You are on page 1of 3

POLA PERUBAHAN: MENINGKAT

Soalan 17: Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah,


huraikan perubahan pola tangkapan rakyat Malaysia mengikut
jantina di luar negara berkaitan dengan kes pengedaran dadah
bagi tahun 2011 dan tahun 2012. Berikan faktor-faktor
berlakunya jenayah tersebut.
Tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina berkaitan dengan
kes pengedaran dadah di negara Thailand menunjukkan pola
meningkat pada tahun 2011 dan 2012. Pada tahun 2011, tangkapan
golongan lelaki mencatatkan bilangan sebanyak 17 orang
manakala tangkapan golongan perempuan adalah seorang.
Bilangan tangkapan rakyat Malaysia di Thailand meningkat pada
tahun 2012 dimana bilangan tangkapan golongan lelaki meningkat
kepada 30 orang iaitu berlakunya peningkatan sebanyak 13 orang
atau 76.47% manakala tangkapan golongan perempuan pula
meningkat kepada 7 orang iaitu menunjukkan peningkatan
sebanyak 6 orang atau 85.71%.
Faktor yang menyebabkan berlakunya kes pengedaran dadah di
luar negara yang melibatkan rakyat Malaysia ialah tahap
pemikiran individu yang mudah ditipu. Hal ini demikian kerana
mereka mudah terpedaya dengan janji-janji manis daripada
sindiket pengedar dadah, yang berjanji untuk menawarkan gaji
yang lumayan kepada mereka. Hal ini sangat malang kerana
mangsa baik lelaki mahupun perempuan dengan mudahnya telah
terpedaya dengan sogokan yang dijanjikan. Ada juga segelintir
daripada rakyat Malaysia yang tidak sedar akan tujuan sindiket
ini mempelawa mereka untuk melancong ke luar negara. Dalam
masa yang sama, sindiket ini mengambil kesempatan untuk
mempergunakan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah.

You might also like