You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN
Penglibatan Malaysia dalam TIMSS sejak tahun 1999 dan PISA dari tahun 2009 telah

membuka dimensi baru dalam pendidikan di Malaysia, terutamanya dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains. Pencapaian dan kedudukan negara yang tidak memberangsangkan
berbanding negara-negara Asia yang lain telah menjadi tamparan hebat kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK).
Bagi meningkatkan keupayaan daya saing di peringkat global dan mewujudkan
sebuah negara maju yang dijana oleh kumpulan modal insan yang berkualiti dari segenap
segi,

suatu

transformasi

pendidikan

telah

dirangka

melalui

pelaksanaan

Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mengambil kira hasil kajian
terhadap pencapaian negara dalam penilaian TIMSS dan PISA.
Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, risiko itu
boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program
Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS).
Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 % dan 38 % murid Malaysia gagal
mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan 2 hingga 4
kali ganda berbanding 7% dan 13 % pada 1999.
Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam
keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009+), penyertaan kali pertama
Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam
kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Hampir 60 % murid berumur
15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
Matematik, manakala 44 % dalam Bacaan dan 43 % dalam Sains.
PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student
Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and
Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita
Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009.

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan
Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir
seramai 510 000 pelajar terlibat.
Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea,
Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negaranegara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia,
terutamanya sistem pendidikan negara Finland.
Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong
Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam
ujian membaca, Sains dan Matematik. Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA
adalah seperti berikut:
2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)
2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)
Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas
menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.
YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia
dalam laporan lengkap PPPM 2013-2025 menyatakan bahawa proses pelaksanaan
transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid
mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Antara enam
elemen utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing pada peringkat global
seperti digariskan dalam Aspirasi Murid PPPM 2013-2025 adalah identiti nasional,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, pengetahuan dan
kemahiran berfikir.
8

Dalam usaha memperbaiki pencapaian dan kedudukan Malaysia dalam TIMSS dan
PISA, maka negara perlu berupaya melahirkan generasi muda atau murid yang mempunyai
elemen kemahiran berfikir yang tinggi yang secara tidak langsung seiring dengan Aspirasi
Murid PPPM 2013-2025.
Sehubungan dengan itu, pelbagai program telah dirancang untuk mempertingkatkan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif, termasuklah pembubaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) yang diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
bermula pada tahun 2011 dan pengenalan kepada Program i-THINK pada tahun 2012 yang
melibatkan kerjasama antara KPM dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
Selain itu, kajian susulan turut dijalankan oleh pihak KPM di sekolah-sekolah yang
mendapat keputusan yang cemerlang dalam PISA 2009 bagi mendapatkan amalan terbaik
dalam PdP. Bagi mengasah dan meningkatkan KBAT di kalangan murid pula, penambahan
bilangan soalan yang menggunakan KBAT dalam peperiksaan peringkat sekolah dan
kebangsaan turut disediakan serta penubuhan pasukan khas, Task Force TIMSS dan PISA
bagi meningkatkan KBAT di kalangan murid dan guru.
Berikutlah strategi-strategi yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi mengatasi masalah ini. :
1)

KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan

teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)


diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum
Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.
2)

i-THINK
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran

dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan
dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3)

Kajian Susulan
9

KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang
pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai
amalan terbaik pengajaran.
4)

PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains
dan Membaca. Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan
menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
5)

Task Force TIMSS dan PISA


Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran

berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.


Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang
kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan
yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI TIMSS DAN PISA


Murid-murid kita tidak dapat mencapai prestasi yang memuaskan dalam Ujian

TIMSS telah menjadi satu isu kebelakangan ini. Isu ini dikaji dari tiga sudut, iaitu
sistem pendidkan nasional, guru dan murid.
2.1 SISTEM PENDIDIKAN
Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia masih berlandaskan system
peperiksaan walaupun sudah banyak kali reformasi pendidikan. Tujuan murid belajar seolaholah untuk peperiksaan. Mereka adalah seperti stor maklumat di mana mereka dipenuhi
maklumat dan mencurah balik semasa peperiksaan. Maklumat yang tidak berkaitan dengan
peperiksaan tidak dihiraukan. Soalan-soalan dalam peperikssan umum seperti UPSR dan
PMR tidak dinafikan telah diterapkan elemen-elemen penyelesaian masalah dengan
kritis seperti KBKK, tetapi peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit. Keadaan ini
membenarkan murid senang memperolehi markah melalui soalan-soalan awal yang hanya
memerlukan penghafalan fakta. Soalan-soalan KBKK yang lebih mendalam di penghujung
10

soalan utama boleh diabaikan atau ditinggalkan tanpa menjejaskan markah keseluruhan.
Mereka

masih

dapat

memperolehi keputusan yang cemerlang. Apabila murid kita

menghadapi Ujian TIMSS dan PISA, pengetahuan dalam otak

mereka

tidak

dapat

membantu mereka menjawab soalan-soalan bukan rutin yang memerlukan kemahiran


berfikir secara kritis yang tinggi.
2.2 MURID
Faktor lain yang menyebabkan kedudukan keputusan TIMSS dan PISA berkaitan
dengan latar belakang murid. Tahap pendidikan ibu bapa memain peranan yang
penting dalam pencapaian TIMSS dan PISA murid. Kebanyakan ibu bapa yang menyedari
kepentingan pendidikan terutamanya matapelajaran Matematik dan Sains adalah ibu bapa
yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Ibu bapa tersebut mengambil inisiatif
dalam memastikan anak mereka mencapai keputusan yang memuaskan.
Sikap murid iaitu keyakinan dan motivasi murid merupakan faktor lain yang
menyebabkan kedudukan keputusan TIMSS dan PISA. Murid yang mendapat pencapaian
yang tidak bagus dalam TIMSS dan PISA adalah murid yang tidak berkeyakinan diri dalam
Matematik dan Sains. Golongan murid ini juga tidak bermotivasi untuk menjawab soalan
TIMSS dan PISA. Mereka senang berputus asa apabila melihat soalan dalam bentuk
pernyataan. Keyakinan dan motivasi murid yang rendah menyebabkan murid tidak mahu
membuat soalan ataupun berasa ragu-ragu semasa menjawab soalan.
Aktiviti murid lepas persekolahan juga mempengaruhi skor murid dalam TIMSS dan
PISA. Murid yang mendapat skor rendah adalah murid yang tidak sudi meluangkan lebih
masa selepas persekolahan dalam meneroka soalan Matematik dan Sains. Murid yang
selalu meneroka dunia Matematik dan Sains dengan menggunakan komputer mempunyai
skor yang lebih tinggi dalam TIMSS dan PISA.
Kehadiran murid ke sekolah juga merupakan faktor lain yang mempengaruhi
pencapaian murid dalam TIMSS dan PISA. Jika murid selalu tidak hadir ke sekolah, murid
tersebut akan ketinggalan pelajarannya. Maka, murid tersebut tidak dapat menguasai
kemahiran asas yang sepatutnya dikuasainya, apatah lagi berfikiran aras tinggi.
2.3 GURU
2.3.1

Kelayakan / Kepakaran
11

Ramai orang berpendapat bahawa semua guru boleh mengajar Matematik


dan Sains di sekolah walaupun mereka bukan opsyen Matematik atau Sains. Pandangan ini
adalah tidak benar kerana mereka tidak dilatih dengan kemahiran-kemahiran atau teknikteknik pengajaran yang berkaitan dengan Matematik atau Sains dan tidak mempelajari
konsep

Matematik

dan

Sains

dengan

mendalam.

Jadi,

mereka

tidak

dapat

menyampaikannya kepada murid-murid dengan betul.


2.3.2

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Guru terlalu memberi keutamaan untuk menghabiskan sukatan mata

pelajaran

bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan awam. Ini menyebabkan

proses pengajaran

dan pembelajaran

dibuat

dalam

kadar

yang

segera dengan

menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami konsep. Namun, guru tidak sedar dengan
hanya berfokuskan kepada konsep penghafalan, murid tidak mampu mengunakan pemikiran
mereka dengan baik kerana mereka diajar dengan kaedah yang cepat tanpa memahami
sesuatu konsep.
2.3.3

Kekangan Masa
Pengurusan masa yang tidak efisien dan terlalu menumpukan kepada

sukatan mata pelajaran, guru terlupa menyelitkan soalan yang berunsurkan TIMSS atau
PISA dan pengajaran dan pembelajaran. Murid yang sentiasa didedahkan dengan corak
soalan yang sama dan berorientasikan peperiksaan tidak mampu menjawab soalan
TIMSS dan PISA yang memerlukan mereka untuk berfikir mengikut aras pada Taksonomi
Bloom.
2.3.4

Kesediaan Guru
Kesediaan guru yang dalam PPSMI harus diambil kira. Ini adalah kerana ada

sesetengah guru tidak mahir berbahasa Inggeris. Jadi ini memberi kekangan kepada guru
untuk menyampaikan maklumat kepada muridnya walaupun guru tersebut merupakan guru
yang berpengalaman. Murid menerima impak yang paling besar kerana tidak memahami apa
yang ingin disampaikan oleh guru mereka menyebabkan mereka mula membenci Matematik
dan Sains. Oleh sebab itu, mereka tidak menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.
Murid juga sukar memahami konsep dan isi kandungan sesuatu topik dalam Bahasa
Inggeris kerana guru sukar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
2.3.5

Pengetahuan Pedagogikal Kandungan


Guru yang lemah dalam konsep Matematik dan Sains serta strategi

dalam

pengajaran

akan menyebabkan murid mengalami masalah pembelajaran dalam

Matematik dan Sains. Oleh ini, guru harus mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan
12

dan strategi pengajaran yang betul supaya dapat menaikkan prestasi murid dalam Matematik
dan Sains.
2.3.6

Pendekatan Pengajaran
Guru harus bijak dalam memilih teknik dan jenis pendekatan pengajaran yang

sesuai dalam memberi tunjuk ajar sesuatu konsep baru semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan
menyelesaikan

soalan

Koperatif

yang

sangat

berunsurkan

berkesan

dalam membantu

TIMSS dan PISA

kerana

murid

murid
dapat

berbincang dengan rakan-rakan dan proses berfikir secara kreatif akan berlaku.
Method pengajaran ini melatih murid belajar bekerjasama dalam kumpulan secara positif,
meningkatkan rasa tanggungjawab yang akhirnya akan meningkatkan kefahaman terhadap
isi pelajaran. Jadi apabila fenomena ini berlaku, objektif pembelajaran dapat dicapai
sepenuhnya.
2.3.7

Penerapan Nilai-nilai Murni


Guru juga tidak menerapkan nilai-nilai murni semasa aktiviti pengajaran

dan pembelajaran. Contohnya, murid yang mempunyai set minda Matematik mata pelajaran
yang sukar akan sentiasa menunjukkan prestasi yang lemah dalam mata pelajaran
Matematik. Guru juga tidak menceritakan apa tujuan sebenar dan kegunaan mempelajari
Matematik dan Sains. Jadi murid akan belajar sambil lewa dan hanya untuk lulus dalam
peperiksaan sahaja.

3.0

CADANGAN

UNTUK

MEMPERTINGKATKAN

KEDUDUKAN

PENDIDIKAN

NEGARA DALAM PENTAKSIRAN ANTARABANGSA TIMSS DAN PISA


3.1

Pelaksanaan i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan di peringkat sekolah rendah merupakan asas kepada pembentukan

intelek seseorang individu. Biarpun TIMSS dan PISA hanya melibatkan murid di peringkat
sekolah menengah, kita seharusnya melihat punca kebejatan daya pemikiran dan intektual
murid sejak dari pangkalnya lagi. Justeru sebagai sebuah program yang dijana untuk
mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid, objektif utama
pelaksanaan i-THINK dalam PdP adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif dan memupuk KBAT di kalangan murid agar mampu berdaya saing di peringkat
negara dan seterusnya antarabangsa. i-THINK disifatkan sebagai salah satu kekuatan

13

transformasi pendidikan yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan muridmurid.
i-THINK bermula dengan enam elemen yang menjadi konsep utama dalam
pelaksanaan i-THINK dalam PdP iaitu, peta visual, kemahiran berfikir, penyoalan reflektif,
rangkaian

kolaboratif,

membangunkan

kecenderungan

peribadi

dan

membentuk

persekitaran. Menyedari kepentingan penerapan kemahiran berfikir kepada murid di


peringkat seawal sekolah rendah, beberapa garis panduan telah dibekalkan KPM kepada
para guru berkenaan pelaksanaan i-THINK dalam PdP, khususnya PdP Matematik.
Antaranya ialah, guru dan murid perlu menggunakan lapan peta pemikiran sebagai bahan
bantu belajar seperti yang diterangkan secara terperinci dalam sub-topik Ciri-ciri i-THINK dan
mengamalkan teknik menyoal dan menaakul mengikut Taksonomi Bloom dan Versi Lorin
Anderson dalam usaha meningkatkan KBAT di kalangan murid.
Berdasarkan Taksonomi Bloom, penguasaan sesuatu konsep akan tercapai apabila
murid mampu mempamerkan KBAT berkaitan pengetahuan yang diajar. Mereka percaya
bahawa KBAT melibatkan transformasi maklumat dan idea yang disumbangkan oleh muridmurid itu sendiri. Ini berlaku apabila wujudnya suasana PdP matematik yang menggalakkan
dan membenarkan murid-murid untuk menggabungkan fakta-fakta dan idea-idea untuk
mensintesis, membuat generalisasi dan penjelasan kepada sesuatu konsep matematik.
Akhirnya lahirlah hipotesis yang membawa kepada kesimpulan dan interpretasi. Keupayaan
untuk memanipulasi maklumat dan idea melalui proses-proses inilah yang membolehkan
murid menyelesaikan masalah dan menemukan makna baru terhadap konsep yang
dipelajari.

3.2

Meningkatkan KBAT di Kalangan Murid


Murid biasanya tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan serta mengaplikasi

sesuatu kemahiran matematik kerana konsep matematik yang bersifat abstrak memerlukan
daya penaakulan dan pemikiran beraras tinggi. Tumpuan utama PPPM 2013-2025 bukan
hanya kepada tertumpu kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga
pembangunan KBAT di kalangan murid-murid. Ini kerana PdP yang menekankan kemahiran
berfikir ialah teras kepada pembelajaran. Ianya selaras dengan tujuan utama pelaksanaan iTHINK iaitu untuk menggalakkan murid berfikir pada aras tinggi. Transformasi pendidikan
negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2011,
memfokuskan kepada penerapan daya pemikiran kritis dan kreatif serta daya pemikiran
inovatif dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang agar dapat menangani
14

cabaran semasa dan masa akan datang. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penerapan
KBKK dikaitkan dengan satu proses menggunakan minda sama ada mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan, atau menyelesaikan
masalah.
Bagaimanakah unsur KBAT boleh dikuasai murid menerusi i-THINK dan teknik
penyoalan berdasarkan Taksonomi Bloom? Sebagai contoh, dalam menyelesaikan masalah
matematik berbentuk struktur ayat, kebanyakan murid sudah tentu menghadapi masalah
dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang terdapat dalam permasalahan yang diberi.
Oleh yang demikian, pada peringkat memahami kehendak soalan, pendidik boleh
membimbing mereka untuk mengeluarkan maklumat dengan menggunakan Peta Buih
dengan menggunakan teknik penyoalan yang berperingkat. Daripada maklumat tersebut,
mereka seterusnya boleh menggunakan Peta Alir untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan. Ini secara tidak langsung akan menerapkan KBAT di kalangan murid, di mana
dapat merangsang pemikiran kreatif dalam penyelesaian masalah melalui bantuan simulasi
visual.

3.3

Membudayakan Kemahiran Berfikir


Selain itu, tujuan pelaksanaan i-THINK dalam PdP Matematik adalah untuk

membudayakan kemahiran berfikir di kalangan semua murid. Justeru, pelaksanaan di


peringkat sekolah berupaya untuk membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir;
menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan
berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK juga
ingin melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir
secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa
akan datang.

3.4

Meningkatkan Kefahaman Konsep Matematik


Semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, murid perlu memahami konsep,

menguasai kemahiran dan boleh mengaplikasi dalam kehidupan seharian. Peta pemikiran iTHINK berperanan untuk membantu murid memahami konsep melalui cetusan-cetusan
pemikiran mereka sendiri dengan menggambarkannya ke dalam peta-peta pemikiran yang
15

tersedia. Apabila pelajar terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka
pembelajaran itu lebih memberi makna kepada mereka. Oleh itu, guru perlu bersedia untuk
membantu dan mencari cara untuk membantu murid untuk memahami konsep dan
menyelesaikan masalah. Selain itu, penggunaan peta minda dalam PdP akan membolehkan
murid mengelaskan sesuatu konsep dengan baik.

3.5

Mencetus Keseronokan Dalam PdP Matematik


Pendidikan matematik di sekolah yang tidak menyeronokkan, sukar difahami dan

tidak tahu tentang penggunaan matematik dalam kehidupan seharian merupakan masalah
yang dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid didapati bukan sahaja lemah dari segi kerjakerja manipulatif tetapi sangat lemah dari segi kefahaman tentang konsep-konsep asas
dalam matematik. Selain itu, mereka juga tidak berminat dan bosan dengan mata pelajaran
matematik disebabkan cara pengajaran guru. Guru didapati masih menggunakan kaedah
pengajaran dan pendekatan yang lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh murid
menjadi punca kegagalan mereka dalam mata pelajaran tersebut.
Oleh sebab itu, pelaksanaan projek i-THINK dalam PdP matematik dapat mengubah
sistem pengajaran tradisional kepada sistem pembelajaran yang lebih menarik. Pengenalan
dan pendedahan kepada penggunaan i-Think dalam memahamkan murid tentang suatu
konsep atau menyelesaikan masalah matematik mampu menanamkan unsur-unsur kreativiti
bukan sahaja di dalam dan di luar bilik darjah, malah tidak langsung ianya mencetuskan
minat murid-murid kepada matematik dan mengubah sikap dan persepsi mereka terhadap
mata pelajaran ini. Matematik bukan lagi membosankan seperti dahulu, tetapi ia kini adalah
mata pelajaran yang sangat menyeronokkan.

3.6

Menggalakkan Pembelajaran Kooperatif.


Elemen dalam ilmu matematik tidak dapat dipisahkan daripada aspek penyelesaian

masalah yang menjadi satu pengetahuan yang amat penting dalam kehidupan seharian
seseorang. Lumrahnya setiap individu sentiasa berdepan dengan keperluan untuk
menyelesaikan masalah masing-masing.

16

Dalam Matematik, perbincangan dan perkongsian idea amat penting dalam


menyelesaikan sesuatu masalah. Pembelajaran koperatif juga memberi peluang kepada
pelajar untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara. Jika pelajar bekerjasama
dalam berkongsi pendapat, membentuk penjelasan dan memberi makna kepada idea
seseorang, mereka akan lebih yakin bahawa masalah boleh diselesaikan dengan pelbagai
cara. Oleh kerana proses penyelesaian masalah memerlukan proses berfikir dan setiap
proses

berfikir

perlu

melibatkan

aktiviti

kognitif,

peta

pemikiran

i-THINK

dapat

mengembangkan dan menggalakkan murid untuk berfikiran kritikal dalam menyelesaikan


sesuatu permasalahan Matematik yang diberi.

3.7

Meningkatkan Motivasi Dan Keyakinan Dalam Matematik


Penggunaan peta i-THINK dalam PdP matematik meletakkan guru hanya sebagai

pembimbing dan murid sebagai pelaksana membenarkan murid untuk mengekspresi


kefahaman sesuatu konsep mengikut pandangan masing-masing. Oleh itu mereka akan
lebih yakin dengan diri sendiri. Strategi berpusatkan murid mempunyai kelebihan untuk
memperkembangkan kebolehan murid dalam mengaplikasikan konsep sikap yang positif,
mewujudkan motivasi serta memperkembangkan peribadi. Secara tidak langsung murid
akan menjadi lebih aktif dan dapat melatih murid berfikir, mengeluarkan idea baru serta
mengeluarkan idea bagi menyelesaikan masalah semasa sesi pengajaran berlangsung.

17

You might also like