You are on page 1of 1

TUGASAN PKP 23062020

BAHAGIAN A (Soalan Struktur)

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan empat teras strategik yang telah dikenal pasti untuk pembangunan dan promosi
Malaysia sebagai hub halal. [4]

i. Meningkatkan kesedaran Malaysia sebagai pusat produk dan perkhidmatan halal.


ii. Mengurus persaingan.
iii. Meningkatkan pembangunan dan penyelidikan (R&D)
iv. Membangunkan perkhidmatan halal.

2. Senaraikan empat langkah kerajaan untuk membudaya inovasi dalam kalangan rakyat.
[4]

i. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.


ii. Mengadakan pertandingan inovasi.
iii. Mengadakan anugerah inovasi.
iv. Menganjurkan kempen inovasi.

3. Berikan tiga langkah oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan prasarana kesihatan ke arah
sebuah negara maju. [3]

i. Menyediakan lebih banyak hospital.


ii. Meningkatkan teknologi perubatan.
iii. Kualiti perkhidmatan kesihatan yang sentiasa ditingkatkan.

4. Senaraikan tiga pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengembalikan


kecemerlangan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET). [3]

i. Mengkaji dan menambahbaik kurikulum TVET.


ii. Memantapkan sistem penilaian TVET.
iii. Mengambil pelajar baru yang berkualiti.

5. Nyatakan empat usaha yang boleh diambil bagi menggalakkan penglibatan wanita Malaysia
dalam bidang ekonomi. [4]

i. Menyediakan lebih banyak program latihan dan kemahiran keusahawanan.


ii. Melengkapkan wanita dengan pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
iii. Mempergiat program pembangunan modal insan khususnya dalam kalangan wanita.
iv. Menghapuskan diskriminasi terhadap kaum wanita yang terlibat dalam pelbagai sektor
ekonomi.

You might also like