You are on page 1of 9

Rancangan Pengajaran Harian

Subjek : Biologi

Kelas : 4 USM

Tarikh : 04/04/2023

Hari : Selasa

Masa : 8.20 pagi - 9.40 pagi

Bil. Murid : 18 orang

Tema : Asas Biologi

Bidang : 1.4 Penyiasatan Saintifik dalam Biologi


Pembelajaran

Standard : 1.4.1 Mereka bentuk eksperimen untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah penyiasatan
Kandungan saintifik.

Standard : Di akhir sesi pembelajaran ini, pelajar dapat:


Pembelajaran A. Domain kognitif
a. Murid dapat menerangkan maklumat lima maklumat yang perlu ada dalam satu graf.
B. Domain psikomotor
a. Murid boleh merekod jadual bagi keputusan aktiviti 1.1 - kesan aktiviti terhadap kadar denyutan
nadi murid
C. Domain afektif
a. Murid mengambil bahagian untuk menjalankan eksperimen dan jujur dalam merekod serta
mengesahkan data.

Konsep / prinsip / hukum / teori:


● Penyiasatan saintifik membuktikan kesahihan sesuatu hipotesis yang telah dibuat.
● Terdapat 8 langkah-langkah untuk menjalankan penyiasatan saintifik.
Bahan Bantu Mengajar
● Slaid penerangan

Langkah Keselamatan
● Tiada

Pengetahuan sedia ada


● Tiada

Kaedah pengajaran
● Pengajaran berpusatkan murid

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Fasa 5E Isi Kandungan Catatan
Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Engagement ● Penyiasatan ● Guru meminta murid ● Murid bersedia untuk ●


Penglibatan saintifik bersedia untuk sesi PdPc. manjalankan sesi PdPc.
(10 minit) membuktikan ● Guru bertanya tentang ● Murid meneka jumlah
kesahihan jumlah eksperimen yang eksperimen yang
sesuatu hipotesis pernah dijalankan pernah dijalankan
yang telah sepanjang bersekolah dari sepanjang bersekolah.
dibuat. Darjah 1 sehingga
Tingkatan 4.

Exploration ● Penyiasatan ● Guru bertanya apakah ● Murid menjawab soalan ●


Penerokaan saintifik tujuan eksperimen guru.
(10 minit) membuktikan dijalankan?
kesahihan ● Guru bertanya apakah
sesuatu hipotesis langkah-langkah untuk
yang telah menjalankan satu
dibuat. eksperimen?
Explanation ● Terdapat 8 ● Guru menayangkan slaid ● Murid mendengar ● Slaid penerangan: Rujuk
Penerangan langkah-langkah penerangan. arahan guru dengan Lampiran 1
(20 minit) untuk ● Guru menerangkan lapan teliti.
menjalankan langkah untuk ● Murid membuat catatan
penyiasatan menjalankan penyiasatan tentang langkah
saintifik. saintifik. menjalankan
● Guru menerangkan cara penyiasatan saintifik.
menulis laporan
eksperimen.
● Guru menerangkan
prosedur untuk
menjalankan eksperimen
1.1.

Elaboration ● Kadar denyutan ● Guru meminta murid ● Murid mengambil jam ● Aktiviti 1.1 - Rujuk
Pemantapan nadi meningkat menjalankan eksperimen randik yang disediakan Lampiran 2
(35 minit) selepas 1.1 (muka surat 15-16) untuk menetapkan
melakukan untuk membuktikan waktu.
aktiviti cergas. kesan aktiviti terhadap ● Murid mencari titik
kadar denyutan nadi nadi dan mengukur
murid. nadi dalam keadaan
● Guru mengingatkan duduk.
murid untuk berada ● Murid menjalankan
dalam keadaan tenang eksperimen mengikut
ketika mengukur prosedur yang
denyutan nadi. dijalankan.
● Guru meminta murid ● Murid merekod bacaan
untuk bertanya sekiranya denyutan nadi.
tidak memahami ● Murid bertanya kepada
prosedur. guru sekiranya ada
sebarang soalan.
Evaluation ● Berkomunikasi ● Guru bertanya soalan ● Murid menawarkan diri ● Soalan - Rujuk Lampiran 3
Penilaian dalam Biologi pada muka surat 16 untuk menjawab
(10 minit) ● Penyiasatan (praktis formatif 1.3). soalan.
Saintifik dalam ● Guru meminta wakil
Biologi untuk sukarela menjawab
soalan.

Closing ● ● Guru meminta murid ● Murid mencatat kerja ● Tiket keluar - Rujuk
Penutup untuk melengkapkan rumah. Lampiran 4
(5 minit) laporan eksperimen. ● Murid memulangkan
● Guru meminta murid semula tiket keluar.
memulangkan semula
tiket keluar.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


● Kekuatan
o 17/18 orang murid mencapai objektif pembelajaran.
o Aktiviti eksperimen membolehkan murid fokus kepada bahan dan pembelajaran tidak tertumpu kepada guru.

● Kelemahan
o 1 orang murid tidak hadir. Murid tersebut perlu membaca buku teks dan menyelesaikan nota serta praktis formatif.
o Penerangan tentang cara menulis laporan eksperimen terlalu laju dan tidak difahami oleh murid. Perlu ajar murid langkah
demi langkah dan terus ditulis di dalam buku latihan.

● Peluang
o Pengajaran menggunakan slaid yang berwarna warni dapat menarik perhatian murid.

● Ancaman
o Kemungkinan berlaku litar pintas (blackout)
LAMPIRAN 1 - SLAID PENERANGAN
Pautan:
https://www.canva.com/design/DAFen4G_Gxc/o1v288YNYPqmFt1Cs8LFJw/view?utm_content=DAFen4G_Gxc&utm_campaign=d
esignshare&utm_medium=link&utm_source=publishsharelink

LAMPIRAN 2 - AKTIVITI 1.1


Aktiviti 1.1 - Kesan aktiviti terhadap kadar denyutan nadi murid
Pernyataan masalah : Apakah kesan aktiviti cergas terhadap kadar denyutan nadi murid?
Hipotesis: Kadar denyutan nadi murid meningkat selepas aktiviti cergas.
Pemboleh ubah:
a. Dimanipulasikan: aktiviti cergas
b. Bergerak balas: kadar denyutan nadi murid
c. Dimalarkan: murid
Bahan dan radas: jam randik
Spesimen: Murid
Prosedur
1. Denyutan nadi murid dihitung selama seminit sebelum menjalankan aktiviti.
2. Denyutan nadi murid dihitung dengan meletakkan dua jari di atas pergelangan tangan.
3. Aktiviti cergas dilakukan oleh murid selama tiga minit.
4. Selepas aktiviti cergas dijalankan, denyutan nadi murid dihitung semula selama seminit.
5. Keputusan direkodkan dalam jadual.
Keputusan

Murid Kadar denyutan nadi (bilangan denyutan nadi per minit)

Sebelum aktiviti cergas Selepas aktiviti cergas

Perbincangan
1. Nyatakan hubungan antara kadar denyutan nadi murid dengan aktiviti cergas.
a. Kadar denyutan nadi murid meningkat selepas aktiviti cergas dijalankan
2. Terangkan mengapa kadar denyutan nadi meningkat selepas melakukan aktiviti cergas.
a. Kadar denyutan nadi meningkat selepas melakukan aktiviti cergas kerana kadar degupan jantung bertambah supaya
jantung mengepam lebih banyak darah untuk membekalkan lebih banyak oksigen.
Kesimpulan: Kadar denyutan nadi murid meningkat selepas aktiviti cergas. Hipotesis diterima.
LAMPIRAN 3 - PRAKTIS FORMATIF 1.3 (MUKA SURAT 16)

Jawapan
1.
a. Pemboleh ubah dimanipulasikan: kepekatan kanji ; pemboleh ubah bergerak balas: tempoh masa untuk hidrolisis kanji
lengkap / kadar hidrolisis kanji.
b. graf
2. (Mana-mana lima)
a. Besar dan tepat; gunakan pensel yang tajam dan bukan pensel warna atau pen.
b. Tidak berlorek secara artistik.
c. Garisan lukisan perlulah jelas, bersih, berterusan dan tidak terputus-putus. Jangan gunakan pembaris untuk melukis
garis bentuk spesimen.
d. Lukisan mesti berlabel. Garis label mesti tertuju pada struktur yang betul, tiada kepala anak panah, lurus dan tidak
bersilang antara satu sama lain.
e. Lukisan harus bertajuk.
f. Setiap struktur dalam lukisan mesti terletak di kedudukan yang betul dan saiznya berkadaran dengan semua struktur
yang lain.
3. Tiga satah utama yang digunakan iaitu satah frontal, satah sagital dan satah melintang.
4.
a. Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan saintifik
b. Membina hipotesis
c. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah serta kaedah pengumpulan data
d. Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik
e. Mengumpul data
f. Menginterpretasi data dan keputusan melalui penaakulan saintifik
g. Membuat kesimpulan
h. Menulis laporan

LAMPIRAN 4 - TIKET KELUAR


Pautan:
https://www.canva.com/design/DAFMiaQbzug/82JthTyriWGMLo7uSMQCkw/view?utm_content=DAFMiaQbzug&utm_campaign=designshare&u
tm_medium=link&utm_source=publishsharelink

You might also like