You are on page 1of 25

KONSEP KEBAHAGIAAN TAMADUN GREEK KLASIK 470 S.M-529 M.

THE CONCEPT OF HAPPINESS IN CLASSIC GREEKS CIVILIZATION


470 BC-529 AD
Oleh:
Mohd Annas Shafiq Bin Ayob
Abstrak
Dalam perbincangan falsafah etika, kebahagiaan merupakan salah satu topik utama yang
mendominasi wacana falsafah etika. Konsep kebahagiaan telah dibincangkan sejak munculnya
perbincangan falsafah awal iaitu pada zaman Greek klasik bermula dari kemunculan
perbincangan falsafah bermula kira-kira tahun 470 S.M hingga berakhir lima abad selepas
kelahiran Kristian kira-kira tahun 529 M. Persoalan kebahagiaan timbul apabila para ahli
falsafah cuba mencari jawapan mengenai matlamat akhir dan tertinggi bagi kehidupan manusia.
Lalu, berbagai-bagai konsep dan makna mengenai kebahagiaan diketengahkan bagi mencari
penyelesaian terhadap persoalan tersebut dengan beberapa buah tulisan yang dihasilkan. Justeru,
artikel ini ditulis bagi memfokuskan kajian mengenai konsep kebahagiaan secara ringkas pada
zaman Greek klasik dengan membahagikan kepada zaman tertentu bermula daripada zaman Pra-
Socrates, Sofis, Socrates, Plato, Aristotle dan juga aliran etika yang membincangkan perihal
kebahagiaan seperti Epicureanisme dan Stoicisme.
Kata kunci: kebahagiaan, etika, Greek klasik, kebaikan, eudaimonia.

Pendahuluan
Falsafah Greek diiktiraf sebagai perkembangan pertama falsafah di dunia iaitu bermula
lebih kurang pada abad ke-6 S.M.
1
Walau bagaimanapun, falsafah telah wujud lebih awal di
tempat lain seperti di India dan China, namun falsafah Greek diiktiraf sebagai falsafah pertama
kerana bersifat tersusun dan sistematik.
2
Ini dapat dilihat menerusi penulisan karya-karya awal
falsafah Greek yang membincangkan mengenai alam semula jadi dan sumber-sumber nilai

1
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008), 69.
2
Ibid., 42.
2

moral.
3
Falsafah Greek mula berkembang kira-kira pada abad ke-6 sebelum Masihi sehingga
berakhir pada kurun ke-5 Masihi selepas kelahiran agama Kristian. Pengaruh falsafah Greek
klasik berakhir ditandai dengan penutupan Academy Plato oleh pemerintah Rom iaitu Justinian
pada tahun 529 Masehi.
4
Thales dari Miletus (640-562 S.M.) dikatakan sebagai seorang ahli
falsafah pertama Greek klasik namun beliau tidak meninggalkan hasil penulisan.
5
Bermula dari
Thales, falsafah Greek berkembang dan mencapai kemuncaknya pada dua kurun berikutnya
sehingga penaklukan tamadun Greek klasik oleh Iskandar Agung (Alexender the great).
6

Pra Socrates Dan Kebahagiaan
Perbincangan etika di dalam falsafah Greek berkembang seiring dengan kewujudan
falsafah Greek sendiri. Tema untuk mencapai kebahagiaan juga diketengahkan oleh ahli falsafah
semenjak zaman pra-Socrates lagi. Ahli falsafah Greek awal, Thales lebih menumpukan
persoalan alam fizikal atau alam semulajadi seperti persoalan hakikat dan asal segala sesuatu.
7

Falsafah etika Greek berkembang lebih sistematik dibawah Socrates, bermula pada kurun ke-5
sebelum Masihi. Namun sebelum Socrates, kemungkinan sudah ada ahli-ahli falsafah melakukan
perbincangan yang menyentuh isu-isu etika walaupun tidak secara jelas, sekurang-kurangnya
memberi idea dan konsep asas kepada Socrates dan ahli falsafah seterusnya. Manakala konsep
kebahagiaan belum dibincangkan secara mendalam melalui penghasilan karya tertentu oleh ahli
falsafah era ini.

3
Mariam al-Attar, Islamic Ethics: Divine Command Theory in Arabo-IslamicThought, (New York: Routledge,
2010), 2.
4
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010), 54.
5
Brehier,Emile, The History of Philosophy: The Hellenic Age, (Chicago: The University of Chicago Press, 1963),
36.
6
Mariam al-Attar, Islamic Ethics: Divine Command Theory in Arabo-IslamicThought, 2.
7
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, (New York: McGraw Hill, 1994), 6.

3

Secara umumnya perkembangan falsafah etika Greek klasik dapat dibahagikan beberapa
peringkat. Pengkaji akan membincangkan falsafah etika dan perbincangan kebahagiaan dalam
kalangan ahli Greek klasik bermula dari era Pra Socrates sehingga Aristotle. Perkembangannya
seperti berikut; pertama, Pra-Socrates (600-450 S.M.). Kedua, era Sofis. Ketiga, era Socrates.
Keempat, era Plato dan kelima, era Aristotle. Era pertama merupakan era awal kemunculan
falsafah Greek disamping falsafah etika dan dinamakan sebagai pra-Socrates kerana era ini
berlaku sebelum kemunculan Socrates. Antara ahli falsafah terkenal pada era ini adalah Thales,
Anaximander, Anaximenes, Pythagoras, Parmenides, Heraclitus dan sebagainya.
8
Namun
terdapat juga beberapa teori para ahli falsafah yang boleh dihubungkaitkan dengan etika seperti
perbahasan Pythagoras yang mengasaskan sekolah Pythagoreans, beliau membincangkan
masalah konsep roh dan konsep pertengahan (mean).
9
Manakala pandangan Democritus (420
S.M.) mengenai kebaikan (virtue) juga terkandung konsep kesederhanaan.
10

Perbincangan mengenai konsep kebahagiaan berkembang seiring perbincangan mengenai
etika dan akhlak. Konsep kebahagian tidak banyak dibincangkan pada awalnya, namun ada
beberapa ahli falsafah seperti Democritus menyebut sedikit berkenaan kebahagiaan. Menurut
beliau kebahagiaan adalah milik jiwa dan tempatnya terletak di dalam jiwa manusia iaitu
Happiness, like unhappiness ia a property of the soul.
11
Konsep kebahagiaan menurut beliau
ada kaitannya dengan kesederhanaan atau konsep pertengahan (mean) menerusi pandangannya

8
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 55.
9
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 12.
10
Ibid.
11
Freeman, Kethleen, Anchilla to the Pre-Socrates Philosophers:a complete translation of the Fragments in Diels,
Fragmente der Vorsokratiker , (Harvard University Press, 1996), 117.
4

He is fortunate happy with moderate means, unfortunate who is unhappy with great
possession.
12

Era Sofis
Seterusnya, perkembangan falsafah etika memasuki peringkat kedua iaitu era Sofis yang
mewarnai aliran pemikiran orang-orang Greek pada abad ke-5 sehingga abad ke-4 sebelum
Masihi.
13
Namun sesetengah ahli falsafah meletakkan era Sofis masih lagi di dalam peringkat
pra-Socrates.
14
Pada asalnya, tumpuan dan persepsi masyarakat Greek terhadap perbincangan
pada alam fizikal seperti hakikat, perubahan mula berubah selepas tahun 450 sebelum Masihi.
15

Faktor masyarakat Greek mula cenderung terhadap persoalan praktikal seperti seni, kebudayaan
dan perbincangan yang dapat memberi faedah ilmu kepada masyarakat inilah yang melahirkan
golongan Sofis. Golongan Sofis tidak banyak menumpukan perbincangan mengenai konsep
kebahagiaan, namun ukuran kebahagiaan menurut mereka adalah dengan kekayaan dan kejayaan
dalam kehidupan umum bermasyarakat. Kebahagiaan dapat dicapai dengan keseronokan dan
pencapaian individu dari sudut materialistik dalam kehidupan. Bahkan, kebahagiaan boleh
dicapai sekiranya seseorang mengalami keseronokan tanpa kebaikan moral sekalipun.
16
Berbeza
dengan ahli falsafah seterusnya seperti Socrates, Plato dan Aristotle yang meletakkan
kepentingan moral dan kebaikan (virtue) untuk mencapai kebahagiaan.
Sofis merupakan gelaran yang bermaksud golongan para cerdik pandai yang mengajar
dari bandar ke bandar. Mereka pada asalnya mempunyai hikmah dan kemahiran termasuk

12
Ibid., 107.
13
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 57.
14
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, (Oxford: Blackwell Publishing,
2006), 24.
15
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, 69.
16
Curnow, Trevor, Were the Sophist Philosopher?, OGrady, Patricia (ed.), The Sophist: an Introduction,
(London: Gerald Duckworth, 2008), 190.
5

penyair, doktor dan pemerintah namun mereka menetapkan syarat mengajar dengan membayar
gaji kepada mereka.
17
Walau bagaimanapun golongan ini dituduh sebagai bukan ahli falsafah
yang sebenar atas beberapa sikap mereka. Pertama, mereka mengajar mengikut keperluan dan
permintaan masyarakat ketika itu dan tidak serius mendalami mana-mana bidang disiplin ilmu
falsafah.
18
Sikap sebegini amat dicela kerana bertentangan dengan etika kerana hanya ingin
mengaut keuntungan tanpa mengajar dengan keikhlasan.
Isu-isu yang berkaitan dengan etika yang menjadi fokus utama golongan Sofis adalah
mengenai soal kebaikan yang dikagumi oleh masyarakat Greek ketika itu. Protagoras dari
Abdera, seorang Sofis yang terkenal hanya untuk menumpukan bidang pengajaran dalam
melahirkan ahli politik yang berjaya.
19
Pengajaran Protagoras yang berbentuk praktikal akhirnya
memberi kesan kehidupan berpolitik masyarakat pada masa tersebut.
20
Walaupun golongan ini
mengajar soal-soal kebaikan, tetapi aspek kebaikan tersebut hanyalah kebaikan yang dikagumi
oleh masyarakat pada masa tersebut, seperti kebaikan yang berkisar disekitar kemampuan
seorang individu melaksanakan tanggungjawab terhadap negara (politik).
21
Kedua, mereka
mengajar kerana wang. Mereka dituduh oleh Plato sebagai kalangan guru yang mencari
kebenaran dan kebaikan dengan menghambakan nafsu mereka mencari duit dan sanggup
berhujah dengan apa cara sekalipun.
22
Manakala Aristotle pula menuduh mereka sebagai

17
Brehier,Emile, The History of Philosophy: The Hellenic Age, 72.
18
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 57.
19
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, (Oxford: Blackwell
Publishing, 2006), 24.
20
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 30.
21
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 57.
22
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, 50.
6

mengejar kekayaan melalui pengajaran falsafah yang tidak benar.
23
Protagoras sendiri telah
dibayar oleh Pericles, pemerintah Athens ketika itu untuk mengajar warga Athens.
24

Ketiga, ajaran-ajaran falsafah Sofis menyebabkan lahirnya fahaman-fahaman negatif
yang berlaku dalam kalangan masyarakat Greek ketika itu. Golongan warga muda telah
terpengaruh sehingga merebaknya fahaman skeptisisme, relativisme dan subjektivisme.
25
Faham-
faham ini kelihatan jelas apabila kita menyelidiki beberapa ajaran mereka. Kenyataan Protagoras
yang terkenal dan memberi pengaruh dalam teori etika adalah man is the measure of all things,
of the things that are, that they are, and of the things that are not, that they are not.
26
Teori
tersebut dapat difahami bahawa manusia adalah pengukur semua perkara. Namun teori ini
dikritik banyak ahli falsafah kemudian seperti Socrates, Plato dan Aristotle kerana mewujudkan
fahaman yang negatif. Apa yang dapat disimpulkan oleh pengukur semua perkara adalah tidak
tertakluk sama ada perkara baik atau buruk.
27
Oleh itu setiap perbuatan tidak kira baik atau buruk
bergantung kepada persepsi masing-masing sehingga menjadikan ukuran kebenaran dan
keburukan bercelaru, tidak bersifat objektif dan nilai ukuran suatu perkara tidak bersifat mutlak.
Socrates Dan Kebahagiaan
Seterusnya, perkembangan falsafah etika memasuki peringkat ketiga iaitu zaman
kemunculan Socrates. Beliau bertanggangjawab dalam mengembalikan suasana kehidupan dan
pemikiran Greek yang sebelum ini dikuasai oleh golongan Sofis kepada pemikiran objektif dan
kritis.
28
Namun beliau dijatuhkan hukuman mati kerana dituduh cuba menyeleweng pemikiran

23
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 57.
24
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, 24.
25
Ibid., 24.
26
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 30.
27
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 57.
28
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, 50.
7

masyarakat Athens. Socrates boleh dikatakan sebagai pengasas kepada ilmu etika secara rasmi
menerusi perbincangan beliau mengenai pemikiran etika. Socrates turut membincangkan konsep
kebahagiaan dan beliaulah diantara ahli falsafah awal yang membincangkan konsep kebahagiaan
secara sistematik dan antara ahli falsafah terawal yang menyatakan bahawa tujuan ilmu etika
adalah kebahagiaan.
29
Socrates, tidak seperti ahli falsafah Greek lain pada masa tersebut yang
lebih suka membincangkan mengenai konsep metafizik, lebih berminat untuk membincangkan
konsep etika dan isu sosial.
Socrates sendiri tidak menghasilkan karya dan menulis. Pemikiran beliau kebanyakannya
ditulis oleh anak muridnya seperti Aristophanes, Plato dan Xenophon.
30
Pemikiran Socrates
mengenai etika banyak diambil dari siri dialog bersama Plato seperti konsep keadilan dalam
Republic dan kebaikan dalam Protagoras.
31
Memandangkan golongan Sofis gemar
memutarbelitkan kata dan kenyataan, lalu timbullah reaksi daripada Socrates yang mengajarkan
falsafah etika berpaksikan kepada pernyataan beliau yang terkenal iaitu kebaikan terletak pada
ilmu pengetahuan (virtue is knowledge).
32
Socrates berpandangan bahawa kebaikan dapat
menyempurnakan fungsi seseorang.
33
Oleh itu, perkara yang menghalang untuk mencapai
kebahagiaan adalah kejahilan dan ketidaktahuan. Menurut Socrates, perbuatan salah laku
merupakan hasil daripada kejahilan seseorang. Justeru, menurut beliau kebaikan merupakan
keutamaan, dan keutamaan itu ialah pengetahuan. Maka sesiapa yang berpengetahuan pastilah

29
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Muqaddimah fi Ilm al-Akhlaq, (Kaherah: tp, 1992), 86.
30
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 36.
31
Mariam al-Attar, Islamic Ethics: Divine Command Theory in Arabo-IslamicThought, 2.
32
Abdul Rahman Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, (Kuala Lumpur: Utusan
Publication, 2000), 208.
33
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 42.
8

seseorang itu baik, dan sesiapa yang tidak berpengetahuan pastilah seseorang itu dalam
kejahatan.
34

Seterusnya, bagi mengelak salah laku terjadi, seseorang mestilah mengetahui
pengetahuan yang benar (knowledge) mengenai apa yang diingini oleh tabiat manusia untuk
mencapai kebahagiaan.
35
Dari sini dapat difahami seseorang itu tidak akan melakukan kebaikan
melainkan dia mengetahui dan memahami apakah kebaikan tersebut. Kesinambungan daripada
itu, seseorang melakukan kesalahan kerana dia tidak mengetahui dan tidak berilmu dan
seseorang melakukan kebaikan disebabkan mempunyai pengetahuan. Justeru salah laku
merupakan hasil dari kejahilan dan ianya tidak dapat menghasilkan kebahagiaan. Namun konsep
etika Socrates dikritik kerana tidak semua orang berpengetahuan dan berilmu akan melakukan
kebaikan. Teori etika Socrates mungkin tidak sesuai untuk dipraktik pada zaman ini disebabkan
banyak kes jenayah telah berlaku dalam kalangan ilmuwan dan bijak pandai.
Teori kebahagiaan Socrates bersangkut paut diantara prinsip kebaikan dan pengetahuan
(virtue and knowledge) serta kejahatan dan kejahilan (vice and ignorance).
36
Di dalam
Euthydemus
37
, Socrates mengajukan persoalan kepada sahabatnya iaitu apakah terdapat makhluk
yang tidak menginginkan kebahagiaan. Sudah tentu semua manusia menginginkan kebahagiaan,
namun bagaimana manusia mencapai kebahagiaan.
38
Perbincangan etikanya mengenai
kebahagiaan dengan bertanyakan sama ada kita semua mahukan kehidupan yang baik (do well)
atau mahukan bahagia (be happy).
39
Ini mungkin dipersetujui oleh semua orang bahawa manusia
ingin memiliki kualiti hidup yang baik dan bahagia. Beliau juga sependapat dengan tanggapan

34
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Muqaddimah fi Ilm al-Akhlaq, 87.
35
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 42.
36
Ibid.
37
Sebuah tulisan yang merekodkan perbincangan dan pengajaran Socrates oleh Plato.
38
McMohan, Darrin M, The Quest for Happiness, The Wilson Quaterly 29, no.1. (1976), 65.
39
Irwin, Terence, Platos Ethics, (New York: Oxford University Press, 1995), 32.
9

umum bahawa manusia inginkan kebahagiaan. Justeru persoalan seterusnya adalah bagaimana
seseorang dapat mencapai kebahagiaan sebagai tujuan hidup.
Socrates menjelaskan bahawa seseorang dapat mencapai kebahagiaan dengan kehidupan
yang baik disertai dengan beberapa faktor luaran dan pengaruh kebaikan. Diantaranya kekayaan;
kesihatan dan kecantikan tubuh fizikal; kedudukan dan pengaruh yang baik dalam sesebuah
masyarakat; bersederhana dan adil serta berani; bijaksana; dan mendapat tuah serta bernasib baik
(Euthd 279a1-c8).
40
Berdasarkan kenyataan Socrates tersebut, pengaruh kebaikan yang
disenaraikan oleh Socrates tersebut tidak akan membawa apa-apa makna kebahagiaan sekiranya
tidak disertai dengan nasib yang baik dan bertuah. Kekayaan, kesihatan dan mempunyai posisi
yang tinggi dalam masyarakat tetap tidak akan menjamin kebahagiaan seseorang tanpa adanya
nasib yang baik.
Kebahagiaan menurut Socrates juga boleh diperolehi menerusi usaha manusia sendiri.
Menurut beliau lagi, setiap manusia di dalam jiwa mereka mempunyai keinginan untuk bahagia
atau kehidupan yang baik.
41
Cara untuk menggapai kebahagiaan atau kehidupan yang baik
adalah hanya dengan memilih perbuatan atau tingkah laku yang sesuai.
42
Kebahagiaan juga
merupakan satu motif dan tujuan seseorang untuk melakukan kebaikan (virtue).
43
Berdasarkan
kenyataan Socrates tersebut, manusia sememangnya mempunyai keinginan untuk bahagia dalam
setiap jiwa mereka, dan manusia harus memilih perbuatan agar perbuatan tersebut dapat
memandu manusia menuju kebahagiaan.


40
Ibid.
41
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, 42.
42
Ibid.
43
Copleston, Frederick Charles, A History of Philosophy, 121.
10

Plato Dan Kebahagiaan
Seterusnya, perkembangan falsafah etika memasuki peringkat keempat iaitu era Plato.
Beliau merupakan anak murid Socrates yang terkenal dan mewarisi pemikiran Socrates. Beliau
telah membuka sebuah institusi pendidikan yang bernama Academy bagi menyebarkan pemikiran
dan teorinya serta mengembangkan pemikiran Socrates. Plato menumpukan sebahagian besar
hidupnya dalam aktiviti akademik dengan menganalisis teori dan pemikiran Socrates sehingga
para sarjana pada hari ini sukar untuk menemukan perbezaan teori-teori diantara beliau dan
Socrates. Ini sebenarnya disebabkan Socrates tidak meninggalkan sebarang karya untuk dirujuk,
tetapi sebahagian besar teori-teori Socrates hanya diketahui melalui catatan ataupun dialog yang
direkod oleh Plato dalam karya-karya beliau seperti The Republic.
44

Teori etika Plato sangat berhubung kait dengan epistemologinya dimana kejahatan itu
berlaku disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan. Bagi Plato, jika seseorang mengetahui apakah
tabii kehidupan yang baik, maka seseorang akan melakukan dan bersikap baik mengikut apa
yang diketahuinya.
45
Beliau menyatakan untuk mencapai kehidupan yang baik adalah
mengetahui pengetahuan yang benar.
46
Apabila seseorang mengetahui perkara yang baik, maka
dia akan membuat perkara yang baik, namun dengan melakukan perkara yang bertentangan
dengan kebaikan, itu membuktikan kejahilannya berdasarkan evil is due to lack of knowledge.
47

Pengetahuan merupakan asas hikmah, dan hikmah adalah jalan dan penghubung untuk
membentuk etika yang baik.
48
Teori etika beliau kelihatannya mirip teori etika Socrates, iaitu
kebaikan adalah pengetahuan. Disini Plato kelihatan meneruskan dan mengembangkan teori

44
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, 63.
45
Pinchin, Calvin, Issues in Philosophy, (London: Mcmillan Education Ltd, 1970), 206.
46
Copleston, Frederick Charles, A History of Philosophy, 217.
47
Abdul Rahman Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, 208.
48
Al- Sahmarani, Asad, Al-Akhlaq fi al-Islam wa al-Falsafah al-Qadimah, (Beirut: Dar al-Nafais, 1994), 67.
11

Socrates yang menekankan bahawa kejahatan itu berpunca daripada kekurangan ilmu
pengetahuan.
Konsep etika Plato juga lebih terarah kepada eudaimonistic, iaitu bagaimana cara untuk
mendapatkan kebaikan yang tertinggi dalam kehidupan manusia, dalam erti kata lain posisi yang
manakah bagi seseorang mencapai kebahagiaan.
49
Plato juga menyebutkan mengenai eudaimonia
di dalam karyanya iaitu Philibus, kebahagiaan merupakan kebaikan yang tertinggi. Perkara yang
berkaitan eudaimonisme menurut beliau ialah intelektualisme dan hedonisme. Merujuk kepada
intelektualisme, pengetahuan merupakan kebahagiaan. Manakala menurut hedonisme ialah
keseronokan (pleasure) merupakan kebahagiaan.
50
Keduanya dapat difahami dalam konteks
eudaimonia sebagai kompenen yang dapat memberi kehidupan yang bahagia, oleh yang
demikian itu pengetahuan dan keseronokan merupakan kebaikan. Namun menurut beliau,
seorang yang ingin kekal dalam keadaan hedonistik iaitu selalu merasa keseronokan yang
berpanjangan, perlulah mempunyai rasa keseronokan yang maksimum, maka seseorang itu akan
digelar sebagai eudaimonestatos. Walaubagaimanapun. Plato hanya menyebut sebanyak tiga kali
eudaimon di dalam Philebus.
51

Teori Socrates kebahagiaan menekankan pengetahuan, berbeza dengan Plato yang
mengaitkan kebahagiaan dengan keadilan.
52
Prinsip kebahagiaan Plato seperti yang ditulis dalam
Republic adalah perlunya sebuah bandar menekankan ciri kebahagiaan sejagat dan menyeluruh
kepada penduduknya, maka kebahagiaan dapat tercapai iaitu dengan menekankan prinsip

49
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Muqaddimah fi Ilm al-Akhlaq, 216.
50
Aufderheide, Joachim, The Value of Pleasure in Platos Philebus and Aristotles Ethics, (tesis doktor falsafah,
University of St. Andrew, 2011), 23.
51
Ibid.
52
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Muqaddimah fi Ilm al-Akhlaq, 87.
12

keadilan.
53
Tambah Plato, keadilan adalah berkaitan kebahagiaan seperti mana yang telah
disebutkan merupakan satu komponen yang diinginkan oleh semua manusia dan merupakan
salah satu komponen untuk manusia hidup bahagia. Plato menekankan bahawa keadilan dan
kebaikan moral lebih berfaedah dan banyak membantu seseorang itu dalam usaha mencapai
kebahagiaan. Menurutnya lagi, tanpa kedua-dua usaha tersebut manusia tidak akan bahagia.
54

Maka tidak hairan Plato menekankan konsep adil kerana beliau menekankan konsep hidup
bernegara dan bermasyarakat di dalam Republic dan akhirnya konsep keadilan sejagat dapat
memberi kepuasan dan kebahagiaan kepada setiap individu dalam sesuatu masyarakat.
Menurut Plato, kebahagiaan dan kebaikan adalah sama kedua komponen tersebut terhasil
daripada keseimbangan yang harmoni terhadap tiga bahagian jiwa manusia.
55
Plato
membahagikan jiwa (soul) kepada tiga bahagian di dalam Republicnya iaitu akal (reason),
semangat (spirit) dan keinginan (appetite). Beliau menyatakan seseorang yang dapat bersikap
adil adalah hasil dari tiga bahagian tersebut yang di dalam jiwanya dapat memenuhi fungsinya
dengan baik.
56
Akal rasional (reason) menjadikan pengetahuan sebagai matlamat manusia yang
utama. Manakala semangat (spirit) manusia mewakili cita-cita dan matlamat hidup manusia
sebagai jalan yang utama. Kemudian keghairahan manusia mencari kekayaan mewakili
keinginan atau hawa nafsu (appetite) hanyalah untuk kepuasan diri dan kegembiraan
(pleasure).
57
Justeru seseorang yang mempunyai sifat adil dan jiwanya berfungsi dengan baik

53
Kamtekar, Rachana, Social Justice and Happiness in the Republic: Platos Two Principles, History of Political
Thought 22 (2001): 191. Diambil 13 November 2013. http://www.u.arizona.edu/~kamtekar/papers/ppj.pdf.
54
Wiener, Philip P., Dictionary of History of Ideas Studies of Selected Pivotal Ideas. 2 (New York: Charles
Scribners Son, 1973), 75.
55
Marar, Ziyad, The Happiness Paradox, (London: Reaktion Book, 2003), 17.
56
Copleston, Frederick Charles, A History of Philosophy, 216, Mahmud Hamdi Zaqzuq, Muqaddimah fi Ilm al-
Akhlaq, 88. Ibnu Miskawayh, seorang ahli falsafah akhlak Islam juga ada menyebut mengenai tiga komponen jiwa
tersebut dengan memetik daripada Plato, lihat Ibnu Miskawayh, Tahdhib al-Akhlaq, (Beirut: Mansyurat al-Jaml,
2011), 177.
57
Wiener, Philip P., Dictionary of History of Ideas Studies of Selected Pivotal Ideas, 375.
13

maka sebenarnya seseorang itu sudah mencapai kehidupan yang baik dan bahagia tidak seperti
orang lain. Ini adalah ukuran menurut Plato iaitu keadilan dan kebahagiaan mempunyai
hubungan antara satu sama lain. Kebahagiaan dan kebaikan tak dapat dipisahkan dalam
perbincangan etika sama ada Socrates mahupun Plato.
Aristotle Dan Kebahagiaan
Perkembangan falsafah etika khususnya perbincangan mengenai kebahagiaan memasuki
fasa seterusnya iaitu era Aristotle. Perbincangan pada ketika ini boleh dikatakan sebagai
kemuncak dan pelengkap bagi perbincangan kebahagiaan Greek klasik. Ini kerana Aristotle
merupakan seorang ahli falsafah Greek klasik yang membincangkan mengenai kebahagiaan
secara lengkap dan sistematik. Perbincangan kebahagiaan merupakan perbincangan falsafah
etika oleh beliau yang dibahaskan dalam tulisan iaitu Nicomachean Ethics dan Eudemian
Ethics.
58
Eudaimonia merupakan konsep yang dibincangkan secara khusus oleh Aristotle
merujuk kepada konsep kebahagiaan.
Eudaimonia (E), merupakan perkataan berasal dari kata Greek klasik manakala
dari segi etimologinya, eudaimonia terdiri dari perkata eu yang bermaksud baik atau
kesejahteraan, dan daimon yang bererti roh atau dewa kecil, digunakan bagi menggambarkan
suatu keuntungan yang melimpah-ruah.
59
Oleh kerana itu, menjadi orang yang eudaimon
merupakan seseorang yang hidup dengan baik, terpelihara dan dijaga oleh roh yang baik.
Walaubagimanapun, istilah Greek klasik ini sebenarnya telah lama wujud namun baru
dibincangkan secara teratur oleh Aristotle sendiri.
60
Kebanyakan ahli falsafah etika Greek klasik

58
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, 69.
59
Madhkur, Ibrahim, al-Mujam al-Falsafi, 177.
60
Prior, William J., Eudaimonism and Virtue, The Journal of Value Inquiry 35, (2001), 325.
14

dikenali sebagai eudaimonistic iaitu orang yang membincangkan mengenai konsep
kebahagiaan.
61

Perbincangan eudaimonia dimulakan dengan persoalan iaitu apakah tujuan dan kebaikan
tertinggi bagi manusia. Menurut pemikiran Aristotle, semua manusia bersetuju kebaikan tertinggi
bagi manusia merupakan kebahagiaan.
62
Justeru secara umumnya bagi Aristotle matlamat dan
tujuan hidup setiap manusia ialah untuk mencapai eudaimonia, beliau menyebut kebahagiaan
adalah sesuatu yang muktamad dan mandiri, dan kebahagiaan sebagai matlamat akhir tindakan
seperti yang disebut di dalam Nicomachean Ethics menerusi kerangka; (Happiness, then, is
something final and self-sufficient, and is the end of action) (1097b).
63

Aristotle menyatakan bahawa tiada siapa yang memilih nilai kebahagiaan untuk mencari
tujuan-tujuan utama seperti kemegahan dan kemuliaan, tetapi tujuan-tujuan utama tersebut
dicapai oleh manusia kerana untuk mencapai kebahagiaan seperti yang disebut dalam
Nicomachean Ethics: No one chooses happiness for the sake of honor, pleasure (NE 1097a: 25-
30). Namun Aristotle sendiri menyatakan bahawa setiap kebaikan moral merupakan tujuan
utama dan terakhir dalam setiap perbuatan kita dan bukan kebahagiaan sahaja sebagai tujuan
utama (NE 1097a: 25-30).
64
Tidak dinafikan segelintir ahli falsafah etika yang berpendapat
Aristotle telah menegaskan bahawa semua perbuatan kita sama ada dilakukan secara sukarela
atau sengaja mempunyai satu, dan hanya satu tujuan sahaja iaitu tujuan utama.
Menurut Aristotle, kebahagiaan ialah apabila manusia dapat menjalankan fungsinya
dengan baik untuk mencapai sesuatu tujuan. Sebagai contoh, tujuan terakhir bagi seorang penari

61
Ibid.
62
McKeon, Richard (ed.), The Basic Works of Aristotle, 935.
63
Aristotle, Nicomachean Ethics, 942, Annas, Julia, The Morality of Happiness, (Oxford: Oxford University Press,
1993), 36.
64
Aristotle, Nicomachean Ethics, 13.
15

adalah menari dengan baik, seorang pemain muzik dapat bermain muzik dengan baik dan tukang
kasut dapat membuat kasut dengan baik. Justeru jika manusia menjalankan fungsinya sebagai
manusia dengan baik, maka manusia tersebut dapat mencapai tujuan terakhirnya iaitu
kebahagiaan. Namun apakah fungsi khas yang berkait rapat dan menggerakkan semua perlakuan
manusia tersebut? Fungsi khas tersebut merupakan akal iaitu keunggulan bagi manusia
berbanding makhluk lain, dalam erti kata lain manusia mencapai kebahagiaan dengan
menjalankan aktiviti rasionalnya secara paling baik.
65
Dari sudut lain, untuk mencapai
eudaimonia, seseorang mestilah dapat memenuhi fungsinya secara sempurna, iaitu merujuk
kepada keupayaan akal untuk berfikir dan berhujah.
66

Manusia mencapai kebahagiaan dengan menjalankan kegiatan akalnya dengan secara
paling baik kerana sememangnya manusia dikurniakan akal untuk melakukan sesuatu
perbuatan.
67
Beliau menyebut manusia dicipta untuk berfikir dan dengan menggunakan akal
dengan menyempurnakan keupayaan tersebut, manusia dapat mencapai kebahagiaan.
68
Menurut
Aristotle, proses akal penting untuk mencapai kebahagiaan. Akal digerakkan oleh dua keutamaan
iaitu keutamaan intelektual dan keutamaan moral. Keutamaan intelektual menyempurnakan akal,
manakala keutamaan moral, akal menjalankan pilihan yang perlu dalam kehidupan seharian.
Akal yang rasional dilihat menentukan jalan tengah diantara dua ekstrem yang bertentangan.
69

Dua ekstrem bertententangan ini bermaksud dua keadaan yang bersifat pro dan kontra, suatu
keadaan yang bersifat kurang dan terlalu banyak atau berlebihan.
70


65
Bertens, K., Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi, 187.
66
OGrady, Patricia F., Meet the Philosophers of Ancient Greece, 154.
67
Bertans, K., Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003), 187.
68
OGrady, Patricia F., Meet the Philosophers of Ancient Greece, 154.
69
Lihat NE 1106 a 26-b 7, Alparslan Aikgen, Aristotelian and Islamic Moral Philosophy A Comparative
Ethics, 136, Bertans, K., Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi, 189.
70
Alparslan Aikgen, Aristotelian and Islamic Moral Philosophy A Comparative Ethics, 136.
16

Ini dapat difahami iaitu keutamaan adalah keseimbangan antara kurang dengan terlalu
banyak. Sebagai contoh keberanian merupakan salah satu contoh jalan tengah diantara ketakutan,
yang mewakili sifat kekurangan, manakala tekad dan membabi buta, mewakili sifat berlebihan.
Kemurahan hati merupakan adalah keutamaan yang mencari jalan tengah antara ketamakan dan
pemborosan. Keutamaan yang menentukan jalan tengah sebegini disebut oleh Aristotle sebagai
phronesis (kebijaksanaan praktikal). Phronesis dianggap sebagai penentu terhadap apa jua
bentuk keutamaan tertentu.
71
Menurut Aristotle, manusia adalah baik dalam erti moral jika selalu
mengadakan pilihan rasional yang tepat dalam kehidupan sehari-hari. Justeru, orang tersebut
boleh dikatakan sebagai orang yang bahagia.
Era Hellenistik
Era ini bermula dengan kejatuhan dominasi budaya dan politik Athens dalam tamadun
Greek klasik disebabkan wabak penyakit dan peperangan yang berlaku diantara Athens dan
Sparta. Zaman kegemilangan kawasan ketamadunan Greek klasik dan Athens berakhir apabila
ditawan oleh Philip dari Macedonia, iaitu bapa kepada Iskandar Agung, pada tahun 327 S.M.
72

Hellenistik berasal dari perkataan Greek, Hellenizein yang bermaksud berbahasa Greek dan
menjadikan Greek. Zaman Hellenistik merupakan zaman penyebaran tamadun Greek yang
dilakukan oleh Iskandar yang agung seiring dengan penaklukan dikawasan beliau takluki iaitu
dikawasan laut Mediterranean, Asia kecil, Parsi dan India. Roh dan kebudayaan Greek menyerap
kedalam bidang agama, budaya dan kesusasteraan keatas bangsa-bangsa yang menetap di
kawasan tersebut.
73


71
Bertans, K., Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi, 188.
72
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, 93.
73
Price, Simon, The History of the Hellenistic Period, Boardman, John (et.al), The Oxford History of Greece and
theHellenistic World, (Oxford: Oxford University Press, 2001), 368.
17

Walaupun penaklukan berlaku melalui kempen ketenteraan, ini tidak membantutkan
perbincangan mengenai falsafah dan masih dijalankan namun tidak serancak zaman sebelum itu
kerana selepas Aristotle tidak ada tokoh falsafah Greek yang benar-benar meninggalkan kesan
disebabkan faktor yang menimpa Athens dan tamadun Greek. Pada era ini memperlihatkan
perpindahan pemikiran falsafah dari teoretikal kepada praktikal. Falsafah semakin lama semakin
menjadi suatu seni hidup. Tedapat beberapa aliran yang timbul yang berbincang dan berusaha
menentukan cita-cita dan hala tuju manusia. Aliran yang wujud pada masa itu yang bersifat etika
yang membincangkan kebahagiaan diantaranya Epicureanisme dan Stoicisme.
2.4.1 Golongan Cynicisme
Antisthenes (445-360 S.M.) dan Diogenes dari Sinope (400-325 S.M.) merupakan tokoh
utama dalam Cynicisme. Pemahaman golongan Cynic terhadap penafsiran kebahagiaan
direkodkan sebagai antara pemahaman yang ekstrem dan keras.
74
Antisthenes pernah menjadi
murid Socrates dan pengkagum beliau, dan Antithenes sangat tertarik dengan kefakiran hidup
Socrates.
75
Golongan Cynic menafsirkan kebahagiaan dari penafsiran yang agak ketat, ini dapat
dilihat daripada pernyataan mereka. iaitu keseronokan (pleasure) adalah kejahatan (evil). Cynic
tidak mengidentitikan kebahagiaan sebagai keseronokan.
76
Manusia, menurut Cynic, sepatutnya
menahan kehendak diri dan kemahuan. Manusia juga haruslah mencari sifat baik (virtue) kerana
ianya adalah sifat terpuji yang tertinggi. Bagi Cynic, kebahagiaan hanya dapat dicapai melalui
perbuatan baik.
77
Justeru, bukan itu sahaja pandangan Cynic, malah mereka berpandangan
bahawa manusia mestilah bebas dari perbuatan negatif yang dicirikan oleh mereka iaitu bebas
dari kehendak, kemahuan, keinginan, kepentingan diri dan kejayaan peribadi, kebendaan yang

74
Belliotti, Raymond A., Happiness is Overrated, (Maryland: Rowman & Littlefield Publihers, 2004), 19.
75
Borchert, Donald M., (ed.), Encyclopedia of Philosophy, (1), (U.S.A: Thomson Gale, 2006), 224.
76
Sayre, Farrand, Greek Cynicism , Journal of History of Ideas 6, no.1, (1945), 114.
77
Belliotti, Raymond A., Happiness is Overrated, 19.
18

menyenangkan dan hubungan dengan masyarakat.
78
Ciri-ciri ini menyerlahkan Cynic sebagai
satu golongan yang mendekati nilai zuhud atau Asketicisme yang keras dalam cara hidup bagi
mencapai kebahagiaan.
Golongan Cynic menegaskan bahawa kebahagiaan yang sebenarnya tidak terdapat
daripada kelebihan atau kemewahan luaran, seperti kemewahan kebendaan, kuasa politik atau
kesihatan yang baik. Kekayaan merupakan sumber ketakutan dan menghilangkan kebahagiaan.
79

Kebahagiaan yang sebenarnya terletak kepada ketidakbergantungan kita pada benda yang tidak
kekal itu. Dan oleh sebab kebahagiaan tidak bergantung pada manfaat kebendaan seperti itu,
maka kebahagiaan dapat dicapai oleh semua manusia. Oleh yang demikian, kebahagiaan tidak
akan hilang daripada manusia.
80
Golongan Cynic percaya bahawa manusia tidak perlu bersusah-
susah tentang kesihatan mereka. Malah penderitaan dan kematian pun tidak mampu mengganggu
golongan ini. Dan mereka juga tidak perlu berasa sedih kerana memikirkan tentang penderitaan
orang lain.
81

Epicureanisme Dan Kebahagiaan
Aliran ini diasaskan oleh Epicurus dari keluarga pembesar di Athens lahir sekitar tahun
306 S.M.
82
Istilah epicureanisme pada kebiasaannya merujuk kepada mereka yang mencari
keseronokan sebagai cara hidup. Tidak dinafikan bahawa Epicurus yang memperkenalkan
konsep kebahagian dan keseronokan sebagai fitrah dan tujuan hidup yang utama.
83
Beliau
meletakkan falsafah sebagai etika dan meletakkan tujuan falsafah ialah supaya dapat memandu

78
Ibid.
79
Desmond, William D., Cynics, (California: University of California Press, 2008), 99.
80
Belliotti, Raymond A., Happiness is Overrated, 21.
81
Borchert, Donald M., (ed.), Encyclopedia of Philosophy, (2), 616.
82
Ibid.
83
Afridi, M.R.K et. al, History of Islamic Philosophy, (New Delhi: Pentagon Press, 2007), 40.
19

manusia mencapai kebahagiaan hidup. Bagi membolehkan mencapai kebahagian, seseorang itu
mestilah membuang segala jenis kerisauan dan rasa takut lebih-lebih lagi takut dengan
kematian.
84
Menurut Epicurus, manusia sangat takutkan kematian dan oleh sebab itu, manusia
berusaha untuk mencari kekayaan dan kuasa supaya dapat melengahkan waktu kematian.
85
Rasa
takutkan kematian sememangnya menjadi lumrah manusia kerana takut perbuatan tidak baik
yang telah dilakukan semasa hidup akan dibalas dan takut untuk merasai kesakitan ketika
menghadapi kematian.
Perbincangan kebahagiaan Epicurus berkait rapat dengan doktrin keseronokan (pleasure)
kerana ia adalah kunci utama Epicurus dalam perbincangan falsafah etika.
86
Keseronokan ialah
permulaan dan pengakhiran bagi kehidupan yang bahagia. Namun, keseronokan yang dinikmati
mestilah didahului dengan kepuasan terhadap segala keinginan.
87
Ini bermaksud bahawa semua
keinginan perlulah dipenuhi terlebih dahulu barulah mendatangkan rasa keseronokan.
Keseronokan menurut Epicurus adalah keseronokan yang dinikmati dengan tidak melampaui
batas dan keseronokan hidup merupakan nilai paling tinggi.
Mencari keseronokan hidup tidak bererti memiliki dan menikmati kekayaan dunia
sebanyak-banyaknya tanpa menghiraukan orang lain.
88
Oleh sebab itu, tiada kesan kesusahan
atau kesakitan selepas menikmati keseronokan. Sebagai contoh, seseorang yang meminum arak
hanya dengan sedikit sahaja, seseorang yang menikmati muzik tanpa mengganggu perasaannya
dan seseorang yang menikmati makanan tanpa berlebihan.
89
Justeru Epicurus menganjurkan

84
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, 93.
85
Ibid.
86
DeWitt, Norman Wentworth, Epicurus and his Philosophy, (United States of America: University of Minnesota,
1964), 216.
87
Afridi, M.R.K et. al, History of Islamic Philosophy, 40.
88
Mohammad Hatta, Alam Fikiran Yunani. 116.
89
Graham, Gordon, Eight Teories of Ethics, (London: Routledge, 2004), 40.
20

suatu pola hidup sederhana iaitu keseronokan dan kepuasan dilihat haruslah dibataskan dan dapat
menghasilkan keseronokan yang tertinggi.
90
Menurut beliau, pola sederhana yang dapat memberi
keseronokan adalah seperti persahabatan.
91
Secara tidak langsung, teori Epicurus telah
melahirkan satu aliran falsafah etika iaitu hedonisme diatas teorinya tersebut yang meletakkan
keutamaan pada keseronokan. Epicurus mengajar konsep kebahagiaan sebagai matlamat utama
dengan mencapai kebahagiaan individu sebagai matlamat dan harus dicari.
Stoicisme Dan Kebahagiaan
Pengasas kepada aliran pemikiran Stoic ialah Zeno, anak kepada Mnaseas, yang
dilahirkan di bandar Citium, Cyprus. Beliau berminat dengan falsafah Socrates dan mempelajari
falsafah dan mempelajarinya di Athens. Pengajaran beliau bermula kira-kira pada tahun 300 S.M
di tempat di sebuah anjung yang dipanggil the great Painted Porch atau Stoa. Para pengikut
Zeno pada awalnya dinamakan sebagai Zenonian, kemudian dikenali dengan Stoic sebagai
simbolik tempat pengajaran Zeno di Stoa.
92
Sebuah sekolah pemikiran Stoic telah diasaskan oleh
beliau di Athens selepas sembilan belas tahun kematian Aristotle dan terus berkembang sebagai
sebuat pusat falsafah yang aktif selama kira-kira lima ratus tahun sehingga penghujung abad
kedua Masihi. Diantara anak muridnya ialah Cleanthes dan Diogenes yang telah memindahkan
pusat pemikiran Stoic dari Athens ke Rom.
93

Stoicisme adalah bersifat eudaimonis sama seperti golongan terdahulu sebelum mereka
seperti Platonik, Aristotle dan aliran yang semasa dengan mereka iaitu Epicureanisme,.
94
Mereka
juga mengkaji apakah objektif utama keinginan manusia dalam kehidupan. Seperti Aristotle yang

90
Bertans, K., Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi, 187.
91
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, 94.
92
Ogrady, Patricia F. (ed.), Meet the Philosophers of Ancient Greece, 171.
93
Borchert, Donald M., (ed.), Encyclopedia of Philosophy, (9), (U.S.A: Thomson Gale, 2006), 253.
94
Long, A.A., Stoic Studies, (Cambrigde: Cambridge University Press, 1996) 179.
21

membincangkan eudaimonia, golongan Stoic juga membincangkan teori etikanya mengenai
apakah kebahagiaan dan begaimana untuk mencapai kebahagiaan sebagai telos atau tujuan
terakhir.
95
Telos atau tujuan akhir menurut definisi Zeno seperti yang disebutkan oleh Stobaeus,
ialah salah satu situasi hidup secara konsisten iaitu hidup secara harmoni.
96

Zeno menyatakan kebahagiaan ialah satu jalan kehidupan yang baik (a good flow of life)
atau hidup dalam sebuah ikatan (living in agreement). Ini dijelaskan lagi oleh Cleanthes, seorang
ahli falsafah Stoic dengan teori iaitu kehidupan mestilah seiring dengan fitrah (living in
agreement with nature).
97
Chrysippus, seorang tokoh falsafah Stoic yang dianggap sebagai
pengasas kedua selepas Zeno, mengambil teori tersebut dan menambah bahawa kebahagiaan itu
hidup mengikut pengalaman yang dirasai dan sesuai mengikut fitrah manusia.
98
Menurut
Stobaeus, tujuan akhir kehidupan menurut Stoic adalah mencapai keadaan bahagia dan
kebahagiaan yang diiringi dengan penuh rasa kepuasan (living in accordance with experience of
what happens by nature).
99
Telos juga menurut Zeno mestilah memenuhi fitrah manusia dan
fitrah manusialah yang membezakannya dari makhluk lain.
100

Chrysippus juga menyatakan wujud hubungan diantara kebaikan dan kejahatan dalam
kebahagiaan. Kebaikan yang dilakukan akan menghasilkan kebahagiaan. Kejahatan merupakan
intipati kepada rasa tidak bahagia, manakala kebaikan merupakan intipati kebahagiaan.
101

Berdasarkan kenyataan Chrysippus, apabila kita membuat satu kejahatan atau dikuasai oleh

95
Ibid.
96
Rist, J.M., Zeno and Stoic Consistency, Phronesis 22, no.2 (1977), 162.
97
Dalam tradisi falsafah Greek klasik disebut sebagai Homologoumenos tei phusen zein. Lihat Gass, Michael,
Eudaimonism and Theology in Stoic Account of Virtue, Journal of History of Ideas 61, no. 1, (2000), 19.
Baltzly, Dirk, "Stoicism", laman sesawang The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Spring 2014 Edition),
Edward N. Zalta (ed.), dicapai pada 17 Mac 2014, http://plato.stanford.edu/archives/spr2014/entries/stoicism/>.
98
Harward, J. The Early Stoic, Australasian Journal of Psychology and Philosophy 8, no. 4 (1930), 280.
99
Ibid., 161.
100
White, Nicholas P., The Basis of Stoic Ethics, Harvard Studies in Classical Philology 83, (1979), 145.
101
Rist, J.M., Zeno and Stoic Consistency, 163.
22

kejahatan, maka kita tidak akan bahagia, dan apabila kita melakukan kebaikan maka kita akan
mendapat kebahagiaan. Tidak seperti aliran epicureanisme yang mengukur keseronokan sebagai
kebahagiaan. Menurut golongan Stoic, hidup perlu selaras dengan tatacara dan sistem yang
sudah menjadi kebiasaan dunia dan jika seseorang hidup sesuai dengan akalnya, maka dia akan
mencapai kebahagiaan.
102

Falsafah etika aliran Stoic istimewa kerana tokoh-tokoh Stoic sama-sama berpendirian
secara tetap merujuk kepada maksud kebahagiaan iaitu untuk mencapai kebaikan dan
kebahagiaan dalam hidup mestilah hidup dalam keadaan berpandukan semata-mata dengan fitrah
tanpa bertentangan dengan fitrah.
103
Asal mula teori ini berpandukan Zeno yang bersandarkan
kepada kehidupan yang selaras dengan fitrah.
104
Keselarasan yang dimaksudkan adalah hidup
yang tidak bertentangan dengan fitrah manusia dengan tidak menyalahi norma dan etika. Namun
menurut Stoic kebahagiaan bukanlah tujuan hidup, kebahagiaan hanyalah akibat dari satu
perbuatan semata-mata.
Penutup
Sistem falsafah etika Greek klasik mempunyai tapak yang kukuh sejak ribuan tahun
lampau merentai sempadan geografi kawasan Greek sendiri. Perbincangan etika wujud apabila
timbulnya persoalan-persoalan kepada masalah penyelesaian tingkah-laku dan tidak-tanduk
manusia. Persoalan utama yang menjadi pokok perbincangan dalam setiap aliran etika adalah
mengenai tujuan akhir kehidupan manusia. Justeru timbul satu bentuk hidup atau konsep yang
disepakati oleh masyarakat Greek klasik pada masa tersebut dinamakan sebagai eudaimonia.

102
Annas, Julia, Ethics in Stois Philosophy, Phroneses 52, no. 1, Anniversary Papers: The Southern Association
for Ancient Philosophy (2007), 64.
103
Gass, Michael, Eudaimonism and Theology in Stoic Account of Virtue, 19.
104
Muhammad Yusuf Musa, Fi Tarikh al-Akhlaq, (Kaherah: Matbaah Amin Abd al-Rahman, t.t), 70.
23

Berbagai tanggapan perbincangan mengenai eudaimonia, namun konsep eudaimonia tidak dapat
merungkaikan permasalahan apakah yang mahu dicapai di pengakhiran hidup manusia sama ada
bahagia, kesenangan, keseronokan atau sebagainya.
Disamping membincangkan aspek ontologi yang lainnya iaitu minat membicarakan soal
metafizik yang diawali oleh Thales
105
, tradisi masyarakat Greek yang membincangkan falsafah
mula berubah kearah perbincangan etika disebabkan perkembangan tamadun dan masyarakat
Greek klasik. Mereka memikirkan bagaimana untuk membentuk manusia yang bersifat baik dan
dapat memenuhi kehendak negara dan penting untuk memberi kebahagiaan kepada manusia,
justeru kebaikan (virtue) dan kebahagiaan tak dapat dipisahkan, lantas lahirlah idea-idea seperti
Plato dan prinsip keadilan dalam negara, Socrates dan prinsip pengetahuan yang membawa
kepada kebahagiaan, Epicurus dan teori keseronokan dan sebagainya. Ahli falsafah terkemudian
kebanyakannya mengembangkan teori ahli falsafah terdahulu. Ini dapat dilihat menerusi konsep
kebahagiaan menurut Democritus iaitu kebahagiaan dapat dicapai dengan kesederhanaan hampir
sama dengan kebahagiaan yang dibincang oleh Aristotle menerusi konsep kesederhanaan (mean)
dalam mencapai kebahagiaan.
Rujukan
Abdul Rahman Abdullah, Wacana Falsafah Sejarah: Perspektif Barat dan Timur, (Kuala
Lumpur: Utusan Publication, 2000).
Afridi, M.R.K et. al, History of Islamic Philosophy, (New Delhi: Pentagon Press, 2007).
Ahmad Sunawari Long, Sejarah Falsafah, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2008).

105
Kepercayaan terhadap tuhan-tuhan mewujudkan cerita-cerita dongeng dan mitos, lantas perbincangan mengenai
metafizik yang ada kaitannya mempengaruhi perbincangan falsafah, atas dasar tersebut memberi minat dan ilham
untuk para ahli falsafah membincangkan soal-soal metafizik seperti konsep kewujudan, idea, bentuk dan
sebagainya.
24

Al- Sahmarani, Asad, Al-Akhlaq fi al-Islam wa al-Falsafah al-Qadimah, (Beirut: Dar al-Nafais,
1994).
Annas, Julia, Ethics in Stois Philosophy, Phroneses 52, no. 1, Anniversary Papers: The
Southern Association for Ancient Philosophy (2007).
__________, The Morality of Happiness, (Oxford: Oxford University Press, 1993).
Aufderheide, Joachim, The Value of Pleasure in Platos Philebus and Aristotles Ethics, (tesis
doktor falsafah, University of St. Andrew, 2011).
Bertans, K., Etika dan Moral untuk Pengajian Tinggi, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2003).
Brehier,Emile, The History of Philosophy: The Hellenic Age, (Chicago: The University of
Chicago Press, 1963).
Curnow, Trevor, Were the Sophist Philosopher?, OGrady, Patricia (ed.), The Sophist: an
Introduction, (London: Gerald Duckworth, 2008).
DeWitt, Norman Wentworth, Epicurus and his Philosophy, (United States of America:
University of Minnesota, 1964).
Freeman, Kethleen, Anchilla to the Pre-Socrates Philosophers:a complete translation of the
Fragments in Diels, Fragmente der Vorsokratiker , (Harvard University Press, 1996).
Gass, Michael, Eudaimonism and Theology in Stoic Account of Virtue, Journal of History of
Ideas 61, no. 1, (2000).
Harward, J. The Early Stoic, Australasian Journal of Psychology and Philosophy 8, no. 4
(1930).
Ibnu Miskawayh, Tahdhib al-Akhlaq, (Beirut: Mansyurat al-Jaml, 2011).
Irwin, Terence, Platos Ethics, (New York: Oxford University Press, 1995).
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, (Oxford:
Blackwell Publishing, 2006).
Kenny, Anthony John Patrick, An Illustrated Brief History of Western Philosophy, (Oxford:
Blackwell Publishing, 2006).
Long, A.A., Stoic Studies, (Cambrigde: Cambridge University Press, 1996).
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Muqaddimah fi Ilm al-Akhlaq, (Kaherah: tp, 1992).
Marar, Ziyad, The Happiness Paradox, (London: Reaktion Book, 2003).
25

Mariam al-Attar, Islamic Ethics: Divine Command Theory in Arabo-IslamicThought, (New
York: Routledge, 2010).
McMohan, Darrin M, The Quest for Happiness, The Wilson Quaterly 29, no.1. (1976).
Mohd Nasir Omar, Falsafah Akhlak, (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010).
Muhammad Yusuf Musa, Fi Tarikh al-Akhlaq, (Kaherah: Matbaah Amin Abd al-Rahman, t.t).
Pinchin, Calvin, Issues in Philosophy, (London: Mcmillan Education Ltd, 1970).
Prior, William J., Eudaimonism and Virtue, The Journal of Value Inquiry 35, (2001).
Rist, J.M., Zeno and Stoic Consistency, Phronesis 22, no.2 (1977).
Stumpf, Samuel Enoch, Philosophy: History and Problems, (New York: McGraw Hill, 1994).
White, Nicholas P., The Basis of Stoic Ethics, Harvard Studies in Classical Philology 83,
(1979).
Wiener, Philip P., Dictionary of History of Ideas Studies of Selected Pivotal Ideas. 2 (New York:
Charles Scribners Son, 1973).
Borchert, Donald M., (ed.), Encyclopedia of Philosophy, (9), (U.S.A: Thomson Gale, 2006).

You might also like