You are on page 1of 6

BUKU TEKS BAHASA MELAYU TATABAHASA TINGKATAN 4 (KSSM)

TEMA 1 – MEREALISASIKAN IMPIAN (DSKP TING 4 – 3.1.1) BINA AYAT

BINA AYAT 1
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) permainan video


(ii) semangat kesukanan
(iii) melahirkan atlet
(iv) berdaya saing
(v) sembang santai
[10 markah]
BINA AYAT 2
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kubu pertahanan
(ii) menjanakan pendapatan
(iii) menghancurkan markas
(iv) merangka strategi
(v) sumber pendapatan
[10 markah]
BINA AYAT 3
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) berdaya tahan
(ii) berdaya maju
(iii) mencipta nama
(iv) peringkat antarabangsa
(v) misi utama
[10 markah]
BINA AYAT 4
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) dorongan
(ii) semangat
(iii) prestasi
(iv) pemenang
(v) disiplin
[10 markah]

1
SUMBER: BUKU TEKS TINGKATAN 4 KSSM, DBP DISEDIAKAN OLEH: CIKGU TAN CL
TEMA 1 – MEREALISASIKAN IMPIAN (DSKP TING 4 – 3.1.1) BINA AYAT

BINA AYAT 5
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) memperoleh
(ii) menawarkan
(iii) mencipta
(iv) memantapkan
(v) menerobos
[10 markah]
PERIBAHASA 1
Baca peribahasa yang terdapat dalam senarai di bawah, kemudian cari maksud peribahasa dengan
menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat. Tulis makna peribahasa tersebut dengan bukti halaman
dalam Kamus Dewan tersebut.

NO PERIBAHASA MAKSUD HALAMAN KD


1 biar putih tulang,
jangan putih mata

(Halaman
2, Buku Teks
2 usahaTing. 4) tangga
kejayaan

(Halaman
2, Buku Teks
3 bagaiTing.aur
4) dengan
tebing

(Halaman
2, Buku Teks
4 ibaratTing. 4) sambil
belayar
memapan

(Halaman
7, Buku Teks
Ting. 4)
5 hendak belajar
berenang, dapatkan itik,
hendak belajar
memanjat, dapatkan
tupai.
(Halaman
7, Buku Teks
TEMA 1 – MEREALISASIKAN IMPIAN (DSKP TING 4 – 3.1.1) BINA AYAT

NO PERIBAHASA MAKSUD HALAMAN KD


6 cekur jerangau berbau
lagi
(Halaman
10, Buku Teks
7 di mana ada
kemahuan, di situ ada
jalan
(Halaman
10, Buku Teks
8 orangTing. 4)mengantuk
disorongkan bantal

(Halaman
10, Buku Teks

PERIBAHASA 2
Baca peribahasa di bawah degan teliti, kemudian Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini
supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) biar putih tulang, jangan putih mata


(ii) usaha tangga kejayaan
(iii) bagai aur dengan tebing
(iv) ibarat belajar sambil memapan
[8 markah]
PERIBAHASA 3
Baca peribahasa di bawah degan teliti, kemudian Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini
supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat, dapatkan tupai.
(ii) cekur jerangau berbau lagi
(iii) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
(iv) orang mengantuk disorongkan bantal
[8 markah]
PERIBAHASA 4
Baca peribahasa di bawah degan teliti, kemudian Tulis satu perenggan cerita dengan menggunakan
setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) biar putih tulang, jangan putih mata


(ii) bagai aur dengan tebing
(iii) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
[6 markah]
TEMA 1 – MEREALISASIKAN IMPIAN (DSKP TING 4 – 3.1.1) BINA AYAT

PERIBAHASA 5
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.

(i) Leftenan Adnan dijulang sebagai wira bangsa kerana dia sanggup berkorban demi
mempertahankan tanah airnya daripada diserang oleh penjajah.
(ii) Kakak yang bercita-cita mahu menjadi seorang doktor rajin membaca buku-buku tentang perubatan
dan membuat banyak kajian yang berkaitan di perpustakaan sekolah.
(iii) Ibu berasa gembira mendapat periuk kaca berjenama Itali daripada kakak kerana sudah lama
menanam impian untuk memiliki periuk kaca berkualiti tinggi.
[6 markah]

PERIBAHASA 6
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.

(i) Remaja yang masih mentah dan belum berfikiran matang itu telah mengambil keputusan terburu-
buru tanpa memikirkan akibatnya.
(ii) Adik saya yang lemah dalam subjek Matematik Tambahan telah berjumpa dengan Puan Lim untuk
meminta bantuan dan ajaran daripadanya agar lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun.
(iii) Ibu saya membayar bil elektrik dan membeli setem di pejabat pos yang sama ketika membeli-belah
di pasar raya yang berdekatan dengan Bukit Tinggi, Klang.
[6 markah]

PERIBAHASA 7
Baca peribahasa di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sinonim atau hampir-hampir
sama maksudnya dengan peribahasa yang berikut.

(i) orang mengantuk disorongkan bantal


(ii) bagai aur dengan tebing
(iii) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
[6 markah]

PERIBAHASA 8
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang paling sesuai dengan senario
dalam petikan di bawah.

Askar Jepun semakin hari semakin mendekati Pelabuhan Melaka, Leftenan Adnan dan rakan-
rakannya bersiap siaga untuk mempertahankan tanah airnya. Bagi mereka, lebih baik berkorban demi
negara daripada mati sia-sia tanpa mempertahankan negara. Mereka sudah memasang tekad untuk
bekerjasama menghalang kemasukan askar Jepun. Ada yang membina kubu dan ada yang memasang
perangkap. Mereka yakin bahawa askar Jepun dapat dikalahkan asalkan mereka berusaha dan tidak
mudah berputus asa serta memahami dan mencari kelemahan askar Jepun. Akhirnya, mereka berjaya
mempertahankan Melaka daripada diserang askar Jepun.
[6 markah]

You might also like