You are on page 1of 5

Latihan PKPB ( Novel Di Sebalik Dinara 07062020 )

NOVEL DISEBALIK DINARA

TEMA

Persaingan dalam dunia sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan dalam diri

a) Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi
apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk
melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya Marilyn
menjadi gila.
b) Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk
menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus
ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Sistem Dinara.
c) Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk
menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

i. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

Panduan menjawab soalan novel:

Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Tema bagi novel ialah ( masukkan tema ). Contoh yang menyokong tema ini ialah ( masukkan

persitiwa 1 ). Selain itu, ( masukkan peristiwa 2 )


Latihan PKPB ( Novel Di Sebalik Dinara 07062020 )

PERSOALAN CONTOH

Kecanggihan teknologi a) Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul
pada masa hadapan Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.
b) Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih
seperti‘retinal scanner’ iaitu alat pengimbas retina mata untuk
mengesahkan identiti seseorang.
c) Farisha menghadiri simposium bertempat di Hotel Renaissance.
Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga
mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan
oleh robot pelayan tetamu.

2. Ketaasuban a) Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai


sesetengah golongan pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih
manusia mengejar hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan
kemajuan sains dan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya
teknologi sehingga Marilyn menjadi gila.
mengabaikan nilai b) Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
kemanusiaan. meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan
ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam
sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Sistem
Dinara.
c) Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat
dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu
meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.

Kasih sayang sesama a) Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia menunaikan
ahli keluarga amanah arwah ibu bapanya dengan menjaga Farisha sepenuh kasih
sayang.
b) Farisha berasa sedih dan takut kehilangan apabila mendapat tahu
abangnya,Azraai menghidap penyakit jantung ketika makan malam di
rumah Azraai.
Latihan PKPB ( Novel Di Sebalik Dinara 07062020 )

c) Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang


anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke
dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada
keluarga angkat.

Kepincangan keluarga a) Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami


yang berlaku dalam dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina@ Alia untuk
kalangan masyarakat. meninggalkan agama.
b) Rusmina@Alia telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut
Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.
c) Karl sanggup menjadikan Medina@Marilyn gila kerana tidak mahu
isterinya menjadi pesaing dalam kecanggihan sains dan teknologi.

Kebijaksanaan dalam a) Karl bijak dalam dunia sains sehingga berjaya menukarkan Alia yang
dunia sains dan cedera parah setelah dipukul olehnya menjadi separa robot dan
teknologi menukarkan Aqram yang lembam kepada robot yang sempurna
dalam segi paras rupa dan kebijaksanaan.
b) Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah
terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat.
Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya
genius telah dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
c) Karl juga merupakan pengasas sistem Dinara dan pernah menerima
anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun yang lalu.
Latihan PKPB ( Novel Di Sebalik Dinara 07062020 )

Soalan Pertama:

Dalam sesebuah novel, terdapat pelbagai persoalan yang diketengahkan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut. [8 markah]

Panduan menjawab soalan novel:

Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Persoalan pertama bagi novel ialah persoalan ( masukkan persoalan pertama ). Contoh yang

menyokong persoalan ini ialah ( masukkan contoh peristiwa ).

Persoalan kedua bagi novel ialah persoalan ( masukkan persoalan kedua ). Contoh yang

menyokong persoalan ini ialah ( masukkan contoh peristiwa ).

Persoalan ketiga bagi novel ialah persoalan ( masukkan persoalan ketiga ). Contoh yang

menyokong persoalan ini ialah ( masukkan contoh peristiwa ).

Soalan Kedua:
Dalam sesebuah novel, terdapat pelbagai persoalan yang diketengahkan oleh pengarang.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga persoalan kecanggihan sains dan
teknologi yang terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

Novel yang saya kaji di tingkatan empat ialah Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.

Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan kecanggihan sains dan teknologi. Contoh yang

menyokong persoalan ini ialah ( masukkan contoh peristiwa 1 ).

Contoh yang menyokong persoalan ini ialah ( masukkan contoh peristiwa 2).

Contoh yang menyokong persoalan ini ialah ( masukkan contoh peristiwa 3 ).


Latihan PKPB ( Novel Di Sebalik Dinara 07062020 )

You might also like