You are on page 1of 22

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

EDU 3106 : BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN


TAJUK Dalam bentuk forum kecil, buat perbincangan tentang faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara.

AHLI KUMPULAN BIL. 1. 2. 3. 4. NAMA NATASYA BINTI MOHD HUSSIN NOR SYUWARIYAH BINTI MOHAMED SAKINAH BINTI IBRAHIM SITI NURSYAHIRAH BINTI HISHAM NO. KAD PENGENALAN 900530-02-5322 900926-02-5902 901124-11-5386 901025-14-5280

PEMBANTU KUMPULAN BIL. 1. NAMA AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN NO. KAD PENGENALAN 901002-06-5069

PENSYARAH PEMBIMBING NAMA ENCIK NG WENG TUTT TARIKH 1 FEBRUARI 2012 TANDATANGAN

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua penonton di studio mahupun di rumah. Alhamdulillah kita semua masih diberikan kesempatan untuk bersiaran secara langsung dari studio utama sri pentas. Seperti biasa untuk episod kali ini kita akan membawa topik-topik atau isu-isu yang hangat untuk dibincangkan. Pada hari ini kita akan mengupas dengan lebih mendalam satu topik yang saya kira sangat menarik perhatian dan tumpuan anda semua termasuk saya sendiri. Baiklah, bersama-sama dengan saya empat orang ahli panel yang telah dijemput khas bagi membincangkan topik yang akan saya nyatakan sebentar lagi. Pepatah ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta. Sudah kenal barulah selesa hendak berbicara. Oleh itu, marilah kita berkenalan dengan jemputan pada episod kali ini. Panel yang pertama ialah seorang penerima Anugerah Naib Canselor daripada Universiti Malaya iaitu Cik Siti Nursyahirah binti Hisham yang juga merupakan pelajar tahun akhir jurusan perakaunan. Panel yang kedua merupakan Pengerusi Organisasi Pembiayaan Program Berkembar Antara Universiti iaitu Toh Puan Natasya binti Hussin. Seterusnya, ahli panel ketiga yang juga merupakan seorang pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG kampus Teknik iaitu Puan Seri Sakinah Dato Ibrahim dan panel kita yang terakhir pada hari ini ialah Datin Seri Nor Syuwariyah binti Mohamed yang merupakan Ketua Bahagian Pengambilan Pelajar IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Topik perbincangan kita pada hari ini adalah tentang Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dari Aspek Jantina serta Implikasinya Kepada Individu, Keluarga, Masyarakat dan Negara. Saya yakin topik sebegini sememangnya akan membuatkan ramai pihak yang ingin menyuarakan pendapat mereka sendiri. Walau bagaimanapun, sebelum kita mengorak langkah perbincangan dengan lebih terperinci lagi, molek rasanya jika saya mempersilakan ahli panel kita yang pertama iaitu Cik Siti Nursyahirah untuk menjelaskan serba sedikit tentang topik diskusi kita pada hari. Saya kira ramai yang

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

mungkin tertanya-tanya mengenai tajuk yang agak jarang-jarang kita dengar ini. Dipersilakan.

AHLI PANEL PERTAMA


SITI NURSYAHIRAH BINTI HISHAM Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada produksi Wanita Hari Ini yang telah menjemput dan memberi saya peluang untuk bersamasama membincangkan topik pada hari ini. Assalamulaikum dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada semua penonton. Baiklah, isu tentang pendidikan bukanlah satu perkara yang baru di Malaysia. Cuma bagaimana isu itu dibincangkan atau diselesaikan yang sering menarik perhatian meraka yang sentiasa peka dengan keadaan semasa. Pada saya sendiri, topik hari ini begitu jarang didengar apatah lagi dibincangkan secara terbuka begini. Namun, berdasarkan pemahaman saya, apa yang dapat saya jelaskan tentang topik pada hari ini ialah membincangkan sebabsebab yang mendorong kepada berlakunya perbezaan peluang pembelajaran dari segi jantina iaitu lelaki dan wanita pada peringkat institut pengajian tinggi. Ketaksamaan peluang pendidikan bermaksud akses kepada pendidikan tidak sama rata dalam masyarakat di sesuatu negara. Selain itu, isu ini akan menerangkan tentang sebab mengapa bilangan pelajar wanita yang ternyata lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Terdapat pelbagai aspek yang boleh kita rungkaikan berkaitan dengan ketaksamaan ini Cuma untuk perbincangan hari ini kita lebih menekankan kepada aspek jantina. Sidang hadirin sekalian, Banyak sebab atau faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan lebih-lebih lagi dalam aspek jantina kerana saya pasti ramai lelaki dan wanita di luar sana yang berlumba-lumba hendak menyuarakan pendapat masingmasing. Saya akan memulakan perbincangan isu hari ini dengan menyatakan faktor yang pertama iaitu pengaruh globalisasi. Pengaruh globalisasi merupakan satu
3

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

bentuk penguasaan peringkat global terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Faktor ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kemajuan pendidikan, percambahan bilangan universiti dan akhir sekali pertumbuhan pelbagai kursus. Pertama sekali, kemajuan pendidikan di Malaysia agak sedikit ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain. Malaysia masih dalam proses untuk menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia. Secara kasarnya, kekurangan fasiliti serta kemudahan asas di beberapa tempat pengajian tinggi mendorong kepada ketaksamaan peluang pendidikan ini. Bagi individu yang berfikiran sempit pasti mengatakan pembelajaran sukar berlaku kerana kekurangan beberapa fasiliti sahaja. Jika dilihat di universiti saya sendiri, pelajar wanita sanggup bersusah payah untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Pelajar lelaki pula kurang mengambil berat jika terdapat sesuatu kekurangan bahan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Saya tidak mengatakan semua lelaki tetapi kebanyakan daripada mereka adalah pelajar lelaki. Budaya komunikasi pelajar lelaki lebih bergantung kepada pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran. Pengajaran secara lisan pula lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek. Maka, secara tidak langsung keadaan ini telah menyebabkan kewujudan ketaksamaan peluang pendidikan itu. Saya suka untuk berkongsi pandangan seorang pakar iaitu Prof Madya Dr Azahari Ismail yang pernah menyuarakan pendapat beliau. Beliau menyatakan pendapat tentang isu lambakan pelajar wanita yang terjadi setiap kali kemasukan ke IPTA pada bulan Julai. Beliau menegaskan bahawa perkara ini berpunca daripada kurikulum sistem pendidikan negara yang secara tidak langsung menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu. Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Seterusnya, bagi menarik minat pelajar-pelajar lelaki untuk memohon kemasukan ke pusat pengajian tinggi, banyak program atau kursus sehinggakan ada yang kurang relevan pada pandangan saya. namun begitu, saya tidak merasakan bahawa usaha ini adalah sia-sia Cuma saya fikirkan jika mereka masuk belajar sekalipun tetapi akhirnya akan tetap menganggur. Hal ini kerana pengkhususan yang mereka pilih itu mempunyai peluang pekerjaan yang kurang malah, sesetengahnya tidak ada langsung peluang pekerjaan. Hal ini terjadi kerana pelajar lelaki gemar memilih kursus yang dirasakan mudah untuk dibawa tanpa melihat kepada kesan atau hasilnya dalam jangka masa yang panjang. Selain itu, motivasi ini juga merupakan faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan. Banyak perkara yang boleh dibincangkan berkaitan dengan faktor motivasi ini. Antaranya adalah kredibiliti, akauntabiliti dan sikap. Biasanya kita dengar lelaki lebih bertanggungjawab berbanding wanita memandangkan mereka akan menjadi seorang pemimpin satu hari nanti. Namun, perkara sebaliknya yang saya lihat di universiti saya. Pelajar lelaki seringkali melakukan kerja sambil lewa jika dibandingkan dengan wanita. Tidak bertanggungjawab yang saya tekankan di sini merujuk kepada tugasan atau pekerjaan yang tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apa yang penting pada mereka ialah tugasan tersebut siap tanpa mengambil rujukan, kekemasan dan keaslian hasil tugasan mereka. Namun, saya tidaklah melabelkan semua lelaki itu tidak bertanggungjawab cuma pada pandangan saya kebanyakan daripada mereka yang bersikap begitu. Kemudian, kredibiliti atau kemampuan atau juga keupayaan. Umum, semua mengetahui bahawa sememangnya lelaki mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dari wanita. Namun, bagi aspek pendidikan saya rasa wanita mempunyai lebih keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dengan lelaki. Jika dilihat dari perspektif kekuatan tenaga, itu memang satu kelebihan pada lelaki tetapi jika dilihat pada sudut keceriaan, kreatif dan menarik, wanita yang lebih cenderung ke arah itu. Sesuatu organisasi memerlukan satu pengurusan yang baik. Walaupun pada dasarnya lelaki ini seorang pemimpin tetapi kebanyakan kerja menguruskan lebih kepada wanita yang ternyata lebih kemas dan tersusun dalam melakukan sesuatu. Perjalanan

pengajian seorang pelajar wanita lebih tersusun dan kemas. Namun, tidak keseluruhannya wanita ini mendominasi segala aspek kerana terdapat juga
5

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

segelintir pelajar lelaki yang mampu menyusun jadual pembelajarannya dengan teratur. Akhir sekali ialah sikap. Sikap merujuk kepada tingkah laku seseorang individu dalam kehidupan seharian. Sikap lelaki yang sering mengambil mudah semua perkara membuatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan ini lebih luas. Mereka tidak bersungguh dalam berusaha untuk mengambil peluang pendidikan yang ada di depan mata. Lebih cenderung untuk melakukan sesuatu yang mudah sehingga tidak mahu untuk bersusah payah sedikit pun. Mentaliti dan sikap begini haruslah diubah untuk memperbaiki jurang ketaksamaan peluang pendidikan yang semakin ketara ini. Saya rasa cukuplah penjelasan saya tentang isu perbincangan kita pada hari ini. Mungkin ada ahli-ahli panel lain yang ingin menambah kekurangan penerangan saya sebentar tadi. Segala yang baik itu dar Allah S.W.T. dan segala yang buruk itu juga dari Allah S.W.T tetapi telah disandarkan atas kelemahan saya sendiri.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Terima kasih cik Siti Nursyahirah di atas penerangan demi penerangannya yang begitu jelas tentang topik perbincangan kita pada hari ini. Saya akui sememangnya corak pembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar wanita sememangnya berbeza mengikut individu itu sendiri. Mungkin disebabkan kita terlalu ingin untuk menyamakan taraf pendidikan kita dengan pendidikan luar sehingga kita lupakan keperluan asas pelajar-pelajar. Contohnya saya ambil semula penerangan Cik Siti Nursyahirah tentang kenyataan yang dibuat oleh Prof Madya Dr Azahari Ismail iaitu pengubahsuaian dan penyerapan sistem kurikulum pendidikan barat yang lebih mengutamakan wanita. Saya rasa banyak lagi faktor yang boleh kita kupas berkenaan dengan isu perbincangan kita pada hari ini. Ketidakseimbangan gender di IPT contohnya, boleh juga dikaitkan dengan kursus-kursus yang ditawarkan. Kalau dilihat secara kasar, bidang pendidikan banyak diceburi oleh wanita manakala bidang kejuruteraan dan
6

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

teknikal banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Bagaimana pula pendapat Toh Puan Natasya binti Hussin berkaitan dengan pasaran kerja dalam sektor ekonomi?

AHLI PANEL KEDUA


NATASYA BINTI MOHD HUSSIN

Melihat kepada Senario pendidikan pada masa kini, pelajar perempuan terus mendominasi kemasukan ke universiti awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011 (sumber: Berita Harian). Statistik diatas menunjukkan betapa ramainya pelajar perempuan yang menjejakkan kaki melangkah ke menara gading berbanding pelajar lelaki. Cuma untuk jurusan teknikal sahaja bilangan antara pelajar lelaki dengan pelajar wanita nampak seimbang. Persoalannya ke manakah lebihan pelajar lelaki di institut pendidikan tinggi? Faktor dominan yang mendorong kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina ialah faktor ekonomi di mana berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Pelajar lelaki lebih berminat kepada bidang kemahiran dan teknikal. Antara bidang yang ditawarkan seperti teknologi automotif, pentadbiran perniagaan, teknologi maklumat, multimedia kreatif, pemasaran, perakaunan dan kejuruteraan elektrik serta elektronik industri. Bidang kemahiran ini memerlukan tenaga dan kepakaran dari pelajar lelaki. Secara umumnya, lelaki lebih analitikal dan teknikal. Hal ini membuatkan bidang kemahiran ini lebih sesuai diceburi oleh lelaki berbanding kaum wanita. Rakyat negara ini perlu melengkapkan diri dengan bidang kemahiran tertentu bagi memenuhi keperluan industri yang semakin meningkat, sekali gus

merealisasikan hasrat kerajaan ke arah Model Ekonomi Baru (MEB). MEB merupakan Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti

pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih masa dan lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi
7

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global. Di sini dapat dilihat tenaga kerja lelaki amat diperlukan untuk memenuhi keperluan pekerjaan pada masa sekarang. Ekonomi merupakan sesuatu yang amat penting bagi sesebuah negara. Kekayaan, status dan jatuh bangunnya sesebuah negara adalah bergantung kepada kepesatan ekonomi yang dialaminya. Berbalik kepada peratus pelajar perempuan di peringkat tinggi, tidak dinafikan pelajar perempuan pada masa kini tidak lagi terikat dengan pegangan pada zaman dahulu di mana anak perempuan selalu dinafikan hak mereka dalam mendapat peluang pendidikan. Persepsi bahawa anak perempuan tidak berupaya mencapai pencapaian yang cemerlang dan hanya layak duduk di ceruk dapur merupakan andaian lapuk dan tidak dapat diterima akal. Buktinya, banyak kejayaan pelajar di peringkat peperiksaan nasional dimonopoli oleh pelajar perempuan. Contohnya, Siti Fatimah Mukhtar dan Nik Nur Madihah yang mendapat 17 A 1 dan 12 A1 dalam SPM. Namun begitu kita harus melihat bahawa, yang menjadi masalah atau punca ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina yang berlaku di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) sekarang ada hubung kaitnya dengan kos atau kursus yang ditawarkan di IPT itu sendiri. Jika kita lihat sekarang atau pun suatu masa dahulu, majoriti atau kebanyakan penuntut yang memenuhi IPT adalah dari golongan wanita, dan golongan lelaki hanyalah segelintir sahaja. Keadaan ini berpunca dengan kursus yang diambil. Sebagai contoh, banyak kursus yang lebih mengutamakan wanita, seperti undang-undang, rekaan fesyen, pendidikan,perubatan, jahitan, dan

sebagainya. Sedangkan kursus untuk golongan lelaki hanyalah sedikit,dan yang paling popular adalah kejuruteraan dan IT. Kemasukan pelajar ke IPT adalah tidak seimbang dari sudut kursus serta kekosongannya. Saya berasakan tindakan ini agak berat sebelah. Manakala bidang masakan pula kebanyakkannya adalah dari golongan wanita. Jika kita lihat sekarang, bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki iaitu kejuruteraan, walaupun ada segelintirnya adalah wanita,namun begitu pemilihan dan kepercayaan dari segi peluang telah diberi kepada kaum adam. Dari sini kita dapat lihat bahawa ketaksamaan peluang pendidikan di IPT memang wujud sejak dulu lagi dan pada saya pemikiran sebegini harus diubah.
8

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Berbalik kepada isu ketidaksamaan peluang pendidikan antara pelajar lelaki dan perempuan ini. Apakah faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam menyebabkan pelajar perempuan mendominasi jumlah pelajar dalam sesebuah pusat pengajian tinggi? Sejauh manakah Natasya melihat perkara ini? Mungkin boleh menghuraikan serba sedikit.

AHLI PANEL KEDUA


NATASYA BINTI MOHD HUSSIN Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor dominan yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat pengajian tinggi. Antaranya, faktor keluarga. Contohnya, jika ekonomi sesebuah keluarga yang rendah, ibu bapa tidak mampu untuk menanggung kos perbelanjaan pelajaran anak mereka yang begitu tinggi pada zaman sekarang. Bagi kebanyakan anak lelaki, mereka akan bekerja untuk menanggung keluarga yang susah dan tidak menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini menyebabkan kurangnya jumlah pelajar lelaki di institusi tinggi. Contohnya, dalam bidang perguruan sekarang, jumlah pelatih guru perempuan melebihi jumlah guru pelatih lelaki. Perbezaan jumlah gender ini amat ketara kerana negara kita kekurangan guru lelaki dan mengalami lebihan guru wanita pula. Kemiskinan merupakan masalah yang serius terutama dalam kalangan isi rumah Melayu di kawasan luar bandar. Masalah ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan sesebuah keluarga. Kajian dijalankan bagi menilai tahap kemiskinan isi rumah Melayu luar bandar, tahap pencapaian pendidikan ketua isi rumah, kesedaran ketua isi rumah tentang kepentingan pendidikan dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh ketua isi rumah Melayu miskin luar bandar dalam mendapatkan pendidikan. Selaras dengan perkembangan ekonomi yang maju, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga manusia yang cergas dan mempunyai latar belakang pendidikan
9

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

yang cemerlang dan tinggi. Perkembangan pendidikan sekarang menunjukkan bagaimana tahap kelulusan pendidikan untuk semua pekerjaan menjadi semakin tinggi dan memerlukan persaingan daripada semua pelajar Meritokrasi adalah satu sistem sosial yang memfokuskan kepada kebolehan dan keupayaan seseorang individu tanpa mengira pangkat, harta, keturunan, kaum dan agama. Sistem ini mementingkan kejayaan atau ganjaran sosial berdasarkan merit kepintaran (IQ), bakat dan usaha individu.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Terima kasih diucapkan kepada ahli panel kerana telah melontarkan idea yang bernas dan hujah-hujah yang cukup matang. Selain faktor yang telah diutarakan sebentar tadi, saya ingin meminta Puan Seri Sakinah Dato Ibrahim untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang faktor lain yang mempengaruhi

ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina?

AHLI PANEL KETIGA


SAKINAH BINTI IBRAHIM Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak Wanita Hari Ini kerana menjemput saya bagi menyampaikan forum yang bertajuk Faktor-faktor yang Mempengaruhi Ketaksamaan Peluang Pendidikan Dari Aspek Jantina serta Implikasinya Kepada Individu, Keluarga, Masyarakat dan Negara. Faktor-faktor yang telah saya kaji ialah perbezaan aliran pekerjaan dalam kalangan jantina. Seperti yang telah diketahui umum, senario sebelum kemerdekaan telah menyaksikan banyak peluang dalam bidang pendidikan telah dikuasai oleh kaum lelaki, sementara kaum wanita dipinggirkan dalam perjuangan meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan yang penting bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.

10

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Walaubagaimanapun, era pasca kemerdekaan telah memberikan satu impak perubahan fikiran dalam tanggapan masyarakat tentang perolehan ilmu bagi kemajuan diri. Masyarakat telah menyedari tentang kepentingan ilmu dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar. Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dalam gagasan Wawasan 2020, pendidikan merupakan salah satu agenda penting yang akan

memenuhi aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjadi realiti. Pendidikan dapat mengubah kehidupan lampau yang penuh dengan suka duka kepada cahaya. Jika kita tidak mempunyai ilmu, maka hidup kita akan mudah tertipu dengan pelbagai anasir-anasir luar yang cuba merosakkan hidup kita. Kini perbezaan yang ketara telah dapat dilihat apabila jumlah pelajar wanita telah menakluki persada ilmu adalah majoriti berbanding lelaki menguasai institusi pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi awam. Menurut statistik tahun 2006 (Berita Harian, 24 September 2007) dalam sektor awam, pekerja wanita kini sudah menguasai kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu 52% berbanding lelaki 48%. Bidang perguruan merupakan salah satu contoh yang paling dekat dalam kalangan belia telah menyaksikan

jumlah guru wanita di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara jauh lebih tinggi iaitu melebihi 65% berbanding lelaki. Tambahan pula, trend sekarang menunjukkan profesion perguruan pada masa kini dan masa hadapan akan terus dimonopoli oleh wanita. Tuntutan kerja dalam profesion ini yang memerlukan kesabaran dan sikap empati dalam diri seorang guru terutama guru-guru yang berkecimpung dalam bidang pemulihan, pra sekolah, pendidikan khas dan sebagainya. Tambahan pula, menurut Musak Matrak (1995), faktor perubahan sosial dan ekonomi juga dikenal pasti sebagai faktor utama menyebabkan graduan tidak lagi berminat untuk menjadi guru, terutamanya di kalangan lelaki. Faktor ini disebabkan oleh kewujudan lebih peluang pekerjaan ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat yang membuka banyak peluang pekerjaan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi serta perdagangan dan industri. Kenyataan tersebut disokong oleh Stones (1974), yang menyatakan pelajar lelaki lebih berminat kepada aktiviti
11

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

berbentuk fizikal, mekanikal dan lain-lain berkaitan sains, politik dan perniagaan, berbanding pelajar perempuan. Tetapi, pada hari ini wanita telah menunjukkan keupayaan cemerlang apabila diberikan peluang yang saksama dan sememangnya wanita tetap mempunyai tempat di dalam semua arena pembangunan negara. Sistem pendidikan yang

memberikan peluang yang sama tanpa perbezaan antara lelaki dan perempuan menyebabkan ruang perbezaan lelaki dan perempuan semakin tipis. Hal ini dapat dilihat dalam sistem pembelajaran aliran teknikal yang mana pelajar lelaki dan perempuan berpeluang memasuki bidang pembelajaran yang diminati seperti bidang kejuruteraan, perhotelan, masakan, jahitan, keusahawanan dan sebagainya. Selain itu, bidang pengendalian pesawat yang dahulu dikuasai oleh kaum Adam sahaja mula diberi peluang kepada kaum Hawa. Sebagai contoh, banyak pusat pengajian tinggi telah membuka peluang kepada pelajar bagi mempelajari pengkhususan tersebut. Bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik yang suatu masa dahulu dikuasai oleh golongan lelaki telah mula diambil peluang oleh golong wanita. Bidang kejuruteraan kelihatan pada mata kasar adalah pekerjaan yang berat yang mana memerlukan pekerja keluar bekerja tanpa mengira masa, cuaca, lokasi dan sebagainya tidak menghalang pelajar memilih bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik sebagai kerjaya kerana menyahut cabaran dalam bidang tersebut. Seharusnya, wanita hari ini perlu diberikan penghargaan di atas pencapaian yang telah dilakukan. Selain itu, ini juga dapat membuktikan bahawa dalam bidang pekerjaan perempuan juga perlu diberi peluang yang sama rata seperti petikan buku Steve Harvey iaitu Act Like A Lady, Think Like A Man. Menurut Rogers, 1981 perkataan adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang". Kematangan merupakan salah satu proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Zaman remaja ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil

12

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa dan merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Hal ini bermaksud remaja yang mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Dari segi tumbesaran mereka mempunyai peningkatan tumbesaran yang tinggi

berbanding pada waktu

kanak-kanak awal, iaitu

kanak-kanak

perempuan lebih besar daripada kanak-kanak lelaki.

Selain itu, cara pemikiran

mereka juga meningkat iaitu kanak-kanak perempuan lebih matang daripada kanakkanak lelaki dalam melakukan sesuatu. Keupayaan wanita dalam cara pemikiran terserlah ketika dalam membuat sesuatu keputusan. Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri iaitu dari segi matlamat hala tuju selepas tamat persekolah pada tingkatan lima. Pada usia beginilah dia terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya dan cara kematangan pemikiran dalam membuat keputusan bagi memilih jurusanjurusan yang telah ditawarkan di pusat-pusat pengajian tinggi. Pada tahap remaja, seseorang remaja lelaki dan perempuan sering

membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Mereka akan cuba bersaing untuk mendapat kelulusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Seseorang remaja lelaki mahupun perempuan yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja. Jika seseorang remaja tidak dapat berdepan dengan cabaran yang wujud pada hari ini, mereka tidak akan boleh berjaya. Salah satu aspek yang dapat menyumbang kepada pengukuhan kendiri remaja ialah kecemerlangan dan
13

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

pencapaian. Kedua-dua ini merupakan satu desakan untuk bersaing sesama sendiri yang kemudiannya akan menentukan arah kendiri, membuatkan remaja lebih bebas untuk membuat keputusan sendiri, lebih bersedia dengan cabaran dan tuntutan persekitaran dan lebih mempunyai keupayaan daya tindak. Persaingan yang sengit bagi lelaki dan perempuan untuk menempatkan diri masing-masing di institusi-istitusi pengajian tinggi pada hari ini dapat dilihat dengan ketara. Kewujudan pusat pengajian swasta bagai cendawan tumbuh selepas hujan merupakan salah satu impak yang dapat dilihat kesan persaingan antara lelaki dan perempuan.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Begitu mantap hujah yang dikupas oleh Puan Seri tadi. Sekarang, kita beralih pula kepada panel terakhir kita iaitu Datin Seri Nor Syuwariyah binti Mohamed. Pada pendapat datin pula, adakah terdapat lagi faktor lain yang menyebabkan ketaksaman peluang pendidikan dari segi jantina? Dipersilakan datin untuk mengupas faktor seterusnya.

AHLI PANEL KEEMPAT


NOR SYUWARIYAH BINTI MOHAMED Terima kasih saudara pengerusi majlis. Pertama sekali alhamdulilah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat bersama-sama berkongsi ilmu bersama-sama ahli panel yang lain dalam Wanita Hari Ini. Berbalik kepada soalan ajuan tuan pengerusi, faktor lain yang mencetuskan ketaksamaan peluang pendidikan ini ialah faktor status. Apabila diimbas kembali pada zaman jahiliyah, status lelaki diagung tinggi oleh masyarakat berbanding perempuan. Seseorang yang dikhabarkan dengan kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah padam kerana terlalu marah. Anak perempuan ditanam

14

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

hidup-hidup tanpa belas kasihan. Oleh itu, bagaimana kaum hawa ingin mempelopori sesuatu bidang, sekiranya kehadiran mereka dipupuskan? Fenomena ini berlanjutan pada zaman penjajahan Portugal, Belanda dan British. Kaum lelaki sahaja yang diterima dalam pendidikan persekolahan. Malah, kaum perempuan hanya sekadar menjadi orang rumah. Peluang pekerjaan yang disediakan juga melibatkan kaum adam sahaja. Pekerjaan yang melibatkan kerahan tenaga ini sengaja dikhususkan kepada golongan lelaki. Namun begitu, di era moden ini, lonjakan paradigma golongan wanita kian menyerlah apabila wujudnya sama rata dalam aspek pendidikan. Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua kanak-kanak berumur 7 tahun untuk mendftar di sekolah rendah membuktikan bahawa kerajaan menitikberatkan pelajaran tanpa mengira kaum, bangsa dan jantina. Peluang yang sama rata antara lelaki dan perempuan mewujudkan lebih ramai ahli pendidikan. Persoalannya, mengapakah masih wujud jurang perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sektor pendidikan di institut pengajian tinggi? Hal ini jelas membuktikan bahawa status lelaki dan status perempuan yang berbeza di mata masyarakat jahiliah dan penjajah tidak menjaminkan apa-apa. Siapa sangka tangan yang menghayun buaian mampu menggoyangkan dunia. Fikir-fikirkanlah.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Baiklah, huraian yang ringkas daripada datin tentang faktor status. Menyedari faktor ini, ternyata golongan wanita teruk ditindas pada zaman jahiliah dan penjajahan. Namun begitu, sekarang lonjakan kejayaannya tidak dapat disangkal. Adakah pada pandangan datin, terdapat faktor sergregrasi antara kedua-dua gender ini dalam penentuan tempat di pengajian tinggi?

AHLI PANEL KEEMPAT

15

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

NOR SYUWARIYAH BINTI MOHAMED Terima kasih pengerusi majlis. Pada pandangan saya, sebagai Ketua Pengambilan Pelajar IPT, saya berasa segregrasi memang wujud antara kedua-dua gender ini. Segregrasi merujuk kepada pemisahan. Dalam konteks ini, merujuk kepada pemisahan antara lelaki dan perempuan pada peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan jumlah kemasukan pelajar lelaki dan perempuan di IPT, dapat saya simpulkan sedikit berkaitan dengan latar belakang persekolahan pelajar terbabit. Sekiranya seseorang murid lelaki dimasukkan ke dalam sekolah lelaki (methodist lelaki), maka individu tersebut mempunyai peluang untuk menonjolkan potensinya. Oleh itu, dapat meningkatkan keyakinanya. Kontranya pula tidak terdapat peluang persaingan antara jantina lain. Akibatnya, apabila pemilihan dijalankan untuk kemasukan ke pengajian tinggi, besar kemungkinan akan wujud persaingan sengit murid perempuan. Merujuk kepada artikel Teaching Boys and Girls Differently, didapati negara Amerika bersetuju tentang sekolah campuran jantina. Sejak 1961 lagi, kerajaan negara ini telah mengadakan satu sekolah lelaki dan perempuan kerana ini menghapuskan ideologi diskriminasi jantina. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, kebanyakkannya iaitu jika individu tersebut belajar di sekolah campuran jantina, kesannya pula, mungkin terdapat perbezaan dari gaya pembelajaran. Bagi pelajar lelaki contohnya, mereka lebih cenderung kepada aktiviti aktif yang melibatkan pergerakan anggota badan. Sebaliknya, pelajar perempuan pula lebih kepada gaya pembelajaran seperti kuliah iaitu memerlukan pendengaran yang lebih teliti. Menurut salah seorang ahli pskitaris, Doktor Leonardo Sax, sekolah satu jantina merupakan penyelesaian terbaik. Tetapi, pada peringkat sekolah menengah pula, sekolah campuran adalah lebih sesuai untuk mewujudkan kemahiran, kebolehan dan keinginan untuk belajar sebagai persediaan ke peringkat pengajian tinggi.

16

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Yang pasti, segregrasi antara jantina di peringkat sekolah memainkan peranan dalam menentukan tempat di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Begitu hebat pembentangan oleh ahli-ahli panel tentang isi-isi faktor ketaksamaan peluang pendidikan antara gender. Namun begitu, saya kira sesuatu isu yang timbul pasti memberi implikasi sama ada positif atau negatif. Oleh itu, saya tujukan kepada panel keempat kita iaitu tentang implikasi individu.

AHLI PANEL KEEMPAT


NOR SYUWARIYAH BINTI MOHAMED Terima kasih atas soalan tersebut. Hakikatnya, ketaksamaan peluang pendidikan di IPT ini memberi implikasi positif mahupun negatif. Berikutan semakin ramai yang memohon di IPT, maka semakin tinggi daya saing antara kedua-dua gender ini untuk mendapat tempat di IPT. Persaingan sihat antara individu ini, akan mendatangkan banyak impak positif. Individu yang bersaing akan saling melengkapi diri dengan ilmu yang berguna untuk kegunaan di masa hadapan. Selain itu, dapat melahirkan individu yang lebih berdaya saing serta berpotensi untuk menjadi golongan cendiakawan. Hal ini secara tidak langsung, mampu mengurangkan pelajar yang cetak ilmu pengetahuan ibarat katak di bawah tempurung. Sebaliknya, sekiranya golongan lelaki cepat putus asa, hal ini akan memburukan situasi individu tersebut. Perasaan rendah diri akan wujud kerana walaupun telah berusaha dengan tekun namun, tidak juga mendapat tempat di institut pengajian tinggi. Apabila keadaan ini berlaku, kesannya, golongan lelaki mungkin mencari alternatif lain untuk menonjolkan dirinya. Amalan tidak sihat seperti melepak akan
17

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

menjadi rutin hariannya. Teruk lagi, saya takut individu lelaki ini akan mengambil jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan melakukan jenayah seperti merompok dan mengedar dadah. Oleh itu, saya tegaskan di sini bahawa ketaksamaan peluang pendidikan ini perlu segera diatasi kerana implikasi negatif ini mampu menghancurkan negara. Jangan biarkan nila setitik, habis susu sebelanga.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Seperti yang diketahui oleh penonton-penonton di studio, banyak faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina. Setiap yang berlaku pasti ada implikasi yang tersirat dan tersurat. Pada pendapat puan, apakah implikasi yang berlaku kepada masyarakat apabila berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina ini? Boleh huraikan dengan lebih lanjut?

AHLI PANEL KETIGA


SAKINAH BINTI IBRAHIM Terdapat beberapa implikasi positif lantaran daripada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina ini. Salah satu implikasi tersebut ialah wanita dalam masyarakat kini sudah diberi peluang untuk menceburi pelbagai bidang yang telah lama dikuasai oleh orang lelaki. Perbezaan ketara yang wujud sebelum zaman pra kemerdekaan yang sinonim dengan istilah wanita dan dapur telah berjaya dihakis. Wanita pada hari ini telah menunjukkan keupayaan dalam mempelajari pelbagai bidang seperti kejuruteraan, usahawan yang Berjaya dan sebagainya. Sebagai contoh, kejayaan Datuk Maznah Hamid dalam menjadi pengerusi dalam sebuah syarikat keselamatan dan telah digelar sebagai Iron Lady kerana bidang tersebut merupakan bidang dan cabaran dalam tuntutan kerja bagi orang lelaki.

18

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Bagi masyarakat di sekolah pula, guru perlu mengambil kira soal kematangan dan psikologi bagi memberi pendekatan pengajaran kepada murid yang pelbagai latar belakang. Seperti yang diketahui umum, komuniti sekolah terutama murid mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat sesetengah murid yang datang dari pelbagai arah seperti bandar dan kampung. Oleh itu, pendekatan pengajaran yang berbeza perlu diberikan supaya setiap murid dapat menerima pengajaran yang telah disampaikan oleh guru. Tambahan pula, dalam cabaran yang serba moden dan globalisasi ini, guru perlu mengetahui perkembangan pendidikan yang terbaru bagi membolehkan penggajaran dapat disampaikan dengan baik. Selain itu, pendekatan yang diberikan kepada muridmurid lelaki adalah berbeza dengan murid perempuan Terdapat juga implikasi negatif kesan daripada ketaksamaan peluang pendidikan tersebut. Salah satu ialah kewujudan pemasalahan sosiobudaya dalam masyarakat seperti peningkatan wanita profesional yang tidak berkahwin

memandangkan perbezaan latar belakang pendidikan antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Apabila seseorang wanita berkarier yang memegang tampuk pemerintahan sesuatu pekerjaan, mereka akan menganggap lelaki yang mempunyai taraf pendidikan yang lebih rendah tidak layak dikahwininya. Hal ini kerana, masyarakat sekeliling akan memandang enteng kepada mereka. Bagi sesetengah masyarakat, mereka berangggapan taraf pendidikan suami adalah perlu lebih tinggi daripada taraf pendidikan isteri. Ini akan menyebabkan isteri akan malu. Orang perempuan mempunyai persepsi adalah tidak perlu mereka menanggung malu daripada berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai pendidikan yang rendah. Tambahan pula, kesan daripada dominasi pelajar wanita dalam institusi pendidikan seterusnya akan mengakibatkan penguasaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada hari ini. Kemasukan ramai perempuan di pusat-pusat pengajian tinggi akan menyebabkan berlakunya lambakan perempuan dalam segala bidang pada hari ini. Sebagai contoh, bidang kejuruteraan yang dulu didominasi oleh kaum lelaki, telah mula dikuasai oleh wanita. Selain itu, bidang pengendalian pesawat juga telah mula diberi nafas baru apabila peluang ini dibuka untuk wanita. Sebagai contoh, juruterbang pertama yang bertudung iaitu Noor Hafizah telah merentasi awan biru.
19

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Bercakap tentang isu gender dan peluang pendidikan di Malaysia pada masa kini,masyarakat umum mungkin menyedari bahawa pendidikan sangat penting sebagai jaminan masa hadapan. Tetapi bagaimana pula dengan pihak keluarga? Apakah implikasi kepada pihak keluarga ? mungkin juga bagi sesetengah keluarga anak perempuan tidak seharusnya mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan alih-alih ke dapur juga. Jadi apakah pandangan Puan Sri Natasya perkara ini?

AHLI PANEL KEDUA


NATASYA BINTI MOHD HUSSIN Terima kasih saudara pengerusi atas soalan yang saya kira cukup menarik jika nak dikupaskan. Berbalik kepada soalan saudari Pengerusi sebentar tadi, faktor keluarga sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam isu ini.Mengapa saya katakan begitu adalah kerana keluarga mencorak cara pemikiran dancara hidup seseorang individu itu. Seperti kata pepatah Arab anak-anak seperti kain putih,ibubapalah yang mencorakkannya. Jadi dalam konteks ini, anak-anak itu sendiri merujukkepada siswa siswi pada masa kini manakala ibubapa semestinya merujuk kepada keluarga itu sendiri. Jadi bagaimana ibubapa atau keluarga itu mencorakkan pemikiran anak-anak, maka begitulah yang akan berlaku kepada tindak balas perlakuan yang mana keluarga menjadi cerminan kepada cara fikir dan tingkah laku anak-anak itu tadi.Tidak dapat saya nafikan, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, anak-anak kita pada masa kini tidak lagi terikat dengan mentaliti keluarga kerana anak-anak pada masa kini lebih terbuka dan terdedah kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan.

20

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Penekanan dalam aspek pendidikan sentiasa dititik berat memandangkan pendidikan mampu mengubah taraf hidup sesebuah masyarakat. Pendidikan membolehkan setiap individu menguasai ilmu pengetahuan dan seterusnya mampu mengatasi ranjau dan rintangan kehidupan. Anak perempuan tidak berupaya mencapai pencapaian yang cemerlang dan hanya layak duduk diceruk dapur merupakan andaian lapuk dan tidak dapat diterima akal. Buktinya, banyak kejayaankejayaan pelajar di peringkat peperiksaan nasional dimonopoli oleh

pelajar perempuan.Jadi disini ingin saya tekankan bahawa keluarga boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi peluang anak-anak mendapat

pendidikan, namun, anak-anak juga harus diberipeluang dalam mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sekian terima kasih.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Pada pendapat Cik Siti Nursyahirah Hisham, selain daripada semua aspek implikasi yang telah dinyatakan apa lagi implikasi yang dapat cik berikan sebelum kita menutup perbincangan kita pada hari ini?

AHLI PANEL PERTAMA


SITI NURSYAHIRAH BINTI HISHAM Terima kasih tuan pengerusi. Saya pasti anda semua telah jelas tentang kesan atau implikasi ketaksamaan peluang pendidikan ini kepada diri individu itu sendiri, keluarga dan masyarakat. Namun, apa yang ingin saya tambah adalah kesan daripada isu ini terhadap negara. Mungkin sesetengah daripada kita nampak isu ini tidak begitu rumit sehingga memerlukan perhatian serius. Walau bagaimanapun, ingin saya tekankan bahawa perkara ini telah memberikan sedikit masalah dalam keseimbangan peluang pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Ada satu artikel di laman sesawang yang pernah saya baca iaitu menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, statistik Kementerian
21

EDU 3106: BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

Pengajian Tinggi telah menunjukkan bahawa graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang. Malah, beliau turut menyatakan antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan pada masa kini. Saya kira cukup sampai di sini sahaja penerangan yang dapat saya nyatakan sebagai tambahan kepada kesan kesan yang terlebih dahuku telah dinyatakan oleh tiga ahli panel yang terdahulu.

PENGERUSI
AFIZUL BIN AHMAD PAHMIN Nampaknya kita sudah tiba di penghujung forum pada hari ini. Boleh Puan Sri Natasya membuat kesimpulan mengenai topik pada hari ini?

AHLI PANEL KEDUA


NATASYA BINTI MOHD HUSSIN Secara tuntasnya, dapat saya katakan bahawa faktor jantina merupakan faktor utama ketaksamaan peluang pendidikan bagi pelajar wanita dan pelajar lelaki di pusat-pusat pengajian tinggi. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya ketaksamaan peluang yang telah kita bincangkan sebentar tadi. Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Ini dapat dikaitkan juga dengan ketaksamaan peluang pendidikan yang lebih didominasi oleh pelajar perempuan di pusat pengajian tinggi pada zaman sekarang berbanding pelajar lelaki. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting. Sistem pendidikan negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara sehingga pengenalan kepada dasar pendemokrasian pendidikan pada tahun 1962.
22

You might also like