You are on page 1of 8

SOALAN TURORIAL: Menurut Ahli-ahli, Guru Perlu Memainkan

Peranan Membantu Pelajar Memperoleh Keperluan Dan Kualiti


Kehidupan Agar Mereka Dapat Berjaya Dalam Masyarakat.
Berikan Implikasi-implikasi Kenyataan Kefahaman Essentialisme
Terhadap Perkembangan Pendidikan Di Malaysia.
Disediakan : Mohamad Imran bin Md Salleh
Subjek: Falsafah Perkembangan Pendidikan Malaysia
Konsep, Tujuan Dan Prinsip Fahaman
Esensialisme
 Konsep :Esensialisme adalah apa yang perlu dan penting dalam hidup untuk
kehidupan yang sempurna dan baik
 Fokus :Penguasaan subjek matematik, sains, Ilmu kemanusiaan, bahasa dan
kesusasteraan di sekolah menengah. Kemahiran 3M: Membaca, Mengira,
Menulis di sekolah rendah
 Prinsip: llmu pengetahuan yang diperolehi mestilah boleh diamalkan agar
individu dapat memainkan peranan yang produktif dalam masyarakat
Matlamat Pendidikan Model

 Berusaha mengekalkan sekolah sebagai institusi berfungsi akademik Peranan


guru.
 Guru dianggap sebagai berkuasa dalam mata pelajaran dan pengajarannya,
bilik darjah, kurikulum, dan juga mangajar nilai tradisional kepada murid-
murid.
 Menyampaikan budaya dan ilmu kepada generasi baharu.
 Menggalakkan perkembangan intelek setiap individu dan mendidik seseorang
ke arah kecekapan.
 Pengajaran maklumat disampaikan dalam bentuk fakta.
Menekankan Guru Sebagai Role Model

 Tajul dan Noraini ( 1992), Sumbangan kurikulum essensialisme - Guru sebagai model,
penerapannilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran.
 Guru juga hendaklah bersifat demokratik, kretif, mempuyai inisiatif dalam pengajaran
dan mahir menggunakan taktik ganjaran dan denda kepada pelajar
 Ahli-ahli essensialime menganggap segala inisiatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terletak di bawah tanggungjawab guru
 Guru juga hendaklah mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat. Oleh itu, kaedah
pengajaran yang disarankan termasuklah pembacaan,syarahan, ingatan, ulangan
dan peperiksaan.
Implikasi-implikasi Kenyataan Kefahaman
Essentialisme Terhadap Perkembangan
Pendidikan Di Malaysia.
Kurikulum Di Bahagikan Kepada Dua Bahagian

 Abdul Rahman & Zakaria Kasa (1986), Mata pelajaran di bahagian kepasa
teras dan elektif di mana menggambarkan mata elajaran penting dan
kurang penting seperti pelaksanaaan KBSR dan penekanan 3M dalam
pelaksaan KBSR.
 kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian kepada mata
pelajaran penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaran
yang kurang penting ialah seni,musik, Pendidikan jasmani dan vokasional
 Kriteria kenaikan darjah hendaklah ditetapkan mengikut pencapaian pelajar
semasa peperiksaan. Semasa di sekolah rendah lagi, pendekatan secara 3M
telah dijalankan.
Penerapan nilai dalam diri murid

 Pendidikan essensialisme ini menyarankan penerapan nilai-nilai sosial,


kebudayaan, politik, cendiakawan dan penulisan terkenal dan guru juga
hendaklah mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam bidang nilai
masyarakat tradisi dan moden.
 Elemen-elemen yang diperlukan dalam pendidikan pula meliputi pengetahuan
semasa dan masa lampau.
 Maka tumpuan kurikulumnya berkaitan dengan perkara yang benar-benar
penting dan diperlukan. Jadi semua aktiviti ko kurikulum kurang diberi
keutamaan.
 Azizi Jaafar (2009), Pendidikan Malaysia mempunyai matlamat untuk
menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir
untuk pembangunan ekonomi negara serta melahirakan rakyat yang
berdisiplin
Rujukan

 Mok Soon Sang (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor:


Multimedia Marketing Sdn Bhd.
 Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi
ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
 Mok Soon Sang (2004). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Edisi ketiga. Kuala
Lumpur: percetakan Seasons Sdn. Bhd
 Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan
Berkualiti. UTM Skudai: Penerbit UTM Press.

You might also like