You are on page 1of 2

PANDUAN MENULIS KARANGAN WAWANCARA/TEMU RAMAH

Contoh Soalan: Sebagai pengarang majalah sekolah anda dikehendaki mewawancara seorang pelajar di sekolah anda yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam PMR tentang rahsianya mencapai kejayaan untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya. Pendahuluan Menerangkan secara ringkas dalam bentuk perenggan: a. siapa dengan siapa b. tempat wawancara c. masa wawancara diadakan d. tujuan wawancara diadakan Contoh Pendahuluan: Pada 16 Mac yang lalu, saya iaitu Aleef Adham sebagai pengarang Majalah SUARA telah menjalankan wawancara dengan seorang pelajar cemerlang dalam PMR yang baru lalu iaitu saudara Amirul Adhwa. Wawancara yang dijalankan di bilik gerakan ini bertujuan untuk dimuatkan ke dalam majalah SUARA keluaran tahun 2008. Pengenalan: Ditulis dalam bentuk dialog a.Mengucapkan salam b.Memperkenalkan diri c.Menerangkan tujuan wawancara diadakan Contoh Pengenalan: Aleef : Assalamualaikum saudara Adhwa. Adhwa : Waalaikumsalam. Aleef : Saya Aleef, selaku pengarang majalah SUARA sekolah kita,terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi diwawancara pada pagi ini.Wawancara kita ini akan dimuatkan di dalam majalah SUARA keluaran tahun ini. Isi Wawancara: Mengandungi soalan pewawancara dan jawapan daripada yang diwawancara Soalan yang bersesuaian dengan kehendak soalan karangan Ditulis dalam ayat yang lengkap dan sempurna Jangan menulis singkatan atau bahasa pasar Masukkan 4 isi yang menjurus kepada kehendak soalan karangan

Contoh Isi: Aleef : Siapakah yang menjadi pendorong kepada saudara sehingga mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang dalam PMR yang lalu? Adhwa : Selain kedua-dua orang ibu bapa saya,orang yang paling banyak mendorong saya mencapai kejayaan ialah Guru Tingkatan saya iaitu Encik Nor Azam.Beliau begitu prihatin dengan pencapaian saya dalam sebarang peperiksaan yang saya tempuhi sejak saya menjadi anak muridnya.Terima kasih cikgu. Penutup: Nasihat/Saranan oleh orang yang diwawancara kepada pembaca Ucapan terima kasih pewawancara kepada orang yang diwawancara Contoh Penutup-Nasihat: Aleef : Soalan saya terakhir.Apakah nasihat saudara kepada pelajarpelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini? Adhwa : Nasihat saya kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR pada tahun ini adalah selain tekun mengulangkaji pelajaran, kita perlu menurut segala nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kita.Akhirnya kita perlu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa. Contoh Penutup-Terima kasih: Aleef : Baiklah saudara Adhwa, akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dengan saya pada pagi ini. Adhwa : Terima kasih kembali.

You might also like