You are on page 1of 8

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Kertas 1

1. soalan objektif 20soalan (20m)

2. kesalahan bahasa (5m)

3. kesalahan ejaan (5m)

4. pola ayat dasar (5m)

CONTOH LATIHAN SERTA JAWAPAN MENGENAL PASTI SUBJEK DAN PREDIKAT


DALAM AYAT INTI.
 
1. Ayah saya guru
2. Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang
3. Bangunan itu sangat tinggi
4. Murid itu sedang menulis karangan.
 BIL SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT
1. Ayah saya guru FN + FN
2. Kampung halaman saya di Kuantan, Pahang FN + FS
3. Bangunan itu sangat tinggi FN + FA
4. Murid itu sedang menulis karangan FN + FK
 
·         FN ialah Frasa Nama
·         FS ialah Frasa Sendi
·         FA ialah Frasa Adjektif
·         FK ialah Frasa Kerja
 
LATIHAN 1 
1. Abangku peragawan.
2. Pelajar itu amat tangkas.
3. Adikku sedang menonton televisyen.
4. Dia ke sekolah pagi tadi.
5. Perempuan itu cantik sekali.
6. Kelima-lima orang murid itu ahli pengakap.
7. Kakak mahasiswi di Universiti Malaya.
8. Cikgu Mohd Hazli mengajar di sekolah ini hampir 4 tahun.
9. Rumah itu sangat besar.
10.Budak yang berambut panjang itu sangat degil.
 
BIL SUBJEK PREDIKAT POLA AYAT
1.      
2.      
3.      
4.      
5.    
6.      
7.      
8.       
5. soalan pemahaman cerpen oren (10m)
6. Ringkasan khasiat cendawan (15m)

Contoh Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar
secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study
circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu
kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar
pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut.
Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara
berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk
disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak
dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita
miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu
dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan
perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan
pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan
pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian
kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan
perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara
yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan
gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

Contoh Jawapan

……(Kata Tugasan)…..ialah/adalah………(Isi yang pertama)… . Selain itu,…………(Isi


yang Kedua)…. . Seterusnya,…….(isi yang Ketiga)…. . Selanjutnya,……(Isi yang Keempat)
….. . Pada masa yang sama,…….(Isi yang kelima)…. .

                      Kebaikan belajar secara berkumpulan ialah dapat bertukar-tukar pendapat


tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Selain itu, pemahaman tentang sesuatu perkara
dapat dipertingkat. Seterusnya, nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi.
Selanjutnya, ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami
dengan terperinci. Pada masa yang sama, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan
yang tepat. Di samping itu, semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada
perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali, kumpulan perbincangan dapat meningkatkan
kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.

Ringkasan
TIPS MERINGKAS KARANGAN

1. Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu
menyatakan isi   bedasarkan kehendak soalan.
2. TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong-motong ayat dan
mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3. Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4. Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menhubungkaitkan isi dengan isi
dan ayat dengan ayat.Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)
8. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi
menjimatkan jumlah perkataan.Contohnya, ‘para pelajar’(2 perkataan) ditulis sebagai
‘pelajar-pelajar’(1 perkataan)
9. Tulis ringkasan hanya dalam satu perenggan dalam jumlah perkataan yang dinyatakan
dalam arahan.Tidak melebihi daripada 80 patah perkataan.

Kertas 2

1. karangan pendek Langkah menjaga kesihatan (10m)


Langkah-langkah mengekalkan tubuh badan kekal sihat.

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup
sihat. Namun , masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting.
Semua orang ingin hidup sihat. Apabila sihat, badan akan rasa lebih cergas dan bersemangat
Ada beberapa langkah untuk memastikan badan kita sihat. Antaranya ialah kita perlu makan
makanan yang seimbang. Makanan yang kurang berkhasiat perlu dielakkan atau dikurangkan agar
dapat mengawal penyakit seperti diabetes, kolestrol tinggi, obesti dan sebagainya.

Penampilan dan kebersihan diri juga perlu diutamakan . Ini kerana kebersihan akan
mengelakkan kita dari dijangkiti pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan kita.
Kebersihan menggambarkan keperibadian seseorang dan kita lebih berkeyakinan dalam pergaulan.

Kita hendaklah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mendapatkan


kekuatan stamina dan kesihatan yang baik. Contohnya, kita boleh berjoging, bermain bola sepak
atau aktiviti sukan yang kita minat kerana secara tidak langsung ia membantu kita menjaga kesihatan
melalui bersenam.

Apabila kita tidur dengan cukup, badan kita akan mendapat rehat yang secukupnya. Kita
dapat mengelakkan keletihan seharian belajar atau bekerja melalui tidur yang cukup. Rehat sebegini
menjadikan badan kita kembali cergas dan lebih bertenaga seterusnya mengurangkan stres.

Pemeriksaan berkala akan memastikan kita peka dengan kesihatan badan kita. Dengan
berfikiran positif pula akan membantu kita lebih ceria dan sihat.Kita harus sentiasa menjaga emosi
dengan baik sama ada untuk diri sendiri atau dengan orang lain supaya kehidupan kita lebih ceria
dan bermakna tanpa sebarang masalah.

Oleh itu, menjadi masyarakat yang sihat dan cerdas akan melahirkan generasi yang sihat dan
seimbang serta meningkatkan kemajuan negara.Sebagai masyarakat yang prihatin, kita haruslah
memupuk kesedaran untuk menjaga kesihatan bersama.

2. karangan panjang Pengalaman hidup yg tidak dpt dilupakan(30m)


Pengajaran (Novel Sejambak Bakti)

1. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang


Contohnya dapat dilihat menerusi sikap penyayang Razali terhadap ibunya apabila dia
segera memeluk Mak Sopiah ketika ibunya itu menangis setelah didesak menceritakan
tentang ayahnya.
 
2. Kita mestilah mengamalkan sikap bekerjasama ketika melakukan sesuatu pekerjaan
Contohnya Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah bersama-sama mengemas dan
mencantikkan kedai koperasi untuk memastikan kedai koperasi mereka berjaya meraih
kejuaraan dalam pertandingan koperasi terbaik peringkat kebangsaan.
 
3. Kita haruslah bantu-membantu antara satu sama lain.
Contohnya Razali tidak berdendam terhadap Munir, walaupun Munir telah menfitnahnya
menceroboh kedai koperasi, sebaliknya dia sanggup membantu Munir meningkatkan
prestasi dalam pelajaran sepanjang Munir digantung persekolahan selama seminggu.

4. Kita hendaklah bersikap rasional dalam bertindak


Contohnya pihak sekolah tidak menuduh mana-mana pihak yang menceroboh kedai
koperasi sekolah, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan
seterusnya membuat pemeriksaan mengejut untuk mengetahui pelaku penceroboh yang
sebenarnya.

Tips kurang buncit


1. Jgn suka mkn antara mkn
2. Jgn salah makan sayur yg blh sebabkan kembung
3. Gula, kek ais krim, biskut.
4. Minyak omega6 deep fries. Omega3 ok. Minyak kelapa, olive oil.
5. Jgn overating. Buffet
6. Jgn mkn selagi x lapar. Jaga nafsu.
7. Dapatkan cukup tidur
8. Di galakkan mkn protein sayur2an, kekacang, ulam2
9. Senaman lebih kurang 20-30min
10. EMM kurangkan magnetic frequency
11. Hormon cortisol - kurangkan stress
12. Mensus
13. Msg
14.Overtraining
15. Sembelit
Latihan Sumatif
Kemasukan markah Off line
Mohon guru mata pelajaran key in markah ke dalam google sheet bagi setiap tingkatan
** sila letak tanda X bagi murid TH
** Jika ada guru mp yang tak dapat buka link mohon pm SU peperiksaan dalaman.
** Tarikh akhir mengisi markah 4 Mac 2022

Tingkatan 1
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1_uKUfrExocJmCMwDQ_HzZ42TbcE0Vln8/edit?
usp=sharing&ouid=105289111252138891174&rtpof=true&sd=true

Tingkatan 2
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1eCBLJrKnjjzvqNsQ1mG54xH6xwmn2FGg/edit?
usp=sharing&ouid=105289111252138891174&rtpof=true&sd=true

You might also like