You are on page 1of 3

7.4.

2021
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan sungai kepada
manusia.  Panjang huraian hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Tugasan : kepentingan sungai kepada manusia 
Tema : sungai 
Kata kunci : kepentingan 

PENDAHULUAN 
Ayat 1:  Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.............................................................
TEMA (sebutkan  tema) kerap kali menjadi topik perbincangan hangat di negara kita.

Ayat 2 :   Persoalannya, apakah...........................(salin selepas perkataan tentang dalam soalan)


TUGASAN dan  berakhir dengan tanda soal (?)

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan sungai kerap kali menjadi topik perbincangan
hangat di  negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan sungai kepada manusia?

ISI PERTAMA 
(ISI)  Pada pendapat saya, KATA KUNCInya + ialah + ISI 1

Ayat 1  Pada pendapat saya, salah satu kepentingannya ialah sumber bekalan air. 

(HURAIAN + Hal ini dikatakan demikian kerana + Isi + Contoh 


CONTOH 

Ayat 2  Hal ini dikatakan demikian kerana bekalan air daripada sungai digunakan
untuk  minuman, membasuh pakaian dan sebagainya.

ISI KEDUA 
(ISI + PENANDA WACANA + ISI + CONTOH + juga merupakan + TUGASAN
CONTOH) 

Ayat 1  Selain itu, aktiviti rekreasi dan pelancongan seperti berakit, berkhemah dan
lain lain juga merupakan kepentingan sungai kepada manusia.

(HURAIAN)  Dengan ini + HURAIAN

Ayat 2  Dengan ini, sungai menjadi tempat untuk mereka beriadah.

ISI KETIGA 
(ISI + KATA KUNCI + yang berikutnya ialah + ISI + HURAIAN
HURAIAN) 

Ayat 1  Kepentingan sungai kepada manusia yang berikutnya ialah jalan pengangkutan 
terutama di kawasan pedalaman yang tiada kemudahan jalan raya.

(CONTOH)  Sebagai contoh, + CONTOH

Ayat 2  Sebagai contoh, manusia menggunakan rakit, perahu, dan bot sebagai alat 
pengangkutan yang utama.

KESIMPULAN 
Saranan Rumus  Kesimpulannya, + sasaran + mestilah berusaha untuk
+   meningkatkan/menangani +  Tema + agar + Harapan + Peribahasa
Harapan
Ayat 1  Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan
sungai agar khazanah yang berharga ini sentiasa terpulihara untuk generasi
yang akan  datang.

Karangan Lengkap: 

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan sungai kerap kali menjadi topik  perbincangan
hangat di negara kita. Persoalannya, apakah kepentingan sungai kepada  manusia? 

Pada pendapat saya, kepentingannya ialah sumber bekalan air. Hal ini dikatakan  demikian
kerana bekalan air daripada sungai digunakan untuk minuman, membasuh  pakaian dan sebagainya. 

Selain itu, aktiviti rekreasi dan pelancongan seperti berakit, berkhemah dan lain-lain juga
merupakan kepentingan sungai kepada manusia. Dengan ini, sungai menjadi tempat untuk mereka
beriadah. 

Kepentingan sungai kepada manusia yang berikutnya ialah jalan pengangkutan terutama di


kawasan pedalaman yang tiada kemudahan jalan raya. Sebagai contoh, manusia menggunakan rakit,
perahu, dan bot sebagai alat pengangkutan yang utama. 

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga kebersihan sungai agar khazanah
yangberharga ini sentiasa terpulihara untuk generasi yang akan datang. (119 patah perkataan)

You might also like