa British di Terengganu.

5. AHLI MAJLIS MESYUARAT PERSEKUTUAN


 Dato’ Abdullah Haji Dahan, Raja Chulan menuntut pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja untuk
menjaga keselamatan bangsa, mendesak British membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak
watan dalam perkhidmatan awam.
6. KEPIMPINAN TEMPATAN DI SARAWAK DAN SABAH
 Datuk Halim Imam Abang Haji Murshidi: Memainkan peranan penting dalam pentadbiran Dinasti
Brooke. Beliau bersama Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, Abang Haji Bolhassan menubuhkan
sekolah khas kaum wanita mempelajari ilmu agama dikenali Sekolah Kajang, 1925, sebagai Datuk
Hakim, Ahli Majlis Tertinggi, Majlis Negeri Sarawak, 1932, Datu Imam. Mengasaskan Majlis Syuyukh
Islam kemudiannya dikenali Majlis Islam Sarawak.
 Orang Kaya-Kaya Haji Mohammad Arshad: Ketua Anak Negeri semasa pentadbiran Syarikat Borneo
Utara British. Beliau menjaga keamanan, mengutip cukai, mengurus hal yang berkaitan dengan
pembahagian tanah dan memajukan pertanian dalam masyarakat tempatan. Menjadi hakin di
Mahkamah Anak Negeri yang mengendalikan kes berkaitan dengan Hukum adat dan syariah.

You might also like