You are on page 1of 3

FORMAT BAHARU KARANGAN KSSM

PANDUAN UMUM

1. Karangan terbahagi kepada 2 iaitu:


a) Karangan Respons Terhad
b) Karangan Respons Terbuka

2. Karangan Respons Terhad:

a) Dikemukakan dalam kertas 1, Bahagian A


b) Satu soalan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan diuji dalam Bahagian A sama
ada gambar ilustrasi, foto, gambar rajah, ilustrasi kartun, iklan, peta, pelan, petikan
umum, petikan sastera, catatan, dialog atau e-mel.
c) Soalan ini wajib dijawab dalam tempoh 30 minit dan markah yang diperuntukkan adalah
30 markah.
d) Panjang karangan yang perlu ditulis adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

3. Karangan Respons Terbuka (Karangan Umum):


a) Dikemukakan dalam kertas 1, Bahagian B
b) Pilih soalan yang sesuai dengan pengetahuan dan kemampuan anda untuk
mengembangkan isi. Pilih satu sahaja daripada 4 soalan yang diberi.
c) Terbahagi kepada 4 domain iaitu Domain Awam, Domain Peribadi, Domain Pendidikan
dan Domain Kerjaya.
d) Murid digalakkan menulis rangka karangan secara kasar yang terdiri daripada
pendahuluan, isi penting (4 @ 5 isi), penutup karangan.
e) Panjang karangan yang perlu ditulis adalah antara 350 hingga 500 patah perkataan.

FORMAT KARANGAN

1. Setiap karangan perlulah mengandungi ciri-ciri yang berikut:


a) Perenggan Pendahuluan
b) Perenggan isi
c) Perenggan Penutup

2. Bahagian perenggan pendahuluan dicadangkan mempunyai ciri-ciri yang berikut:


a) Menulis ayat tema secara umum
b) Memasukkan peribahasa yang sesuai
c) Menulis ayat terakhir pendahuluan dengan tepat.

3. Contoh soalan: Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai unit badan
beruniform kepada seseorang.

Contoh perenggan pendahuluan:


Pada era globalisasi ini, pelbagai kemajuan dan penambahbaikan telah dilakukan
oleh kerajaan Malaysia seperti memperkasakan bidang pendidikan. Dengan itu, aktiviti
kokurikulum merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah sama ada
di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kokurikulum berobjektif untuk melahirkan
insan yang seimbang dari segi fizikal dan mental. Terdapat pelbagai jenis aktiviti kokurikulum di
sekolah seperti badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab permainan. Sesungguhnya
terdapat pelbagai faedah jika seseorang menyertai unit badan beruniform di sekolah.
4. Sebelum menulis isi karangan, murid-murid digalakkan menulis rangka karangan
menggunakan kaedah IMBaKUP seperti berikut:

I Idea/ isi

M Mengapa/ sebab

Ba Bagaimana/ cara/ Langkah/ contoh

K Kesan kepada idea

U Ungkapan menarik: Peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata hikmat,


kata-kata tokoh

P Penegasan: Kesimpulan kecil

5. Contoh soalan: Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah pencegahan masalah


obesiti dalam kalangan masyarakat.

Contoh perenggan isi:


Antara langkah prima dalam mencegah masalah obesiti adalah dengan
mengamalkan pemakanan seimbang. Hal ini demikian kerana, punca utama penyakit adalah
disebabkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Dengan demikian, kita hendaklah makan
mengikut piramid makanan. Selain itu, kita juga digalakkan mengambil makanan yang rendah
lemak serta memilih makanan yang mengandungi kandungan serat/ fiber yang tinggi.
Kesannya, kadar metabolisme seseorang akan meningkat dan dapat membakar lemak dalam
badan. Bak kata peribahasa, mencegah lebih baik daripada merawat. Tegasnya, merancang
pemakanan yang bijak sememangnya mampu menjamin kesihatan yang unggul.

6. Bagi perenggan penutup pula, murid-murid digalakkan menggunakan format yang berikut:

Ayat Pandangan Pandangan tentang tema

Ayat Cadangan Cadangan tentang tema

Ayat Harapan Harapan tentang tema

7. Contoh soalan: Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah pencegahan masalah


obesiti dalam kalangan masyarakat.

Contoh perenggan penutup:


Tuntasnya, penjagaan kesihatan merupakan Tindakan yang sepatutnya diambil
perhatian oleh semua pihak, bak kata peribahasa cegah sebelum parah. Oleh itu, marilah
kita mensyukuri nikmat kesihatan ini dengan sebaik-baiknya. Jelaslah kepada kita bahawa
tahap kesihatan rakyat yang unggul dapat memajukan dan membangunkan negara kea rah
yang lebih gemilang.
8. Penggunaan Penanda Wacana amat penting dalam sesuatu penulisan karangan untuk
menunjukkan kesinambungan idea yang ingin disampaikan dengan baik dan berkesan.

Penanda Permulaan Karangan Penanda Memulakan Isi Baharu


1. Pada era globalisasi ini 1. Sementelahan itu
2. Dewasa ini 2. Lebih-lebih lagi
3. Sejak akhir-akhir ini 3. Dalam pada itu
4. Dalam meniti arus kemodenan ini 4. Beralih kepada perspektif yang
5. Dasawarsa ini seterusnya
5. Jika ditinjau dari sudut yang berbeza

Penanda Huraian Isi Karangan Penanda Memberi Contoh


1. Hal ini dikatakan demikian kerana 1. Sebagai contoh
2. Hal ini berlaku kerana 2. Misalnya,
3. Hal ini disebabkan oleh 3. Tamsilnya,
4. Apabila… 4. Contohnya,
5. Melalui… 5. Sebagaimana yang kita sedia maklum,

Penanda Menghuraikan contoh Penanda Ayat Penegasan


1. Hal ini menyebabkan 1. Jelaslah bahawa
2. Hal ini mengakibatkan 2. Sudah terang lagi bersuluh
3. Oleh hal yang demikian, 3. Memang tidak dapat disangkal lagi
4. Oleh itu, 4. Dengan keadaan sedemikian
5. Oleh sebab itu, 5. Natijahnya,

Penanda Ayat Peribahasa Penanda Memulakan Perenggan Penutup


1. Persis kata peribahasa 1. Kesimpulannya,
2. …bak kata pepatah Melayu 2. Intihanya,
3. Persis kata orang tua-tua 3. Secara tuntasnya,
4. …bak kata Mutiara 4. Konklusinya,
5. Orang tua-tua ada berkata 5. Sebagai penutup wahana

You might also like