You are on page 1of 8

Socrates

Socrates merupakan ahli falsafah yunani yang digelar sebagai bapa falsafah barat. Beliau
dilahirkan pada 469SM dalam sebuah keluarga yang miskin dan daif dan meninggal dunia pada
399SM di Athens. Bapanya bernama Sophroniscus adalah seorang tukang batu dan ibunya yang
bernama Phaenarete adalah seorang bidan. Beliau tidak mendapat pendidikan yang tinggi jadi
beliau belajar membuat hasil kraf daripada bapanya pada usia yang muda. Socrates seorang yang
adil kerana beliau tidak pernah memuaskan keinginan sendiri dengan cara merugikan
kepentingan orang lain. Beliau juga bersifat cerdik kerana beliau tidak pernah khilaf dalam
menimbang baik dan buruk. Socrates telah berkahwin dengan isterinya yang bernama Xanthippe
dan mereka dikurnaikan tiga orang lelaki iaitu Lamprocles, Sophroniscus dan Menexenus. Sikap
Socrates iaitu sikap ironi Socrates merupakan reaksi terhadap ajaran sofisme dengan berleluasa
pada waktu itu. Para guru sofisme mengajarkan bahawa “kebenaran yang sebenarnya tidak
dicapai.” Oleh sebab itu, setiap pendirian dapat dibenarkan dengan retorik. Dengan cara ini,
sesuatu hal itu dianggap benar apabila kebayakan orang bersetuju dan cara ini akan
menyebabkan pengetahuan menjadi cetek. Kemudian Socrates diajukan ke muka pengadilan
rakyat dengan dua tuduhan. Tuduhan pertama, beliau meniadakan dewa-dewa yang diakui oleh
negara. Tuduhan kedua, beliau dianggap menyesatkan dan merosakan jiwa pemuda. Dengan
suara terbanyak akhirnya beliau dihukum mati dengan cara meminum racun.

Kepentingan Socrates dalam kehidupan adalah sumbangan Socrates. Sumbangan


Socrates yang terbesar kepada pemikiran Barat ialah kaedah dialektik (menjawab suatu persoalan
soalan dengan suatu persoalan baru) yang bernama kaedah Socratic. Kaedah ini digunakan untuk
membincangkan konsep-konsep kunci moral seperti Kebaikan dan Keadilan. Kaedah ini mula-
mula diterangkan oleh Plato dalam Socratic Dialogue. Sumbangan terpenting Socrates kepada
pemikiran Barat dikatakan kaedah bertanya-tanyanya (bahasa Inggeris: method of enquiry) yang
dikenali sebagai kaedah elenchos dan beliau mempergunakannya untuk penelitian konsep-
konsep moral yang utama seperti "Baik" dan "Adil" yang sering kali digunakan tanpa sebarang
definisi nyata. Kaedah ini diperihalkan oleh Plato dalam karyanya dan dialog-dialog Socrates.
Oleh itu, Socrates dianggap secara tradisi sebagai bapa falsafah politik serta etika (atau falsafah
moral) serta sebagai sumber untuk semua tema utama dalam falsafah Barat. Ini telah membawa
kepada permulaan Kaedah Saintifik dengan langkah pertamanya ialah untuk menamakan
permasalahan dalam bentuk sebuah soalan. Dalam kaedah ini, suatu rangkaian soalan-soalan
diajukan untuk membantu seseorang atau sebuah kumpulan untuk mengetahui kepercayaan dasar
mereka dan sejauh mana pengetahuan yang mereka ada. Kaedah Socratic ialah kaedah negatif
penghapusan hipotesis (hypothesis elimination) dan di mana hipotesis-hipotesis yang lebih baik
ditemui dengan cara mengenalpasti dan menyahkan hipotesis-hipotesis yang membawa
pencanggahan. Ia direkabentuk untuk memaksa seseorang memeriksa kepercayannya dan
kesahihan kepercayaan tersebut. Socrates pernah berkata “Aku tahu kau takkan percayakanku,
tetapi Kecemerlangan Manusia yang tertinggi ialah untuk menyoal diri sendiri dan mereka yang
lain.”

Terdapat beberapa falsafah Socrates yang mempengaruhi kehidupan manusia pada masa
ini. Pertama ialah argumentasi induktif dan definisi universal dan ini merupakan cara yang
digunapakai oleh Socrates jika mengikut sumber dari Metaphysics oleh Aristotle. Argumentasi
induktif ini ialah tentang dialektika daripada perkara khusus (particular) kepada perkara umum
(universal). Contoh mudah ialah apabila kita mendefinisikan makna Manusia. Mengikut Aristotle
manusia itu ialah haiwan rasional. Jika ia Manusia, maka ia haiwan rasional, jika ia haiwan
rasional, maka ia Manusia. Manusia mempunyai pelbagai jenis rupa, akal, kepandaian dan inilah
dinamakan dengan perbezaan yang bersifat khusus. Adapun yang bersifat umum iaitu manusia
semuanya mempunyai rasional walaupun mereka menggunakannya ataupun tidak dan ini yang
membezakan mereka dengan haiwan. Cara Socrates ini ialah dengan nama lain untuk
mendapatkan makna universal bagi manusia. Jadi, jika kita mendefinisikan Manusia itu ialah
makhluk yang kacak, maka definisi ini salah dan tidak menyeluruh kerana terdapat manusia yang
hodoh.

Falsafah kedua ialah tidak ada orang yang melakukan kesalahan secara sukarela (no one
errs voluntarily). Setiap manusia melakukan kesilapan atau kesalahan bukanlah disebabkan
memang manusia itu ingin melakukan kesalahan tersebut tetapi disebabkan oleh kejahilan
(ignorance). Falsafah Socrates ini dinamai “Socratic paradox” dan menjadi asas kepada falsafah
moral Socrates. Pada Socrates, sesiapa yang mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk, tidak
akan akan bersikap bertentangan dengan ilmu pengetahuannya. Jadi seseorang yang melakukan
kejahatan adalah manusia itu tidak mengetahui perbuatan itu jahat. Contohnya, Steven meminum
arak sehingga mabuk kerana Steven tidak mengetahui kesan buruk daripada minum arak yang
menyebabkan Steven berlaku sedemikian. Sekiranya Steven mengetahui akan keburukan
meminum arak dan dia tidak akan melakukannya. Perkara ini turut disanggah oleh Aristotle
kerana pada pandangan beliau manusia yang melakukan kejahatan bukan kerana dia tidak
mengetahui sesuatu itu jahat ataupun salah tetapi disebabkan oleh kelemahan jiwanya.

Falsafah ketiga ialah kesatuan kebajikan (the unity of virtues). Idea falsafah kesatuan
kebaikan ini berkait dengan falsafahnya yang berkaitan dengan manusia itu tidak melakukan
sesuatu kejahatan secara sengaja. Falsafah ini lebih khusus untuk mengisahkan bagaimana
Socrates berpendapat. Ia bermakna hanya guru yang mengajarkan kepada murid dan tidak guru
mampu belajar daripada murid. Sebab itu pada Socrates, beliau berbeza dari mereka kalangan
ahli falsafah di Athens pada ketika itu yang dikenali sebagai ‘the Sophist’. Socrates menyifatkan
mereka hanya mengajarkan falsafah dalam berwarna arahan yang dipaksa untuk difahamkan.
Sedangkan, falsafah dan hikmah itu perlu diajar dan dibimbing kepada murid atau dijadikan
tauladan kepada pelajar. Oleh disebabkan itu, Socrates menggunakan pendekatan dialektika dan
bukan syarahan. Contohnya, kita boleh lihat dalam karya Plato iaitu Phaedo, apabila Socrates
ingin membuktikan wujudnya alam kematian melalui perbincangan dengan sahabat-sahabatnya
seperti Thebans, Cebes, dan Simmias sebelum kematian beliau.

Walaupun sumbangan Socrates terhadap budaya dan falsafah Era Hellenistik serta Era
Rom telah hilang dari masa ke masa tetapi ajarannya memulai kebangkitan di Eropah abad
pertengahan dan Timur Tengah Islam bersama dengan ajaran Aristotle dan Stoicism. Socrates
disebutkan dalam dialog Kuzari oleh ahli falsafah Yahudi dan rabi Yehuda Halevi di mana
seorang Yahudi memerintahkan raja Khazar tentang agama Yahudi. Al-Kindi merupakan
seorang ahli falsafah Arab yang terkenal memperkenalkan dan berusaha mendamaikan falsafah
Socrates dan Hellenistik kepada khalayak Islam merujuk kepadanya dengan nama
“Suqrat”.Pengaruh Socrates berkembang di Eropah Barat pada abad keempat belas ketika dialog
Plato tersedia dalam bahasa Latin oleh Marsilio Ficino dan tulisan Socratic Xenophon
diterjemahkan oleh Basilios Bessarion. Voltaire pula membuat penulisan sindiran mengenai
perbicaraan Socrates. Terdapat sejumlah lukisan mengenai hidupnya termasuk “Socrates Tears
Alcibiades” yang dilukis oleh Jean-Baptiste Regnault dan “The Death of Socrates” daripada
Jacques-Louis David pada abad ke-18. Versi Socratic versi yang berbeza masih digunakan dalam
kelas, wacana sekolah dan undang-undang untuk mendedahkan masalah yang mendasari antara
subjek dan penutur. Beliau telah diakui dengan penghargaan mulai dari sebutan sering dalam
budaya pop (seperti filem Bill & Ted's Excellent Adventure dan kumpulan rock Yunani yang
disebut Socrates Drank the Conium) hingga banyak patung di institusi akademik sebagai
penghargaan atas sumbangannya dalam pendidikan. Sepanjang abad yang lalu, banyak drama
mengenai Socrates juga memusatkan pada kehidupan dan pengaruh Socrates.

Kesimpulannya, Socrates merupakan ahli falsafah yang telah meyumbang jasa yang besar
dalam dunia falsafah. Terutamanya, apabila berbincang soal moral dan etika. Perbincangan
falsafah Socrates perlu diketengahkan dalam perbincangan masyarakat terutamanya pelajar ilmu
dalam usaha untuk lebih meminati hikmah (wisdom) yang boleh dikutip dalam ilmu-ilmu yang
lain juga.
Aristotle
Aristotle merupakan seorang ahli falsafah Yunani dan seorang yang pakar dalam semua
bidang. Beliau dilahirkan pada 384SM di Stagira dan meninggal dunia pada 322SM di Khalkis.
Bapanya yang bernama Nicomachus merupakan seorang doctor kepada Raja Amyntas di
Macedon. Pada umur 17 tahun, Aristotle menghadiri institusi pengajian falsafah yang dikenal
sebagai Akademi yang diasaskan oleh murid Socrates yang bernama Plato. Beliau tinggal di sana
selama 20 tahun sehingga Plato meninggal dunia pada tahun 347SM. Aristotle juga pernah
menjadi guru Alexander The Great. Selepas Alexander dilantik menjadi raja, Aristotle kembali
ke Athens dan pada masa itu pemikirannya sudah berkembang jauh dari falsafah Akademi jadi
beliau tidak kembali ke Akademi. Beliau mendirikan sebuah sekolah sendiri yang dinamakan
Lykeion (Lyceum) kerana ia berdekat dengan halaman yang dipersembahkan kepada dewa
Apollo Lykeios. Aristotle mengajar di sekolahnya dengan menggunakan kaedah memberi kuliah
yang diwarisi oleh gurunya (Plato) iaitu mengajar sambil berjalan-jalan. Kaedah ini digunakan
oleh murid Aristotle dan kaedah ini turut digelar sebagai Peripatetics oleh falsafah Aristotle.
Beliau berkawin dengan Pythias dan dikurniakan seorang anak perempuan. Selepas itu, beliau
menikah lagi dengan Herpyllis dan juga dikurniakan seorang anak lelaki. Selama 12 tahun,
beliau mendapat bantuan dan perlindungan daripada Alexander. Selepas kematian Alexander,
gerakan pertentangan Macedonia berlaku dengan maksud melepaskan Athens dari kerajaan
Macedonia dan Aristotle dituduh kederhakaan. Oleh itu, Aristotle meletakkan pimpinan Lykeion
ke dalam tangan muridnya yang bernama Theophrastos dan melarikan diri ke Khalkis. Akhirnya
beliau telah menjatuh sakit dan meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Sumbangan Aristotle dalam kehidupan ialah sistem penalaran rasmi. Aristotle dianggap
sebagai bapa kepada bidang logik. Aristotle meletakkan asas-asas penghujahan dan logik
memberi penekanan kepada pemikiran yang baik termasuk idea bahawa kebajikan dan moral
telah dibangunkan kerana sebab dan berfikir. Aristotle menggalakkan pendekatan terhadap
kepentingan premis atau pangkalan sebagai sebahagian daripada struktur hujah dan bukannya
kandungan hujah. Dengan cara ini, jika premis hujah itu benar maka kesimpulan juga harus
benar. Selain itu, sumbangan kedua ialah bumi adalah sfera. Aristotle adalah orang pertama yang
berhujah dan membuktikan bahawa bumi mempunyai bentuk sfera. Sebelum ini, ahli falsafah
lain telah memberikan tanda-tanda mengenai gagasan bentuk bulat bumi. Pada tahun 350SM,
beliau menggunakan beberapa alasan untuk membuktikan bahawa bumi adalah sfera. Pertama,
beliau berpendapatan bahawa bumi adalah sfera kerana rasi-rasi yang berlainan yang dapat
dilihat di langit kerana ia bergerak lebih jauh dan jauh dari khatulistiwa bersama dengan variasi
saiznya. Selain itu, beliau mengetahui bahawa konsep graviti dan beliau memperdebatkan
bahawa berat semua bahagian tanah yang digantung cenderung untuk bergerak ke bawah atau
dengan kata lain ke arah pusat kita akan secara semula jadi untuk tanah berbentuk sfera. Beliau
juga melihat garis bayang bumi di bulan semasa gerhana. Seterusnya, sumbangan beliau adalah
konsep fizik. Beliau memeriksa dan mendokumentasikan penyelidikan dan pemerhatiannya
secara mendalam dalam bidang fizik. Pada masa itu, alat ukuran masih tidak diciptakan tetapi
beliau dapat membuat hujah-hujah yang hebat mengenai pergerakan, sifat benda, ruang dan
masa. Beliau menemui dan menerbitkan kebenaran asas yang terus diajar sehingga hari ini
dengan melalui pemerhatian mudah sahaja. Contohnya, beliau mengajar bahawa inersia adalah
keadaan semula jadi perkara melainkan gaya bertindak terhadapnya.

Falsafah Aristotle ialah keseronokan. Konsep tersebut adalah sangat penting kepada
manusia kerana ia melibatkan persoalan motivasi dan nilai. Pada zaman beliau, muncul beberapa
pendapat yang mengatakan bahawa keseronokan itu sebagai sensasi, proses ataupun perasaan.
Aristotle menolak pandangan yang mengatakan keseronokan itu sensasi dengan mengatakan
bahawa ia adalah mustahil bagi mana-mana individu yang mencari keseronokan melalui badan
dan perasaan pancaindera adalah bersifat relatif. Beliau menolak pandangan bahawa
keseronokan adalah proses kerana jika ia dianggap proses ia mesti mempunyai tahap permulaan
dan pengakhiran. Proses adalah sesuatu yang berada ke arah kesempuranaan manakala
keseronokan pula sesuatu yang sudah cukup sempurna. Aristotle juga menolak pandangan
bahawa keseronokan adalah perasaan kerana keseronokan tidak dapat dikawal manakala
perasaan boleh dikawal. Menurut Aristotles, pada mulanya keseronokan adalah baik tetapi jika
seseorang menggunakan keseronokan tersebut secara melampau maka individu tersebut akan
menjadi buruk. Aristotles mengenalpasti dua faktor manusia lebih menikmati keseronokan badan
berbanding roh kerana ia boleh menghilangkan kesakitan.
Selain itu, falsafah kedua ialah akrasia. Akrasia merujuk kepada seseorang yang
melakukan perbuatan yang salah dari segi undang-undang atau perbuatan moral sedangkan
mengetahui perbuatan yang dilakukan itu adalah salah. Socrates menyatakan bahawa manusia
tidak akan melakukan kesalahan jika mempunyai ilmu. Pendapat tersebut sukar diterima oleh
Aristotle berdasarkan sebab-sebabnya, pertama secara jelas teori tersebut menunjukkan bahawa
“kepercayaan” terletak dalam minda seseorang itu. Kepercayaan yang dianggap sebagai bertaraf
ilmu oleh Socrates. Kedua, Aristotle menyatakan pada umumnya menyalahkan perbuatan yang
dilakukan oleh mereka yang melakukan akrasia. Sekiranya kesalahan yang bersifat akrasia
semata-mata disebabkan oleh kepercayaan seperti yang didakwa oleh Socrates bermaksud
mereka sewajarnya tidak dipersalahkan. Aristotle menyatakan bahawa secara umumnya,
tindakan akrasia adalah berhubung dengan perkara yang menyentuh keseronokan dan kesakitan
seperti makan, minum dan seks. Sebahagian manusia bertindak menentang prinsip luhur dan
berlawanan dengan keputusan yang betul kerana tidak mampu mengawal dirinya setelah
dipengaruhi oleh nafsu.

Seterusnya, falsafah ketiga ialah badan dan roh. Roh lebih dikenali sebagai jiwa oleh
Aristotle. Pada peringkat awal perkembangan zaman pra-Socrates, hakikat jiwa telah ditafsirkan
secara materialistik oleh ahli falsafah dengan menganggap ia sebahagian daripada material
seperti unsur api, udara atau atom. Pendapat ini kemudiannya ditentang oleh Plato kerana yang
mempercayai wujudnya alam idea dengan menyatakan bahawa alam roh terpisah dengan alam
jirim. Dalam konteks falsafah moden, pendapat Plato diterima oleh Descrates yang menyatakan
bahawa roh adalah sesuatu benda bersifat rohani yang wujud secara terpisah iaitu tidak wujud
sebarang roh dan badan. Walaupun pendapat tersebut diterima oleh Plato namun ia dikritik oleh
Aristotle melalui pengenalan teori hylomorphism iaitu teori yang melihat setiap objek dibina
oleh jirim dan bentuk. Roh dan badan bersatu dalam satu objek seperti bersatunya bentuk dan
jirim dalam sesuatu objek. Aristotle menegaskan bahawa setiap benda hidup termasuk tumbuhan,
binatang dan manusia mempunyai roh. Ia memberi keupayaan pemakanan (termasuk membesar
dan membiak), persepsi, pemikiran dan pergerakan bebas. Menurut Aristotle, manusia dan
haiwan banyak berkongsi kesanggupan tetapi ia berada pada hierarki berlainan yang mana roh
manusia mempunyai kesanggupan yang tinggi kerana berada pada hierarki paling tinggi.
Aristotle telah memberikan banyak kesan kepada masyarakat sekarang. Kesan Aristotle
terhadap bidang Sains Hellenistik, Lykion gagal menghasilkan karya asli selepas kematian
Theophrastus walaupun minat terhadap idea-idea Aristotle masih wujud. Kemajuan dalam
biologi dikembangkan lagiapabila guru perubatan pertama di Alexandria yang bernama
Herophilus of Chalcedon membetulkan Aristotle bahawa kecerdasan diletak dalam otak dan
menghubungkan sistem saraf dengan gerakan dan sensasi. Herophilus juga membezakan antara
urat dan arteri serta mencatat bahawa denyut nadi terakhir sementara yang pertama tidak.
Walaupun sebilangan kuno atomisme seperti Lucretius mencabar sudut pandang teleologi idea
Aristotelian mengenai kehidupan, teleologi (dan setelah munculnya agama Kristian, teologi
semula jadi) akan tetap menjadi pusat pemikiran biologi pada dasarnya hingga abad ke-18 dan
ke-19. Selain itu, pengaruh terhadap saintis moden awal. Pada zaman awal moden, saintis seperti
William Harvey di England dan Galileo Galilei di Itali menentang terhadap teori-teori Aristotle
dan pemikir era klasik lain seperti Galen membuat teori baru berdasarkan tahap pemerhatian dan
eksperimen beliau. Harvey menunjukkan peredaran darah dan membuktikan bahawa jantung
berfungsi sebagai pam darah daripada menjadi tempat duduk jiwa seperti yang difikirkan oleh
Aristotle. Galileo pula menggunakan hujah yang lebih meragukan untuk menggantikan fizik
Aristotle dengan mengemukakan bahawa semua objek jatuh pada kelajuan yang sama walaupun
berat objek berbeza apabila tiada rintangan udara.

Kesimpulannya, pengaruh universal Aristotle tidak kuat semasa Renaissance dan


Reformation ketika para reformis agama dan ilmiah mempersoalkan cara Gereja Katolik
menganut ajarannya. Para saintis seperti Galileo dan Copernicus membantah model
geosentriknya dari sistem suria manakala ahli anatomi seperti William Harvey juga
membetulkan banyak teori biologinya. Walau bagaimanapun, karya Aristole tetap menjadi titik
tolak penting bagi sebarang pertikaian dalam bidang logik, estetika, teori politik dan etika.

You might also like