You are on page 1of 7

Berdasarkan kajian saya terdapat lima asas seni bina Tamadun

Rom iaitu bersaiz besar, mempunyai nilai estetika, kegunaan yang


khusus, ketahanan tinggi dan warisan sejarah. Asas yang pertama
ialah seni bina tersebut bersaiz besar. Hal ini adalah untuk
menampung jumlah penonton yang ramai. Asas yang kedua ialah
seni bina tersebut mempunyai nilai estetika iaitu imaginasi arkitek
tamadun rom. Asas yang ketiga pula ialah kegunaan yang khusus
seperti jalan raya,saliran air,tempat dan tempat mandi awam. Asas
yang keempat ialah mempunyai ketahanan yang tinggi agar tidak
roboh pada masa hadapan. Asas yang terakhir pula ialah warisan
sejarah yang tak ternilai untuk generasi akan datang.
Senibina Tamadun Rom
Colosseum
Colosseum merupakan binaan yang melambangkan keagungan
Tamadun Rom yang dijadikan tempat mengadakan persembahan
bersaiz besar seperti gladiator. Struktur binaan colosseum
mempunyai ketinggian mencapai 50 meter panjang, lebar 156
meter dan luas keseluruhan bangunan kira kira 2.5 hektar dengan
kawasan arena sahaja seluas 85m x54 m yang mampu
memuatkan 50,000 orang pada satu-satu masa. Colosseum
mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan
stadium pada zaman moden. Terdapat 80 pintu masuk serta
tempat duduk bertingkat-tingkat. Bahagian bawah arena pula
mempunyai lorong dan ruangan tempat budak, gladiator dan
haiwan buas yang akan ditunjukkan ketika pertandingan
dimulai,gladiator dan haiwan buas dikeluarkan dari bawah bawah
tanah ke arena pertandingan diatasnya. Binaan ini dimulakan
dengan raja Vaspian pada tahun 72 masehi dan diselesaikan oleh
anaknya pada tahun 80 masehi
Pantheon
Binaan berkubah yang terbesar didunia pada masa itu yang
dfigunakan untuk menyembah dewa dewi masyarakat rom. Pada
awalnya pantheon dibina oleh Markus Visaneos Aggripa pada
tahun 27sm. Namun bangunan ini musnah dalam kebakaran pada
tahun 80m
Pantheon kemudian dibangunkan semula oleh Mahajara
Hadrian pada tahun 125m. pantheon menggunakan gaya binaan
zaman yunani terutamanya dibahagian hadapan yang mempunyai
tiang yang kukuh. Atap Pantheon pula merupakan kubah yang
bersaiz besar dengan diameternya 43meter. Dinding Pantheon
pula dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen.
Puncaknya mempunyai ruang terbuka yang dikenali Oculus
berukuran 13m lebar yang membolehkan cahaya masuk menyinari
ruangan dalam binaan ini
iii. Perbandingan senibina Colosseum dan stadium pada hari
ini.
Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah
monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka
separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat dan
digunakan sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom Kuno.
Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang hebat disebabkan oleh
bentuk dan struktur penciptaan Colosseum itu sendiri. Secara
strukturnya,colosseum adalah berbentuk bujur dan diperbuat
daripada batuan, marmar dan pasir.

Stadium pada zaman ini pula


mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.Antara bentuk stadium pada
masa kini ialah berbentuk bujur,berkubah dan berbentuk segi
empat tepat. Mempunyai bumbung membran atau elips yang
meliputi 38,000 meter persegi , diperbuat daripada simen,batu
bata,kerangka besi dan sebagainya.lingkaran kerusinya
mempunyai tiga tingkat yang terdiri daripada kerusi yang berlainan
warna.

Stadium pada zaman ini juga mempunyai pelbagai bentuk


dan saiz.Antara bentuk stadium pada masa kini ialah berbentuk
bujur,berkubah dan berbentuk segi empat tepat

Kegunaan atau peranan stadium pula ialah sebagai tempat


perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai kelengkapan
untuk olahraga. Selain itu, stadium juga selalu digunakan sebagai
tempat pertunjukkan pentas atau konsert kerana ia dapat
menampung jumlah penonton yang ramai.
Iktibar
Kesimpulannya,kita haruslah memelihara kesenian colosseum dan
stadium pada masa kini dengan melakukan perkara-perkara yang
mendatangkan maanfaat seperti mengiklankan dan mengedarkan
risalah tentang kepentingan colosseum dan stadium agar generasi
akan datang dapat melihat dan mengkagumi kesenian colosseum
dan stadium.
Stadium merupakan salah satu contoh bangunan bersejarah
yang ditinggalkan oleh datuk moyang kita. Bangunan seperti ini
harus dipelihara kerana nilai sejarahnya yang tidak ternilai untuk
dipamerkan kepada generasi akan datang.
Mempelajari kejayaan dan kemajuan Tamadun Yunani dan
Tamadun Rom juga mendorong kita supaya berusaha dengan
bersungguh-sungguh bagi mencapai kemajuan dalam pelbagai
bidang demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Nilai-nilai demokrasi yang diasaskan sejak zaman Tamadun


Yunani mendidik kita agar menjunjung tinggi dan sanggup
mempertahankan nilai tersebut yang menjadi asas penting dalam
pembentukan negara kita. Mempelajari Tamadun Yunani dan
Tamadun Rom boleh melahirkan semangat patriotisme untuk
membangunkan negara Malaysia. Selain itu kita perlu memahami
bahawa kejayaan diri dan keluarga hanya akan dapat dicapai
dengan usaha dan kerajinan yang bersungguh-sungguh. Akhirnya
Kemajuan dan kesejahteraan negara hanya akan dapat dicapai
sekiranya mengambil iktibar dari sejarah dan menghargai setiap
kejayaan yang telah dicapai.
Rujukan

SAYA MERUJUK BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 1 UNTUK MENDAPATKAN


MAKLUMAT MENGENAI TAMADUN ROM

Buku Teks Sejarah tingkatan 1

Internet
SAYA TELAH MELAYARI LAMAN WEB
WWW.SUMBANGANTAMADUNROMDARIPADAASPEKSENIBINA.COM.MY
WWW.SENIBINAYANGTERDAPATDALAMTAMADUNROM.COM.MY
WWW.PERBANDINGANSENIBINACOLLOSEUMDENGANSTADIUMMALAYSIA.COM.MY

Temubual
SAYA TELAH MENEMUBUAL AYAH SAYA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT
MENGENAI SENIBINA TAMADUN ROM DAN STADIUM DI MALAYSIA

You might also like