You are on page 1of 2

Tutorial 8

Ahli kumpulan: Amin, Liyana, Amirah

Cikgu Su ialah guru kelas Darjah 4A yang mempunyai 24 orang murid. Ukuran bilik darjah
ialah 20 kaki lebar dan 30 kaki panjang. Terdapat dua pintu di bahagian hadapan dan
belakang kelas serta tingkap-tingkap di sisi yang memanjang. Kelas ini juga dibekalkan
dengan kerusi dan meja murid yang mencukupi, kerusi dan meja untuk guru dan sebuah
papan tulis. Murid-murid di dalam kelas ini cemerlang akademik tetapi selalu berbuat bising
dan suka menyoal guru. Lukiskan pelan susun atur bilik darjah 4A bagi membantu Cikgu Su
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Berikan
justifikasi bagi susun atur yang anda cadangkan. Pelan tersebut juga perlu ada komponen-
komponen pencegahan dan sokongan. Buat dalam kumpulan.

Antara justifikasi pemilihan susun atur bilik darjah seperti gambar di atas adalah
untuk memudahkan dan memberikan ruang kepada pelajar untuk berkolaborasi semasa
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Susun atur tersebut mencadangkan susunan meja
murid secara berkumpulan iaitu empat atau enam orang pelajar bagi satu kumpulan.
Susunan ini membolehkan pelajar melaksanakan kolaborasi dan meningkatkan kemahiran
berfikir semasa aktiviti kolaborasi murid ketika PdP dijalankan. Susunan meja murid secara
berkumpulan ini juga dapat mencegah murid daripada suka menyoal guru kerana pelajar
berpeluang untuk menggunakan kemahiran berfikir dan berbincang sesama pelajar bagi
mencapai suatu kefahaman. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pembelajaran
PAK21 iaitu round robin di mana pelajar ditugaskan untuk berbincang dan menulis idea
mereka pada suatu kertas dan membentangkannya secara berkumpulan. Susunan meja
berenam pula akan dikhususkan untuk pelajar yang lemah dalam kelas dan guru muda
(pembimbing rakan) di mana kedudukan mejanya hampir dengan guru. Oleh itu, murid yang
lambat belajar atau tidak minat belajar boleh dipantau secara terus oleh guru dan guru muda
dapat membantu rakan mereka yang lemah dalam pelajaran semasa aktiviti kolaborasi.

Seterusnya, kedudukan meja murid di dalam bilik darjah amatlah penting dan menjadi
faktor penting dalam pembelajaran bilik darjah. Melalui pemilihan susunan meja dapat kita
perhatiakn meja-meja tersebut disusun secara selari. Bagaimana susunan meja secara
selari ini dapat membantu sewaktu proses pengajaran dan Pembelajaran( PdP) di dalam
kelas?. Kedudukan yang selari ini sebenarnya membantu guru untuk memantau murid-murid
dengan lebih efisien. Hal ini kerana, kedudukan meja yang selari membolehkan guru untuk
bergerak ke setiap bahagian kelas dengan mudah dan lancar. Oleh itu, murid akan sentiasa
fokus terhadap pengajaran guru kerana dipantau oleh guru secara berterusan. Akan tetapi
penekanan perlu diberikan terhadap jarak meja di antara setiap kumpulan perlulah tidak
sempit sehingga menghalang pergerakkan guru. Penyusunan meja secari selari mestilah
disesuaikan dengan jumlah murid dan keluasan kelas tersebyt. Justeru itu, input dan ouput
pemebelajaran juga akan meningkat.

You might also like