You are on page 1of 2

Perbezaan Kesan Penilaian Formatif dan Penilai Sumatif Terhadap Pengajaran Mata

Pelajaran Pendidikan Kesihatan

1. Penilaian Formatif

Penilaian formatif merupakan satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan
tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Kesan yang pertama ialah guru
dapat mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada
pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Dalam hal ini,
penilaian akan dijalankan semasa sesi pengajaran atau setiap hujung bulan. Contohnya,
guru pendidikan kesihatan memberikan kuiz pada penghujung sesi pengajaran kepada
murid. Daripada hasil penilaian tersebut, guru dapat mengetahui sama ada hasil
pembelajaran pada hari itu tercapai atau tidak.

Selain itu, membolehkan guru pendidikan kesihatan menilai bahan-bahan dan


teknik serta kaedah pengajaran harian mereka. Hal ini demikian kerana terdapat
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh dilakukan oleh guru dalam
melaksanakan proses PdPc Pendidikan Kesihatan. Dengan ini, guru akan memilih
kaedah dan teknik pengajaran yang mengikut kesesuaian murid. Contohnya, teknik
demonstrasi lebih sesuai digunakan untuk mengajar murid menjaga kebersihan diri
seperti penjagaan gigi. Kesannya, guru akan sentiasa dapat mempertingkatkan
pengajaran mereka.

Seterusnya, menentukan murid yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka. Hal ini kerana aspek kognitif murid adalah berbeza.
Dengan ini, guru dapat membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau
menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan di dalam kelas. Contohnya, guru
memberikan latihan kepada murid yang lemah dan memberikan pengukuhan kepada
murid yang memiliki keupayaan kognitif yang tinggi. Oleh itu, setiap murid akan dapat
mencapai objektif pembelajaran.

2. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap
pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan. Kesan yang pertama ialah membantu
guru Pendidikan Kesihatan mengetahui sejauh manakah murid mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang disampaikan. Dengan ini, penilaian akan
dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu
mengikut kelas pada semester pertama dan semester kedua. Contohnya, guru
Pendidikan Kesihatan melaksanakan ujian formal iaitu ujian kertas pensel atau ujian
lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut kesesuaiannya.

Selain itu, guru dapat membandingkan tingkat pencapaian murid dalam sesuatu
bidang subjek dengan bidang yang lain. Hal ini kerana mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan mengandungi beberapa unit pembelajaran. Dengan itu, guru akan
menggabungkan semua unit pembelajaran tersebut dalam satu ujian. Kesannya, guru
dapat mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan
pemeringkatan gred murid di dalam kelas.

Seterusnya, guru dapat membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat murid
terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menempatkan murid kumpulan atau kelas
yang sesuai disamping merancang dan mengubahsuai pelajaran atau kurikulum murid.
Dengan ini, guru akan memberikan penghargaan kepada murid yang berpotensi tinggi.
Contohnya, memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan. Kesannya, guru
dengan mudah dapat menyalurkan murid mereka ke kelas yang sesuai dengan tahap
keupayaan mereka.

You might also like