You are on page 1of 6

POLA UMUM

POLA KETIBAAN KAPAL DI


PELABUHAN TERPILIH DI MALAYSIA
POLA PERUBAHAN
Ketibaan kapal di pelabuhan Pulau Pinang, Pasir
Gudang dan Labuan dari tahun 2007 hingga tahun
2008 menunjukkan pola peningkatan. Pada tahun
2007, bilangan ketibaan kapal di pelabuhan Pasir
Gudang ialah sebanyak 8874 buah kapal. Bilangan
ini meningkat kepada 9597 buah kapal pada tahun
2008 iaitu menunjukkan peningkatan sebanyak 723
buah kapal atau 8.15%.
POLA PERBANDINGAN
Seterusnya, ketibaan kapal yang tertinggi pada
tahun 2008 ialah di pelabuhan Pasir Gudang
manakala ketibaan kapal yang terendah ialah di
pelabuhan Labuan. Ketibaan kapal di pelabuhan
Pasir Gudang mencatatkan bilangan yang tertinggi
iaitu berjumlah 9597 buah kapal, sementara bilangan
ketibaan kapal di pelabuhan Labuan ialah berjumlah
1137 buah kapal.
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH
DIAMBIL OLEH NEGARA BAGI
MEMASTIKAN JUMLAH KAPAL YANG
BERLABUH MENINGKAT
Antara langkah yang boleh diambil oleh negara
tertentu bagi memastikan jumlah kapal yang berlabuh
meningkat ialah dengan menyediakan kemudahan
infrastruktur yang baik dan selesa di setiap
pelabuhan. Sebagai contoh, kerajaan boleh membaik
pulih kapal yang mengalami kerosakan di pusat
pelabuhan kerana hal ini mampu menarik lebih
banyak kapal untuk berlabuh. Tempat ketibaan
penumpang juga antara kemudahan infrastruktur
yang boleh disediakan di pusat pelabuhan untuk
kegunaan pengguna.
Selain itu, langkah lain yang boleh diambil adalah
dengan memberikan perkhidmatan keselamatan.
Dengan adanya perkhidmatan keselamatan di pusat
pelabuhan, hal ini akan menjamin keselamatan
pedagang di pelabuhan tersebut. Keselamatan kapal
dan barangan juga akan turut terjamin. Kerajaan
sesebuah negara juga boleh menyediakan pengawal
keselamatan untuk melakukan pemantauan atau
memasang kamera litar tertutup untuk mengawasi
setiap pergerakan di kawasan pelabuhan tersebut.

You might also like