You are on page 1of 2

Soalan:

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan


bangunan-bangunan bersejarah.  
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memulihara bangunan-
bangunan bersejarah di negara kita.

Analisis soalan:

Tema/Isu    -       warisan bangunan bersejarah di negara kita


Tugasan     -       huraikan pendapat tentang kepentingan memulihara 
                           bangunan-bangunan bersejarah
Format       -       Tiada

Karangan Contoh:

          Mutakhir ini, antara isu yang hangat dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di
Dewan Parlimen ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah. Walaupun keputusan yang
telah diambil   adalah tidak meruntuhkan bangunan-bangunan warisan tersebut, namun,
terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di
Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan
tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. Sebenarnya, terdapat pelbagai
kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

            Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan


bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era
atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa
Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau
peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun,
kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih
dapat diliha

You might also like