You are on page 1of 2

Perubahan Fizikal Remaja Semasa Akil Baligh

Remaja yang memasuki akil baligh akan mengalami perubahan fizikal yang ketara. Oleh itu,
remaja akil baligh mesti mengetahui perubahan-perubahan fizikal diri yang bakal dihadapi
serta cara-cara menjaga kebersihan diri agar menjauhi diri daripada penyakit serta
menunjukkan imej diri yang bersih.

Perubahan fizikal yang dialami oleh remaja:

Perubahan fizikal remaja lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dan persamaan.
Pada peringkat ini, remaja akan mengalami perubahan fizikal seperti ketinggian, berat
badan dan juga perwatakan.

1. Perubahan fizikal remaja lelaki:

Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan mengeluarkan hormon androgen
yang dihasilkan oleh testis. Hormon tersebut menggalakkan pembentukan ciri-ciri
sekunder bagi remaja lelaki seperti pertumbuhan halus di ketiak dan pubis. Suara
mereka akan berubah menjadi garau dan halkum juga akan jelas kelihatan pada
leher. Rangsangan kelenjar pituitari pula menyebabkan perkembangan hormon
testosterone yang berfungsi untuk merangsang penghasilan sperma.
2. Perkembangan fizikal remaja perempuan:

Remaja perempuan yang mencapai akil baligh akan mengalami kematangan organ-
organ pembiakan dan rembesan hormon estrogen serta progesterone. hormon
tersebut bertugas untuk merangsang pembentukan cirri sekunder bagi remaja
perempuan seperti pembesaran payu dara dan punggung menjadi lebih lebar.
Rembesan hormon itu menyebabkan berlakunya haid.

You might also like