You are on page 1of 35

Jenis Pengangkutan Awam Di Malaysia.

Pengangkutan di Malaysia mula dimajukan semasa pemerintahan penjajahan


British, dan rangkaian pengangkutan negara ini kini luas dan maju. Rangkaian jalan
raya Malaysia sangat besar, merangkumi 63,445 km, termasuk 1,630 km lebuhraya.
Lebuhraya utama negara ini berpanjang melebihi 800 km, mencapai sempadan Thai
dari Singapura. Rangkaian jalan diSemenanjung Malaysia adalah berkualiti,
sementara sistem jalan raya di Malaysia Timur kurang maju. Cara
pengangkutanutama di Semenanjung Malaysia termasuk bas, kereta api, kereta dan
kepada suatu tahap, kapal terbang.

Jenis Pengangkutan Awam Di Malaysia


Pengangkutan Darat
Jenis Pengangkutan :

Kereta

Lori

Motorsikal

Bas

Beca

Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan


raya sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga
motosikal, pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan juga
kereta sewa, serta kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler.
Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai
contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa,
perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian.

Pengangkutan Maritim (Air / Laut)


Jenis Pengangkutan :

Feri

Bot

Kapal

Sampan

Rakit

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut telah bertambah dengan
pesat. Ini terbukti dengan kewujudan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf
dunia di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Klang dan Tanjung Pelepas.
Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya digunakan menggunakan
feri untuk menghubungkan penduduk di kawasan tanah besar ke pulau-pulau di
sekitarnya. Penggunaan bot/ sampan juga masih digunakan di kawasan-kawasan
pedalaman yang tidak boleh dihubungi melalui jenis pengangkutan lain.

Pengangkutan Udara
Jenis Pengangkutan :

Kapal Terbang

Helikopter

Pengangkutan udara adalah pilihan untuk mengguna yang mementingkan


perkhidmatan dari segi kelajuan dan keselesaan walaupun ianya mahal.

Pengangkutan udara selalunya digunakan untuk perjalanan jarak jauh dalam negeri
atau luar negara. Ianya terbahagi kepada perkhidmatan pengangkutan penumpang
dan juga barangan (kurier). Antara syarikat perkhidmatan udara terkenal di Malaysia
adalah Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

Pengangkutan Rel
Jenis Pengangkutan :

Monorel

LRT

Kereta Api

Tahap kemajuan pengangkutan rel kini semakin maju di Malaysia. Ianya bermula dari
penggunaan kuda sehinggalah penggunaan enjin wap pada awal abad ke-19.
Penggunaan Kereta api di Malaysia pada permulaannya adalah untuk mengangkat
bijih timah yang bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada tahun
1920-an, kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah kemajuan terkini
menyaksikan kereta api kini menggunakan tenaga elektrik. Kereta api terdiri daripada
beberapa kenderaan berlandasan yang boleh bergerak bersama untuk membawa
muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu
SUMBER - Wikipedia, Mysemakan

Konsep Dan Definisi Sistem Pengangkutan


Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau
sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, biasanya pada jarak yang
jauh berbanding jika berjalan kaki. Sistem pengangkutan biasanya boleh
dibahagi kepada beberapa pembahagian bergantung kepada cara ia
bergerak, kuasa, dan lain-lain. Antara pembahagian yang biasa adalah :

Pengangkutan darat

Pengangkutan laut

Pengangkutan udara

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem


pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan
kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya. Satu lagi
batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan
itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka
terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikenali sebagai pengangkutan umum dan


biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan
tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam
lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja,
pusat beli-belah atau institusi pendidikan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Sistem Pengangkutan bermaksud
sistem kenderaan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api di sesuatu
kawasan. Dikawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang, terdapat
pengangkutan awam seperti bas Cityliner dan teksi yang menawarkan harga
yang berpatutan.
Peranan pengangkutan
1. Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran
o Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat
yang mengalami lebihan ke tempat yang mengalami
kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat
diselaraskan. Penawaran yang berlebihan akan menyebabkan
harga menurun sementara penawaran yang tidak mencukupi
akan mengakibatkan kenaikan harga. Dengan bantuan
pengangkutan,harga akan dapat distabilkan kerana lebihan
penawaran dapat diagihkan ke tempat yang mengalami
kekurangan.
2. Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa
o Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat
mengagihkan barang ke merata tempat dan dapat
meningkatkan keuntungan. Perniagaan import dan eksport
dapat dijalankan dengan licin dengan adanya sistem
pengangkutan yang moden dan canggih. Contohnya, udang
galah yang segar dapat dieksport ke Jepun dengan
terdapatnya sistem pengangkutan udara. Perkembangan

pernigaan antarabangsa juga dapat mengeratkan


perhubungan diplomatik antara negara di dunia.
Kepentingan Menggunakan Pengangkutan Awam
1. Mengurangkan kesesakan jalan raya
2. Selamat
3. Menjimatkan kos
4. Menjimatkan masa
5. Menjimatkan tenaga
6. Mengangkut barangan
7. Sumber pendapatan
8. Mengurangkan kesesakan
9. Peluang pekerjaan
10. Kemajuan industri sokongan
11. Mengangkut penumpang
12. Pelancongan
13. Perdagangan

SUMBER Wikipedia, Jomria, CekguNorazimah

Masalah Pengangkutan Awam Di Malaysia


1. Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori menghasilkan
jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos
2. Pencemaran bunyi: Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol.
Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan
kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau

ingin mendarat), bas / van sekolah / awam lama mengeluarkan bunyi


yang tidak menyenangkan
3. Pencemaran air: Kapal, bot penambang menghasilkan tumpahan
minyak atau buangan sampah-sarap ke kawasan perairan dan
menyebabkan kehidupan akuatik terancam
4. Tambang mahal: Tambang LRT / Teksi mahal atau tambang bas
sekolah mahal boleh membebankan ibu bapa
5. Kemalangan: Sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa
memandu, memandu secara merbahaya dan tidak mematuhi had laju
6. Jangkamasa lama: Perjalanan bas yang mengambil masa yang lama
menyebabkan penumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat.
7. Keselamatan penumpang terancam: Pemandu bas atau teksi memandu
secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam
akhbar), bas berhenti di tempat kurang selamat, lokasi stesen LRT jauh
dari kawasan perumahan.
8. Penipuan: Sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab yang tidak
menggunakan meter, pemandu teksi mengenakan tambang sesuka hati
/ lebih mahal terutama pada pelancong.
9. Kenderaan lama: Tidak selesa / panas / asap banyak / rosak
Contoh Huraian Masalah Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang amat
penting di negara kita. Namun begitu, masih banyak kelemahan yang kerap
menjadi sungutan orang ramai. Terangkan kemelut yang melanda sistem
pengangkutan awam di negara ini.
Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang
ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem
pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi
mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang

berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah


seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT),
monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk
menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi.
Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara
kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian
lama.
Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem
pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal.
Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap
mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta
menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu
dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh.
Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam
hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut
utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat
negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan
pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi
ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak
mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang
bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu
utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut.
Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam
kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak
menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan
pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang
sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam
turut dirasai.

Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa
tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan
stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadangkala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit
kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di
kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah
pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan,
contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen
bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang
terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki
pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang
mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan
kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus
diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk
diselesaikan.
Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir
pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan
ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan
kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang
bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau
membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih
mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan
sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa
yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang
lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus
untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh
pelanggan serta masyarakat awam yang lain.

Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai
rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT
dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti

sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja


menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang
orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah
stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan
tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan
kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja
menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan
berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan
tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat
kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan
awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di
negara kita tidak menjadi indah khabar dari rupa.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu
diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih
terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan
untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan
utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk
mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan
pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan
masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya
kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah
terhantuk baru terngadah.
SUMBER Across The Land, BMPMRSPM

Cadangan Penambahbaikan Sistem


Pengangkutan Awam

Kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia


dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik

Kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung


permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama

Kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak


memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam
beberapa kali untuk sampai ke destinasi

Kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat


membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem
membeli tiket secara berpepadu

Kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli
oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang
berpendapatan rendah

Kerajaan perlu memantau tambang, tiket dan harga perkhimatan


pengangkutan awam bagi menarik minat masyarakat menggunakan
perkhimatan pengangkutan awam

Kerajaan perlu mempertingkatan keselamatan penggunaan


perkhimatan pengangkutan awam supaya keselamatan masyarakat
terjamin

Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian


secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna
pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem
pengangkutan awam

Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan


perjalanan dan masa ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya
pengguna tidak membazirkan masa mereka

Pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti


perkhidmatan syarikat kenderaan mereka dengan meletakkan
televisyen, wifi atau radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila
menaiki kenderaan mereka

Pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam


kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu
yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya

Pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan


pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan
pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga
boleh menyebabkan lalu lintas

Pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan


kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan
pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada
pengguna terhadap pengangkutan awam

Media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan


pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas

Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah memperketat penguatkuasaan


undang-undang tentang usia kenderaan awam di jalan raya. Kenderaan
yang terlalu lama misalnya, yang melebihi usia 20 tahun haruslah
ditamatkan permitnya

Kerajaan seharusnya menambahkan pengeluaran permit kenderaan


awam di negara ini. Hal ini bertujuan untuk membolehkan lebih banyak
kenderaan awam beroperasi. Langkah ini penting untuk mengelakkan
orang ramai berebut-rebut untuk menaiki kenderaan, terutamanya
ketika menjelang musim perayaan

Kerajaan perlu menghalang kenderaan berat memasuki kawasan pusat


bandar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang menyebabkan
pengangkutan awam lewat dari jadual perjalanan

Kerajaan perlu menghasilkan satu projek kereta api kelajuan tinggi


seperti negara-negara luar bagi membantu masyarakat tiba ke
destinasi dengan cepat dan selamat

Kerajaan perlu memastikan penyelenggaraan pengangkutan awam


dilakukan mengikut jadual bagi meningkatkan produktif sistem
pengangkutan awam

Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan


masing-masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya sebarang
aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar
etika dan peraturan jalan raya dapat dirakam

POST MENARIK Panduan Bayar Yuran Pendaftaran Matrikulasi


Sesi 2014/ 2015

Contoh Huraian Cadangan Penambahbaikan Sistem Pengangkutan


Awam
1. Penguatkuasa Undang-Undang
o Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah
menguatkuasakan undang-undang agar pemandu bas yang
sering melakukan kesalah, iaitu menyebabkan kemalangan
jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan
mereka. Jika kesalah mereka berat sehingga menyebabkan
kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka
sedar akan perbuatan mereka dan memberi pengajaran
kepada pemandu lain agar tidak mengulangi perbuatan
sedemikian
2. Kempen Alam sekitar
o Melalui temu bual saya dengan Encik Syafiq bin Akmal, beliau
menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan
kepada penduduk kawasan ini serta pemandu-pemandu bas /

van yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara


dan bunyi. Kempen seperti ini boleh disampaikan melalui
risalah atau disiarkan di televisyen dan radio.
3. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
o Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini
akan dapat dikurangkan jika pengangkutan awam di kawasan
saya menggunakan petrol tanpa plumbum dan secara tidak
langsung pengeluaran karbon monoksida yang boleh
mencemarkan udara juga dapat dikurangkan.
SUMBER CikguAzaman, STPMSTUDY, AndrewChoo

Contoh Kerja Kursus Geografi PT3 Sistem


Pengangkutan
1. TAJUK:
Calon dikehendaki menjalankan kajian terhadap pengangkutan Awam di
kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap
nama kawasan kajian.
Contoh: Pengangkutan Awam di Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong ,
Daerah Kulim, Kedah. Satu kajian geografi.
2. SENARAI KANDUNGAN:
Show

entries

Search:
Bil

Perkara

Halaman

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kajian

Kawasan Kajian

Kaedah Kajian

Dapatan Kajian

Rumusan

17

Lampiran

18

Rujukan

19

Showing 1 to 9 of 9 entries

PreviousNext
3. PENGHARGAAN:
Contoh Penghargaan:
Saya berasa sangat gembira untuk menghasilkan Kerja Kursus Geografi Di
Petaling Jaya. Saya dapat melaksanakannya dengan sempurna dengan
bantuan dan kerjasam daripada beberapa pihak. Dengan itu, saya mahu
mengambil peluang ini untul mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkanucapan penghargaan saya kepada
guru penilai saya iaitu Tuan/Puankerana telah sudi memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan kerja kursus ini. Selain itu,
saya mahu mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi
menjadi responden saya dalam kajian ini dan telah mengambil masa untuk
melengkapkan borang soal selidik yang telah saya sediakan. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan yang telah memberi
bantuan dan keterangan kepada saya apabila saya tidak memahami apa
yang diajar oleh guru. Akhir Sekali, ucapan terima kasih ini saya tujukan
kepada kedua-dua ibubapa saya yang telah memberi dorongan dan bantuan
untuk saya menjalankan kajian ini. Jasa mereka semua akan dikenang
sepanjang hayat saya. Kajian ini akan dapat membantu saya membuat satu
kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Saya juga dapat
memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam kalangan
generasi muda melalui kajian ini.
4. PENDAHULUAN:
a. Menamakan tajuk kajian
b. Berdasarkan kawasan tempat tinggal : Pengangkutan Awam di Kawasan
Taman Perumahan Jalan Paya Besar Lunas , Daerah Kulim, Kedah. Satu
kajian geografi.

c. Berdasarkan kawasan sekolah / asrama : Pengangkutan Awam di


Kawasan Taman Perumahan Bukit Jelutong , Daerah Kulim, Kedah. Satu
kajian geografi.
Contoh 1:
Saya telah memilih .. sebagai kawasan kajian KKG 2013 kerana untuk
mengenal pasti konsep dan jenis pengangkutan awam yang terdapat di
kawasan itu. Melalui kajian ini, saya akan dapat mengenalpasti
kepentingan pengangkutan awam , masalah-masalah yang dihadapi dan
cadangan-cadangan untuk mengatasi permasalahan pengangkutan awam di
kawasan .. tersebut.
Kajian ini mengambil masa selama 8 minggu untuk disiapkan. Sepanjang
tempoh perlaksanaan kajian, saya telah dapat menimba pengalaman dan
memperoleh pengetahuan yang berfaedah berkaitan bidang geografi
kawasan tempatan.
Contoh 2:
Saya.. dari kelas 3.. telah menghasilkan Kerja Kursus Geografi ini.
Kawasan kajian saya ialah.., Petaling Jaya. Kawasan ini juga berdekatan
dengan rumah saya. Hal ini telah memudahkan saya dan rakan-rakan
membuat kajian selepas waktu persekolahan. Tempoh masa kajian
dijalankan ialah enam waktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa ini,
saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya pada masa yang
ditetapkan supaya boleh diberi pernilaian oleh guru penilai saya.
5. OBJEKTIF KAJIAN:
1. Konsep dan Takrifan Sistem Pengangkutan
2. Latar belakang pengangkutan
3. Huraikan masalah pengangkutan awam yang dihadapi dikawasan
kajian

4. Cadangan penambahbaikan sistem pengangkutan yang boleh


dilaksanakan

Pelajar dapat menerangkan Konsep Pengangkutan Awam di kawasan


kajian. Contoh: Saya dapat mentakrifkan konsep pengangkutan awam
di Kawasan .. dengan lengkap dan jelas.

Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam . Contoh:


Saya dapat menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenis-jenis
pengangkutan awam yang terdapat di kawasan .,
Daerah.. Negeri .. dengan lengkap dan jelas.

Kepentingan perkembangan pengangkutan awam. Contoh:


Saya dapat menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan
awam di kawasan .. dengan jelas.

Pelajar dapat mengenalpasti masalah perkembangan pengangkutan


awam di kawasan kajian. Contoh :
Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah
pengangkutan awam di kawasan ., Daerah .
Negeri

Pelajar dapat memberi cadangan untuk mengurangkan masalah


perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian . Contoh :
Saya dapat menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangancadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di
.

Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu 6)


memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian /
melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian

Nota:
a. Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti
mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan
b. Bilangan isi utama untuk cadangan untuk mengatasi masalah mestilah
bersesuaian dengan masalah pengangkutan awam yang dikemukakan.

6. KAWASAN KAJIAN:
Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu (1)huraian kawasan kajian,
(2)peta zon/daerah/bahagian dan (3) peta kawasan kajian.
a) HURAIAN KAWASAN KAJIAN TERMASUK:
Nama kawasan kajian mesti ditentukan dengan jelas. Contoh: Pekan Padang
Serai, Pekan Lunas, Pekan Kilang Lama, Taman Selasih dan lain-lain yang
bersesuaian.
Latar belakang / sejarah kawasan kajian:
Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta
daerah anda
Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi:
tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir
laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok
kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya.
Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif
Contoh jawapan:
Saya tinggal di (alamat anda), Rumah saya terletak di bahagian .
(kedudukan mengikut arah mata angin di kawasan kajian).
Kedudukan Lokasi:
Kawasan Padang Serai terletak di bahagian utara Daerah Kulim dan
bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Tengah. Pekan Padang Serai
terletak 22 km dari Kulim, 30 km dari Sungai Petani, 12 km dari Tasek
Gelugor dan 20 km dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Liputan kawasan kajian
ini meliputi Mukim Sidam Kanan dan Mukim Naga Lilit. Secara umumnya,
keluasan kawasan kajian lebih kurang 5 km/persegi.
Bentuk Fizikal kawasan:
Secara umumnya, bentuk muka bumi kawasan Padang Serai merupakan
kawasan tanah pamah rendah beralun diselangselikan dengan bukit-bukit

kecil yang banyak terdapat di sini. Kawasan tanah pamah di sini mempunyai
ketinggian antara 10 20 meter. Merujuk batu aras yang dicatatkan,
Permatang Durian / Naga Lilit (7.25 m), Permatang Tok Dik (10.49m) dan
Padang Serai (10.79m). Keadaan ini menunjukkan kawasan berkenaan
merupakan tanah pamah yang rendah dan mempunyai beberapa kawasan
berbukit rendah yang beralun.
Hampir kebanyakan kawasan ini memperlihatkan bentuk muka bumi yang
beralun. Kawasan bukit-bukit kecil yang rendah dan sederhana dapat dilihat
di kawasan bahagian tenggara Padang Serai terutama di kawasan Bukit
Sarang Ayam (95m) di Mukim Sungai Seluang , Bukit Naga Lilit (75m), Bukit
Victoria (55m), Bukit Tok Karim (75m) dan dan bukit-bukit kecil yang
beralun di kawasan lain.
Tanah tanih:
Dari segi tanah tanih pula, sebahagian besar daripada kawasan yang dikaji
terdiri daripada tanih laterit, selebihnya tanah jenis gambut dan tanah
berpasir. Tanah tanih tersebut sangat sesuai untuk tanaman getah dan
kelapa sawit. Di kawasan pinggir Sungai Muda / Sungai Sidam yang agak
rendah dan mempunyai tanah lanar hitam aluvium ( Kawasan Guar Lobak
dan Tanjung Belit ) didapati lebih sesuai untuk tanaman padi.
Sistem saliran:
Sungai utama di kawasan Padang Serai ialah Sungai Muda / Sungai Sidam.
Sungai Muda berpunca dari Daerah Baling/Sik dan mengalir ke laut melalui
kawasan Sidam hingga ke Kuala Muda. Sungai ini merupakan sungai utama
bagi Negeri Kedah. Sungai tersebut membekalkan air yang sangat penting
untuk tujuan pertanian, minuman dan keperluan domestik. Selain itu,
kawasan ini mempunyai banyak sistem saliran tali air yang dibina untuk
tujuan pengairan pertanian. Apabila hujan lebat berterusan, kawasan
tersebut amat mudah diserang banjir kilat.
Sistem Pengangkutan Awam:
Sistem pengangkutan utama di kawasan Padang Serai adalah sistem
pengangkutan darat. Kepadatan penduduk di Pekan Padang Serai agak

tinggi, melebihi 40,000 orang penduduk. Sebahagian besar penduduk


menggunakan kenderaan sendiri untuk bergerak ke sesuatu tempat. Antara
pengangkutan awam utama yang terdapat di sini ialah pengangkutan bas,
van dan teksi. Di Pekan Padang Serai terdapat stesen bas awam, stesen teksi
dan kereta sewa. Pengangkutan bas terdiri daripada bas berhenti-henti, bas
perjalanan terus (ekspress), bas persiaran, bas kilang dan bas sekolah.
Perkhidmatan van lebih tertumpu kepada Van Kilang dan Van (Bas) Sekolah.
Bilangan kereta sewa dan teksi adalah terhad kerana kurang mendapat
sambutan masyarakat.

7. PETA DAERAH DAN PETA KAWASAN:


a. MENYEDIAKAN SATU Peta Daerah / Zon / Bahagian yang lengkap
dengan:

Tajuk dan nama kawasan kajian (1 m)

Arah mata angin dan bingkai (1 m)

Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian. Tidak ada


markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk,
bingkai, dan petunjuk
b. MELUKIS SATU PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN yang tepat dan lengkap
Tajuk dan bingkai (1 m) petunjuk dan arah mata angin (1 m)- simbol
piawai (1 m)- kekemasan dan- kesempurnaan peta- (1m)

Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama. Tidak ada
markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk,
bingkai, dan petunjuk
8. KAEDAH KAJIAN:

Jenis Kaedah Kajian :


o Rujukan
o Pemerhatian
o Temu bual
o Soal selidik

Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima.

Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian


dan rujukan

Bilangan responden:
o Temu bual - minimum 3 orang Soal selidik - minimum 20
orang
o Soalan temu bual atau soal selidik hendaklah berkaitan
dengan objektif kajian
o Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian= 0
markah.
o Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali
dalam setiap aspek kajian.

9. HASIL DAPATAN KAJIAN:

KONSEP,JENIS, KEPENTINGAN, MASALAH & CADANGAN KURANGKAN


MASALAH PENGANGKUTAN AWAM
Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam,
kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan
pengangkutan awam di kawasan kajian calon.
Hasil Dapatan Kajian (HDP) adalah bahagian yang sangat penting dalam
Kerja Kursus Geografi. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini adalah
sebanyak 25 markah. Calon perlu menulis laporan berkaitan data dan
maklumat yang telah dikumpul berdasar kaedah kajian yang dilaksanakan.
Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apaapa maklumat yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya,
sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5.
Sila baca dengan teliti bimbingan yang disampaikan berikut.
Dalam unit 8.1, Calon perlulah mentakrifkan konsep pengangkutan awam
dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.
8.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM hendaklah ditakrifkan dengan lengkap
dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh:
Blog seraidamai, Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda
serta buku-buku teks yang berkaitan. Contoh :
Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan
Pengangkutan Awam menurut Blog Seraidamai adalah merujuk
perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh
masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut.
Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti
pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini
merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel.
Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah

perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca dan lamca. Antara


perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.
Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi.
Kajian membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat
penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan
kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan
teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau
Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap
pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor
keselamatan serta keselesaan perkhidmatan.
Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih
tertumpu kepada perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas
persiaran. Perkhidmatan van turut disediakan bagi mengangkut pekerja
kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut menyediakan
perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan
beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan
sempadan negara.
Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan
awam ialah... Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam
beberapa ayat.
Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam yang terdapat di kawasan
kajian seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM
komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan
sebagainya
Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udaramengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan
oleh pihak kerajaan dan swasta-mempunyai kadar tambang tertentumempunyai laluan tertentu
8.2 JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN
Anda hendaklah menerangkan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat
di kawasan kajian dengan jelas beserta contoh yang sesuai. Huraikan satu
atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda
sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van

sekolah, Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat jenis pengangkutan


tertentu seperti keretapi, kapal terbang dll anda tidak perlu
menghuraikannya.
Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda,
mulakan dengan, Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan
kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan
iaitu ...
Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam.
1) Bas Awam: Nama bas (sebagaimana yang tertulis pada badan bas awam).
Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir, Kekerapan (setiap x minit).
Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta
kawasan kajian).Tambang perjalanan.
2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar,
kawasan mana kenderaan itu menjalankan perkhidmatan, berapa orang
pemandu (ada pembantu) dan apa-apa maklumat tentang perkhidmatan bas
sekolah yang anda naiki.
4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di
kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari
tempat lain ke kawasan kajian.
10. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN:
Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan
kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soalselidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara
kepentingannya di Kepentingan Pengangkutan Awam
Pelajar perlu menghuraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di
kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik.
Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin
anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda.

Mulakan huraian dengan..


Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik yang telah saya
jalankan
CONTOH:
1. Mengangkut penumpang:
Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) pekerja (awam
dan swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai
destinasi dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya2. Mengurangkan kesesakan:
a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam
b) kesesakan dalam bas3. Meningkatkan mobiliti penduduk :
Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk
berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk
bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah.
Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri,
pergi ke sekolah.
4. Menjimatkan kos:
Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding
menaiki kereta sendiri tidak perlu bayar tempat letak kereta tidak
perlu bayar tol menjimatkan perbelanjaan rumah.
5. Peluang pekerjaan:
mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual
tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk.
Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan
kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual),
tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat
markah penuh.

Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai
boleh ditulis di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap
aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai
sahaja tanpa huraian = 0 markah.
Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara..
Contohnya,
saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi
banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.
atau Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api
elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka
Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan
pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan..MASALAH
PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN.
Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Apakah langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan untuk mengetahui
masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian,
temubual atau soal selidik.

Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di


kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti
pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda
terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guruguru atau penumpang-penumpang yang menaiki pengangkutan awam di
kawasan kajian
Sediakan borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan
kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap ditanda dalam
borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang
diperolehi dari borang soal selidik.

Isi borang selidik boleh di ambil dari Masalah Pengangkutan Awam


Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana.
Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu
pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati
semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di hendaklah bekerjasama
untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini.
Huraikan isi-isi yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan
kajian sahaja. Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di
internet dengan menaip masalah pengangkutan awam, pengangkutan
awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas,
pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya.
11. CADANGAN MENGURANGKAN MASALAH PERKEMBANGAN
PENGANGKUTAN DI KAWASAN KAJIAN:
Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme.
Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan
awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan
bagaimana mengurangkan masalah-masalah tersebut.
Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja,
contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan
kuatkuasakan undang-undang, kempen alam sekitar, pendidikan alam
sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan
api alternatif.
SILA PASTIKAN CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN TERSEBUT ADALAH
BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG TELAH DINYATAKAN PADA
UNIT SEBELUM INI.

Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau
huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon
tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah.
Calon boleh juga memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah
keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut
peraturan jalan raya).
Calon boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber:
Wikipedia..satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan
Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga
mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum
penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau keduaduanya dan kursus pemanduan berhemah.
Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah:

Pendidikan alam sekitar

Kempen alam sekitar. Contoh: Kempen berkongsi kereta, kempen


menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat
dengan sekolah)

Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik


bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap
kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulangulang.

Penggunaan petrol tanpa plumbum menggalakkan lori dan bas


menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan
plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara

Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap


merbahaya-kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak
diesel digalakkan menggunakannya.

Dasar pembangunan kerajaan sistem tiket bersepadu-1 tiket 1


Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen

rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem


Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas
awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya.

Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti)


Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar
tambang dapat dikurangkan

Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh;
diesel diganti dengan NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan
pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan
bermotor.

Kursus pemanduan berhemah

Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan


kajian.
Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung
jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur
pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam
sekitar Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan
bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan
kemalangan tidak berlaku.
Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam
aspek 8.5 ini.
12. BAHAN GRAFIK UNTUK KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM:
Antara bahan grafik yang boleh digunakan ialah jadual, graf, carta pai, peta
minda dan peta aliran.
Hasil soal selidik tentang Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian,
Kepentingan, Masalah-masalah dan Cadangan mengurangkan Masalah
Pengangkutan Awam di kawasan kajian boleh menghasilkan data. Data ini

kemudian disampaikan dalam bentuk jadual dan graf.


Ingat, tulis tajuk jadual dan sumber data/maklumat.
(Tulis di bawah jadual : Sumber: Hasil soal selidik terhadap 20 responden di
kawasan kajian.)
Graf yang lengkap pula, ada tajuk paksi X dan paksi Y, serta tajuk graf (tidak
perlu nyatakan sumber seperti pada jadual).
Setiap graf mesti bersertakan 1 jadual yang menunjukkan data terkumpul.
Ada jadual tidak semestinya ada graf.
Jika di kawasan kajian terdapat beberapa jenis pengangkutan awam, anda
boleh mendapat maklumat tentang bilangan responden yang menaiki jenis
pengangkutan awam tersebut. Contohnya, daripada 20 orang responden,
terdapat 10 orang pernah menaiki KTM komuter, 5 orang menaiki bas awam
dan 15 orang pernah menaiki teksi. Jumlah keseluruhan tidak semestinya 20
orang.Bina jadual dan lukis graf mudah daripada data ini di bahagian aspek
8.2 Jenis Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian.
Calon juga boleh mempersembahkan carta pai. Carta pai yang baik dilukis
mengikut sudut pai yang tepat. Data ditulis dalam bentuk peratus. Label
setiap sektor dengan peratus bukan nilai sudut. Jangan lupa petunjuk dan
tajuk carta pai. Apabila ada carta pai, mesti ada jadual. Mengikut setengah
buku teks, bahagian yang paling besar dilukis dahulu, diikuti yang kedua
besar dan akhir sekali, bahagian yang terkecil. Kalau menggunakan
komputer, urutan begini tidak dapat dibuat. Tidak mengapa.
Hasil rujukan atau soal selidik tentang kepentingan / jenis / masalah atau
cadangan mengurangkan kesan boleh juga disampaikan dalam bentuk peta
minda. Untuk mendapat markah penuh bagi peta minda, perlu ada tajuk,
idea utama dan maklumat. Jangan lupa tanda anak panah menghubungkan
idea utama dan maklumat.

Minimum bahan grafik yang diperlukan ialah dua sahaja. Contohnya, jadual
dan graf. Jadual dan carta pai. Jadual dan peta minda. Jadual dan rajah
aliran. Peta minda dan rajah aliran.
Bahan grafik boleh dimasukkan dalam mana-mana bahagian aspek 8.2
hingga 8.5 yang berkaitan. Jika anda membina jadual dan melukis graf
tentang pendapat responden utk masalah pengangkutan awam, masukkan
kedua bahan grafik ini di bahagian aspek 8.4.
13. RUMUSAN KAJIAN PENGANGKUTAN AWAM:
Calon boleh menulis RUMUSAN dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting
rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai.
Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah
dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam
rumusan. Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep
pengangkutan awam sehingga Cadangan-cadangan mengurangkan
masalah-masalah... Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektifobjektif yang hendak dicapai sebelum ini. Jawab setiap objektif dalam satu
atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu,
terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme
boleh dihuraikan secara umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa
penerapan nilai atau unsur patriotisme.pengangkutan awam ialah.Jenis
pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah
Pengangkutan awam adalah penting di .. kerana ia meningkatkan mobiliti
penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain
ialah., , .. dan . Walaubagaimanapun, penduduk di ..
menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ,
, . dan . Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara
untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti , .., , dan

Saya berharap pihak .. akan perihatin terhadap masalah-masalah yang


dihadapi oleh .. di .. Saya bangga kerana pihak . berusaha
memperbaiki perkhidmatan . di .
Rumusan di atas adalah ringkas sahaja. Anda boleh menambah sedikit
huraian anda sendiri seperti dalam ayat yang berkaitan dengan kepentingan
di atas, untuk aspek masalah dan cadangan.
Segala info tentang Contoh Kerja Kursus Geografi ini akan dikemaskini dari
masa ke semasa.
SUMBER PanduanMalaysia, Across The Land

You might also like