You are on page 1of 2

Forum 1

Bincangkan Sumbangan Perdaban Greek Kepada Peradaban Hari ini

Tamadun Yunani atau tamadun greek berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau
di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. Negara ini dikenali sebagai
asal usul ketamadunan Barat. Yunani juga mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua.
engikuti perkembangan zaman Yunani atau ada juga yang menggelarkan sebagai Yunani Kuno,
tamadun ini telah dibina oleh kaum Yunani Kuno pada sekitar abad ke-12 dan abad ke-9 Masihi
sehinggalah 146 Masihi, iaitu bermula dari Zaman Gelap Yunani. Yunani Kuno atau Yunani bermula.
Tamadun Yunani sebenarnya bermula apabila tamatnya fasa terakhir zaman Logam Yunani atau
turut digelar sebagai fasa Mycenaean. Kehebatan tamadun yunani telah memberi kesan terhadap
dunia pada hari ini.

Antara sumbangan tamadun greek ialah dari sudut pentadbiran negara. Bentuk
pemerintahan dalam tamadun Yunani telah mengalami pelbagai perubahan daripada Monarki
kepada Oligarki seterusnya Aristokrasi dan berubah kepada Diktator(tirani) sehingga akhirnya wujud
sebuah negara Demokrasi. Di Athens pada mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua
hakim, ketua tentera dan ketua agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan
kaya. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot –lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya
terhad. Sistem pemerintahan yang dikuasai oleh konsul dinamakan oligarki. Daripada kalangan
konsul lahir golongan aristokrat yang memiliki kuasa besar, sistem ini dinamakan aristokrasi. Sistem
demokrasi di Athens pula terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki
dewasa Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun.
Dewan ini berhimpun 3 kali sebulan, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan
dikendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa
penuh terhadap ketiga- tiganya. Model pentadbiran negara greek ini menjadi inspirasi kepada dunia
dalam menjalankan pentadbiran secara demokrasi oleh kebanyakkan negara. Sistem majlis yang
diperkenalkan yunani juga melancarakan pentadbiran negara dunia pada hari ini. Dalam pada itu,
Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
Di Sparta, sistem pemerintahan tentera diamalkan.Sistem pertahanan diberikan perhatian penting.
Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik. Oleh itu, Sparta melahirkan tentera yang
mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal dan dicontohi oleh negara dunia hari ini.

Selain itu adalah sumbangan tamadun greek dalam bidang sains dan teknologi. Antara
bidang yang mengalami kemajuan ialah astronomi, matematik, perubatan, dan teknologi seperti
tteknologi membuat kertas dan perahu. Kemajuan boleh berlaku kerana ahli sains dan teknologi
merujuk kepada pengetahuan yang sedia ada dalam Tamadun Mesopotamia (Babylon) dan Mesir
Purba serta mengembangkan ilmu-ilmu tersebut. Thales (tokoh matematik Yunani) telah
mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba. Pythagoras (tokoh matematik Yunani) yang
memperkenalkan Teorem Pythagoras telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan
Babylon. Tamadun yunani ini melahirkan ramai cendikiawan dalam bidang ini seperti Hippocrates
yang terkenal sebagai Bapa Perubatan dan Archimedes sebagai tokoh matematik dan fizik. Salah
seorang ahli matematik Yunani pertama adalah Thales. Thales mempelajari geometri dan menemui
teori (seperti teorema Thale) mengenai bulatan, garis, sudut, dan segitiga. Orang Yunani yang lain
bernama Pythagoras juga mempelajari geometri. Dia menemui Teorem Pythagoras yang masih
digunakan hingga kini untuk mencari sisi segitiga tepat. Mereka mempunyai doktor yang mengkaji
orang sakit, memerhatikan gejala mereka, dan kemudian mendapatkan beberapa rawatan praktikal.
Doktor Yunani yang paling terkenal adalah Hippocrates. Hippocrates mengajarkan bahawa penyakit
mempunyai sebab semula jadi dan kadang-kadang dapat disembuhkan dengan cara semula jadi.

Seterusnya ialah sumbangan dalam bidan seni bina. Setiap binaan mempunyai fungsi yang
penting kepada raja dan Negara. Antara pembinaan Yunani yang agung ialah pembinaan Acropolis
oleh Pericles untuk tujuan keagamaan dan dijadikan sebagai pusat perntadbiran di Athens. Senibina
klasik yunani secara kasarnya dimaksudkan senibina yang berasaskan prinsip senibina klasik yunani
itu sendiri. Secara khususnya ia dirujuk kepada prinsip senibina yang ditulis oleh seorang pengkaji
senibina yunani bernama Vitruvius. Vitruvius merupakan seorang penulis, arkitek, jurutera yunani
yang hidup dalam kurun terakhir sebelum masihi. Wacana senibinanya ditulis di dalam buku De
Architectura yang terdiri dari beberapa jilid. Dalam Buku De Architectura yang ditulis sekitar 40
tahun SM, menekankan aspek rekabentuk dari segi perkadaran ukuran (proportion), dan
keharmonian visual. Ia juga menekankan tiga prinsip asas senibina iaitu, Venustas (keindahan),
firmitas (kekukuhan) dan Utilitas (kegunaan). Secara ringkasnya, senibina mestilah mempunyai ciri
binaan yang indah, kukuh dan selamat serta berguna kepada manusia. Di dalam Acropolis, terdapat
bangunan seperti rumah berhala, teater dan yang paling menarik ialah bangunan Parthenon.
Parthenon merupakan sebuah rumah berhala untuk memperingati Dewi Athena. Bangunan ini ini
juga dibina untuk memperingati kejayaan Pericles membebaskan diri daripada kuasa Persia.
Tinggalan-tinggalan ini kemudiannya menjadi tontonan awam yang mengaguni senibina dan menjadi
inspirasi kepada seni reka bangunan pada hari ini.

Kesimpulannya, tamadun greek telah banyak memberi impak kepada ketamadunan manusia
pada hari ini. Mereka banyak memberi inspirasi dalam mengembangkan lagi tamadun manusia.
Tokoh-tokoh yang muncul pada zaman ini juga menjadi panduan dalam penyelidikan ketamadunan
manusia. Kehancuran tamadun yunani bermula apabila menghadapi pelbagai konflik perang dengan
Rom, maka berakhirlah detik pemerintahan tamadun Yunani sekaligus tragedi ini menjadikan Yunani
sebahagian daripada tamadun Rom. Oleh itu kita hendaklah mengambil iktibar daripada
kegemilangan serta kehancuran tamadun ini agar kita dapat membina peradaban manusia yang
lebih baik.

You might also like