You are on page 1of 3

Muaz Azizi Bin Muhammad LMCW2143 8/11/2021

(A182537) Falsafah Dan Isu Semasa Set 1 UKM

Perbezaan Antara Pemikiran Plato & Aristotle

Perkataan falsafah berasal daripada dua suku kata Greek iaitu philien atau philo yang bermakna
cinta dan sophos atau sophia yang bermaksud hikmah. Gabungan dua suku kata ini menghasilkan
perkataan philosophy/falsafah yang membawa maksud cinta kepada hikmah. Falsafah bermaksud
pengetahuan mengenai pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi asas ilmu-ilmu
lain (Hamizan Abdul Karim, 2019).

Plato dan Aristotle merupakan dua tokoh yang tidak asing malah dikenali ramai dalam dunia
falsafah. Walaupun kedua-dua tokoh ini memiliki hubungan dan kaitan yang rapat iaitu Aristotle
sebagai murid dan Plato sebagai guru, namun mereka mempunyai beberapa pendapat dan pendekatan
yang berbeza dalam mengajar dan mengamalkan ilmu falsafah pada zaman mereka. Hal ini dapat dilihat
daripada beberapa sudut.

Pertama, pandangan kedua tokoh ini mengenai etika. Plato ialah seorang yang idealistik dalam
menyatakan pandangan beliau. Sebagai contoh, Plato sangat mempercayai bahawa mengetahui sesuatu
kebaikan sama seperti melakukan kebaikan. Maksudnya, beliau mempercayai bahawa jika seseorang
individu mengetahui sesuatu perkara itu baik atau betul, maka dia secara semulajadinya akan terdorong
untuk melakukan perkara yang betul. Perkara ini juga menekankan bahawa sesuatu kebaikan itu boleh
diajarkan kepada seseorang, perbezaan antara baik dan buruk, benar atau salah. Namun, Aristotle yang
berpikiran lebih praktikal menyangkal pandangan ini dengan pendapat beliau bahawa mengetahui
sesuatu yang baik itu tidak cukup untuk membuktikan individu itu baik. Ianya memerlukan latihan bagi
seseorang itu sebelum dikira sebagai seorang manusia yang baik. Pendapat inilah yang diterima pakai
sehingga ke hari ini.

Kedua, kaedah, metod atau rumus yang digunakan dalam mendapatkan konsep jawapan bagi
setiap persoalan dan pertanyaan yang diajukan. Pada Plato, cukup dengan ilmu pengetahuan sesuatu itu
dapat dijelaskan. Secara ringkasnya, Plato lebih cenderung untuk menggunakan penaakulan induktif.
Manakala Aristotle lebih cenderung untuk menggunakan penaakulann deduktif. Contohnya, Aristotle
percaya bahawa bentuk universal tidak semestinya melekat pada setiap objek atau konsep, dan setiap
contoh objek atau konsep perlu dianalisis sendiri. Kesannya, Aristotle menciptakan pola berfikir seperti
silogismus.

Ketiga, walaupun kedua-dua tokoh ini percaya bahawa kedudukan pemikiran lebih tinggi
daripada deria. Namun, Plato percaya bahawa deria itu boleh atau mampu untuk menipu seseorang
individu. Manakala Aristotle pula menyatakan pendirian beliau bahawa deria diperlukan untuk
menentukan realiti dengan benar dan jelas.

Keempat, sumbangan mereka dalam dunia sains. Plato telah menulis mengenai matematik,
geometri dan fizik, namun penulisan beliau lebih kepada penerokaan konsep. Beliau juga ada menulis
Muaz Azizi Bin Muhammad LMCW2143 8/11/2021
(A182537) Falsafah Dan Isu Semasa Set 1 UKM

mengenai biologi dan astronomi, namun usaha untuk mengembangkan ilmu-ilmu tersebut adalah
terhad. Aristotle pula telah mencipta fenomena apabila mencipta versi awal kaedah saintifik untuk
meneliti alam semesta dan membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatiannya. Walaupun kaedah beliau
telah diubah sedikit seirng peredaran masa, namun proses pada asasnya tetap sama. Walaupun
kebanyakan karyanya adalah lanjutan atau penjelasan idea yang muncul dan bukannya pandangan
beliau sendiri, namun Aristotle menyumbangkan konsep baharu dalam matematik, fizik dan geometri.
Dalam bidang zoologi dan botani pula Aristotle telah mengklasifikasikan semua jenis kehidupan,
kaedah ini diambil sebagai sistem biologi asas selama berabad-abad.

Kelima, dari segi politik Plato berpandangan bahawa lahirnya sebuah negara kerana adanya
perhubungan antara satu sama lain dan keperluan sesama manusia. Beliau juga berpendapat negara yang
ideal mengutamakan prinsip kebaikan. Kebaikan yang Plato maksudkan ialah ilmu pengetahuan. Segala
jasa yang dilakukan untuk negara haruslah ditujukan untuk mencapai kebaikan itu. Mereka yang
memiliki pemahaman yang sebaiknya tentang ‘kebaikan’ itu seharusnya dilantik sebagai pemimpin
negara. Menurut Aristotle, terbentuknya sebuah negara itu kerana sifat semulajadi manusia untuk
berpolitik. Aristotle menggambarkan manusia sebagai makhluk yang suka berpolitik. Negara
diperlukan untuk memenuhi tuntutan sifat manusia itu. Sebaliknya Aristole mengemukakan bahawa
negara sebagai sebuah organisasi badan, dilahirkan dalam bentuk sederhana (primitif), kemudian
berkembang menjadi dewasa dan kuat, selepas itu ia dimusnahkan.

Kesimpulannya, walaupun kedua-dua tokoh falsafah ini seringkali bercanggah idea dan
pendapat, namun hal ini membuktikan bahawa setiap manusia itu berbeza dan mempunyai keunikan
masing-masing. Perkara yang penting untuk diambil kira ialah manfaat kebaikan yang kita perolehi
hasil daripada idea-idea yang berbeza tersebut. Perbezaan tidaklah memecah-belahkan manusia
sebagaimana yang didakwa oleh segelintir pihak, malah dengan perbezaan pendapat tersebutlah
manusia menjadi lebih matang dan inovatif dalam menyesaikan masalah dan konflik yang berlaku pada
masa kini.
Muaz Azizi Bin Muhammad LMCW2143 8/11/2021
(A182537) Falsafah Dan Isu Semasa Set 1 UKM

RUJUKAN

Duignan, B. (Tarikh tidak tersedia). Plato and Aristotle: How Do They Differ?. Encyclopedia
Britannica. https://www.britannica.com/story/plato-and-aristotle-how-do-they-differ [8
November 2021]

Karim, Hamizan Abdul. 2019. Falsafah Ilmu: Suatu Sorotan Hukum Penyusuan. 5th Muzakarah Fiqh
& International Fiqh Conference, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 24 September
2019.

You might also like