You are on page 1of 4

SKRIP FORUM

Moderator : Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t. Pada hari yang mulia ini,


bertemu lagi kita dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini pastinya dinanti-
nantikan oleh warga kelas PPISMP 2.07. Topik tersebut ialah mengenai seorang tokoh yang
terkenal di tanah air yang memiliki kekuatan dalam bidang pengulasan sukan. Beliau yang
dimaksudkan ialah Allayarham Datuk Hasbullah Awang. Bak kata pepatah, Tak kenal maka
tak cinta, oleh itu, eloklah kita berkenalan terlebih dahulu dengan ahli panel yang dijemput
khas pada hari ini. Baiklah, di sebelah kanan saya ialah ahli panel pertama, Professor Azrin
Binti Mamat yang merupakan pensyarah dalam bidang sains sukan di UPM. Selamat datang
saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari, Dr. Nurul Afini Binti
Marzuki. Selamat datang juga saudari. Sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya
pada panel pertama, boleh Professor Azrin menerangkan sedikit mengenai latar belakang
tokoh yang dimaksudkan iaitu Allayarham Datuk Hasbullah Awang.

Panel 1 (Azrin): Terima kasih diucapkan kepada saudari moderator. Sebelum itu, izinkan
saya untuk berpantun terlebih dahulu.

Tibanya saya sudahlah lama,

Datang dengan semangat membara.

Mohon perhatian kalian semua,

Saya ingin memulakan bicara.

Berbalik pada soalan yang diajukan saudari moderator kita sebentar tadi, Allayarham Datuk
Haji Hasbullah Awang dilahirkan pada 9 September 1952. Beliau merupakan seorang
pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Astro. Beliau bertugas
sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti
berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Allahyarham
memulakan kerjaya penyiaran pada 1974 sebagai Pembantu Siaran Tingkat 4 di RTM
Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada 1980. Beliau
bersara awal iaitu pada tahun 1992 sebelum menyertai TV3 sehingga 1994 tetapi kembali
menyertai semula RTM sebagai Penyampai dan Pengacara Sambilan.Beliau juga pernah
menyumbangkan suaranya untuk siri animasi Kampung Boy.

Datuk Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 yang kini dikenali
sebagai Radio Klasik. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan
tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak
Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Beliau telah menyumbangkan suara
untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki. Datuk Hasbullah meninggal dunia pada 12
Februari 2015 pada usia 63 tahun akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara.

Dalam kalangan peminat sukan, beliau dianggap sebagai antara pengulas terbaik yang
pernah dilahirkan negara, sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.
Kejayaan memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada 1989, 1991 dan
2004 sekadar menceritakan betapa dia menjadi satu tarikan peminat pada era berkenaan.
Itu sahajalah serba sedikit mengenai latar belakang beliau yang dapat saya jelaskan.
Moderator : Terima kasih diucapkan kepada panel pertama kita. Sungguh banyak input
yang saya pasti para hadirin sekalian tidak ketahui mengenai beliau. Nampaknya, Dr. Afini
seperti tidak sabar untuk berbicara. Maka kita lanjutkan forum kita pada hari ini dengan
soalan yang kedua. Bolehkah Dr. Afini terangkan mengenai keistimewaan-keistimewaan
yang terdapat pada diri beliau?

Panel 2 (Afini) : Terima kasih atas soalan yang diberi. Satu soalan yang amat menarik untuk
saya terangkan. Seperti yang kita sedia maklum, Allahyarham Datuk Hasbullah merupakan
seorang pengulas sukan yang amat disegani oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana, sewaktu
mengulas perlawanan bolasepak, beliau mempunyai gaya yang tersendiri. Beliau akan
menyebut asal-usul pemain yang sedang beraksi, apa kegemaran pemain tersebut dan
siapakah yang mencungkil bakat pemain itu. Bagi saya beliau seorang yang amat
berpengetahuan luas kerana beliau telah banyak membuat kajian dan persediaan sebelum
mengulas sesuatu perlawanan sukan. Penonton bukan hanya sekadar melihat aksi pemain
itu dan mendengar celoteh pengulas malah dapat juga mengetahui sedikit sebanyak latar
belakang bintang sukan yang mereka minati. Itulah kelebihan insan bernama Hasbullah
Awang yang mungkin sukar dicari ganti.

Hebatnya Haji Hasbullah ini dapat dilihat pada pemilihan penonton terhadap siaran TV.
Katakanlah terdapat acara perlawanan bola sepak Malaysia menentang Brazil disiarkan di
RTM dan Astro Arena pada masa yang sama. Pastinya penonton akan memilih untuk
menonton siaran langsung tersebut di RTM hanya kerana Haji Hasbullah Awang mengulas
di siaran itu. Magis dan ungkapan ajaib daripada ulasannya benar-benar sebati dan mesra
di jiwa penggila bola sepak tanah air. Ramai generasi masa kini menyatakan kenangan
ulasan terbaik dari Haji Hasbullah Awang adalah sewaktu Malaysia memenangi AFF Suzuki
Cup tahun 2010. Namun, memori terbaik beliau ialah ketika mengulas Piala Thomas pada
tahun 1992 yang mana telah membawa kejayaan buat Malaysia.

Moderator : Terima kasih kepada panel kedua kita. Nampaknya Dr. Afini sangat
bersemangat dalam menjawab persoalan yang saya ajukan sebentar tadi. Sekarang sudah
terang lagi bersuluh bahawa Datuk Haji Hasbullah Awang boleh diibaratkan seperti bintang
yang menambahkan lagi seri dalam sesuatu perlawanan sukan. Baiklah, sebelum kita
beranjak maju ke pusingan seterusnya, eloklah kita mengimbas kembali detik-detik populariti
memuncak beliau melalui video yang bakal ditayangkan.

...................................................................................................................................................

Melalui tayangan video sebentar tadi, dapatlah disimpulkan bahawa Datuk Hasbullah Awang
merupakan seorang pengulas sukan yang sangat bersemangat dan berbakat besar dalam
bidang yang diceburinya. Sekarang kita beralih ke pusingan kedua, bolehkah Professor
Azrin menerangkan laras bahasa yang digunakan oleh Datuk Haji Hasbullah Awang ketika
mengulas ?

Panel 1 (Azrin): Terima kasih saudari moderator. Satu soalan yang amat bijak dan menarik
untuk saya kupaskan. Penggunaan laras bahasa dalam pengulasan beliau ialah mengikut
kepada laras bahasa sukan. Penggunaan bahasa oleh Allahyarham Datuk Haji Hasbullah
Awang adalah ringkas, bersahaja dan jelas. Terdapat juga istilah dan kosa kata dalam bola
sepak yang mudah difahami digunakan seperti pemain, penyerang, jaringal gol, perangkap
off-side, tandukan, sepakan, dan kejuaraan. Laras bahasa yang digunakan beliau adalah
merujuk kemenangan, kekalahan dan jaringan gol. Banyak frasa-frasa kreatif digunakan
beliau semasa mengulas seperti Bersilat nampaknya Mat Yo di situ ,Satu rembatannn
oooterkena palangsayang sekalipalang menjadi penghalang dan Dia mengapung-
apungkan badannya diudara, dan satu pukulan tajam lalu bulu tangkis terbenam didalam
gelanggang. Persembahan bahasa yang menarik, segar, kreatif dan berkesan oleh
pengulas sememangnya dapat memberi kepuasan kepada penonton yang menyaksikan
perlawanan tersebut. Mereka seolah-olah menyaksikan sendiri perlawanan tersebut oleh
kerana terkesan dengan penggunaan laras bahasa yang sesuai. Selain itu, penggunaan
laras bahasa yang berunsur kecindan atau humor telah dimuatkan dalam pengulasan
beliau. Antaranya seperti, Kita ketahui pemain ini yang dianggap ayam tambatan sukar
dicari Dannnn goooolll, oh tidak bola muntah kembali, Bola dikaki Badrul Muhayatoo
maafkan saya Badrol Bakhtiar sebenarnya..Badrul Muhayat merupakan seorang pelakon
dan Safiq membawa bola.. oh maafkan saya .. nampaknya Safee Sali di situ.. Safiq
diseberang sanaa menanti bola. Unsur-unsur jenaka seperti ini akan membuatkan
penonton lebih tertarik untuk menyaksikan suatu perlawanan yang diulas oleh Datuk
Hasbullah Awang.

Moderator : Wahh hebat sungguh nampaknya Datuk Hasbullah Awang ini. Kehebatan
beliau dalam mengulas sesuatu acara sukan tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun beliau
berada di belakang tabir semasa perlawanan berlangsung, tetapi aura dan semangatnya
dapat dirasai oleh rakyat Malaysia. Soalan terakhir yang akan saya ajukan kepada panel
kedua, dapatkah Dr. Afini menjelaskan sejauh manakah kredibiliti yang ditonjolkan oleh
Hasbullah Awang sepanjang tempoh karier beliau?

PANEL 2 : Pada pendapat saya, sepanjang tempoh kariernya beliau seorang yang sangat
berkaliber. Hal ini terbukti apabila beliau berjaya meraih kepercayaan untuk mengulas
sesuatu perlawanan yang melibatkan arena sukan di peringkat antarabangsa Piala Thomas
1992 dan Piala AFF Suzuki Cup 2010. Kredibiliti yang terletak pada nada suara dan intonasi
beliau menaikkan lagi semangat kesukanan dalam jiwa penonton khusunya penonton yang
berada di rumah. Selain itu, kemahiran beliau sewaktu mengulas perlawanan live sangat
dikagumi oleh segenap lapisan masyarakat kerana tidak semua orang mempunyai bakat
dan kredibiliti seperti beliau. Datuk Hasbullah Awang mampu mengulas secara spontan dan
mempunyai idea yang tidak putus yang menyebabkan perlawanan menjadi semakin rancak
dan meriah. Jika dilihat pasa masa kini, ramai bakat-bakat baru cuba untuk menyaingi
kehebatan pengulas sukan tersohor Malaysia ini. Namun, Datuk Hasbullah Awang tetap
tersemat dan diingati walaupun 2 tahun pergi meninggalkan kita. Oleh itu, benarlah
ungkapan Melayu yang menyatakan harimau mati meninggalkan belang manusia mati
meninggalkan nama.

MODERATOR: Ya, saya amat bersetuju dengan kata-kata ahli panel kedua yang
mengatakan kredibiliti Datuk Hasbullah Awang tiada galang gantinya. Seterusnya, jasa dan
penglibatan arwah dalam bidang pengacaraan sukan mendapat pengiktirafan apabila beliau
menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran
Datuk dari Presiden FAM, Sultan Pahang pada bulan Novembar 2010. Bakat beliau
sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Namun begitu, suara emas yang acap kali bermain
di corong radio dan televisyen itu tidak lagi dapat didengari apabila beliau kembali ke
pangkuan Ilahi akibat sakit jantung pada jam 12.20 tengah hari di Institut Jantung Negara
(ISN) pada 12 Februari 2015. Biarpun dianggap pengulas lagenda, Hasbullah tidak pernah
mencipta jurang dengan muka-muka baharu. Justeru, tidak hairanlah jika pemergian beliau
amat dirasai bukan sahaja oleh keluarga dan sahabat handai malah mereka yang pernah
bertugas semasa beliau selain peminat seluruh sukan tanah air. Semoga Allahyarham
ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Jasadmu mungkin sudah tiada
namun suara emas dan keletah Datuk Hasbullah tidak akan lenyap daripada ingatan seluruh
rakyat Malaysia. Sebelum mengakhiri Forum Remaja kita, marilah kita sama-sama
menyaksikan montaj video yang telah disedia khas untuk mengenang kembali jasa Datuk
Hasbullah Awang kepada tanah air sepanjang hayat beliau.

...................................................................................................................................................

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Hasbullah Awang.

You might also like