You are on page 1of 3

KAJIAN LAPANGAN

Tugasan yang diberikan kepada kami ialah mentadbir soalan Bahasa Arab
Tingkatan 2. Pada permulaan tugasan ini diberikan, kumpulan kami telah
berbincang terlebih dahulu memilih sekolah untuk membuat tugasan kami.
Beberapa sekolah dicadangkan dan usaha-usaha menghubungi sekolah-sekolah
tersebut juga dilakukan. Akhirnya Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai,
Kuala Lumpur menjadi pilihan kami setelah mendapat maklumat sekolah ini
terdapat subjek Bahasa Arab Tingkatan 2. Setelah membuat keputusan tersebut,
salah seorang daripada kumpulan kami menghubungi salah seorang Ustaz yang
mengajar Bahasa Arab di sana iaitu Ustaz Abdul Rahman Bin Hamid dan
memberitahu tentang tugasan kami. Beliau merupakan ketua Panitia Bahasa
Arab di sekolah tersebut. Ustaz Abdul Rahman bersetuju membantu kami
membuat dan menyelesaikan tugasan kami dan meminta kumpulan kami ke
sekolah tersebut untuk perbincangan yang lebih lanjut.
Perjumpaan pertama dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai
pada 25 Mac 2016 bersama Ustaz Abdul Rahman pada jam 10 pagi. Perjumpaan
pertama ini lebih kepada temu bual tentang kumpulan kami, tugasan, latar
belakang sekolah, biodata guru dan sedikit soalan tentang format ujian.
Perjumpaan pertama ini hanya perjumpaan kenal kenalan kumpulan kami dan
Ustaz. Ustaz Abdul Rahman seorang yang peramah dan baik hati membuatkan
kami mudah untuk berurusan dengan beliau. Ustaz Abdul Rahman berasal dari
Pulai Condong, Kelantan. Berumur 39 tahun. Pendidikan awal beliau di Sekolah
Kebangsaan Mata Air dan kemudian di SMA Shamsul Maarif. Pengajian tertinggi
beliau di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pengkhususan beliau ialah Bahasa Arab.
Berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Pengalaman mengajar beliau 10 tahun.
Beliau pernah mengajar di SMK Malim, Melaka. Kemudian Sekolah Setiawangsa
dan seterusnya di SMK Sri Pantai dari tahun 2013 hingga kini. Jawatan yang
disandang beliau ialah Ketua Panitia Bahasa Arab, Penyelaras Kelas Aliran Agama
(KAA) dan Ahli JKS negeri Bahasa Arab. Ustaz Abdul Rahman juga memberi
sedikit latar belakang sekolah Sri Pantai. Sekolah tersebut pernah menerima
anugerah Filing terbaik di peringkat kebangsaan. Disiplin sekolah tersebut
terkawal dan taraf kebanyakan ibu bapa murid disana taraf miskin bandar. Tahap
Bahasa Arab di sekolah tersebut lemah dari segi bertutur, mendengar,
membaca, menulis. Usaha-usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran
Bahasa Arab antaranya Program Huffaz. Sekolah ini juga pernah menerima
anugerah Sijil Penghargaan atas Pencapaian Lonjakan Saujana PMR Bahasa
Arab 2012. Sejarah SMK Sri Pantai, Ditubuhkan pada tahun 1967 dengan nama
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kampung Kerinchi. Pada tahun 1973,
sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Menengah Sri Pantai. Pada tahun 1972,
dengan pertambahan pelajarnya, sekolah ini telah memulakan sesi petang. Pada
bulan Jun 1997 hingga Disember 1997,sekolah ini telah dijadikan sebagai sekolah
percubaan satu sesi dengan masa dipanjangkan iaitu dari 7.45 pagi hingga 3.45
petang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun ia telah
kembali semula mengikut jadual persekolahan yang asal iaitu sesi pagi sahaja,
bermula dari pukul 7.30 pagi dan tamat pada pukul 1.50 petang. Sejak
ditubuhkan pada tahun 1967, sekolah ini telah diterajui oleh 12 orang pengetua.
Setelah berbual panjang tentang sekolah, kamu juga menanya beberapa soalan

tentang format soalan ujian. Setelah mendapat maklumat yang diperlukan.


Kumpulan kami bercadang untuk membuat dan menyiapkan soalan ujian Bahasa
Arab Tingkatan 2 berpandukan maklumat yang telah kami dapat. Kami juga
bercadang meminta Ustaz Abdul Rahman menyemak untuk perjumpaan
seterusnya.
Pembahagian tugas telah dibahagikan untuk menyiapkan soalan ujian.
Perjumpaan kedua dibuat setelah selesai soalan ujian dibuat. Pada 1 April 2016,
sekali lagi perjumpaan dibuat di sekolah bersama Ustaz Abdul Rahman. Fokus
untuk perjumpaan kali ini ialah menunjukkan soalan yang telah dibuat kepada
Ustaz Abdul Rahman untuk disemak dan diperbaiki sekiranya perlu. Terdapat
beberapa kesalahan-kesalahan kecil dalam soalan tersebut yang perlu segera
dibaiki. Menurutnya, format soalan ujian tingkatan 2 perlu mengikut format ujian
PT3 namun untuk permulaan Tingkatan 2 kebiasaannya tidak mengikut soalan
PT3 sepenuhnya. Peringkat awal kami bersepakat untuk melaksanakan
peperiksaan pertengahan tahun namun kerana beberapa faktor kami mengambil
keputusan untuk mengubah kepada ujian kali ke-2. Soalan PT3 mengandungi 4
bahagian :
1) Bahagian1 : Nahu Sorof (20m)
2) Bahagian 2: Kefahaman (30m)
3) Bahagian 3: Terjemahan (30m)
4) Bahagian 4: Karangan (20m)
Untuk soalan ujian kali ke-2 yang kami siapkan, kami hanya mengambil 3
bahagian sahaja daripada 4 bahagian PT3 iaitu Nahu Sorof, Kefahaman dan
Terjemahan. Menurut Ustaz Abdul Rahman, terdapat dua bahagian soalan yang
perlu diperbaiki iaitu bahagian 1 dan bahagian 2. Sebelum pulang untuk
membaiki kesalahan-kesalahan tersebut, kumpulan kami meminta beberapa
dokumen untuk kami buat rujukan dalam tugasan kami. Dokumen tersebut ialah
Jadual Spesifikasi Item, Soalan Ujian Tahun-tahun lepas dan Markah pelajar
dalam ujian bulan 3 yang lalu. Cadangan untuk perjumpaan seterusnya ialah
mendapatkan kelulusan kertas soalan ujian yang kumpulan kami buat oleh Ustaz
Abdul Rahman.
Setelah kumpulan kami betulkan kertas soalan ujian tersebut, perjumpaan
ketiga dibuat pada 8 April 2016 di Sekolah Sri Pantai. Fokus perjumpaan kali ini
pula ialah untuk menyemak semula kertas ujian yang telah diperbetulkan dan
mendapat kelulusan daripada Ustaz Abdul Rahman sendiri. Dan seterusnya
menetapkan tarikh, hari dan masa untuk buat ujian tersebut serta menanya
beberapa soalan tentang sekolah dan ujian. Menurut Ustaz Abdul Rahman, kertas
soalan yang dibuat sudah hampir sempurna cuma hanya perlu dibuat sedikit
penambahbaikan dengan meletakkan baris pada setiap perkataan. Walaupun
begitu, Ustaz Abdul Rahman tetap luluskan kertas ujian tersebut. Kemudian
Ustaz Abdul Rahman beritahu jadual kelas tingkatan 2 yang ada subjek Bahasa
Arab.
Kelas Bahasa Arab Tingkatan2 :
1) Selasa (2.30pm-3.50pm)

2) Khamis ( 1.10pm-2.30pm)
Menurut Ustaz, kami boleh pilih mana-mana dua(2) masa di atas untuk
pelaksanaan ujian tersebut. Setelah berbincang dengan mengambil kira
kekosongan jadual kuliah kami memilih hari Khamis (1.10pm-2.30pm).
22 April 2016 pada hari Khamis merupakan tarikh kami pilih untuk
mentadbir ujian kepada pelajar kelas Tingkatan 2. Sebelum memulakan ujian,
salah seorang daripada kami memberi taklimat kepada pelajar untuk membuat
ujian. Setelah selesai, kertas diagihkan dan ujian bermula pada jam 1.30 petang.
1 jam diberikan kepada pelajar untuk menjawab semua soalan. 1 jam berlalu,
pada jam 2.30 petang ujian tamat. Selepas itu, kami berbincang pula dengan
Ustaz Abdul Rahman tentang skema jawapan dan kaedah pemeriksaan kertas.
Setelah kumpulan kami mendapatkan maklumat yang secukupnya, kami
bersedia untuk pulang. Sebelum pulang kami menyampaikan sedikit
cenderamata kepada Ustaz Abdul Rahman kerana banyak membantu kumpulan
kami menyiapkan tugasan kami. Pada 12 Mei 2016 kami mula memeriksa kerja
ujian.
Maka begitulah sedikit laporan gerak kerja kami menyiapkan tugasan yang
diberi. Moga pengalaman ini dapat memudahkan kerja kami pada masa
hadapan. Sekian.

You might also like