You are on page 1of 31

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT

AWAL ASIA TENGGARA

Anthony Reid, Southeast Asia in the Age of


Commerce, Jilid 1,
Terdapat ciri-ciri kebudayaan dan corak hidup seharian
masyarakat Asia Tenggara yang mempunyai persamaan.
Persamaan ini adalah hasil penyesuaian kepada iklim,
persekitaran dan ekologi rantau ini yang hampir sama.

Fokus kajian beliau sekitar abad ke-15 -17, tetapi


banyak aspek kebudayaan ini masih dikekalkan
sehingga penghujung abad ke-19 dan abad ke-20.

Kepadatan penduduk

Anthony Reid menganggarkan pada tahun 1800,


berlaku kekurangan tenaga manusia ini dalam
lingkungan 32 juta.

Kepadatan penduduk yang rendah ini


mengakibatkan tenaga manusia, bukannya tanah,
dianggap sebagai sumber yang paling penting.

Justeru itu, asas kekuatan seseorang raja adalah


berdasarkan jumlah tenaga manusia yang
dikuasainya. kecuali di Vietnam di mana terasnya
ialah penguasaan tanah.

Bagaimanapun dalam kebanyakan masyarakat Asia Tenggara


wujud suatu golongan khas yang ditugaskan berkhidmat kepada
raja untuk tempoh tertentu dalam setahun. Sebagai contoh;

Raja di Siam dan Burma bertindak mencegah


perpindahan tenaga manusia daripada
kawalan diraja kepada kawalan individu kerana
"pembocoran" tenaga manusia ini akan
mengancam kekayaan dan kewibawaan raja.

Susunan Hierarki

Masyarakat di rantau Asia Tenggara diatur dengan raja


di puncaknya; diikuti oleh lapisan-lapisan lain yang
merangkumi golongan bangsawan dan pembesar,
rakyat bebas yang kebanyakannya terdiri daripada
kaum petani, serta hamba abdi yang pelbagai jenis.

Pembahagian di dalam setiap lapisan ini berbeza-beza


antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Susunan hierarki ini diberi keabsahan oleh ideologi


dominan dalam masyarakat, terutamanya agama
Buddha Theravada dan ajaran Konfusianism.

Menurut agama Buddha Theravada, umpamanya tujuan


utama seorang penganut Buddha Theravada ialah
mengecualikan diri daripada roda kehidupan, iaitu dilahirkan
semula, sebaliknya terus memasuki nipphan (nirwana)
melalui pengumpulan bun/hpon (pahala).

Bun/hpon ini boleh dikumpulkan melalui:


amalan baik seperti bersedekah kepada rahib.
menyumbangkan tenaga untuk kerja-kerja dalam biara,
beribadat, hidup mengikut rukun-rukun agama, dan lainlain.

Taraf seseorang dalam masyarakat berdasarkan jumlah


bun/hpon yang telah dikutipnya dalam kehidupan-kehidupan
yang lepas. Manusia juga dipercayai mempunyai
keupayaan yang berbeza dalam mengerjakan bun/hpon.

Thailand

Kepercayaan dosa dan pahala mempertahankan dan


mengesahkan susunan masyarakat yang berhierarki.

Ajaran ini kadang-kadang diperkukuh oleh amalan yang lain,


umpamanya sistem sakdina di negara Thai yang menentukan
tempat setiap orang dalam susunlapis masyarakat itu dengan
memberikannya markah darjat (sakdina) yang tertentu.

Jumlah sakdina ini adalah antara 100,000 mata untuk seorang


Upparat atau putera raja dengan 5 mata untuk seorang that atau
hamba.

Sistem pemberian markah darjat ini dipercayai adalah berasaskan


kuasa yang pada asalnya berpunca daripada pemilikan tanah.

Selain daripada sistem sakdina , taraf seseorang


juga berdasarkan kepada pangkat, jawatan dan
gelaran.

Semua phrai dikehendaki berdaftar di bawah nai tertentu


untuk tujuan penguasaan tenaga manusia.

Tugas utama nai ialah membekalkan phrainya apabila


diarahkan oleh kerajaan, sama ada untuk perkhidmatan
awam atau ketenteraan.

Pada permulaannya, semua phrai dianggap sebagai hak


milik nai mereka. Kemudian, mereka telah dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu phrai som dan phrai luang.

Phrai som merupakan hak milik nai berkenaan dalam


erti kata ia boleh menjual mereka atau memberi
mereka kepada nai yang lain.

Phrai luang pula, pada teorinya, merupakan hak


milik raja.

Seseorang phrai luang itu didaftarkan di bawah


jawatan tertentu dalam kerajaan dan sesiapa yang
memegang jawatan berkenaan, pada masa itu akan
menjadi nainya.

Phrai luang ini dikehendaki menjalankan kerja kerahan


selama enam bulan setahun dan nai mereka
bertanggungjawab menentukan bahawa mereka memenuhi
kewajipan ini.

Dalam kalangan phrai luang terdapat satu golongan.khas yang


digelarkan phrai suai.

Phrai suai merupakan penduduk dalam kawasan-kawasan yang


mengeluarkan barangan yang dianggap sangat penting,
contohnya serbuk letupan dan senjata.

Phrai suai ini dikecualikan daripada kerja kerahan tetapi


dikehendaki menyerah sejumlah barang pengeluaran yang
ditetapkan kepada kerajaan.

Burma

Masyarakat umum/orang biasa;

mereka yang terikat (bondid) yang digelarkan


kyun
mereka yang tidak terikat, iaitu, athi.
Kyun pula dibahagikan kepada tiga jenis:

Golongan athi tidak mempunyai taraf yang


lebih tinggi daripada golongan kyun.

Gelaran ini hanya bemaksud bahawa mereka


dikecualikan daripada kerja kerahan tetapi
diperlukan membayar cukai kepala.

Sebenarnya athi dipandang rendah kerana tidak


diperakukan untuk perkhidmatan kepada raja
atau sangha dan mereka tidak mempunyai
penaung untuk melindungi mereka.

Indonesia

Di Jawa, Raja mengepalai dua susunan


hierarki, satu untuk Negara Agung dan satu
untuk manca negara.

Negara agung dibahagikan kepada lungguhan


yang dikurniakan kepada kerabat diraja
(pangeran)

Manca negara diperintah oleh bupati yang


bertanggungjawab mengutip cukai daripada
kawasan penguasaan mereka (kabupaten)
bagi pihak raja dan juga membekalkan askaraskar kerahan semasa peperangan.

Bupati kebanyakan masa tinggal di ibukota.

kerja memungut cukai, di negara agung mahupun di


manca negara dipertugaskan kepada demang pada
peringkat wilayah dan bekel pada peringkat
kampung.

Penggolongan di peringkat kampung adalah


berdasarkan penguasaan terhadap tanah.

Golongan yang menguasai tanah dan


bertanggungjawab atas segala cukai ialah sikep
dan mereka menyara hidup golongan numpang
atau bujang yang mengerjakan tanah sikep dan
kadang-kadang juga mengambil alih tugas kerja
bakti atau kerahan sikep.

Vietnam

HUBUNGAN PATRON-KLIEN

Susunan masyarakat yang berhierarki seperti dijelaskan


bermaksud bahawa setiap lapisan yang lebih tinggi
bersifat sebagai pengawal dan penaung kepada lapisan
di bawahnya, sementara lapisan yang bawah itu wajib
mematuhi arahan golongan atasan.

Nyatanya hubungan asas dalam masyarakat ini ialah


hubungan patron-klien yang menjaminkan kestabilan
masyarakat itu dan juga memastikan bahawa
masyarakat itu dapat berfungsi secara licin.

Hubungan patron-klien ini menyusupi keseluruhan


masyarakat secara bertingkat-tingkat bermula dari
puncaknya, iaitu raja yang boleh dianggap sebagai
patron utama.

Sistem pentadbiran negara sangat bergantung


kepada hubungan ini kerana patron itulah yang
bertanggungjawab membekalkan tenaga manusia
dan menyerahkan hasil mereka mengikut
penetapan kerajaan atau bila-bila diarahkan
berbuat demikian.

Tambahan pula ketenteraan dan kesejahteraan


masyarakat turut bergantung kepada hubungan
ini kerana seseorang patron juga
bertanggungjawab mengadili kes-kes jenayah
kecil atau perselisihan dalam kalangan kliennya.

Patron juga mesti memastikan bahawa kliennya


dihadapkan ke mahkamah apabila diwajibkan.

Menurut Akin Rabibhadana,


hubungan patron-klien ini bercorak bertimbal balik, iaitu
klien memberi hadiah, perkhidmatan dan kesetiaan kepada
patron dan dibalas pula dengan perlindungan dan
pertolongan.

Rakyat Thai tidak mempersoalkan hubungan ini


kerana sikap menghormati (khaorop), mematuhi
(cheuafang) dan takut (krengchai) kepada mereka
yang berpangkat lebih tinggi dan ia merupakan
intipati kebudayaan Thai.

Ia merupakan suatu nilai sosial yang telah


ditanamkan dalam sanubari setiap orang Thai dari
awal-awal lagi. Sikap ini adalah secocok dengan
sifat hierarki masyarakat tersebut.

Hong Lysa,
menyarankan bahawa klien itu tidak mempunyai
pilihan melainkan tunduk kepada patronnya sebab ia
tidak akan mempunyai apa-apa hak dalam sisi
undang-undang jika ia mengecualikan diri daripada
hubungan itu.

Dengan pendaftarannya kepada seseorang nai,


phrai itu mendapat perlindungan daripada
penindasan yang lebih teruk oleh kerajaan atau
anggota-anggota masyarakat yang lain.

Pandangan Hong Lysa dan Akin kurang


memberi perhatian kepada unsur "paksaan"
dalam hubungan tersebut.

Merujuk kepada kedudukan di Burma, Michael


Aung-Thwin berpendapat bahawa corak
hirarki itu diterima kerana masyarakat itu
lebih takut huru-hara daripada kezaliman.

Hirarki itu dianggap perlu demi menjaminkan


ketenteraman.

Setiap anggota mempunyai tempat tertentu


dan bukan pembelaan kebebasan individu.
Hubungan patron-klien mengaturkan
masyarakat mengikut susunan itu.

Bagaimanapun hubungan patron-klien


kurang berperanan dalam masyarakat
Vietnam.

Sebaliknya, kerajaan sentiasa berjaga-jaga


supaya menghalang keluarga-keluarga yang
berpengaruh mengumpul pengikut yang
ramai.

Dalam perkataan-perkataan lain, kerajaan


cuba mengekalkan sejumlah besar anggota
masyarakat sebagai orang bebas.

Peranan yang dimainkan oleh patron dalam


menjaminkan pengaturan masyarakat telah
diambil alih oleh dua institusi yang lain, iaitu
keluarga dan birokrasi.

Penekanan kepada institusi keluarga berpunca


daripada dua keperluan
memeliharakan kestabilan
menjamin perolehan tuntutan kerajaan seperti cukai
dan kerahan.

Nilai kepatuhan dicerminkan dalam masyarakat


dalam bentuk kesetiaan kepada raja dan
orang-orang yang berpangkat lebih tinggi.

Justeru itu, birokrasi itu sendiri diibaratkan sebagai


sebuah keluarga besar dengan raja di puncaknya.

Institusi keluarga juga merupakan suatu corak


pengawalan s.osial yang amat penting,
terutamanya apabila anggota-anggotanya
diwajibkan tinggal di kampung-kampung tertentu.

Jika seseorang tidak menunaikan kewajipannya,


ahli-ahli keluarganya dikehendaki mengambil alih
tanggungjawabnya.

Begitu juga semua anggota sesebuah kampung


bertanggungjawab atas perlakuan setiap
penduduknya.

Oleh sebab itu, salah satu tugas pegawai tempatan


ialah menyimpan senarai penduduk kampung yang
lengkap dan tepat supaya kerja mengutip cukai dan
penyelarasan kerahan boleh dijalankan dengan
licin.

Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa


Vietnam juga sangat mementingkan pemiliharaan
hierarki dalam masyarakatnya tetapi cara yang
digunakan ada adalah berlainan dengan apa yang
terdapat di negara-negara Tanah Besar yang lain.

Pemerintah Vietnam cuba menguatkuasakan


kawalan yang lebih rapi dan secara langsung
terhadap masyarakat kampung, iaitu melalui
birokrasinya dan bukan melalui golongan patron.

Sekian,
Terima kasih

You might also like