You are on page 1of 23

KPP 3014: PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR

TAJUK
GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR DI
SEKOLAH MENENGAH

KUMPULAN KULIAH:T

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
NUR SYAHIRAH IDAYU BINTI HUSSNE D20191087625 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KESUSASTERAAN MELAYU

WAN NABILAH BINTI WAN RAZLAN D20191087725 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

FUAD NAJMI BIN MOHAMED NOR D20191088805 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT

SITI AISHAH BINTI SULAIMAN D20191088814 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


TEKNOLOGI MAKLUMAT

SITI ANIS BINTI MOHD ZIN D20191087746 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

NUR IZZATUL AIN BINTI RIZAMAN D20191088211 IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
KHAS

SOBRAN JAMIL BIN MAYUTI D20191089292 IJAZAH SARJANA MUDA TAHFIZ DENGAN
PENDIDIKAN

PENSYARAH: Dr. Nor Junainah binti Mohd Isa

TARIKH: 11/12/2020
1.0 Pengenalan
Masalah tingkah laku pelajar ini merupakan masalah yang tidak asing lagi di setiap sekolah.
Maksud tingkah laku menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2017) merupakan
gabungan dua perkataan iaitu tingkah dan laku dimana maksud tingkah ialah kelakuan atau
gerak geri manakala laku ialah ragam. Secara umumnya, tingkah laku adalah apa yang
dilakukan serta apa yang diperkatakan oleh seseorang individu tersebut. Menurut Lewis
M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar.
Pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah merupakan individu yang cenderung untuk
melakukan pelbagai kesalahan salah laku lebih-lebih lagi di sekolah. Hal ini adalah kerana,
pelajar sekolah mudah terpengaruh dengan pelbagai unsur yang negatif dimana mereka ingin
mencuba sesuatu perkara yang baru tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Terdapat pelbagai
masalah salah laku yang berlaku di sekolah antaranya ialah buli, vandalisme, bergaduh
dengan rakan, mencuri, ponteng sekolah dan lain-lain. Fenomena salah laku disiplin yang
berlaku di sekolah ini kebanyakannya melibatkan pelajar yang kurang berminat untuk belajar
serta mempunyai masalah keluarga seperti masalah kewangan, kurang didikan ibu bapa serta
kurang perhatian daripada ahli keluarga. Pengaruh rakan sebaya juga boleh menjadi sebab
kepada berlakunya masalah tingkah laku pelajar. Hal ini adalah kerana, selain daripada ibu
bapa, pelajar amat rapat dengan rakan-rakan mereka dimana mereka akan mudah terpengaruh
dengan ajakan serta kelakuan rakan mereka sendiri. Menurut Maarof (2003), Bandura (1977),
menekankan bahawa manusia belajar dengan cara memerhatikan tingkah laku orang lain.
Statistik salah laku disiplin sekolah pada tahun 2017 menunjukkan ponteng sekolah
merupakan peratus yang paling tinggi iaitu 1.40% bersamaan dengan 67,053 pelajar
manakala buli pula berjumlah 2,795 dengan 0.06%. Walaupun kegiatan buli tidak
mempunyai peratus yang paling tinggi, namun kes buli ini masih lagi berada pada tahap yang
membimbang kepada semua sekolah. Buli ini berlaku apabila terdapat pembuli yang ingin
menyakiti individu yang yang lain dari segi fizikal, mental dan emosi yang dipanggil mangsa
buli. Buli merupakan tingkah laku agresif yang dilakukan atas beberapa faktor seperti niat
untuk bermusuhan. Terdapat empat jenis buli iaitu buli fizikal, buli lisan atau percakapan,
buli berkaitan hubungan dan akhir sekali siber buli.

1
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan buli ini berlaku dalam kalangan pelajar
sekolah dan antaranya adalah ibu bapa, rakan sebaya dan media massa. Setiap pelajar
mempunyai latar belakang serta kehidupan yang berbeza apabila berada dirumah, oleh itu
pelajar yang mempunyai masalah lebih-lebih lagi mereka yang datang daripada keluarga
bermasalah cenderung untuk melakukan kegiatan buli ini untuk menunjukkan rasa tidak puas
hati atau ingin memberontak dengan cara menyakiti individu lain. Kes buli yang tidak
dibendung oleh pihak sekolah akan menyebabkan pelajar cenderung melakukan perkara yang
lebih teruk seperti kegiatan jenayah. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara serta
cadangan yang boleh dilakukan untuk memastikan masalah buli dalam kalangan pelajar ini
dapat diatasi.

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk….

2.1 Mengenalpasti punca masalah tingkah laku buli pelajar di sekolah menengah.
2.2 Menjelaskan cadangan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar disiplin di
sekolah menengah.

2
3.0 Metodologi
Metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke atas
subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan tentang reka bentuk
kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses menganalisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

3.1 Reka bentuk kajian


Kajian ini berbentuk kajian penyelidikan. Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan sebagai
satu proses yang sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal tentang tentang suatu fenomena
semula jadi berasaskan teori dan hipotesis yang berkaitan. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk menganalisis prinsip pembelajaran dan kaedah pengajaran berdasarkan prinsip
pengajaran yang diaplikasikan oleh guru di sekolah. Kajian ini juga dijalankan bertujuan
untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar di sekolah.

3.2 Instrumen Kajian


Instrumen merupakan alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-
apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan
untuk mendalami sikap,persepsi, keterangan latar belakang dan segala sumber yang
berbentuk primer atau sekunder. Dalam kajian ini, kajian penyelidikan bentuk kualitatif
digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Instrumen
yang digunakan untuk memperolehi maklumat daripada kajian ini adalah rujukan buku,
jurnal, tesis dan pemerhatian dari keadaan sekeliling.

3.3 Proses Menganalisis Data

3.3.1 Kaedah Temu Bual


Kaedah temu bual dijalankan oleh pengkaji dengan menemu bual seorang guru
berpengalaman di sekolah menengah. Pengkaji mendapatkan maklumat kajian secara
terperinci daripada guru tersebut.

3
3.3.2 Rujukan
Kaedah rujukan dijalankan oleh pengkaji dengan melayari internet menerusi laman sesawang
seperti Google untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, terperinci dan mendalam.
Dengan kaedah ini pengkaji juga dapat mempercepatkan lagi proses untuk mengumpulkan
maklumat dan data dalam kajian ini. Antara bahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan
adalah tesis, jurnal, akhbar dan buku.

4.0 Kajian Lepas


Terdapat beberapa kajian lepas mengenai masalah tingkah laku buli. Kajian ini dikarang
dalam pelbagai bentuk seperti buku, latihan ilmiah, jurnal, tesis dan sebagainya. Terdapat
empat kajian berkaitan masalah tingkah laku buli yang dijelaskan dalam bahagian ini.

Azizi Hj. Yahya, Yusofboom, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustafa dan Zurhana
Muhammad (2008) dalam kajiannya Indeks Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar-Pelajar di
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di Malaysia.Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap perlakuan buli di sekolah menengah dan rendah di Malaysia
berdasarkan pengiraan Indeks Perlakuan Buli Sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengenal pasti jenis-jenis tingkah laku buli dan kekerapannya; punca perlakuan buli di
kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah; dan ciri-ciri mangsa buli. Seramai 1395
orang pelajar sekolah menengah dan rendah di empat buah negeri Johor, Melaka, Negeri
Sembilan dan Selangor telah dipilih berdasarkan pensampelan rawak kelompok atas
kelompok. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik Indeks
Perlakuan Buli Sekolah yang mempunyai nilai kebolehpercayaan α=0.87. Statistik deskriptif
iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis tahap
perlakuan buli, jenis tingkah laku buli dan pengiraan indeks perlakuan buli sekolah. Statistik
inferensi iaitu analisis ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan tingkah laku buli dan
indeks tingkah laku buli antara peringkat persekolahan, lokasi sekolah dan jantina. Analisis
korelasi pearson r pula digunakan untuk menganalisis hubungan antara punca buli dan indeks
perlakuan buli sekolah. Secara keseluruhannya tahap perlakuan buli sekolah menengah dan
sekolah rendah di empat buah negeri berada pada tahap rendah dengan nilai Indeks Perlakuan
Buli Sekolah ialah 38.81. Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

4
tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dan antara
pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara Indeks Perlakuan Buli sekolah menengah dan sekolah rendah, bandar dan
luar bandar serta antara pelajar lelaki dan perempuan. Analisis korelasi pearson r, mendapati
terdapat hubungan signifikan antara punca buli dan Indeks Perlakuan Buli Sekolah (p=0.005,
r=0.103). Berdasarkan dapatan kajian, mencadangkan penggunaan Indeks Perlakuan Buli
Sekolah sebagai satu kaedah mengukur tahap perlakuan buli di kalangan pelajar, dan
keberkesanan program intervensi mencegah perlakuan buli.

Amin Al Haadi Shafie, Azad Athahiri Anuar, Norsayyidatina Che Rozudi, Wan Ahmad
Zakry Wan Kamaruddin dan Musa Mohamad (2017) dalam kajiannya Mangsa Buli dan
Kesan Buli. Artikel ini memfokuskan konsep buli, kesan buli kepada mangsa buli pada
jangka masa panjang dan pendek. Buli merupakan satu tingkah laku dominasi yang
dilakukan berulang kali secara psikologi atau fizikal daripada seorang atau kumpulan yang
lebih berkuasa kepada seseorang yang kurang kuasa. Mangsa buli selalunya mempunyai ciri-
ciri tertentu yang menyebabkan mereka mudah bagi pembuli mengesan dan bertindak
membuli mereka. Selalunya mangsa merupakan seorang yang sentiasa merasa cemas, tidak
selamat, terlalu berhati-hati, mempunyai harga diri yang rendah dan tidak berupaya membela
diri sendiri apabila dikasari. Tingkah laku buli memberi impak kepada mangsa buli dari segi
fizikal, emosi dan mental atau psikologikal dalam jangka masa pendek dan panjang. Kesan
jangka pendek seperti sedih, tertekan, tidak berdaya, berasa sendirian dan malu. Kesan
jangka masa panjang pula ialah tahap kesihatan mental yang bercelaru, kemurungan dan
gangguan emosi yang berpanjangan sehingga dewasa. Para kaunselor perlu memandang berat
permasalahan buli dan sentiasa mencari kaedah yang perlu dan sesuai dalam menghadapi
masalah buli. Hal ini demikian kerana tingkah laku buli memberi kesan kepada proses
pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

5
5.0 Teori
5.1 Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Teori Pembelajaran Sosial Bandura telah disasakan oleh Albert Bandura. Menurut
Bandura (1977), Teori Pembelajaran Sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran
yang berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan
seseorang sebagai model tingkah laku. Dalam hal ini keadaan persekitaran dan
masyarakat memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tingkah laku seseorng
individu. Menurut Bandura (1977) seseorang individu akan memerhatikan sesuatu
tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpan
maklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan
tingkah laku tersebut. Oleh itu, faktor kognitif akan mempengaruh jangkaan pelajar
tentang kejayaannya sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang
tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya akan mempengaruhi tingkah laku pelajar
tersebut.
Dalam teori Pembelajaran Sosial Bandura, beliau telah membuat kajian tentang
kehidupan manusia belajar melalui pemerhatian. Pembelajaran adalah melalui
peniruan, mengajuk dan memadan. Bandura (1977), mendapati kanak-kanak akan
mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang berunsurkan aksi
agresif Menurut Maarof (2003), manusia belajar dengan cara memerhatikan tingkah
laku orang lain. Pembelajaran pemerhatian, yang dinamakan juga sebagai pemodelan,
terhasil apabila manusia atau anak-anak memerhatikan tingkah laku orang lain atau
mereka yang signifikan dan mencatatkan konsekuen tingkah laku tersebut.
Kebanyakan pola percakapan, gaya pakaian, tingkah laku negatif dan agresif dan
pelbagai tingkah laku dipelajari melalui pemodelan. Anak-anak remaja biasanya
menjadikan ibu bapa, pelakon filem, ahli sukan, guru dan seumpamanya sebagai
model yang menjadi ikutan. Ini menjelaskan kepada kita mengapa tingkah laku
berbeza-beza mengikut masyarakat dan budaya.

Dalam teori pembelajaran sosial, beliau telah mengemukakan dua perkara


iaitu “Model Determinisme Timbal Balik” dan “Teori Pembelajaran Peniruan”.
Model Determinisme timbal balik yang dikemukakan oleh Bandura mengandungi tiga

6
faktor utama iaitu perlakuan, individu dan persekitaran (lihat Rajah 5.1). Faktor-
faktor tersebut saling berinteraksi antara satu sama lain dan mempengaruhi
pembelajaran. Bandura juga berpendapat bahawa perlakuan seseorang merupakan
hasil daripada interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran.

Rajah 5.1 : Model Determinisme Timbal Balik

Sumber: http://jomtulisipik.blogspot.com/2014/05/lampiran-2.html

Selain itu, Bandura juga menekankan tentang Teori Pembelajaran Peniruan


dalam teori ini. Bandura berpendapat bahawa apabila tingkah laku seseorang itu
ditiru, makan orang yang ditiru itu secara spontan akan menjadi model kepada si
peniru. Dalam teori ini, terdapat beberapa cara peniruan yang boleh dilakukan
iaitu proses peniruan mudah, proses peniruan sekatlakuan dan taksekatlakuan dan
proses tiruan melalui elisitasi. Dalam kajian ini, pengkaji akan memberi fokus
terhadap proses tiruan elisitasi timbul apabila kita melihat orang lain. Dalam
proses ini terdapat empat langkah tertentu yang boleh diamalkan iaitu
pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi. Kajian ini akan memberi
fokus kepada dua proses bagi menjawab objektif kedua kajian iaitu proses
pemerhatian dan motivasi. Proses pemerhatian akan dilihat melalui peranan ibu

7
bapa dan guru manakala proses motivasi akan dilihat melalui peranan pengurusan
sekolah.

6.0 Perbincangan
6.1 Mengenalpasti punca masalah tingkah laku buli pelajar di sekolah menengah.
6.1.1 Ibu Bapa
Antara punca-punca buli ialah punca ibubapa. Pada zaman yang
serba moden ini kebanyakkan ibubapa terlalu sibuk dengan kerjaya
masing-masing untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Hal ini
menyebabkan mereka kurang memberikan belaian kasih saying,
kemesraan dan prihatin kepda anak-anak mereka. Contohnya terdapat
segelintir ibubapa yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat
malam. Oleh kerana itu, mereka tidak ada masa untuk mengambil tahu
perkembangan anak-anak terutama yang remaja. Tugas dan
tanggungjawab menjaga anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada
pembantu rumah. Menurut cikgu A,iaitu seorang guru Bahasa Melayu di
sekolah menengah A, beliau berkata asas Pendidikan dan sikap pelajar
mula terbentuk dari rumah. Beliau yakin proses pembentukan sikap dan
peribadi serta sahsiah bermula dari rumah bak kata pepatah melentur
buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, ibubapa harus memberikan perhatian
yang khusus bagi seseorang anak kerana setiap anak mempunyai karakter
yang berbeza-beza. Oleh itu, pemerhatian yang khusus dapat mengeratkan
hubungan ibubapa dan anak-anak.

Selain itu, Cikgu A juga berkata, bahawa ibubapa memainkan


peranan yang sangat penting dan paling penting untuk membentuk
peribadi anak-anak dan ibubapa juga boleh menjadi punca utama
berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar. Namun, masalah yang timbul
dalam keluarga menyebabkan tekanan yang membebankan seseorang
individu. Akibat tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan
kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan
mereka hilang kawalan ke atas emosi mereka. Perunding keibubapaan

8
Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga,
terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak-anak secara
emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar. Oleh kerana perlakuan
ibubapa yang tanpa sedar menyebabkan anak-anak menjadi
keliru,tertanya-tanya dan mula membeza-beza kehidupan mereka dengan
rakan-rakan yang lain. Dari situ timbul perasaan tidak puas hati, dengki,
marah dan sebagainya. Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang
lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan. Sesetengah pembuli
turut mengaku bahawa mereka berasa gembira dan puas hati selepas
berbuat demikian kerana apabila seorang anak mengalami defisit perhatian
daripada ibu bapanya, anak tersebut akan melakukan apa saja cara bagi
mendapatkan perhatian termasuklah dengan perbuatan buli. Apabila anak
membuli, dia akan mendapat perhatian daripada ibu bapanya. Jadi, anak
akan suka membuli kerana ia boleh mendatangkan perhatian daripada ibu
bapanya sesuailah dengan perumpamaan "Tugas hakiki seorang anak
sejak lahir ialah untuk meraih perhatian daripada ibu bapanya.
Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada
masa hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah,
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. “Berikan saya sepuluh
orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan
retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia,
Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai
penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Malangnya, dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas
bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang
kian merebak dalam kalangan remaja ialah gejala buli. Buli dapat
ditakrifkan sebagai perlakuan ganas yang mencederakan fizikal dan
menjejaskan emosi dan mental seseorang seperti memukul, membuli,
mengugut dan sebagainya. kegoyahan institusi kekeluargaan menjadi
pemangkin kepada gejala buli yang melanda di negara kita. Intitusi

9
keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi persefahaman antara
pasangan suami isteri. Oleh itu, kes penderaan, pertengkaran dan
perceraian semakin meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat
ditutupi dengan nyirunya lagi.
Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar
perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam
tempoh masa 15 minit. Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk
memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja yang sentiasa
memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. Keadaan ini
membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan
pembentukan personaliti remaja. Maka tidak hairanlah apabila remaja
sanggup terlibat dalam gejala samseng ini untuk menarik perhatian demi
sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa
dalam memikul tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan
Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja yang terlibat dalam
gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga.
Izharlah bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan
fenomena buli remaja yang ingin melepaskan kemarahan mereka kepada
individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, ‘orang lain makan nangka,
orang lain terkena getahnya’.

6.1.2 Rakan Sebaya


Antara punca yang mendorong kepada perlakuan buli dalam
kalangan murid adalah rakan sebaya. Hal ini kerana, rakan sebaya
merupakan individu yang paling rapat selepas ahli keluarga serta turut
mempengaruhi tingkah laku mereka. Menurut Nik Nursyairah Nik Nordin
& Mohd Nasir Selamat (2018), sekiranya nilai-nilai negatif yang
dipamerkan oleh rakan mereka seperti tidak menghormati guru, sering
melanggar peraturan sekolah, melontarkan kata-kata kesat kepada orang
lain maka begitulah sikap pelajar berkenaan. perilaku seperti ini adalah
buli yang berbentuk verbal dan psikologi yang boleh mencetuskan

10
pergaduhan sesama pelajar. Oleh yang demikian, rakan sebaya yang
mempunyai perilaku tidak baik mendorong kepada perlakuan buli dalam
kalangan murid. Bahkan juga, perbuatan tidak baik mereka akan
menimbulkan tanggapan yang tidak baik terhadap mereka lebih-lebih lagi
dalam kalangan warga sekolah.
Gejala buli ini biasanya dilakukan oleh sekumpulan pelajar
daripada kelas yang sama yang menjadikan aktiviti membuli ini menjadi
lebih mudah. Ini kerana golongan remaja dikatakan mudah terpengaruh
dengan rakan serta lebih mempercayai mereka dan mahu menjaga hati
mereka (Mohd Razimi Husin et al. 2020).
Hasil temu bual yang dijalankan bersama cikgu A, beliau ada
menyebutkan tentang pengaruh rakan sebaya terhadap masalah buli yang
berlaku di sekolah beliau. Ibu bapa gagal mewujudkan suasana yang
harmonis dan menarik di rumah sehingga menyebabkan anak-anak lebih
suka meluangkan masa bersama rakan-rakan. Jika mereka berkawan
dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah disiplin sudah pasti mereka
akan cenderung ke arah perlakuan buli. Para pelajar lebih memilih
melakukan buli secara berkumpulan berbanding secara bersendirian dan
sasaran yang dipilih adalah pelajar yang lemah atau kumpulan lain yang
dirasakan lemah.
Selain itu, persekitaran yang negatif juga turut menyumbang
kepada perlakuan buli. Menurut cikgu A lagi, terdapat juga kes yang
berlaku di mana pelajar membuli orang lain kerana ingin melepaskan
dendam terhadap ibu bapa yang tidak memahami atau ahli keluarga lain
yang pernah menindas mereka di rumah. Aktiviti buli kebiasaanya
dilakukan secara beramai-ramai akan menimbulkan keseronokan
walaupun ianya adalah tingkah laku ganas. Mereka menganggap bahawa
buli merupakan cara mereka melepaskan rasa dendam tersebut adalah
dengan membuli orang lain yang lebih lemah daripada mereka. Manakala
pelajar perempuan lebih cenderung kepada buli secara verbal atau
psikologi yang dilakukan melalui platform media sosial.

11
6.1.3 Media Massa

Menurut Cikgu A yang telah ditemu bual, media massa merupakan


faktor yang paling terbesar. Kes buli yang berlaku di sekolah adalah
disebabkan oleh penggunaan media massa yang semakin luas dan tanpa
had. Murid-murid sekolah mudah terpesong disebabkan pengaruh media
massa adalah antara pengaruh yang paling dekat dengan mereka. Kanak-
kanak ini terpengaruh dengan kes buli melalui media massa adalah kerana
kurang pemantauan dari pihak ibu bapa terhadap apa yang diakses oleh
mereka dalam telefon pintar masing-masing. Ibu bapa sepatutnya
memantau segala gerak kerja yang dilakukan oleh anak masing-masing
dalam telefon pintar mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengajar
supaya anak-anak tahu untuk membezakan antara yang baik untuk
dicontohi dan yang mana buruk untuk ditinggalkan.
Pada masa kini, kanak-kanak yang berumur seawal 4 atau 5 tahun
sudah terbiasa dengan pendedahan telefon pintar. Perkara ini adalah suatu
perkara yang tidak sepatutnya dibiasakan. Hal ini demikian kerana, jika
kanak-kanak telah terbiasa melihat perkara yang negatif dan berunsurkan
pembulian, ini boleh mengganggu perkembangan yang positif bagi kanak-
kanak tersebut. Namun begitu, bagi kanak-kanak remaja juga perlu
dikawal dan dipantau tentang apa yang mereka akses dalam telefon pintar.
Hal ini demikian kerana, unsur yang boleh membawa kesan negatif berada
di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, aplikasi youtube yang banyak
menunjukan tindakan yang ganas, propaganda dan aksi-aksi pergaduhan.
Merujuk situasi tersebut, kanak-kanak remaja akan lebih mudah
terpengaruh untuk mengikuti perbuatan sebegitu kerana pada tahap usia
mereka, peringkat remaja suka untuk mencuba suatu perkara yang baharu.
Selain daripada buli secara fizikal di sekolah, media massa juga
boleh membawa ke arah membuli secara dalam talian. Sebagai contoh,
membuli secara siber adalah seperti mengaibkan, mengeluarkan kata-kata
yang kesat untuk menjatuhkan pihak lawan dan mengeluarkan kata yang

12
menimbulkan provokasi. Dalam era globalisasi ini, perkara-perkara seperti
ini merupakan suatu perkara yang sudah tidak asing lagi malah dikenali
sebagai keyboard warrior. Perkara ini juga sebenarnya banyak dilakukan
oleh kanak-kanak remaja kerana mereka tidak dapat berfikir secara waras.
Mereka cuma tahu untuk melepaskan apa yang terbuku di dalam hati
untuk memastikan mereka puas dan seronok dengan melakukan tindakan
sebegitu terhadap rakan-rakan mereka.

6.2 Menjelaskan cadangan untuk menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar


disiplin di sekolah menengah.
6.2.1 Ibu Bapa
Peranan ibu bapa dalam membentuk aspirasi dan ekspektasi yang
tinggi khususnya dalam kalangan anak-anak adalah sangat penting.
Bahkan ibubapa juga dikatakan ‘role model’ bagi anak-anak-anak dalam
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak Namun begitu jika
dilihat anak-anak masa kini, lebih-lebih lagi golongan remaja terlibat
dengan masalah tingkah laku yang berkaitan seperti ponteng, buli,
mencuri, merokok dan ada juga yang terlibat dengan pengaruh dadah.
Menurut Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1997) yang
berpendapat bahawa remaja belajar melalui peniruan. Hal ini bermaksud,
tingkah laku pelajar terhasil akibat daripada pengalaman, asuhan dan
mengikut kehendak ibubapa. Oleh itu, ibubapa perlu memainkan peranan
penting bagi mengatasi masalah tingkah laku dalam diri anak mereka.
Banyak faktor penyebab berlakunya masalah sosial dalam kalangan
remaja antaranya faktor diri sendiri, pengaruh rakan sebaya dan
permasalahan persekitaran sekolah, juga latar keluarga (Sharif &
Mohamad Roslan, 2011; Mustaffa, Hassan, & Ramli, 2004). Berdasarkan
temubual bersama Cikgu A, beliau mengatakan bahawa ibu bapa perlu
bijak bermain dengan psikologi anak-anak apabila perkara tersebut
melibatkan masalah sosial mereka dengan kawan-kawan. Hal ini
kerana,mengawasi anak-anak berkawan dengan mengikuti landasan yang

13
betul adalah lebih baik daripada melarang mereka untuk memilih dalam
mencari kawan. Ibubapa juga boleh menyusun jadual hujung mereka
dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan agar dapat mengelakkan
daripada terlibat dengan maslaah sosial.
Faktor-faktor seperti dorongan dan galakan, disiplin di rumah,
hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta hubungan keluarga yang
utuh dapat memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan
pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar (Mohamad,
2018). Ibu bapa perlu mendisiplinkan anak- anak dengan cara tertentu bagi
mengawasi masalah tingkah laku dalam kalangan anak-anak yang
meningkat remaja. Mendisiplinkan anak ini bertujuan untuk menjadikan
anak-anak lebih bertanggungjawab dalam kehidupannya. Yahaya (2008)
berpandangan bahawa ibu bapa seharusnya boleh memainkan pelbagai
peranan dalam membentuk disiplin dan peribadi anak-anak. Apabila anak
di didik dengan disiplin, mereka akan lebih takut untuk melakukan
masalah pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, ibu bapa perlu mengambil inisiatif dalam
mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi bagi memastikan anak-anak takut
untuk melibatkan diri dengan masalah disiplin. Justeru, adalah
dicadangkan tentang keperluan mendengar dan mempertimbangkan
kehendak dan kemahuan di dalam penjagaan dan perlindungan kanak-
kanak remaja mengikut perspektif kanak-kanak remaja itu sendiri.
6.2.2 Guru
Guru memainkan peranan besar dalam mengatasi masalah buli.
Melalui kajian yang telah dilakukan didapati cadangan penyelesaian yang
dipilih oleh guru-guru di sekolah Cikgu A adalah guru perlu bersikap lebih
prihatin terhadap pelajar. Hal ini bermaksud para guru perlulah
mewujudkan hubungan yang baik dengan semua pelajar tidak kira bangsa
ataupun warna kulit. Hal ini agar guru dapat mengenal pasti masalah
pelajar dengan lebih baik. Menurut Mohd Hasani Dali dan Mohamad
Johdi Salleh (2009), seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui

14
latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan
menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya.
Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan
guru. Guru pula mampu mendorong mereka untuk terus berusaha ke arah
peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri mereka (ms.3).
Selain itu, Cikgu A turut memberitahu kadangkala, membuli ini
adalah kerana terdesak dan ada juga yang membuli ini adalah dipaksa oleh
pelajar yang lain. Cikgu A turut menyatakan cadangan penyelesaian yang
seterusnya adalah semua guru perlu bertindak sebagai guru displin dan
kaunseling. Hal ini dilihat guru mesti menjadikannya amalan baharu
walaupun guru tersebut bukanlah seorang guru displin ataupun kaunseling
disekolah. Pada waktu yang sama, semua guru mestilah bersikap terbuka
terhadap pelajar-pelajar. Hal ini juga bagi memberikan mereka rasa
diambil peduli serta disayangi. Sekiranya amalan ini dapat dilaksanakan
berkemungkinan masalah besar sekolah seperti ini dapat dikurangkan.

6.2.3 Pengurusan Sekolah


Pengurusan sekolah memainkan peranan besar dalam menangani
masalah buli dalam kalangan pelajar di sekolah. Menurut Peter F. Drucker
pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan
kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan.
Dalam hal ini, pengurusan dari segi pentadbiran sekolah sangat penting
bagi memastikan setiap peranan yang dimainkan oleh guru dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Menurut Griffiths (1959), pentadbiran
merupakan satu corak tingkah laku yang didapati dalam semua organisasi
manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu
organisasi.
Dalam konteks pentadbiran pentadbiran sekolah, guru-guru perlu
merancang program yang boleh memberi impak yang positif kepada
pembangunan sahsiah pelajar. Perancangan program yang berkesan

15
mampu memberi kesedaran kepada pelajar untuk mempelajari sesuatu
perkara. Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura, usaha untuk
menangani gejala buli boleh dilaksanakan melalui Model Peniruan iaitu
Model Peniruan Simbolik. Model Peniruan Simbolik merupakan satu
kaedah dimana kita melihat atau memerhatikan sesuatu objek sama ada
buku, televisyen, gambar, kartun dan pelbagai media lain untuk
menyampaikan sesuatu mesej moral. Dalam teori ini, program di sekolah
boleh dijadikan sebagai objek untuk ditiru dan difahami oleh pelajar untuk
mempelajari tentang keburukan sekiranya kita terlibat dalam buli.
Menurut Cikgu A, terdapat banyak program yang dijalankan oleh
pihak sekolah dan Unit Bimbingan Kaunseling di sekolah beliau dalam
menangani isu gejala buli mahupun masalah disiplin. Kebanyakan
program yang dijalankan lebih berfokus kepada pembangunan sahsiah
pelajar dari segi emosi dan rohani pelajar. Hal ini dikatakan demikian
kerana, Cikgu A berpendapat bahawa keberkesanan program yang
berasaskan pembangunan sahsiah dapat memberikan nilai positif dalam
diri seseorang pelajar.
Salah satu contoh program yang dijalankan di sekolah Cikgu A
adalah, program bina insan. Program ini dijalankan pada setiap hari isnin
waktu pagi dan mengambil masa selama satu jam bermula pada jam 8:00
pagi hingga 9:00 pagi. Program ini berfokus kepada aktiviti kerohanian
pelajar mengikut agama masing-masing. Pelajar akan diajar tentang ilmu-
ilmu agama dan diberi pendekatan secara kerohanian melalui
ustaz,ustazah, paderi mahupun sami mengikut kepercayaan agama
masing-masing.
Menurut Cikgu A, program ini sememangnya memberi
keberkesanan yang baik kepada pelajar. Hasil daripada program ini,
pelajar semakin sedar dan faham akan tujuan sebenar mereka dihantar ke
sekolah untuk pelajar. Cikgu A juga menjelaskan bahawa isu masalah
tingkah laku di sekolah beliau juga semakin terkawal dan berlaku
penurunan kes terhadap masalah disiplin, ponteng,buli dan sebagainya.

16
Namun, jumlah sebenar statistik dan peratus tidak dinyatakan oleh Cikgu
A.
Secara keseluruhannya, pengurusan sekolah memainkan peranan
besar dalam menangani masalah buli dalam kalangan pelajar di sekolah.
Pelaksanaan program yang berkesan sememangnya memberi
keberkesanan yang baik dalam membentuk peribadi dan sahsiah pelajar ke
arah yang lebih positif.
7.0 Kesimpulan

Kes buli ini bukanlah perkara yang asing lagi di setiap sekolah. Hampir seluruh sekolah
di Malaysia mempunyai pelajar yang terjebak dengan kes buli. Oleh itu, terdapat pelbagai
punca yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah berpunca daripada ibu bapa yang sentiasa
sibuk mengejar kerjaya masing-masing sehingga anak-anak terpaksa diabaikan. Hal ini telah
menyebabkan anak-anak mereka berani untuk melakukan apa sahaja tanpa kawalan dan
pemerhatian daripada ibu bapa. Punca seterusnya yang dapat dikenalpasti ialah rakan sebaya.
Rakan merupakan insan yang paling rapat selain daripada keluarga dan memberi pengaruh
yang besar dalam melakukan apa-apa sahaja kelakuan. Rakan sebaya ini amat mempengaruhi
minda seseorang sehingga berjaya memujuk seseorang untuk melakukan perkara baharu.
Sudah menjadi fitrah kepada manusia untuk terdetik di dalam hati dalam melakukan perkara
baharu yang tidak pernah dilakukan. Selain itu, media massa juga amat mempengaruhi
pelajar dalam melakukan kes buli di sekolah. Dalam era kemodenan yang penuh dengan
teknologi ini menyebabkan pelajar dapat meneroka pelbagai perkara sama ada yang negatif
atau positif tanpa had jika tiada pengawasan daripada ibu bapa.
Dalam memastikan kes buli ini tidak berada pada tahap yang membimbangkan, pelbagai
inisiatif mestilah dilakukan. Disebabkan kes buli ini sentiasa berlaku di sekolah, pihak
sekolah amat memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah ini daripada terus
berlaku demi menjaga kredibiliti , keamanan serta nama baik sekolah. Oleh itu, pihak sekolah
mestilah memastikan pengurusan sekolah sentiasa sentiasa peka akan kejadian buli yang
berlaku di sekolah dan mengambil Tindakan yang sewajarnya dari awal lagi. Dalam hal ini,
pengurusan bimbingan dan kaunseling mestilah dimantapkan sebaik mungkin. Setiap pelajar
yang bermasalah akan dirujuk oleh guru kaunseling untuk meningkatkan sahsiah diri murid

17
tersebut. Selain daripada itu, ibu bapa juga mestilah memainkan peranan yang penting dalam
memberi didikan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak agar anak-anak tidak akan
melakukan serta mengulangi perkara yang dapat memberi kesan negetif seperti buli.
Setiap usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa ada Kerjasama daripada pelbagai
pihak. Untuk memastikan setiap cadangan ini mencapai matlamat, pihak sekolah dan ibu
bapa mestilah memainkan peranan masing-masing dengan baik agar kes buli ini dapat
dikurangkan. Pelajar ini merupakan modal insan kelas pertama yang penting untuk negara di
masa hadapan dalam memastikan negara Malaysia berada dalam keadaan yang aman dan
damai tanpa sebarang jenayah dan masalah tingkah laku yang dapat menjejaskan
ketenteraman negara.

18
8.0 Rujukan

Azianura Hani Shaari dan Mohammad Rahim Kamaluddin (2016), Buli siber: Ketidaksantunan

bahasa dan etika media sosial dalam kalangan remaja Malaysia, Journal of Social
Sciences and Humanities, Vol.16, No.6, 1-16.

Azizi Bin Yahaya & Norlaily Binti Ahmad (2007). TEORI-TEORI KONSEP KENDIRI. Jurnal

Psikologi, 3(5), 1-3. Diperoleh daripada


http://eprints.utm.my/id/eprint/10368/3/Norlaily_Binti_Ahmad.pdf

Jamalsafri saibon. Memahami Tingkah Laku Buli Dalam Kalangan Murid Sekolah.(2014).

Universiti Sains Malaysia. Data diperolehi daripada


https://www.researchgate.net/publication/284386518_Memahami_Tingkah_Laku_Buli_
Dalam_Kalangan_Murid_Sekolah

Mohd Razimi Husin, Nur Izzati Mat Isa, Nur Haqima Farhana Abdul Rahim, Wan Nur Izzwani

Wan Izham, Nur Atasya Izati Bakeri, Farah Nurhafiza Shamsul Anuar & Najiha Mohbob.
(2020). Gejala Membuli dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Journal of Humanities and
social sciences 2(1), 22-33. Diperoleh daripada:
https://lamintang.org/journal/index.php/jhass/article/view/100/75

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009). PENGURUSAN BILIK DARJAH. Jurnal

Pendidikan, 27(4), 161-188. Diperoleh daripada


http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter_-_Pengurusan_Bilik_Darjah_-_2009.pdf

19
Nik Nursyairah Nik Nordin & Mohd Nasir Selamat. (2018). Tingkah laku delinkuen pelajar

dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jurnal wacana sarjana 2(1), 1-9. Diperoleh
daripada: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/62/40

Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail, Amelia Mohd Noor. Masalah buli dalam kalangan

murid: apakah kata guru?(2019). Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan


Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak: Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti
Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu, Sabah. Data diperolehi daripada
https://www.google.com/search?
rlz=1C1CHBF_enMY884MY884&sxsrf=ALeKk03K8p2d28B8DUrif8PcbvJd3_61Lg
%3A1607178971560&ei=25rLX-
XeIcW7rQGCxITYCA&q=punca+ibu+bapa+dalam+kalangan+buli+pdf&oq=punca+ibu
+bapa+dalam+kalangan+buli+pdf&gs_lcp=CgZwc3ktYWIQAzoECAAQRzoFCCEQoA
E6BwghEAoQoAFQyydYuTRgqTtoAHACeACAAcoEiAHOCZIBCTAuMS4yLjUtMZg
BAKABAaoBB2d3cy13aXrIAQjAAQE&sclient=psy-
ab&ved=0ahUKEwiluMKdiLftAhXFXSsKHQIiAYsQ4dUDCA0&uact=5

Zaleha Yaacob (2010), Pengaruh keganasan dalam media terhadap tingkah laku agresif remaja,

Universiti Teknologi Malaysia.

20
LAMPIRAN

Rakaman perbualan dengan Cikgu A :

https://drive.google.com/file/d/1BOFOelI_fCmqW8Nyg1zqYIBwaM1jHKbM/view?
usp=sharing

Latar Belakang Cikgu:

Nama: Suhaida Binti Abu

Umur: 46 Tahun

Pekerjaan: Guru Bahasa Melayu

Tempoh perkhidmatan: 23 tahun berkhidmat

Negeri Asal: Sandakan, Sabah.

21
22

You might also like