You are on page 1of 18

CTU552

PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES

TAJUK : ULASAN ARTIKEL

Disediakan oleh :

Nama No. Pelajar


1. MOHD ANUWAR BIN ADAM 2020819506
2. MOHD SYUKRI BIN JURU SALIM 2020459552
3. NUR MALIYANAH BINTI BALI 2020618666
4. NURIN MUYASSARAH BINTI HAMID 2020844982
5. NURUL IZZAH BINTI SUDIN 2020844984

Disediakan untuk:
Sir Jahidih Saili

Kategori Penilaian Markah


Pengenalan / Pendahuluan /4
Isi + huraian /12
Cadangan / Kesimpulan /4
Sumber Rujukan /5
Etika & Moral Profesional /5
Markah Keseluruhan /30

ISI KANDUNGA

i
N
1 PENDAHULUAN........................................................................................................................3

1.1 Nama Artikle........................................................................................................................3

1.2 Nama Penulis......................................................................................................................3

1.3 Nama Jurnal.........................................................................................................................3

1.4 Tahun Artikle Diterbitkan....................................................................................................3

1.5 Bilangan................................................................................................................................3

1.6 Jumlah muka surat..............................................................................................................3

2 RINGKASAN ARTIKEL.............................................................................................................4

2.1 Objektif.................................................................................................................................4

2.2 Dapatan Kajian....................................................................................................................4

2.3 Perbincangan.......................................................................................................................5

3 PENDAPAT PENGULAS..........................................................................................................6

3.1 Apakah isu-isu utama yang dibangkitkan oleh penulis?................................................6

3.2 Apakah isu tersebut penting? Kenapa ia penting?.........................................................6

3.3 Adakah anda bersetuju atau tidak dengan isi kandungan artikel ini? Kenapa?.........6

3.4 Adakah artikel ini dapat memberi nilai tambah kepada diri anda?...............................6

3.5 Apakah idea anda bagi menambah baik artikel tersebut?.............................................6

3.6 Anda boleh tambah lagi pelbagai persoalan untuk menambahkan idea bagi ulasan
artikel tersebut.................................................................................................................................6

4 PENUTUP....................................................................................................................................7

5 RUJUKAN...................................................................................................................................8

6 LAMPIRAN..................................................................................................................................9

ii
1 PENDAHULUAN

1.1 Nama Artikle

Strategi Metafizik: Kesinambungan Penerokaan Domain Strategi Utama Pembelajaran


Bahasa.

1.2 Nama Penulis

Kamarul Shukri Mat Teh, kamarul@udm.edu.my, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam


Universiti Darul Iman Malaysia.

Mohamed Amin Embi, m.amin@ukm.my, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan


Malaysia.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, nrahimi@ukm.my, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Zamri Mahamod, d-zam@ukm.my, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

1.3 Nama Jurnal

GEMA Online Journal of Language Studies

1.4 Tahun Artikle Diterbitkan

2009

3
1.5 Bilangan

Volume 9(2)

1.6 Jumlah muka surat

13 muka surat

4
2 RINGKASAN ARTIKEL

2.1 Objektif

Objektif kajian ini adalah dibuat untuk mengkaji mengenai cara pembelajaran
seseorang tersebut. Strategi metafizik telah dijadikan kajian sama ada kaedah ini boleh
digunapakai atau tidak dalam Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB). Jurnal ini juga membahas
tentang bagaimana perbezaan agama, etnik, budaya dan kewarganegaraan boleh
mempengaruhi cara pembelajaran seseorang itu. Pengaruh pada agama dan budaya
merupakan aspek yang paling kuat dalam mengenalpasti kaedah pembelajaran yang paling
sesuai digunakan dalam sesi pembelajaran.

Strategi metafizik yang telah digunakan menjadi objektif utama kajian ini dilakukan
kerana penulis ini mengetahui lebih lanjut mengenai keberkesanan strategi ini dalam
pembelajaran Bahasa. Pelbagai persoalan diutarakan untuk menyingkap sejauh mana
perbezaan strategi metafizik ini dengan strategi-strategi lainnya. Soal selidik kepada para
pelajar juga dikeluarkan bagi melihat sejauh mana cara ini digunakan oleh para pelajar.

5
2.2 Dapatan Kajian

Kajian ini telah membuktikan bahawa stategi metafizik merupakan Strategi


Pembelajaran Bahasa (SPB) yang acap kali digunakan. Berdasarkan jadual yang telah
diberikan di dalam jurnal, para pelajar sering mengunakan strategi metafizik semasa sesi
pembelajaran mereka. Di dalam jadual ini juga menunjukkan bahawa strategi ini digunakan
oleh pelajar bermotivasi tinggi dan pelajar bermotivasi sederhana dan rendah.

Seterusnya, strategi metafizik juga merupakan Strategi Pembelajaran Bahasa yang


kedua paling kerap digunakan oleh pelajar cemerlang dan sederhana bagi tahap pencapaian
Bahasa. Walau bagaimanapun, jadual yang di ambil dari jurnal ini juga menunjukkan bahawa
cara ini juga telah digunakan oleh pelajar lemah Bahasa.

6
Jadual daripada jurnal juga telah menunjukkan senarai peratus strategi dari dapatan dari
kajian ini.

2.3 Perbincangan

Para penulis jurnal telah membincangkan beberapa perkara di dalam jurnal ini.
Antaranya ialah kewujudan beberapa dimensi yang berbeza di dalam strategi metafizik. Hal
ini kerana terdapat beberapa strategi yang juga digunakan dalam kaedah pembelajaran
Bahasa selain strategi metafizik. Terdapat juga perbincangan mengenai pengaruh agama dan
budaya boleh mempengaruhi strategi pembelajaran Bahasa seseorang kerana ini boleh
membawa impak yang besar. Melalui pelbagai perbincangan maka jurnal ini telah dihasilkan
apabila soal selidik terhadap semua persoalan. Perbincangan ini telah berjaya menemukan
strategi yang sering digunakan dalam pembelajaran Bahasa.

7
3 PENDAPAT PENGULAS

3.1 Apakah isu-isu utama yang dibangkitkan oleh penulis?

Secara keseluruhannya, artikel ini membincangkan mengenai strategi Metafizik dalam


penerokaan pembelajaran Bahasa. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa strategi
metafizik merupakan strategi yang kerap digunakan oleh para pelajar berdasarkan tahap
pencapaian dan motivasi mereka terhadap pembelajaran Bahasa. Isu yang telah dibangkitkan
didalam journal telah menyumbang kerangka kerja yang jelas untuk penyelidikan mengenai
strategi metafizik serta faktor yang mempengaruhi pemilihan Strategi Pembelajaran Bahasa
(SPB).

Isu utama yang jelas dipaparkan di jurnal ini adalah cara para pelajar menggunakan
SPB yang berpandukan agama di dalam kajian oleh dua orang penulis Abu Talib (1998) dan
Zamri (2003). Kita hidup berbilang agama, bangsa, serta adat mempunya adat tersendiri, hasil
daripada perbezaan ini, segelintir pelajar petah berbicara,gemar bercakap kerana telah
dibesarkan dalam suasana yang terbuka dan ada juga yang kurang bercakap iaitu seorang
introvert, ini disebabkan oleh persekitaran masyarakat yang berwaspada dan pelajar ini sukar
atau mungkin tidak dapat menerima pendapat atau idea orang lain. Para pelajar mengekalkan
cara pembelajaran mereka berpandukan etnik dan budaya mereka di dalam sesuatu kelompok.
Sebagai contoh, di negara-negara Asia seperti di Malaysia yang menekankan sifat harmoni,
peramah dan mahir dalam berkomunikasi, namun apabila pelajar belajar di negara asing
seperti di Eropah, mereka akan bertukar menjadi orang yang pendiam dan malu. Oleh itu,
unsur-unsur di dalam etnik mampu mengubah pelajaran dalam pendekatan pembelajaran
yang aktif atau pasif yang merupakan pemboleh ubah dalam pemilihan dan penggunaan SPB.

Menurut artikel ini juga, penggunaan strategi metafizik tampak lebih menyerlah
dalam kalangan pelajar di Malaysia. Kebanyakkan pelajar adalah berbangsa melayu dan
beragama islam dan hidup dalam suasana amalan keagamaan. Bahasa Arab dan agama islam
adalah amat berkait rapat. Tambahan pula, Bahasa Arab dan merupakan bahasa ibadah seperti
dalam solat, azan, dan membaca al-quran. Berdasarkan kajian kuantitatif dalam pembelajaran
Bahasa melayu di Malaysia oleh Abu Talib (1998) dan Zamri (2003) di dalam artikel ini
mendapati kebanyakan sampel mengesan pelakuan dan tema penggunaan strategi
pembelajaran adalah berasaskan keagamaan.

8
Penulis artikel ini juga telah membuat metodologi kajian kuantitatif iaitu dengan
melibatkan pelajar tingkatan 4 di 13 buah sekolah agama Terrenganu. Berdasarkan kajian
daripada artikel ini, kajian mendapati bahawa strategi metafizik adalah kedua yang paling
kerap digunakan di dalam SPB. Strategi Metafizik ini memiliki lebih banyak strategi yang
merangkumi pelbagai domain pembelajaran. Oleh sebab itu, kajian di dalam artikel ini
perlulah di pertingkatkan dalam pembelajaran SPB kerana ia dapat membantu pelajar
memperkuatkan hubungan di antara agama dan kebudayaan masyarakat.

3.2 Apakah isu tersebut penting? Kenapa ia penting?

Isu di dalam artikel mengenai kepentingan Strategi pembelajaran bahasa (SPB)


mengenai langkah yang perlu diambil oleh pelajar dalam memudahkan pemerolehan,
penyimpanan, serta menjadikan pembelajaran lebih mudah, cepat, menyeronokkan, lebih
efektif, dan dipindahkan ke suasana baru. Perkaitan antara agama dan bahasa Melayu sering
digunapakai oleh para pelajar terutama sekali ketika menghadapi peperiksaan dan berdoa
kepada Tuhan untuk berjaya dan lulus dengan cemerlang.

Selain itu, majoriti pelajar di Malaysia adalah beragama islam, mereka yang belajar
Bahasa arab yang berbangsa Melayu dan beragama Islam akan mengaplikasikan ajaran Islam
dalam kehidupan seharian. Pada era globaliasasi yang semakin maju ini, Media cetak dan
elektronik memainkan peranan penting dalam memperluaskan sifat bahasa Arab sebagai
bahasa ibadah dan menjadikan sumber input pembelajaran bahasa Arab dan mempengaruhi
proses pembelajaran bahasa tersebut. Pensyarah, guru-guru mahupun ibubapa perlu
diperkembangkan di samping memberikan pendedahan kepada masyarakat Islam kerana
bahasa Arab merupakan bahasa yang perlu diberi penekanan dan perhatian.

Disamping itu, di dalam artikel ini juga penggunaan SBP dalam kalangan pelajar
sekolah menengah di Terengganu mampu memberi peluang untuk berinteraksi dan
mengemukakan pandangan mereka dengan rakan-rakan sekelas,guru-guru dengan lebih
rasional dan buah fikiran yang matang. Justeru, strategi metafizik dalam pembelajaran SPB
amat dititik beratkan, para guru sebaiknya perlu memberi penekanan dan pemerhatian yang
maksima kepada penggunaan strategi ini. Instrumen kajian di dalam artikel ini boleh
dijadikan sebagai senarai semak dan panduan strategi pembelajaran oleh para pelajar ketika
9
mempelajari bahasa Arab sekaligus boleh dimanfaatkan untuk subjek-subjek lain juga. Oleh
itu, mereka dapat menilai sendiri sejauh mana mereka menggunakan strategi ketika belajar
bahasa Arab.

3.3 Adakah anda bersetuju atau tidak dengan isi kandungan artikel ini? Kenapa?
Saya sepenuhnya bersetuju dengan isi kandungan artikel yang telah kami ulas dan
kaji. Hal ini dikatakan demikian kerana, penulis artikel ini menjelaskan dengan sangat
terperinci mengenai strategi metafizik yang diaplikasi merupakan domain strategi utama
dalam pembelajaran bahasa. Selain itu, penulis mendapatkan semua maklumat dengan
melakukan kaedah proses pembinaan soal selidik berdasarkan konstruk strategi metafizik
dengan cekapnya secara langsung dibuktikan melalui kesahan muka dan kandungan serta
nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil dapatan kajian yang penulis lakukan menunjukkan
nilai kebergunaan strategi metafizik sebagai strategi pembelajaran bahasa ditunjukkan oleh
kedudukannya sebagai antara strategi utama yang paling kerap digunakan berdasarkan tahap
motivasi pembelajaran, tahap pencapaian bahasa dan melalui enam lagi strategi yang diguna
pakai.

Saya sepenuhnya mempercayai artikel ini juga kerana penulis menyediakan informasi
atau maklumat secara terperinci berkaitan strategi metafizik. Penulis juga dapat menjawab
persoalan kajian dengan tepat dan kesemua maklumat yang penulis lampirkan daripada
sumber yang sahih dan boleh dipercayai . Sebagai contoh, penulis menjelaskan faktor yang
mempengaruhi proses pemilihan dan penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB).
Kajian oleh Abu Talib (1998), Supian (2003), dan Zamri (2004) ke atas para pelajar bahasa
Melayu menunjukkan mereka ada menggunakan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) yang
berunsurkan keagamaan. Mereka berdoa, bersolat dan berusaha dengan pelbagai cara
keagamaan untuk memudahkan pembelajaran dan berjaya. Hal ini, menunjukkan strategi
pembelajaran bahasa yang bercorakkan keagamaan dijalankan dalam kalangan pelajar
melayu. Oleh itu, dapat dibuktikan bahawa penulis memperoleh maklumat daripada sumber
yang sahih dan bukan mereka-reka maklumat semata-mata.

Metadologi kajian yang digunakan oleh penulis sewajarnya bersesuaian dengan kajian
yang dijalankan. Penulis menggunakan kaedah kajian kuantitatif iaitu melibatkan pelajar
Tingkatan 4 di tiga belas buah sekolah menengah agama Terengganu. Justeru itu, responden
kajian ini dipilih secara rawak seramai 460 orang sampel. Soal selidik Strategi Pembelajaran

10
Bahasa (SPB) yang menggabungkan enam konstruk SILL (Oxford, 1990) iaitu strategi
memori, strategi kognitif, strategi tampungan, strategi metakognitif, strategi afektif dan
strategi social turut disertakan strategi konstruk metafizik digunakan untuk menerokai,
membina strategi, dan mengenal pasti tahap penggunaan strategi metafizik dalam kalangan
mereka

Pada pandangan saya, saya bersetuju juga dengan isi kandungan artikel ini kerana
berjaya mengemukakan pelbagai hujah dan bukti yang sesuai dengan tajuk yang
dibincangkan. Selain itu, bahasa penyampaian yang digunakan oleh penulis mudah difahami
serta jelas mengenai target yang cuba disampaikan di dalam penulisannya. Sebagai contoh,
penulis dapat memaparkan beberapa ilustrasi seperti peta minda dan jadual yang ringkas agar
penulisannya dapat mudah difahami.

Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, penulis ada memberikan


hujah-hujah, hasil karya, data yang sahih daripada para ilmuan, ahli politik, pihak
kementerian dan sebagainya di dalam penulisannya. Penulis ada memetik sebahagian
daripada isi ayat Al-Qur’an al karim. Selain itu, penulis juga ada memetik ayat daripada
tokoh islam iaitu Ibn Taymiyyah (1979). Ibn Taymiyyah menegaskan bahawa mempelajari
bahasa Arab untuk memahami al-Qur’an dan al-Sunnah adalah wajib. Bahasa Arab adalah
satu juzuk daripada urusan agama, manakala memahami al-Kitab dan al-Sunnah adalah suatu
kemestian yang tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan penguasaan bahasa Arab.

Seterusnya, dalam penulisan ini, penulis amat mematuhi etika penyelidikan. Sebagai
contoh, tanpa mengubah konteks atau maksud ayat yang asal penulis jdapat menjelaskan
setiap isu-isu yang dipetik daripada sumber lain. Penulis juga turut menyertakan hasil kerja
pihak lain dengan menyertakan catatan bertulis atau “citation”. Jelaslah bahawa, semua bukti
yang telah saya kemukakan dalam artikel yang telah saya ulas dan kaji ini membuktikan isi
kandungan artikel ini sangat boleh dipercayai dan saya persetujui.

3.4 Adakah artikel ini dapat memberi nilai tambah kepada diri anda?

11
12
3.5 Apakah idea anda bagi menambah baik artikel tersebut?

Dalam artikel ini, penulis telah mereka bentuk satu kajian untuk penerokaan dan
pembinaan strategi metafizik sebagai subkategori yang baru dalam sistem penglasifikasikan
Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB). Pemilihan respoden dalam artikel ini, penulis telah
memilih pelajar secara rawak daripada Sekolah Menengah Agama Terengganu di Malaysia.
Penulis artikel ini juga memilih faktor agama dan ibadah dalam mempengaruhi proses
pemilihan dan penggunaan SPB di kalangan pelajar. Antara senarai strategi metafizik yang
diguna pakai oleh penulis artikel tersebut dalam SPB ialah strategi meminta restu daripada
guru sebelum menduduki peperiksaan, strategi berusaha untuk memahami atau menghayati
makna bacaan dalam sembahyang, doa, ayat al-Qu’ran atau al-Hadith, dan strategi
bersembahyang hajat atau berdoa kepada Allah agar berjaya dalam pembelajaran Bahasa
Arab.

Hasilnya, strategi metafizik didapati merupakan strategi kedua paling kerap


digunakan oleh pelajar Sekolah Menengah Agama di Terengganu dalam SPB. Strategi
metafizik ini juga menjadi strategi yang paling kerap digunakan oleh pelajar berdasarkan
tahap pencapaian dan motivasi pembelajaran bahasa. Dengan ini pelajar perlu dibimbing agar
dapat menyedari tentang kepentingan strategi-strategi metafizik di dalam pembelajaran
bahasa yang digunakan oleh mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, hasil kajian
menunjukkan bahawa strategik metafizik adalah merupakan salah satu strategi utama yang
paling kerap digunakan secara keseluruhan. Namun, para penyelidik dalam artikel tersebut
tidak dapat mencapai sebarang persetujuan atau kesepakatan mutlak tentang jumlah strategi
utama dalam pembelajaran bahasa. Oleh itu, pencarian strategi-strategi yang berkaitan
metafizik di bidang penyelidikan SPB hendaklah ditambah dan dimurnikan.

Idea penambahbaikkan artikel tersebut adalah dengan melakukan kajian lanjutan yang
menguji ketekalan strategi metafizik sebagai salah satu instrument Strategi Pembelajaran
Bahasa. Dengan ini, pengulas akan menambahkan item-item strategi metafizik dalam
penggunaan SPB bagi digunakan oleh pelajar. Antara strategi-strategi metafizik yang
dicadangkan oleh pengulas ialah strategi meminta ampun daripada kedua ibu bapa sebelum
menduduki peperiksaan. Seterusnya, item strategi meminta ibu bapa terutamanya ibu untuk
mendoakan kejayaan mereka. Selain itu, pengulas juga ingin menambah item strategi
membaca al-Qu’ran setiap hari untuk memperbetul dan melancarkan sebutan bahasa Arab.

13
Dengan menambahkan item strategi-strategi ini, hasil kajian mengenai strategi metafizik
dapat diperluaskan.

3.6 Anda boleh tambah lagi pelbagai persoalan untuk menambahkan idea bagi ulasan
artikel tersebut.

Untuk memperluaskan lagi hasil kajian mengenai artikel tersebut dalam kaedah
metafizik adalah dengan menambahkan pelbagai persoalan serta menambahkan idea-idea.
Pada pendapat pengulas, artikel ini boleh diperluaskan lagi dengan menambah persoalan
seperti mengenal pasti faktor yang mendorong kepada kelemahan pelajar dalam berbahasa
Arab. Antara faktor kelemahan tersebut ialah lemah dalam efikasi kendiri. Efikasi kendiri
merupakan faktor dalaman yang tersangat penting untuk meningkatkan kepercayaan terhadap
diri pelajar mengenai kebolehan mereka. Hal ini dikatakan demikan kerana, tahap efikasi
kendiri rendah yang ada pada pelajar boleh menyebabkan pelajar tersebut lemah dalam
menguasai kemahiran berbahasa Arab. Sebaliknya, efikasi kendiri yang tinggi ada pada
pelajar tersebut akan berpontensi untuk mahir dan berjaya dalam berbahasa Arab. Terdapat
beberapa sumber efikasi kendiri yang boleh dilihat dalam aspek metafizik untuk
meningkatkan keyakinan diri pelajar.

Kebiasaannya penggunaan kaedah integrasi sumber yang berkaitan dengan metafizik


akan dikaitkan dengan teori Islam. Sumber metafizik merupakan sumber yang berunsurkan
ketauhidan dan pengakuan tentang ilahiyyat atau ketuhanan. Sumber metafizik dapat
membantu untuk meningkatkan kenyakinan diri pelajar apabila pelajar tersebut meletakkan
kebergantungannya kepada Allah s.w.t. Selain itu, sumber efikasi kendiri yang dapat
meningkatkan kenyakinan diri pelajar ialah melalui kaedah metafizik pemujukan diri dan
sosial. Kaedah ini merujuk kepada pelajar menjadikan sokongan daripada orang yang mereka
segani seperti pensyarah sebagai pendorong semangat kepada mereka untuk belajar Bahasa
Arab dengan lebih baik.

Seterusnya, sumber efikasi kendiri metafizik mengikut keadaan fisiologi juga turut dapat
meningkatkan kenyakinan diri pelajar. Keadaan fisiologi ini merujuk kepada keadaan emosi
pelajar. Pelajar yang mempunyai emosi yang baik akan mampu berbahasa Arab dengan baik
berbanding pelajar yang mempunyai emosi yang tidak stabil seperti sering mengalami
14
tekanan dan runsing. Di samping itu, pencapaian orang lain juga merupakan sumber efikasi
kendiri metafizik yang mempengaruhi tahap keyakinan pelajar. Sumber ini merujuk kepada
pelajar menjadikan pengalaman orang lain sebagai pendorong mereka untuk lebih yakin
bertutur Bahasa Arab. Sebagai contoh, pelajar tersebut dikekelilingi oleh kawan-kawan yang
mampu bertutur Bahasa Arab dengan baik.

15
4 PENUTUP

16
5 RUJUKAN

17
6 LAMPIRAN

18

You might also like