You are on page 1of 4

PERMASALAHAN AKHLAK DALAM KALANGAN PENGHAFAZ AL-QURAN : KAJIAN DI MAAHAD TAHFIZ DAERAH KUANTAN

1. PENGENALAN Selain akidah, ibadah dan muamalat, akhlak merupakan suatu perkara yang sangat diutamakan dalam islam. Lebih-lebih lagi akhlak seorang penghafaz A-Quran di mana mereka menghafaz kalamullah yang penuh dengan tunjuk ajar, teguran serta didikan yang lengkap dalam membentuk insan yang mempunyai akhlak terpuji. Sejarah menunjukkan bahawa dengan ajaran Al-Quran mampu menjadikan individu tersebut berakhlak mulia serta menjadi harapan kebanyakan masyarakat. Tambahan pula dengan kurniaan insan yang bernama Muhammad sebagai suri teladan untuk umat akhir zaman. Keperibadian baginda yang tiada tolok tandingnya telah memikat hati pelbagai pihak tidak kira pangkat mahu pun keturunan.

2. TAJUK RANCANGAN PENYELIDIKAN Berdasarkan kepada keterangan dalam bahagian pendahuluan di atas, tajuk latihan ilmiah yang dicadangkan ialah Permasalahan Akhlak Dalam Kalangan Penghafaz Al-Quran : Kajian Di Maahad Tahfiz Daerah Kuantan .

3. BIDANG PENYELIDIKAN Bidang penyelidikan yang dicadangkan ialah akhlak, Al-quran dan As-Sunnah.

4. LATAR BELAKANG KAJIAN Perkara yang selalu menjadi persoalan masyarakat ialah apabila individu yang menghafaz AlQuran juga bermasalah dari segi akhlak. Jika dilihat dari mata kasar, Al-Quran yang dihafaz tidak memberi kesan terhadap akhlak mereka. Walhal, ketika zaman kegemilanagn Islam,
Huda Ery 1

golongan yang menghafaz Al-Quran amatlah dihormati dek kerana akhlak yang mereka tonjolkan. Disamping itu, permaslahan akhlak tersebut boleh menjejaskan pemikiran mereka yang kurang mengambil berat mengenai Al-Quran. Hal ini akan menjadi lebih serius seandainya masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap penghafaz Al-Quran yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. 5. OBJEKTIF KAJIAN a. Untuk mengenalpasti beberapa masalah yang timbul dalam kalangan penghafaz alquran. b. Untuk melihat sejauh mana kepentingan berakhlak mulia bagi pelajar yang menghafaz al-quran. c. Untuk menilai sejauh mana peranan penghafaz al-quran dalam membentuk akhlak masyarakat muslim berdasarkan Al-Quran.

6. METODOLOGI KAJIAN 1. Pengumpulan Data kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan memperolehi data. Antaranya ialah : I. Kaedah perpustakaan rujukan dilakukan terhadap bahan-bahan yang

terdapat di perpustakaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Perpustakaan Kuantan. II. Kaedah lapangan Temubual dengan pelajar Maahad Tahfiz di sekitar daerah Kuantan. 2. Analisa Data untuk menganalisa data-data terkumpul, metod analisis hukum digunakan. Kajian ini membuka ruang kepada semua pendapat Ahli Sunnah wal Jamaah dan pendapat yang terkuat adalah pendapat yang mempunyai sandaran dalil yang paling kuat.

Huda Ery

7. SISTEMATIKA KAJIAN Penulis membahagikan kajian ini kepada beberapa bab khusus dalam mengupas tajuk ini. Bab pertama penulis akan membicarakan tentang pendahuluan bagi tajuk ini yang meliputi pengertian, latar belakang, metodoli dan sebagainya. Bab kedua penulis akan menghuraikan contoh penulisan yang berkaitan dengan tajuk ini. Bab ketiga penulis akan menghuraikan mengenai masalah akhlak penghafaz al-quran. Bab keempat penulis akan menghuraikan permasalahan akhlak dalam kalangan penghafaz Al-Quran. Penulis juga akan masalah yang dipilih oleh penulis. Bab kelima penulis akan membuat kesimpulan bedasarakan penyelidikan yang dilakukan. membuat analisis dengan memfokuskan beberapa

8. RANGKA JADUAL KERJA TEMPOH MASA SEPTEMBER OKTOBER PERANCANGAN Menyerahkan draf dan mengumpulkan bahan. Menulis bab 1 dan 2. Menulis bab 3. Menyerah kepda penyelia untuk bacaan dan menerima kembali naskah yang dibaca. Membuat pembetulan di atas segala komen penyelia. Melengkapkan transliterasi dan senarai bibilografi. Membuat semua persediaan dan bersedia menyerahkannya kepada pihak Darul Quran untuk peperiksaan.

NOVEMBER

DISEMBER

Huda Ery

9. SENARAI BIBILOGRAFI AWALAN Dr. Said Abdul Adhim (2009), Nikmatnya Membaca Al-Quran. Muhammad Amin (terj). Kartasura : Aqwam. Muhammad Al-Ghazali (1987), Akhlaq Seorang Muslim. Selangor : Thinker s Library SDN BHD. Majdi Al-Hilal (2008), Power Of The Al-Quran. Muhammad Anas dan Talqi Nudiyanto (terj). Jakarta : Maghfirah Pustaka. Amru Khalid (2006), Semulia Akhlak Nabi. Imam Mukhtar (terj). Kartasura : Aqwam. Rusdin S. Rauf (2010), Quranic Law of Attraction. Hasnah Ishak (terj). Kuala Lumpur : PTS Publication & Distributors.

Huda Ery

You might also like