You are on page 1of 30

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/335909143

Faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains Dalam Proses Pengajaran dan


Pemudahcaraan

Conference Paper · September 2019

CITATIONS READS

0 5,968

1 author:

Amelia Adam
Universiti Kebangsaan Malaysia
4 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Amelia Adam on 19 September 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains Dalam Proses Pengajaran dan
Pemudahcaraan

Nur Amelia bt Adam


nurameliaadam@gmail.com
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Faktor kualiti guru dalam mempengaruhi pencapaian seseorang murid telah giat dikaji dalam
kajian-kajian lepas., termasuklah dalam mata pelajaran Sains. Kajian-kajian lepas
bagaimanapun telah membuktikan faktor ini secara bercampur. Melihat konteks negara kita,
sistem pendidikan Malaysia telah menyokong peningkatan kualiti guru dan pengajarannya
melalui pemberian skim Guru Cemerlang (GC). Skim ini dianugerahkan kepada guru-guru
dalam pelbagai bidang pengkhususan yang telah mencapai kecemerlangan dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka. Kajian kes dilakukan untuk membincangkan faktor-
faktor keberkesanan seorang GC Sains dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). GC
Sains merupakan responden kajian bersama dua orang muridnya yang bertindak sebagai
informan kajian. Data dikumpulkan melalui kaedah temubual dan kaedah analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan empat tema utama yang diperoleh melalui kaedah temu bual iaitu
kaedah pengajaran guru, inisiatif kendiri guru, strategi guru untuk mengendalikan murid-murid
yang berbeza prestasi akademik dan kualiti peribadi guru. Responden kajian didapati
mempraktikkan pembelajaran melalui eksperimen, selain menggunakan tayangan video dalam
proses PdPc. Responden juga menghasilkan modul sendiri untuk diguna pakai dalam
pengajarannya, menganjurkan seminar teknik menjawab soalan ujian di sekolah, mengadakan
kelas tambahan dan melibatkan murid-murid berbeza prestasi dalam aktiviti berkumpulan.
Peranan-peranan yang dimainkannya di sekolah turut didorong oleh galakan daripada pihak
pentadbir. Pengiktirafan yang diterima oleh seseorang Guru Cemerlang semestinya menuntut
ketekalan pemegangnya untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam semua aspek.

Kata kunci : Kualiti guru, Guru Cemerlang, Sains, faktor-faktor keberkesanan

1
PENGENALAN
Kejayaan sesuatu sistem atau proses secara amnya mempunyai perhubungan secara langsung
dengan komponen-komponen yang terlibat dalam pelaksanaan sistem tersebut. Sistem
pendidikan khasnya di sekolah menyaksikan peranan guru memberi pengaruh yang besar
terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Kecenderungan murid
untuk meminati satu-satu mata pelajaran tertentu sering dikaitkan dengan ‘siapa guru yang
mengajar?’ dan ‘bagaimana guru itu mengajar?’ (Stronge 2018). Sistem pendidikan di
Malaysia yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid pada hari ini memerlukan guru
untuk bertindak sebagai fasilitator dalam PdPc, berbanding kaedah konvensional seperti
memberi syarahan atau ‘chalk and talk’. Jika dahulu, guru dianggap sebagai sumber utama
untuk mendapatkan maklumat, kini, peranan guru telah berubah secara drastik (Terpollari
2011). Guru pada era moden bertanggungjawab untuk menyampaikan kandungan
pembelajaran, menjana satu persekitaran pembelajaran yang aktif dan membina, serta
menggalakkan murid-murid untuk mengemukakan persoalan atau idea. Guru perlu bijak untuk
memastikan PdPc yang dikendalikan menjadi satu pengalaman yang bermakna bagi murid-
muridnya. Guru yang berkebolehan dan bermotivasi tinggi mampu memberikan pengaruh
terbesar terhadap muridnya (Rowan et al. 1997). Kebolehan guru dalam kajian lepas ini diukur
melalui tiga medium iaitu pengetahuan kandungan pengajaran, latihan dalam bidang
pengkhususan dan strategi instruksi, manakala motivasi guru pula merujuk kepada sasaran atau
‘target’ peribadi seseorang guru. Dalam konteks kajian kali ini, aspek strategi instruksi turut
diberikan penekanan memandangkan pengkaji ingin mengetahui rutin yang diamalkan oleh
guru dalam PdPc.

Pendidikan Sains di Malaysia sememangnya telah mendapat perhatian yang saksama


seperti bidang pendidikan yang lain juga. Penggubalan dasar-dasar utama tamsilnya Wawasan
2020, Dasar 60 : 40 dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara membuktikan bahawa
sains mempunyai kepentingan yang tersendiri ke arah memacu pembangunan negara.
Kurikulum Sains yang digubal selari dengan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
mementingkan kesepaduan antara ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai-nilai murni
(Abdul Rahim et al. 2008). Mata pelajaran Sains ditawarkan sebagai satu mata pelajaran teras
dan wajib di peringkat rendah dan menengah rendah, manakala di peringkat menengah atas

2
pula, murid-murid diberi pilihan untuk mengambil mata pelajaran Sains Teras, Sains
Tambahan atau Sains Elektif (Kimia, Biologi, Kimia) berdasarkan aliran yang disertai.

Faktor guru terhadap keberkesanan PdPc pula bukanlah sesuatu yang baru untuk dikaji,
malah pihak kerajaan juga sentiasa optimis dalam melaksanakan pelbagai inisiatif demi
melahirkan guru yang kompeten dan berkualiti. Pemberian skim Guru Cemerlang (GC) sejak
tahun 1994 juga menunjukkan penghargaan kepada guru yang berdedikasi sebagai penyampai
kurikulum. Guru cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru yang memiliki ilmu pengetahuan,
kemahiran, kepakaran dan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab,
terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (KPM 2015). Buku Terma Guru
Cemerlang KPM (2008) menggariskan objektif-objektif pemberian skim GC seperti yang
diperincikan di bawah :

• Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang
pengkhususan masing-masing,
• Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P),
• Menjadikan Guru Cemerlang rol model kepada guru lain dan
• Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran
Guru Cemerlang.

Keperluan kajian Guru Cemerlang Sains berkait rapat dengan cabaran-cabaran yang
dihadapi oleh guru. Kajian ini tertumpu kepada peranan yang dimainkan oleh GC, dengan
mengambil kira rutin yang dipraktikkan dalam proses PdPc, pengendalian murid-murid yang
berbeza prestasi serta sumbangan lain yang diberikan oleh GC di sekolah. Guru berhadapan
dengan kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki oleh murid-murid, maka penelitian terhadap
kemahiran GC untuk menguruskan perbezaan itu wajar dilakukan. Seorang Guru Cemerlang
diketahui memiliki kepakaran dalam pengkhususan tersendiri, merujuk kepada mata pelajaran
Sains dalam konteks kajian ini. Kajian-kajian lepas telah meletakkan keberkesanan pengajaran
guru sebagai satu faktor yang penting dalam penyampaian mata pelajaran ini, sepertimana yang
dipersetujui oleh Blake & McNally (2009). Mereka menyifatkan bahawa guru berperanan
penting untuk membentuk persepsi murid yang positif tentang Sains. Tambahan pula, Sains
dianggap sebagai satu mata pelajaran yang rumit sehingga mencetuskan persepsi negatif murid,
di samping pengajaran guru Sains yang kurang berkesan. Murid-murid yang layak untuk
menyertai aliran Sains di peringkat menengah atas masih mempunyai kerisauan dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik (Phang 2014). Kerisauan ini mempengaruhi sambutan terhadap

3
aliran Sains di sekolah yang sangat bergantung kepada peranan guru (Siddiqui & Khan 2018),
lagi pula guru Sains merupakan individu terawal yang akan dirujuk oleh murid apabila terdapat
miskonsepsi ataupun ketidakpastian tentang sesuatu teori, konsep atau topik yang dipelajari
(Patrick et al. 2016). Meskipun pelbagai kajian lepas telah menyokong faktor kualiti guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains (Clough et al. 2003, Zientek 2014, Aina et
al. 2015), namun kualiti atau kriteria itu dibuktikan secara bercampur (mixed) (Shandrek &
Isaac 2012). Kajian kualitatif ini dilakukan dengan melibatkan seorang Guru Cemerlang Sains
sebagai responden utama, seorang rakan guru, seorang staf sokongan dua orang murid sebagai
informan. Penglibatan informan kajian diperlukan adalah untuk melakukan triangulasi data.
Pengkaji juga menjalankan analisis terhadap dokumen-dokumen yang berkaitan.

TINJAUAN LITERATUR
Faktor kualiti guru dalam mempengaruhi pencapaian seseorang murid bukanlah sesuatu yang
janggal dalam bidang penyelidikan pendidikan. Kajian-kajian lepas membuktikan bahawa
golongan guru mempunyai peranan yang tersendiri untuk memangkin minat muridnya terhadap
sesuatu mata pelajaran yang diajar. Kualiti guru dalam konteks yang holistik merujuk kepada
pengetahuan, kemahiran dan personaliti guru tersebut kerana semua aspek ini mempunyai
kelebihan tertentu untuk meningkatkan kompetensi murid. Wiens et al. (2013) melaporkan
bahawa seorang guru yang berkualiti memberi sokongan dan motivasi dalam bentuk kognitif,
emosi dan sosial kepada muridnya. Hal ini jelas membuktikan guru yang baik bukanlah sekadar
menjadi penyampai kandungan pengajaran, malah turut ‘menyampaikan’ emosi dan
menyebarkan kesedaran sosial tentang bidang pengkhususan yang diwakili. Keberkesanan
satu-satu proses pengajaran juga bergantung kepada perkaitan antara pengetahuan dengan
kemahiran pedagogikal seseorang penyampai (guru). Ketidakseimbangan antara dua aspek
tersebut akan menyebabkan pengajaran yang dilakukan tidak berkesan sehingga mencetuskan
miskonsepsi atau kekeliruan (Omar Morales 2005). Shulman (1986) bersama rakan-rakan
penyelidikannya telah mengemukakan idea bahawa pengetahuan yang luas dalam mata
pelajaran yang diajar tidak menjadikan seseorang guru itu pakar, melainkan disertai dengan
kemahiran untuk menyampaikan kandungan pengajaran sehingga menimbulkan minat murid.
Bullough (2001) pula telah melaporkan usaha-usaha yang giat dilakukan oleh guru Sains untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif. Usaha mereka ini tertumpu kepada
Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK). Jika dilihat kepada sudut pandang PPK dalam
pendidikan Sains, Abell (2008) menganggap bahawa tiada indikator yang rigid untuk
menentukan standard PPK ini meskipun aspek ini telah lama diberikan penekanan dalam

4
kajian-kajian lepas. PPK dianggap sebagai kombinasi antara pengetahuan dan pedagogi yang
jitu (Shulman 1987); guru berupaya untuk mengenal pasti tahap kesukaran sesuatu topik untuk
dikuasai muridnya dan mewujudkan kepelbagaian dalam pengajaran kerana setiap murid
mempunyai minat dan pengetahuan sedia ada yang berbeza. Dalam konteks negara kita,
pengenalan dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) juga telah
menggariskan kepentingan untuk membangunkan kompetensi guru melalui peningkatan kualiti
pengajaran (KPM 2013). Kompetensi guru ini mencakupi pengetahuan, kemahiran dan nilai
profesional untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Dalam pada itu, kajian Keller, Neumann dan Fischer (2016) pula menggambarkan guru
sebagai penentu terbesar yang mampu menjana minat murid terhadap satu mata pelajaran yang bersifat
kompleks. Pengkaji ini menyatakan bahawa minat murid terhadap mata pelajaran Fizik dipengaruhi
oleh motivasi atau galakan yang diberikan oleh guru kepada mereka, termasuklah tidak meminggirkan
murid berprestasi lemah dalam satu-satu sesi pembelajaran. Hubungan ‘guru-murid’ yang positif di
sekolah membenarkan keselesaan seseorang murid untuk melakukan inisiatif lanjutan bagi sesuatu
topik yang dipelajari. Hal ini disokong oleh Patrick et al. (2016) yang mendapati bahawa guru ialah
individu terawal yang akan dirujuk oleh murid tentang keraguan atau ketidakfahaman mereka
dalam sesuatu perkara di sekolah. Murid mempunyai keyakinan terhadap guru yang diketahui
mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam satu-satu mata pelajaran. Guru yang
berkesan juga menunjukkan kelakuan yang positif dalam pembelajaran (Lederman 2017)
seperti menghargai setiap jawapan ataupun idea muridnya dan memberikan ulasan-ulasan yang
membina. Sanders dan Rivers (1996) pula melaporkan dalam kajian mereka bahawa murid
yang berpencapaian rendah merupakan kelompok terawal yang akan menerima manfaat
apabila keberkesanan pengajaran guru meningkat. Kajian tentang nilai tambah pendidikan
yang dijalankan di Tennessee ini telah menunjukkan bahawa pencapaian berbeza diperoleh
murid yang diajar oleh guru berkualiti tinggi berbanding murid yang diajar oleh guru yang
berkualiti rendah untuk tiga tahun berturut-turut. Pengajaran yang berkualiti didapati
memberikan kesan yang jauh lebih besar daripada faktor lain iaitu latar belakang murid
(Darling Hammond 2000). Kajian ini menjelaskan bahawa latar belakang murid seperti tempat
tinggal mereka tidaklah sepenting apa yang mereka pelajari dan terima di sekolah. Abdull
Sukor Shaari (2008) pula menyatakan bahawa guru yang berkualiti menitikberatkan beberapa
elemen untuk memainkan peranannya. Pengkaji ini melaporkan guru yang berkualiti
mempunyai ilmu pengetahuan, kualiti peribadi yang baik, berkomunikasi dan menguruskan
bilik darjah secara berkesan, bermotivasi dan berkeyakinan diri. Guru berkualiti juga
mempunyai perancangan pengajaran yang sistematik, di samping memiliki kebolehan untuk

5
menyampaikan kandungan pengajaran secara efektif, misalnya dengan menggunakan bahasa
yang mudah serta jelas. Mereka juga tidak terkecuali sebagai guru yang bermotivasi kendiri
dan akan sentiasa memotivasikan murid-murid supaya berminat terhadap pengajarannya.

Guru Cemerlang

Istilah Guru Cemerlang bukanlah satu istilah yang baru dalam kajian-kajian pendidikan. Sistem
pendidikan Malaysia telah memberikan pengiktrafan kepada guru-guru yang mencapai
kecemerlangan dalam pelbagai bidang pengkhususan. Guru cemerlang ialah “guru yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang ini juga sentiasa
berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang
secara berterusan” (KPM 2013). Kriteria guru cemerlang merangkumi enam aspek iaitu
peribadi, pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi, potensi dan kemajuan kepada
sistem pendidikan negara.

Dalam aspek keperibadian, guru cemerlang digambarkan sebagai guru yang bersahsiah
mulia, dan berpegang teguh kepada etika dalam profesion keguruan. Sementara itu, guru
cemerlang juga menguasai kandungan subjek yang diajar serta mempunyai kepakaran dalam
bidang pengkhususannya. Sudah tentu guru cemerlang juga sentiasa dirujuk oleh guru-guru
lain dalam hal-hal berkaitan PdPc seperti pengurusan masa, penggunaan bahan atau sumber
dalam pengajaran serta langkah susulan selepas pelaksanaan PdPc. Dalam pada itu, guru
cemerlang juga mahir menggunakan teknologi dan berkebolehan untuk membangunkan
potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Selari dengan aspek
yang telah dinyatakan, guru cemerlang merupakan penyampai kandungan pengajaran yang
berkesan berikutan keberkesanan komunikasinya dalam pelbagai situasi. Bersesuaian dengan
pengiktirafan oleh pihak KPM juga, guru cemerlang sentiasa berpandangan jauh, berinisiatif
dan bersifat inovatif untuk memberi sumbangan dalam bentuk idea yang seterusnya boleh
dikongsi di peringkat sekolah dan di peringkat yang lebih tinggi. Semua kriteria guru
cemerlang ini merupakan aspek pengukuran dan penilaian untuk memilih seseorang guru
cemerlang, maka sudah tentu pemilihan golongan berkredibiliti ini bukanlah sesuatu yang
mudah dan tentunya, guru cemerlang mempunyai standard yang tersendiri. Guru cemerlang
juga memainkan peranan yang penting di sekolah (Saidin 2016). Dapatan kajian lepas ini
mendapati bahawa guru cemerlang berperanan dalam perkongsian ilmu pengetahuan dan
kepakaran bidang pengkhususannya bersama guru-guru lain. Mereka berkongsi tentang

6
kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan dan menarik di kelas, serta penggunaan soalan-
soalan ujian dan peperiksaan yang pelbagai.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, terdapat beberapa pengkaji lepas yang telah
mengenal pasti kriteria-kriteria guru cemerlang secara khusus. Walker (2008) pernah
menjelaskan sebanyak 12 kriteria guru cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam jadual
berikut :

Jadual 1 12 Kriteria Guru Cemerlang (diambil melalui kajian Walker (2008)

1. Sentiasa bersedia
- Guru yang berkualiti akan melakukan persediaan sebelum mengajar dan memulakan sesi
pengajaran tepat pada waktu yang ditetapkan.
2. Positif
- Guru yang berkualiti memberikan penghargaan seperti pujian kepada murid-muridnya bagi setiap
perbuatan, tingkah laku dan respon positif mereka.
3. Mempunyai sasaran yang tinggi
- Guru yang berkualiti akan mempercayai potensi setiap muridnya dan tidak membeza-bezakan
mereka.
4. Kreatif
- Guru yang berkualiti bijak menggunakan pelbagai cara dan sumber untuk membantu penyampaian
kandungan mata pelajaran melalui aktiviti, elemen humor dan lain-lain lagi.
5. Saksama
- Guru yang berkualiti mengendalikan setiap muridnya dengan adil untuk memberikan soalan atau
jawapan semasa sesi pembelajaran.
6. Memberikan sentuhan peribadi
- Guru yang berkualiti berkongsi pengalaman peribadinya bersama murid-murid dan sentiasa
berusaha memahami minat serta kecenderungan murid.
7. Menunjukkan rasa kepunyaan
- Guru yang berkualiti akan memastikan murid-muridnya berasa selesa dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
8. Bertimbang rasa
- Guru yang berkualiti sentiasa mengambil berat terhadap murid-muridnya yang menghadapi
masalah. Guru tersebut mempunyai rasa sensitif yang wajar terhadap masalah murid dan berusaha
untuk mengetahui perkembangannya.
9. Mempunyai elemen humor
- Guru yang berkualiti bijak menggunakan unsur kecindan dalam sesi pengajarannya supaya dapat
menghilangkan tekanan dan kebosanan.

7
10. Menghormati murid
- Guru yang berkualiti akan menjauhi perbuatan yang memalukan murid seperti mengumumkan
markah ujian di kelas, menegur seorang murid di hadapan murid-murid yang lain dan menghina
muridnya.
11. Pemaaf
- Guru yang berkualiti sentiasa memaafkan kesalahan muridnya dan memahami bahawa sifat pemaaf
akan memudahkan perhubunganya dengan murid yang bermasalah.
12. Mengakui kesilapan
- Guru yang berkualiti bersifat terbuka untuk memohon maaf apabila melakukan kesilapan dalam
pengajaran dan menghargai pembetulan oleh muridnya.

Inisiatif Guru untuk Meningkatkan Keberkesanan PdPc

Guru yang cemerlang akan sentiasa berinisiatif untuk memastikan pengajarannya berkesan.
Mereka tidak akan mudah berada dalam zon selesa tanpa melihat kelemahan dan ruang yang
boleh diperbaiki agar kemahiran dalam penyampaiannya dapat ditingkatkan. Walaupun
seseorang guru sains itu telah diiktiraf sebagai seorang guru cemerlang, beliau tidak akan
terlepas daripada dihimpit cabaran dalam persekitaran pembelajaran. Jackson (2009) dalam
kajiannya menyatakan murid yang kurang komited akan sentiasa ‘mencari jalan’ untuk
mengelakkan diri dari arahan atau tugasan yang diberikan oleh guru. Mereka akan hilang
tumpuan di kelas apabila bermain dengan rakan sebelah, bertanya soalan yang tidak berkaitan
dengan topik yang diajar oleh guru dan mencari alasan untuk meninggalkan kelas. Guru perlu
bersedia untuk menangani situasi agar murid seperti ini akan kembali tertarik untuk menyertai
sesi pengajaran, di samping mengurangkan kemungkinan murid tersebut mempengaruhi rakan
yang lain untuk mencontohi perbuatannya. Loughran (2002) pula pernah menulis bahawa salah
satu usaha untuk mencapai matlamat pengajaran sains ialah guru boleh menjadi pengamal
refleksi bagi mempertingkatkan keprofesionalisme mereka. Guru sains perlu peka terhadap
respon murid-muridnya dan sentiasa memperbaiki kelemahan dalam pengajarannya.
Keberkesanan pengajaran sains memerlukan guru untuk menguasai pengetahuan isi kandungan
dengan baik, mempunyai sikap dan ciri saintifik, mempunyai komunikasi yang efektif, teknik
serta strategi yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

Sementara itu, Muzirah Ab Mokhti dan Nurhana Mohamad Rafiuddin (2013)


melaporkan tentang hubungan antara amalan Lesson Study dengan keberkesanan pengajaran
guru sains. Pengkaji ini telah membuat laporan tentang amalan Lesson Study yang diamalkan

8
oleh guru-guru Sains di daerah Klang. Amalan ini dijadikan sebagai satu program
pembangunan profesional. Meskipun kajian ini membuktikan bahawa tiada hubungan yang
signifikan antara amalan Lesson Study dengan keberkesanan pengajaran guru Sains, pengkaji
berpendapat bahawa guru perlu memperkemas amalan ini dengan merangka strategi dan
intervensi yang bersesuaian dengan konteks pendidikan di Malaysia. Hal ini membolehkan
amalan Lesson Study meningkatkan kualiti guru khasnya, dan mutu pendidikan amnya.
Terdapat juga model pengajaran efektif umpamanya model pembelajaran Dunkin & Biddle
(1974) yang telah direka untuk memastikan keberkesanan proses pengajaran. Model ini juga
diperkenalkan sebagai satu panduan kepada guru-guru supaya memenuhi setiap keperluan
dalam pengajarannya. Keperluan ini mencakupi persediaan sebelum pengajaran, sesi
pengajaran sebenar dan penambahbaikan dalam pengajaran yang seterusnya. Dunkin & Biddle
telah membezakan empat elemen pemboleh ubah iaitu dalam model mereka iaitu ‘telahan’,
‘konteks’, ‘proses’ dan ‘hasil akhir’ (produk). Perhubungan antara keempat-empat pemboleh
ubah ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1 Model Pengajaran Dunkin & Biddle (1974)

Elemen ‘telahan’ dalam model ini berfokuskan latihan keguruan dan pengalaman
pengajaran guru yang membolehkan guru mempelajari perkara-perkara baru. Guru sentiasa
didedahkan dengan cabaran-cabaran globalisasi dalam kursus atau latihan yang mereka hadiri,
di samping menghadapi kepelbagaian murid dalam pengajaran sehari-hari. Sementara itu,

9
elemen ‘konteks’ pula merujuk kepada persekitaran yang mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran, contohnya seperti komuniti, sekolah dan populasi murid. Elemen ‘proses’
pula memberi tumpuan terhadap aktiviti sebenar di kelas atau dalam satu-satu sesi pengajaran.
Elemen ini mencakupi interaksi antara guru dengan murid dan aktiviti yang dilakukan di kelas.
Ketiga-tiga elemen yang diterangkan ini akhirnya akan memberi kesan terhadap ‘hasil akhir’
(produk) iaitu pengajaran guru yang berkesan. Satu kerangka konseptual (Rajah 2) telah dibina
melalui adaptasi terhadap model pengajaran ini dan kriteria Guru Cemerlang (GC) oleh Jemaah
Nazir Sekolah (KPM 2003). Kerangka konspetual ini mengambil kira aspek pengetahuan dan
kemahiran GC Sains dalam kandungan pengajaran serta pengendalian PdPc, keberkesanan
komunikasi antara GC Sains dengan murid dan kualiti diri GC Sains yakni personaliti,
ketrampilan, motivasi serta keyakinan diri. Dalam pada itu, kerangka konseptual kajian turut
memberikan penekanan terhadap elemen ‘konteks’ iaitu persekitaran yang boleh
mempengaruhi keberkesanan seseorang guru seperti populasi murid dan budaya di sekolah,
serta elemen ‘proses’ yang merujuk kepada perihal sebenar satu-satu sesi PdPc Sains yang
berlaku. Rasional pembinaan kerangka konspetual ini adalah kerana pengkaji
mempertimbangkan aspek-aspek penting yang mempengaruhi keberkesanan seseorang guru.
Bermula dari sudut pandang terhadap faktor keperibadian guru, disusuli dengan pengetahuan
dan pengajarannya, persekitaran pembelajaran serta diikuti oleh tanggungjawab hakiki guru
sebagai penyampai yang berlaku dalam interaksi bersama murid-muridnya (Kamarul Azmi
Jasmi 2012). Ringkasnya, kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif-objektif berikut :

• Mengetahui faktor-faktor keberkesanan seorang Guru Cemerlang Sains dalam


proses PdPc dan
• Mengetahui peranan yang dimainkan oleh Guru Cemerlang di sekolah.

10
Pengetahuan & Konteks
Kemahiran

Keberkesanan
Guru Cemerlang
Sains dalam PdPc

Kualiti Peribadi

Proses

Rajah 2 Kerangka Konseptual Kajian

METODOLOGI KAJIAN
Kajian kes merupakan reka bentuk kajian yang digunakan sepenuhnya bagi mengumpul data
kualitatif melalui kaedah temubual dan kaedah analisis dokumen. Kajian kes ialah satu inkuiri
holistik untuk menyiasat satu-satu ‘fenomena’ yang berlaku (Harling 2012). ‘Fenomena’ ini
merujuk kepada individu, aktiviti, masalah atau program yang diselidik. Kajian kes jenis
intrinsik dilakukan untuk memahami satu fenomena yang unik dan pengkaji mestilah berupaya
untuk mendefinisikan keunikan yang dimiliki oleh fenomena itu berbanding fenomena-
fenomena lain. Keunikan ini tertumpu terhadap pengiktirafan yang dimiliki oleh seorang guru
Sains iaitu ‘Guru Cemerlang’. Pemilihannya sebagai responden kajian dapat membantu
pengkaji untuk memperoleh maklumat secara terus dan terperinci, bersesuaian dengan objektif-
objektif kajian yang perlu dipenuhi.

11
Kaedah temu bual tidak formal berstruktur dan terbuka yang dianjurkan oleh (Patton
1980) serta Merriem (1998) merupakan kaedah utama yang dilakukan dalam kajian ini. Kaedah
ini melibatkan temu bual bersama Guru Cemerlang (GC) Sains sebagai responden serta seorang
rakan guru, seorang staf sokongan iaitu pembantu makmal dan dua orang murid yang terlibat
dalam sesi PdPc Sains kendalian guru ini sebagai informan kajian. Sesi temu bual ini bertujuan
untuk mengumpul maklumat tentang amalan rutin GC dalam PdPc, di samping mendalami
inisiatif yang dilakukan agar pengajarannya dapat memberi impak positif kepada murid-murid
yang berbeza tahap pencapaian (cemerlang, sederhana dan lemah). Di samping itu, temu bual
bersama informan kajian dilakukan adalah untuk melakukan triangulasi data yang seterusnya
dapat memberi kesahan tentang amalan rutin GC dan keberkesanan pengajarannya.
Kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif pula merujuk kepada pengulangan sesuatu tingkah
laku, kenyataan dan perbuatan (Wiersma 2000) menggunakan pelbagai cara. Oleh itu, pengkaji
memastikan satu perhubungan yang positif terbina bersama responden supaya wujud
keselesaan untuk memberikan pandangan secara terbuka, di samping melakukan sesi temu bual
sebanyak dua kali. Kajian ini menggunakan dua set soalan temu bual, iaitu panduan temu bual
Guru Cemerlang Sains dan murid. Soalan temu bual dibina secara terbuka untuk memberikan
peluang kepada responden menyatakan pandangan mereka tanpa sekatan. Namun, pengkaji
bertindak sebagai ‘pemandu’ perbincangan supaya dapat meminimumkan kemasukan perkara-
perkara yang tidak berkaitan dengan kajian ini.

Sementara itu, kaedah analisis dokumen pula dijalankan terhadap laporan-laporan yang
munasabah seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan dokumen bergambar yang
signifikan untuk menggambarkan kredibiliti seseorang Guru Cemerlang. Kaedah analisis
dokumen ini merupakan satu teknik khusus dalam kajian kualitatif (Creswell 2009), malah
Kripperndoff (2004) pernah menyatakan bahawa kaedah ini dijalankan untuk meningkatkan
kefahaman pengkaji tentang satu-satu tindakan yang praktikal. Dalam konteks kajian ini,
pengkaji menganggap bahawa analisis terhadap RPH Guru Cemerlang adalah penting untuk
mengenal pasti amalan sebelum, semasa dan selepas sesi PdPc, di samping mengetahui
kemahiran atau teknik tertentu yang membantu penyampaiannya di kelas.

Prosedur Penganalisisan Data

Data daripada temu bual telah dipersembahkan dalam bentuk transkrip bagi ketiga-tiga peserta
kajian iaitu seorang responden dan dua orang informan. Sebelum analisis dilakukan, pengkaji
telah membuat semakan dan meminta bantuan peserta kajian untuk melakukan semak semula

12
(peer checking) terhadap transkrip yang dihasilkan. Seterusnya, tema-tema penting dikenal
pasti berkaitan amalan Guru Cemerlang Sains dalam PdPc, inisiatif kendiri guru dan strategi
untuk memastikan keberkesanan PdPc.

Kaedah analisis dokumen pula memberikan peluang kepada pengkaji untuk membuat
penilaian terhadap dokumen bertulis iaitu Rekod Pengajaran Harian (RPH) guru dan dokumen-
dokumen bergambar yang menunjukkan amalan dan kekerapan guru melakukan aktiviti
bersama murid dalam sesi PdPc.

DAPATAN KAJIAN

Profil Peserta Kajian

Responden kajian ialah seorang Guru Cemerlang (GC) Sains, berusia 46 tahun dan mempunyai
pengalaman selama 20 tahun dalam profesion keguruan. Kini, beliau sedang berkhidmat di
sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur. Beliau memperoleh Ijazah
Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Biokimia) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Selain
memainkan peranan sebagai seorang guru bagi mata pelajaran Sains Teras di peringkat
menengah atas, beliau juga bertanggungjawab menggalas beberapa jawatan lain seperti
Penyelaras Tingkatan 4, Penyelaras Latihan dalam Perkhidmatan (LDP), Ketua Pentaksir
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Menengah Atas, Guru Penasihat Kelab Doktor Muda
dan Guru Penasihat Rumah Kuning. Seorang rakan guru yang bertindak sebagai informan
pertama kajian pula telah berkhidmat dalam profesion tersebut selama 10 tahun. Beliau
merupakan guru bagi mata pelajaran Sains tingkatan satu dan dua serta mata pelajaran Kimia
tingkatan empat dan lima. Seterusnya, informan kedua pula merupakan seorang pembantu
makmal yang bertugas di Makmal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 2 dan telah
mengenali responden selama lima tahun. Dua orang murid yang dipilih pula merupakan murid
tingkatan empat yang mempelajari mata pelajaran Sains Teras dari aliran perdagangan dan
aliran kesenian. Peserta kajian diberikan kod sebagai G1 (responden), G2 (informan pertama),
P1 (informan kedua), M1 (informan ketiga) dan M2 (informan keempat).

13
Faktor-faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains dalam PdPc

Berdasarkan dapatan temu bual bersama tiga orang peserta kajian, sebanyak empat faktor telah
dikenal pasti mempengaruhi keberkesanan seorang Guru Cemerlang Sains dalam proses
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Empat faktor tersebut ialah kaedah pengajaran guru
(1), inisiatif kendiri guru (2) , strategi yang dipraktikkan guru dalam PdPc Sains yang
melibatkan kepelbagaian prestasi murid (3) dan kualiti peribadi guru (4) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 3.

Faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains

dalam PdPc
Kualiti
Peribadi Guru

Kaedah
Inisiatif
Pengajaran
Kendiri Strategi untuk
Guru
mengendalikan
Guru murid berbeza Penyabar
prestasi dan
komited

Pembelajaran Memberikan
melalui eksperimen nasihat dan
dan teknik Menghasilkan modul menunjukkan
menjawab soalan sendiri dan Mengadakan aktiviti ketegasan yang
menganjurkan seminar secara berkumpulan rasional
teknik menjawab soalan yang melibatkan
ujian serta kelas murid-murid berbeza
tambahan prestasi
Penggunaan video
dalam PdPc
Penggunaan modul dan
penganjuran kelas
tambahan Memastikan kefahaman
murid secara holistik
Pembelajaran melalui
sebelum memulakan
eksperimen dan
pengajaran topik baru
tayangan video
dan menghargai setiap
murid tanpa
membezakan
Penggunaan modul dan prestasinya
penganjuran kelas
tambahan

Rajah 3 Faktor-faktor Keberkesanan Guru Cemerlang Sains dalam PdPc

14
Kaedah Pengajaran Guru

Kaedah pengajaran guru merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanannya
dalam proses PdPc. Hal ini diakui sendiri oleh peserta kajian dalam temu bual seperti petikan
yang ditunjukkan berikut.

.. untuk Sains ada bahagian esei jugak.. bahagian C.. kalau soalan struktur yang biasa tu diorang
dah boleh capai dah.. tapi saya berikan tumpuan lebih kepada esei.. tentang, macam mana nak
jawab.. ataupun soalan KBAT untuk dia (G1).

.. kalau buat eksperimen tu dia lebih nampak, lebih faham kan.. eksperimen yang penting
memang saya buat.. sebab akan keluar exam, jadi sebolehnya memang kita akan buat
eksperimen.. (G1).

Cikgu gunakan Youtube kadang-kadang untuk tunjukkan video (M1).

Kalau sebelum tu dia tak faham, untuk next class tu, kita recall balik soalan yang sama (G1).

.. memang menarik sebab cikgu selalu buat eksperimen dan tayangkan video la.. tentang topik
yang kitorang belajar (M2).

..cikgu ni memang sistematik la.. soalan-soalan susah dia bagitau macam mana nak jawab..
(M2).

Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dalam pengajarannya kerana
teknik-teknik yang berbeza mempunyai manfaat yang berbeza (Hackathorn et al. 2011). Dalam
konteks kajian ini, responden telah menunjukkan penekanan yang tekal terhadap pembelajaran
melalui eksperimen dalam sesi temu bual, bersesuaian dengan jawatan yang disandangnya iaitu
Ketua Pentaksir Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Menengah Atas. Malah, analisis
terhadap RPH dan dokumen-dokumen bergambar juga menyokong kecenderungan guru ini
melakukan aktiviti ‘hands-on’ seperti eksperimen tentang pembiasan cahaya. Ungkapan “buat
kelas di makmal lebih senang, sebab mereka (murid) dan memang duduk ikut meja kumpulan
masing-masing..” oleh responden juga memperlihatkan bahawa beliau mempunyai kekangan
yang minimum untuk melakukan aktiviti di makmal sains. Murid-murid bekerjasama dalam
kumpulan mereka untuk melaksanakan prosedur eksperimen dan hasil atau keputusan yang
dicapai bagi setiap kumpulan akan direkodkan oleh guru secara visual. Dokumen bergambar

15
juga menunjukkan beberapa aktiviti ‘hands-on’ yang dilakukan di luar makmal seperti di
kawasan padang sekolah. Informan (M1) menyifatkan pengajaran guru ini menarik dan
membolehkan murid-murid terlibat secara aktif dalam sesi PdPc. Hal ini adalah mempersetujui
dapatan kajian Dhanapal et al. (2014) yang melaporkan bahawa tahap keterlibatan dan motivasi
intrinsik murid meningkat apabila belajar melalui eksperimen. Murid akan lebih mudah
membina kefahaman konsep Sains apabila diberikan platform untuk membuat percubaan dan
mengemukakan idea dalam kumpulan. Komunikasi dan kolaborasi dengan rakan-rakan dalam
kumpulan membolehkan sesuatu idea Sains berkembang (Stronge et al. 2004), di samping
dapat meningkatakan keyakinan diri murid. Responden juga bertindak untuk memberikan
panduan kepada murid-muridnya sebelum memulakan satu-satu eksperimen, terutamanya bagi
eksperimen yang memerlukan banyak penggunaan radas. Beliau mengungkapkan, “kalau yang
susah, kita guide dulu.. kemudian mereka akan bekerjasama dalam kumpulan la.. biasanya
rakan yang cemerlang ni akan tolong rakan-rakan lain dalam kumpulan dia..”, menunjukkan
bahawa beliau memainkan peranan sebagai fasilitator dalam pengajarannya.

Selain itu, guru ini juga menggalakkan murid-muridnya untuk mengetahui teknik
menjawab soalan yang menepati format ujian, seperti ungkapan yang ditunjukkan di atas.
Soalan-soalan berbentuk esei menuntut jawapan yang lebih kompleks. Maka, guru ini
menjelaskan keperluan yang harus dipenuhi oleh murid untuk mencapai markah bagi soalan
tersebut. Teknik ini digunakan bagi soalan-soalan latihan yang disediakan bagi setiap topik,
Hal ini turut diakui oleh informan kajian (M2) yang mengatakan “cikgu ni memang sistematik
la.. soalan-soalan susah dia bagitau macam mana nak jawab..”. Pengkaji menyifatkan bahawa
teknik ini adalah penting kerana pencapaian murid secara literal dapat diukur melalui markah
yang diperolehnya dalam ujian. Demi mencapai markah yang baik, murid perlu memberikan
jawapan yang betul dan mematuhi skema pemarkahan ujian. Walaubagaimanapun, teknik ini
adalah relevan untuk mencapai kesan jangka masa pendek memandangkan murid- peperiksaan
ialah penilaian bertulis secara bermusim dan bukanlah bertujuan untuk menyediakan murid
demi menghadapi cabaran masa hadapan (Khalid et al. 2015). Tumpuan yang diberikan untuk
menghasilkan murid-murid yang mampu memperoleh gred ‘A’ akan menyebabkan penilaian
terhadap perkembangan murid dalam aspek luar akademik berlaku secara tidak saksama
(Hamzah 2011). Pengkaji bagaimanapun mempercayai bahawa guru cemerlang ini tentunya
mempunyai inisiatifnya sendiri untuk meminimumkan kekangan yang dihadapi dalam sistem
pendidikan berorientasikan peperiksaan.

16
Dalam pada itu, penggunaan video umpamanya melalui saluran Youtube pula bukanlah sesuatu
yang asing dalam pembelajaran Sains pada era ini. Kaedah ini digunakan sebagai salah satu
ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Guru ini menayangkan video berkaitan topik-
topik yang diajar di kelas seperti kenyataan yang diakui oleh kedua-dua informan kajian.

Pengkaji juga mendapati bahawa Guru Cemerlang ini mementingkan amalan refleksi
yang dilakukan selepas pengajarannya. Bersesuaian dengan titik penamat dalam model
pengajaran Dunkin & Biddle (1974) iaitu ‘produk’ atau ‘hasil akhir’, beliau akan memastikan
objektif-objektif yang disasarkan bagi setiap sesi PdPc dapat dicapai. Sekiranya terdapat
objektif yang gagal dipenuhi seperti tahap kefahaman murid masih belum mencapai
sasarannya, beliau akan membuat penilaian semula dan penambahbaikan bagi sesi PdPc
seterusnya. Beliau memberikan latihan ulangan bagi satu-satu subtopik dan kemudiannya
membuat perbincangan dalam kelas tambahan. Ungkapan oleh informan (M1) “cikgu akan
buat kelas tambahan kalau ada yang tak faham, tapi guna soalan lain la.. bukan modul”
mempersetujui kenyataan guru ini yang mengatakan “masa extra class kita bincang soalan
tu..”.

Inisiatif Kendiri Guru

Guru cemerlang diketahui sebagai seorang yang sentiasa berinisiatif untuk memastikan segala
tanggungjawab yang digalas dalam profesion keguruan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Sejajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, seseorang guru cemerlang tentunya
lebih bermotivasi untuk memainkan peranannya dengan aktif seperti yang dilaporkan oleh
Abdul Rahman (1997). Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru ini telah melakukan
pelbagai usaha untuk membantu murid-murid yang mempelajari mata pelajaran Sains Teras di
sekolahnya seperti yang dinyatakan berikut.

.. modul tu memang saya buat sendiri la.. based on soalan-soalan yang selalu Guru Cemerlang
buat.. (G1).

Sejak dah dapat title tu, teknik-teknik menjawab pun kita kena buat sendiri. Sebelum tu sekolah
panggil orang luar, sekarang kita buat sendiri..(G1).

.. biasanya saya akan beritahu, let’s say pukul 2.15 boleh jumpa saya di sini, saya ada. Kalau
tak ramai yang datang pun kita buat juga tapi lebih kepada perbincangan, bukan kelas.. kalau
ramai baru buat kelas. Kalau untuk form 5, memang saya buat kelas tambahan, sekali atau dua

17
kali seminggu.. bergantung kepada keperluan. Kadang-kadang ada pelajar minta buat, kita buat
juga.. (G1).

.. kalau ada waktu lapang misalnya, waktu PK (Pendidikan Kesihatan). Kalau mereka taka da
buat apa-apa, kita akan ambil masa tu untuk cover mana-mana yang boleh.. terutamanya untuk
form 5.. sebab bagi form 5 kita pastikan bulan 7 dah habis semua, lepas tu fokus untuk teknik-
teknik menjawab, program motivasi.. (G1).

Macam ni.. macam saya ajar lower form, dulu dia pun ajar lower form, tapi tahun ni tak.. saya
ajar form 1, form 2.. kalau soalan-soalan latihan untuk pelajar tu memang saya ada rujuk dia
punya, sebab lower form ni tak ada streaming.. jadi basically kita boleh guna pakai yang hampir
sama untuk setiap kelas, melainkan kelas paling akhir la.. sebab mereka ni kurang faham
Bahasa Malaysia.. mereka dulu dari SJKC (G2).
Kelas tambahan tu untuk semua (M1).

Cikgu memang ada gunakan modul dia sendiri (M2).

Setelah memperoleh pengiktirafan sebagai ‘Guru Cemerlang’, guru ini telah memikul
beberapa tanggungjawab baru. Beliau akan mengendalikan bengkel teknik-teknik menjawab
soalan Sains Teras bagi murid-murid tingkatan lima, di samping perlu membuat perkongsian
kemahiran dan pengetahuan secara berjadual di peringkat negeri. Beliau juga menyediakan
modul yang diguna pakai oleh murid dalam sesi PdPc seperti yang disahkan oleh informan
kajian. Pengkaji dimaklumkan bahawa guru ini telah menerima dorongan yang berterusan oleh
pihak pentadbir sekolahnya sebelum membuat keputusan untuk memohon Skim Guru
Cemerlang. Secara tidak langsung, dorongan ini telah menjadi satu pencetus semangat
kepadanya dalam menyediakan segala keperluan permohonan skim tersebut, serta
menunjukkan prestasi cemerlang yang tekal selepas menerima pengiktirafan. Dapatan ini
mempersetujui laporan kajian yang ditulis oleh Fei & Han (2017) berkaitan perhubungan yang
signifikan antara kepimpinan pentadbir sekolah dengan motivasi guru.

Penganjuran kelas tambahan juga merupakan satu inisiatif guru ini demi membantu
murid-murid untuk mencapai kefahaman yang mendalam bagi satu-satu topik. Keutamaan
untuk mengadakan kelas tambahan diberikan kepada murid-murid tingkatan lima yang bakal
menduduki peperiksaan awam, Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, beliau juga terbuka untuk
membantu murid tingkatan empat yang memerlukan pencerahan dalam topik-topik yang

18
kompleks. Satu inisiatif yang dilakukan untuk mereka ialah memaklumkan masa dan tempat
yang khusus bagi mengadakan perbincangan. Justeru, murid-murid akan berasa lebih senang
untuk berbincang dengan guru tentang topik yang dipelajari. Guru ini juga tetap akan
mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid tingkatan empat sekiranya terdapat banyak
permintaan oleh mereka. Kesediaan murid-murid untuk menjayakan inisiatif tambahan guru
seperti kelas tambahan sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mempunyai keyakinan
terhadap kaedah pengajaran guru (Orlich 2001). Kaedah pengajaran yang digunakan dalam
sesuatu kelas tambahan hakikatnya dapat mempengaruhi keberkesanan penganjuran sesi
pembelajaran tersebut, (Mahzan 2004), hal ini menuntut seseorang guru untuk meletakkan
matlamat yang jelas (Chidakwa et al. 2012) seperti membantu murid untuk mengukuhkan
kefahaman dalam topik-topik yang rumit dan bukanlah sekadar meletakkan fokus terhadap
peperiksaan sahaja. Responden menyediakan soalan latihan yang berbeza bagi kelas tambahan
berbanding sesi PdPc sebenar. Murid-murid pula akan menyelesaikan tugasan atau latihan yang
diberikan secara berkumpulan sebelum membentangkan hasil kepada rakan-rakan lain dalam
sesi ini.

Selain itu, uru Cemerlang ini juga akan memastikan murid-muridnya mencapai
kefahaman yang sewajarnya dalam satu-satu topik yang diajar. Beliau akan memanfaatkan
masa terluang murid misalnya apabila ketiadaan guru lain dalam sesi PdPc mata pelajaran
bukan teras. Tempoh masa tersebut dipenuhi dengan memberikan latihan kepada murid-murid
dan membuat perbincangan. Walau bagaimanapun, beliau akan berurusan dengan guru lain
terlebih dahulu sebelum mengambil alih sesuatu sesi pembelajaran.

Strategi untuk Mengendalikan Murid Berbeza Prestasi

Guru akan sentiasa berhadapan dengan cabaran seperti jurang prestasi antara seorang murid
dengan murid yang lain, walaupun mereka belajar di kelas yang sama. Namun, guru yang
berkualiti tidak akan membesarkan perbezaan atau kelemahan muridnya, malah akan memberi
tumpuan terhadap tingkah laku positif murid yang dapat dijadikan sebagai kekuatan untuk
menarik minat mereka dalam pengajaran. Guru juga perlu berinisiatif untuk mengetahui
masalah yang dihadapi oleh murid, berusaha untuk membantu murid tersebut mengatasi
halangan psikologi mereka, dan seterusnya meningkatkan komitmen mereka untuk belajar
(Rohani 2010). Perbezaan murid datang dalam pelbagai bentuk iaitu kandungan pembelajaran
(content), cara mereka belajar (proses) dan hasil pembelajaran (produk) (Gibson 2005). Dalam
konteks kajian kali ini, guru ini berhadapan dengan beberapa perbezaan yang ketara dalam

19
kalangan muridnya iaitu prestasi akademik dan motivasi murid untuk mempelajari Sains. Dua
aspek ini terkandung dalam kategori ‘proses’ dan ‘produk’ dalam model pengajaran Dunkin &
Biddle (1974).

Pengkaji memastikan bahawa medium perantaraan dalam PdPc Sains ialah Bahasa
Melayu, memandangkan majoriti murid dalam kelas yang dikendalikan guru ini berbangsa
Melayu. Responden mengesahkan perkara ini dengan menyatakan “sekarang memang kita
guna fully Bahasa Melayu la..’, justeru kekangan bahasa dalam sesi PdPc telah diminimumkan.
Beberapa ungkapan oleh responden dan informan kajian yang berkaitan pengendalian
perbezaan dalam PdPc adalah seperti yang ditunjukkan berikut.

Saya akan bagi latihan dan mereka ni akan buat dalam kumpulan. Biasanya rakan yang
cemerlang akan bantu rakan-rakan dia yang lain, yang lemah, yang sederhana.. yang cemerlang
ni macam jadi ketua kepada rakan-rakan dia la.. Selepas tu, mereka akan bentangkan ikut
kumpulan.. orang lain pula yang jawab.. (G1).

Cikgu tak pernah rendahkan sesispa yang dapat markah rendah (M1).

.. cikgu takkan mula ajar tajuk baru kalau ada yang tak faham (M1).

.. cikgu tak pernah marah walaupun jawapan salah.. (M2).

Dalam kelas biasanya kawan yang pandai akan explain (M2).

Satu keperibadian guru ini yang wajar dipuji ialah penghargaan yang saksama diberikan
kepada setiap murid yang berbeza prestasi, waima berprestasi cemerlang, sederhana mahupun
rendah. Hal ini diakui oleh kedua-dua informan yang menyifatkan guru ini sebagai seorang
yang lemah-lembut dan pengkaji juga mempersetujui perkara ini apabila melihat tingkah
lakunya dalam proses temu bual. Kesaksamaan diberikan kepada murid-murid untuk
memberiakn idea dan bertanya dalam sesi PdPc. Walaupun murid yang pasif dan aktif lazimnya
akan mengemukakan soalan dengan gaya atau cara yang berbeza, guru perlu memberiak
perhatian terhadap semua soalan yang munasabah tanpa mendiskriminasikan prestasi
akademik muridnya. Beberapa murid berprestasi sederhana dan rendah sebenarnya berupaya
untuk mengemukakan soalan-soalan aras tinggi secara spontan (Carr 1998). Hal ini disebabkan
oleh pengalaman kendiri, pekerjaan ibu bapa atau ahli keluarga mahupun kefahaman sedia ada
yang diperoleh melalui media seperti filem dan sebagainya. Sejajar dengan salah satu ciri guru

20
berkualiti oleh Walker (2008) iaitu adil atau saksama, guru perlu memastikan supaya tiada
murid yang tersisih dari menyertai sesuatu perbincangan secara aktif. Malah, setiap jawapan
waima betul mahupun salah ialah respon yang berharga daripada murid kerana itu menjadi
indikator bahawa mereka berasa bertanggungjawab terhadap sesuatu sesi PdPc.

Selain itu, guru ini juga menunjukkan penghargaan kepada muridnya yang cemerlang
dalam latihan-latihan berkumpulan yang dilaksanakan di kelas. Kumpulan-kumpulan dibentuk
dengan mencampurkan murid yang mempunyai perbezaan prestasi akademik. Murid yang
cemerlang akan membantu rakan-rakan yang lain untuk menyelesaikan tugasan atau latihan
berkumpulan dalam PdPc melalui penjelasan konsep Sains atau analogi-analogi yang
berkaitan. Bersesuaian dengan salah satu pendekatan dalam PAK-21, seorang murid lain pula
dipilih untuk menduduki ‘Hot Seat’ yakni bertindak sebagai pembentang hasil tugasan kepada
rakan-rakan yang lain. Pengkaji berpendapat bahawa responden bertindak untuk mendekati
semua muridnya tanpa diskriminasi seperti perihal guru yang dilaporkan oleh Hamidah (2003).
Layanan guru yang saksama akan menghindarkan murid-murid yang berprestasi sederhana dan
rendah untuk berasa tersisih dalam sesi PdPc.

Seterusnya, guru ini juga akan memastikan semua murid mencapai kefahaman terhadap
sesuatu topik secara menyeluruh sebelum memulakan pengajaran topik yang baru. Latihan
ulangan bagi satu topik akan diberikan kepada murid jika masih terdapat halangan yang
ditunjukkan dalam pengujian sebelumnya. Pengkaji bagaimanapun berpendapat bahawa saiz
yang kecil dan sederhana iaitu antara 18-24 orang murid bagi setiap kelas membolehkan
strategi ini dilakukan dengan berkesan.

Kualiti Peribadi Guru

Faktor keempat yang mempengaruhi keberkesanan responden untuk melaksanakan peranannya


dalam sesi PdPc ialah faktor kualiti peribadi. Faktor ini juga menjelaskan keperibadiannya
seperti yang disifatkan oleh informan kajian dalam pelaksanaan tanggungjawab-
tanggungjawab lain di sekolah. Petikan dari jawapan-jawapan peserta kajian dalam proses
temubual yang berkaitan dengan faktor ini ditunjukkan di bawah.

Dari segi tu, macam nasihat, dari guru kepada guru, memang ada.. mostly tentang pelajar la
kan.. dia ni kira macam kakak lah kan, kalau dengan saya kira kakak.. dia ni satu yang paling
saya respect ialah.. ketegasan dia tu, dia tak tunjukkan melalui nada, atau.. ketinggian suara
lah.. dia kalau ada perkara yang salah atau kurang betul dia akan tetap cakap, tapi cakap baik-
baik.. kita akan tetap nampak dia tegas la.. kalau kita tanya pun, dia tak ada masalah, dia mesti

21
jawab.. biasanya, kami bercakap tentang pelajar menengah atas, form 4.. saya guru kelas
(informan menyebut nama kelas), dia penyelaras tingkatan..(G2).
..saya tengok dia ni jenis yang selalu well prepared untuk.. apa nama.. untuk mengajar la kan..
tersusun.. ada perancangan.. saya rasa itu bagus la kan, dalam setiap kerja.. apa-apa kerja pun
kita sepatutnya, hari ni rancang kerja untuk esok.. macam tu..(P1).

Dia cikgu yang penyayang.. dia tak garang dan selalu sabar la dengan student dia..(M2).

Salah satu faktor yang sering dikaitkan dengan pencapaian murid ialah kualiti peribadi
seseorang guru, seperti sikap dan personaliti. Faktor ini dilaporkan dalam banyak kajian lepas
meskipun masih belum terdapat satu indikator rigid yang mempersetujui pengaruh faktor itu
(Kim et al. 2018). Responden dalam kajian ini disifatkan oleh informan-informan kajian
sebagai seorang guru yang tegas tetapi penyayang, sentiasa bersedia dan sabar dalam
melaksanakan tanggungjawabnya. Hal ini selari dengan dengan kriteria-kriteria guru
cemerlang oleh Walker (2008) yang mendasari kajian ini. Seorang guru cemerlang akan
sentiasa melakukan persediaan sebelum sesuatu sesi PdPc dijalankan. Persediaan ini
merangkumi rancangan penggunaan medium atau material dalam sesi PdPc serta kesediaan diri
secara fizikal, mental dan emosi. Informan keempat mengakui bahawa responden ini
merupakan seorang guru yang penyayang. Kenyataan ini menunjukkan jalinan satu hubungan
guru-murid antara kedua-dua pihak Satu kebenaran yang tidak dapat disangkal ialah tugas
hakiki seorang guru untuk menyampaikan kandungan. Keberkesanan untuk melaksanakan
tugas ini mestilah diiringi dengan pengetahuan dalam bidang pengkhususannya. Namun,
terdapat juga faktor bukan kognitif yang memberikan pengaruh terhadap keberkesanan
penyampaian seseorang guru iaitu nilai tambah yang diletakkan olehnya dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Nilai tambah ini mencakupi hubungan yang positif antara seorang guru
dengan murid-muridnya. Hubungan ini tentunya berkait rapat dengan personaliti guru yang
disenangi (Rockoff et al. 2011). Tidak dinafikan bahawa tekanan dan sasaran yang tinggi
terhadap murid-murid berprestasi tinggi ialah satu polemik biasa dalam sistem pendidikan
berorientasikan peperiksaan.. Hal ini pernah dilaporkan oleh Klassen & Chiu (2010) yang
melaporkan efikasi kendiri yang berkurangan bagi murid-murid yang menduduki kelas pertama
berbanding murid-murid di kelas lain. Responden dalam kajian kali ini disifatkan sebagai
seorang guru yang sabar untuk mengendalikan murid-muridnya yang berbeza prestasi. Beliau
tidak membeza-bezakan mereka berdasarkan kelainan itu. Sejajar dengan laporan Rohani

22
(2010) yang menulis bahawa kejayaan seorang guru diperlihatkan apabila dia tidak menjadikan
perbezaan antara murid-muridnya sebagai satu masalah yang besar. Sebaliknya, seorang guru
yang baik sentiasa membawa kreativiti ke dalam sesi Pdpc demi menarik minat murid-murid
untuk belajar. Guru ini mempertimbangkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh semua
muridnya seperti yang dibincangkan dalam faktor ketiga.

Guru mungkin mempunyai personaliti yang berbeza berbeza di rumah berbanding di


luar, contohnya di rumah. Namun, kajian kali ini hanya menumpukan personaliti seorang guru
cemerlang di sekolah demi mengetahui keberkesanan peranannya. Kurtz & Palfrey (2016)
mendapati personaliti guru di sekolah sebenarnya dipengaruhi oleh personaliti rakan-rakan
guru murid-muridnya. Bersesuaian dengan elemen ‘konteks’ dalam model pengajaran Dunkin
& Biddle (1974) yang merangkumi budaya sekolah dan populasi murid, sikap positif yang
diamalkan guru-guru akan menggalakkan hubungan yang membina terjalin antara mereka.
Dalam konteks kajian ini, responden digambarkan sebagai seorang yang tegas untuk
memberikan nasihat dan kritikan dengan rasional. Ketegasan ini ditunjukkan dengan harmoni
iaitu dengan pemilihan perkataan dan intonasi suara yang munasabah. Pengkaji menyifatkan
ketegasan ini ialah satu nilai yang penting untuk dipraktikkan dalam beberapa situasi yang
wajar. Harus diakui bahawa akan terdapat beberapa halangan peribadi untuk merealisasikannya
seperti keperluan untuk menasihati seorang teman rapat atau seorang murid yang mempunyai
prestasi akademik yang cemerlang. Namun, perhubungan antara dapatan temubual informan-
informan kajian mempersetujui bahawa mereka berasa senang terhadap responden ini
disenangi dalam pelaksanaan tugas-tugas akademik, iaitu sebagai seorang guru dan
penyandang jawatan lain seperti Penyelaras Tingkatan Empat.

IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian ini dapat dipraktikkan dalam penganjuran latihan-latihan keguruan. Latihan ini
termasuklah latihan pra perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan. Pengkaji berpendapat
bahawa aspek keperibadian perlu diberikan penekanan yang sama berat dengan aspek
pengetahuan dan kemahiran pedagogikal. Penekanan ini boleh diberikan seawal tahun pertama
pengajian pendidikan di peringkat sarjana muda. Dalam pada itu, dapatan kajian juga dapat
dipraktikkan dengan perkongsian pengetahuan atau kepakaran untuk mengurus perbezaan
murid-murid secara efektif. Inisiatif seperti penyediaan bahan bantu mengajar dan teknik

23
penyoalan dalam PdPc dilihat sesuai untuk dikongsikan bersama guru-guru novis atau bakal
guru.

Tugas sebagai seorang guru Sains juga bukanlah mudah. Malaysia masih memerlukan
lebih ramai tenaga kerja dan pakar dalam bidang ini demi memacu kemajuan negara. Maka,
sebagai seorang guru Sains khasnya, kita perlu memberikan cerminan yang baik untuk
mewakili pengkhususan ini supaya lebih ramai murid yang berminat untuk menyertai aliran
Sains, mempunyai persepsi yang positif dan motivasi untuk mempelajari Sains, seterusnya
memperoleh kerjaya yang baik dalam bidang ini.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah terbatas dalam dua aspek iaitu pemilihan peserta kajian dan kekangan masa.
Responden yang terlibat ialah seorang Guru Cemerlang bagi mata pelajaran Sains Teras yang
diajar di peringkat menengah atas. Pengkaji meletakkan skop ini untuk mengetahui faktor
keberkesanan guru tersebut dalam proses PdPc yang dikendalikan bagi murid-murid yang
berbeza prestasi akademik dari aliran perdagangan dan kesenian.

Sementara itu, pengkaji juga memikirkan perihal kekangan masa atau fleksibiliti yang
mempengaruhi proses pengumpulan data. Pengkaji hanya mempunyai slot pertemuan dengan
responden yang terhad dan perlu dimanfaatkan sebaiknya. Hal ini adalah untuk memastikan
proses temu bual dapat memberikan pencerahan yang optimum ke arah mencapai objektif
kajian. Bagaimanapun, triangulasi dilaksanakan dengan menemu bual dua orang informan
kajian bagi mengurangkan impak daripada batasan ini.

KESIMPULAN & CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Konklusinya, Guru Cemerlang memainkan peranan yang penting di sekolah. Peranan ini
termasuklah sebagai fasilitator dalam proses PdPc dan penggerak utama program-program
untuk meningkatkan prestasi murid khasnya dalam mata pelajaran Sains. Guru Cemerlang juga
bukanlah sekadar satu gelaran mahupun pengiktirafan semata-mata, tetapi menuntut ketekalan
pemegangnya untuk menunjukkan prestasi yang baik. Sumbangan-sumbangan seperti
pembinaan modul Sains dan perkongsian kemahiran dengan guru-guru juga tidak terkecuali
daripada menjadi tanggungjawab baru seorang Guru Cemerlang tanpa mengira bidang
pengkhususannya.

Seorang Guru Cemerlang akan sentiasa memastikan keberkesanan proses pengajaran


dan pemudahcaraan yang dikendalikan. Guru ini juga mempunyai motivasi diri yang tinggi

24
untuk menjadi lebih produktif. Produktiviti ini termasuklah penyediaan bahan bantu mengajar
yang menarik dan kepelbagaian teknik pengajaran. Perbezaan yang ditunjukkan oleh murid-
murid dalam akademik mahupun latar belakang juga tidak menjadi satu kegusaran yang besar
bagi Guru Cemerlang. Guru ini lebih cenderung untuk memberikan penghargaan kepada setiap
muridnya demi menggalakkan penyertaan murid yang aktif dalam sesi PdPc.

Pengkaji mencadangkan supaya kajian-kajian pada masa hadapan tentang Guru


Cemerlang Sains dilaksanakan dengan melakukan temubual mendalam bersama informan-
informan kajian. Persoalan tentang kecenderungan murid untuk menerima bimbingan bagi
memberikan jawapan yang menepati skema pemarkahan ujian wajar dirungkai. Hal ini
membolehkan semak dan seimbang bagi keberkesanan guru dengan kefahaman murid
dilakukan dalam kajian akan datang.

RUJUKAN

Abell, S. K. 2008. Twenty years later: Does pedagogical content knowledge remain a useful

idea? International Journal of Science Education 30(10): 1405-1416.

Abdul Rahim Hamdan, Ahmad, S. 2008. Tahap Penguasaan Guru dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Menengah Rendah. Seminar Kebangsaan


Pendidikan Sains dan Matematik11 – 12 Oktober 2008.

Bullough Jr., R. V. 2001. Pedagogical content knowledge circa 1907 and 1987: a study in the

history of an idea. Teaching & Teacher Education 17(6): 655-666.

Carr, D. 1998. The Art of Asking Questions in The Teaching of Science. School Science

Review 79: 47-50.

Chidakwa, C. & Chitekuteku, S., R. 2012. A Survey of the Purpose of Extra Classes Provided

in Primary Schools of Harare Province and Their Implications on the Quality of


Education. Zimbabwe Journal of Educational Research 24(1): 1-12.

Clough, M.,P. 2003a. Understanding the complexities in learning and teaching science: The

value of a research-based framework. Association for Science Teacher Education


(ASTE) International Conference, St. Louis, MO, January 29 - February 2.

25
Dhanapal, S. & Evelyn, W., Z., S. 2014. A Study on The Effectiveness of Hands-on

Experiments in Learning Science Among Year 4 Students. International Online


Journal of Primary Education 3(1): 29-34.

Dunkin, M. J. & Biddle, B. 1974. The Study of Teaching. New York : Holt, Rinehart and

Winston.

Fei, E. L. E., & Han, C. G. K. 2017. Hubungan Kepimpinan Pengetua Dengan Motivasi Guru.

International Journal of Education, Psychology and Counseling 2(5): 145-159.

Hackathorn, J., Solomon, E., D., Blankmeyer, K., L. , Tennial, R., E. & Garczynski, A., M.

2011. Learning by Doing: An Empirical Study of Active Teaching Techniques. The


Journal of Effective Teaching 11(2): 40-54.

Hammond, L., D. 2000. Teacher Quality and Student Achievement: A Review of State Policy

Evidence. Education Policy Analysis Archives 8(1):1-44

Hamzah, H. 2011. Pentaksiran Holistik Acuan Malaysia: PASSaK PADI 5 Serangkai.

Lembaga Peperiksaan

Harling, K. 2012 An Overview of case study. SSRN Electronic Journal.

Jackson, C., K. & and Bruegmann, E. 2009. Teaching Students and Teaching Each Other: The

Importance of Peer Learning for Teachers. American Economic Journal: Applied


Economics. 1(4): 85-108.

Jim McNally, Allan Blake, Ashley Reid. 2009. The informal learning of new teachers in school.

Journal of Workplace Learning 21(4): 322-333.

Kamarul. A. J. & Nawawi, N. F. 2012. Model Guru Berkualiti Dari Perspektif Tokoh

Pendidikan Islam dan Barat. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan dan

Pendidikan Islam (SEAPPI2012 : 233-238). Senai, Johor Bahru. 8-9 Mac 2012.

Keller, M.M., Neumann, K. & Fischer, H.E. 2016. The impact of physics teachers’ pedagogical

26
content knowledge and motivation on students’ achievement and interest. Journal of
Research in Science Teaching 54(1):586–614.

Khalid, R., A., Ahmad, J. & Hamdan, A, 2015. Pembentukan Sikap Positif Guru Terhadap

Pelaksanaan Aktiviti Pentaksiran. Journal of Personalized Learning 1(1): 77-84.

Kim, L., E., Dar-Nimrod, I. & MacCann, C. 2018. Teacher Personality and Teacher

Effectiveness in Secondary School. Journal of Educational Psychology 110(3): 309-


323.

Klassen, R., M. & Chiu, M., M. 2010. Effects on Teachers’ Self-Efficacy and Job Satisfaction:

Teacher Gender, Years of Experience and Job Stress. Journal of Educational


Psychology 102: 741-756.

Kripperndoff, K. 2004. Content Analysis : An Introduction to Its Methodology. 2nd Edition.

Thousand Oaks, CA : Sage.

Kurtz, J., E. & Palfrey, A., P. 2016. On Being the Same in Different Places. Evaluating Frame

of Reference Effects Across Two Social Contexts. Journal of Personality 84: 113-120.

Loughran, J.J. 2002. Effective reflective practice: In search of meaning in learning about

teaching. Journal of Teacher Education 53 (1): 33-43.

Mahzan, A. 2004. Tuisyen : Amalan dalam Sistem Pendidikan. Utusan Malaysia : 26 Januari

2004.

Merriem, S. B. 1998. Qualitative Research and Case Study Application in Education. 2nd

edition. Thousand Oaks Califf : Sage.

Mokhti, M., A. & Rafiuddin, N., M. 2013. Persepsi Guru Sains Yang Mengamalkan Lesson

Study Sebagai Program Pembangunan Profesional Guru Terhadap Keberkesanan

Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the Global Summit on Education

(GSE2013).

Omar Morales. 2005. Becoming a More Effective Science Teacher. The Florida State

27
University.

Orlich, D., C., Harder, R., J., Callahan, R., C. & Gbson, H., W. 2001. Teaching Strategies. 6th

Edition. New York : Houghton Mifflin Company.

Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. London : Sage

Publications.

Phang, F., A., Abu, M., S., Ali, M., B. & Salleh, S. 2014. Faktor Penyumbang Kepada

Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis.
Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7 - 9 October 2012, The Zon Regency,
Johor Bahru, Johor.

Rohani Arbaa, and Hazri jamil, and Nordin Abd Razak, 2010. Hubungan guru-pelajar dan

kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: adakah guru berkualiti menghasilkan


perbezaan? Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 61-69.

Rockoff, J., E., Jacob, B., A., Kane, T., J. & Staiger, D., O. 2011. Can You Recognize An

Effective Teacher When You Recruit One? Education Finance and Policy 6: 43-74.

Rowan, B., Chiang, F.-S., & Miller, R. J. 1997. Using research on employees’ performance to

study the effects of teachers on students’ achievement. Sociology of Education 70(4):


256–284.

Saidin, K., Hashim, F., Dali, M., H. & Ambotang, A.,S. 2016. Peranan Guru Cemerlang

Malaysia di Sekolah. Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia

Sabah.

Sanders, W.L. dan Rivers, J.C. 1996. Cumulative and Residual Effects of Teachers of Future

Students Academic Achievement.

Shaari, A. S. 2008. Guru Berkesan Petua dan Panduan. Sintok, Penerbit UUM

Shadreck, M. & Isaac, M. 2012. Science Teacher Quality and Effectiveness: Gweru Urban

Junior Secondary School Students’ Points of View. Asian Social Science 8(8): 160-165.

28
Shulman, L. 1986. Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational
Research, 15(2): 4-11

http://links.jstor.org/sici?sici=0013189X%28198602%2915%3A2%3C4%3ATWUKGI%3E2
.0.CO%3B2-X

Shulman, L. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of new reform. Harvard Educational

Review 57(1): 1-22.

Stronge, J. H., Tucker, P. D. &Hindman, J. L. 2004. Handbook for qualities of effective

teachers. USA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Stronge, J., H. 2018. Qualities of Effective Teachers. ASCD.

Terpollari, M. 2011. Teacher`s Role As Mediator and Facilitator. European Scientific Journal

24 : 68-74.

Wiens, P. D., Hessberg, K., LoCasale-Crouch, J., & DeCoster, J. 2013. Using a standardized

video-based assessment in a university teacher education program to examine


preservice teachers knowledge related to effective teaching. Teaching and Teacher
Education: An International Journal of Research and Studies 33(1): 24–33.

Zientek, A. 2014. Effective Elements Of Science Teacher Professional Development. The

University of Wisconsin

29

View publication stats

You might also like