You are on page 1of 3

SEJARAH PENGGAL 2

CIRI-CIRI SENI BINA DAN SENI BINA ISLAM DI INDIA


1.PENDAHULUAN
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk,dan reka letak yang
dibina oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857 M apabila
British bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir, iaitu Bahadur Shah 2. Antara
tokoh terhebat dalam kerajaan ini yang menyumbangkan kemajuan khususnya dalam bidang seni
bina ialah Syah Jehan (1627-1658 M).
2.CIRI-CIRI SENI BINA INDIA
Ciri-ciri seni bina kerajaan Mughal di India antaranya ialah bangunan masjid yang didirikan
dilengkapi dengan menara-menara yang dihiasi indah terutama dengan seni khat Arab. Unsur-unsur
lain ialah terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak
yang meruncing. Binaan sebegini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya Parsi dengan gaya
tempatan. Pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ini terbina yang besar dan istana yang didirikan
dalam sesebuah komplek, contohnya Masjid Lapan Mutiara di Agra.
Kubur/ Makam Diraja
Monumen lain ynag terdapat pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul ialah Kubur atau tempat
pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya. Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan
menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama. Kebiasaanya bangunan berkenaan dilengkapi
dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari
kesatuan bangunan yang menjadi induknya.
4.Taj Mahal
Binaan yang paling mengagumkan pada zaman kekuasaan kerajaan Moghul iaitu Taj Mahal.
Bangunan ini dibina di Agra sebagai tanda cinta dan kasih Syah Jehan dan isterinya, Mumtaz
Mahal. Bangunan ini didirikan dihujung sebuah kolam yang luas dengan pintu masuk berbentuk
lengkuk awan yang menawan. Di bangunan tersebut juga didirikan masjid-masjid yang seolah-olah
mempunyai tiga hingga tujuh buah mihrab yang dibina bersebelahan. Terdapat juga masjid-masjid
lain yang berdinding tebal, tiada tingkap, dan dibuat kosong tanpa sebarang hiasan. Identitinya
hanya terlihat pada kubahnya yang runcing sahaja. Berkaitan dengan pembinaan istana, binaannya
hampir sama sebagaimana masjid, iaitu terdapat istana di Fathpur Sikri yang didirikan oleh Akhbar
diperbuat daripada batu merah yang disusun dengan saiz yang agak besar. Sebuah gapura yang
dibina sebagai pintu masuk menyerlahkan kehebatan binaan ini. Di sekeliling istana, terdapar
tembok batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang
rasmi pemerintah. Kompleks ini mempunyai cirri-ciri keselamatan yang baik. Terdapat juga pintu
gerbang yang terpisah oleh sebuah lorong dan terdapat juga satu kawasan lapang yang memisahkan
pintu gerbang kedua dengan bangunan istana. Dari segi bahan binaan, kebanyakannya
menggunakan bahan yang berkualiti seperti marmar dan batu merah. Permukaan dinding bangunan
pula dihiasi dengan lukisan mozek yang indah, seramik serta lukisan-lukisan dari teknik stucco.

5.Kota Merah, Delhi (Kubu Merah/Red Fort)


Kota Merah atau nama sebenarnya Lal Qilah atau Qila-Mubarak (Kota yang dirahmati). Kota ini
ialah istana bagi Maharaja Moghul serta menjadi pusat pentadbiran Delhi sehingga tahun 1857.
Penggunaa warna batu bata merah yang memperlihatkan skema warna Monokrome digunakan
untuk membinanya. Kota atau kubu ini terletak kira-kira 2.5km dari Taj Mahal terletak di tepi
sungai Jumna. Pembinaannya bermula pada 1638 oleh pemerintah Moghul ke-5, Maharaja Shah
Jahan (orang yang sama membina Taj Mahal) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk
disiapkan (1648) Kota Merah ialah binaan kubu sepanjang 2km yang pernah berfungsi sebagai
tembok pertahanan terpenting penduduk Kota Delhi daripada serangan sejak zaman-berzaman.
Kubu ini dibina dengan sungai menakung air disekelilingnya sebagai benteng pertahanan daripada
dicerobohi musuh. Monumen ini memperlihatkan seni bina campuran daripada keindahan seni bina
Parsi dan bentuk-bentuk seni bina India. Selain itu, bengunan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan
Dunia UNESCO itu juga adalah bekas kediaman keluarga diraja Moghul.

6. Masjid Jama, Delhi


Tidak jauh dari Kota Merah (Red Fort) tersergam indah sebuah masjid dari kurun ke-17 iaitu Masjid
Jama yang dibina oleh pemerintah Moghul yang sama iaitu Shah Jahan untuk puterinya Jahanara
Begum. Maharaja Shah Jahan dikatakan meletakkan batu asas masjid ini dipuncak sebuah bukit
pada tahun 1650. Nama asal Masjid Jama ialah I Jahan Numa (dalam bahasa parsi bermaksud
Masjid Cermin Dunia) dan kini lebih dikenali dengan nama Masjid Jama. Masjid ini terletak diatas
sebuah bukit yang dikenali sebagai Bhojla kerana maharaja mahukan monument masjid ini lebih
tinggi kedudukannya daripada takhtanya di dalam Kota Merah yang terletak berhadapan dengan
Masjid Jama. Kehebatan binaan itu kekal sehingga hari ini sebagai masjid terbesar di India yang
menjejaki usia 356 tahun atau satu-satunya masjid yang mempunyai Iman Diraja untuk mengetuai
sembahyang semenjak 13 generasi. Pembinaan Masjid Jama yang memakan masa selama 6 tahun
dengan kerahan tenaga seramai 5000-6000 penduduk Islam dan masjid ini dapat disiapkan pada
tahun 1656.

7. KESIMPULAN
Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan
khususnya dari aspek seni bina. Ia bukan sahaja menggunakan bahan yang kukuh bahkan yang
paling unik menggabung nilai-nilai kesenian Islam dengan unsur tempatan Parsi.

You might also like