You are on page 1of 8

DISEDIAKAN OLEH : FAZIAH BINTI AHMAD HAMIDAH BINTI MUHAAMMAD

BERPUSATKAN GURU
Di dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti murid, iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar.

BERPUSATKAN MEDIA
Bahan murid yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor

BERPUSATKAN GURU
Guru memainkan peranan penting komunikasi sehala. Guru banyak bercakap Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutmakan daripada penyuburan nilai murni/ perkembangan emosi Penyampaian fakta secara menghafal. Interaksi antara murid adalah pasif Kaedah keseluruhan kelas Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.

BERPUSATKAN MEDIA
Murid memainkan peranan penting Komunikasi / interaksi berlaku antara guru/ bahan atau murid/ bahan pembelajaran Kecekapan /kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan Penekanan kepada jasmani, rohani dan kognitif Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari Pengajaran bermakna menarik dan berkesan Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil-uji kaji, projek dsb. Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan murid

BERPUSATKAN GURU
Keberkesanan pengajaran pemusatan guru banyak bergantung atas kebolehan murid Penerangan ini lebih memberi keuntungan kepada murid berkebolehan tinggi kerana mereka belajar lebih banyak lagi melalui penerangan bahan kepada rakan-rakannya

BERPUSATKAN BAHAN Bagi memastikan proses pembelajaran ini berkesan, guru perlu merancang agar semua murid dapat melibatkan diri di dalam setiap aktiviti yang dirancangkan Antara contoh aktiviti yang boleh digunakan seperti menonton petikan video dan bersoal jawab bagi langkah pertama dan kedua. Berinteraksi dengan komputer melalui aktiviti latihan pada langkah ketiga. Melibatkan murid dengan sesi soal jawab dalam langkah penutup.

BERPUSATKAN GURU
Guru memainkan peranan utama Guru yang akan menguasai dan mengawal segala aktiviti murid Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita dan pengajaran berkumpulan

BERPUSATKAN MEDIA
Murid memainkan peranan untuk memudahkan guru menyampaikan dengan lebih menarik dan berkesan kaedah penggunaan komputer, bahan cetak, modul, buku rujukan, kamus, slaid, video, televisyen dsb.

Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid.
Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru. Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut. Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.

Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar

Murid

memainkan peranan untuk memudahkan guru menyampaikan dengan lebih menarik dan berkesan Murid boleh memahami dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.
Sekian, terima kasih

You might also like