You are on page 1of 1

Jadual menunjukkan pola ketibaan kapal di pelabuhan terpilih di Malaysia bagi tahun 2007 dan

tahun 2008. Terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh negara bagi memastikan jumlah kapal
yang berlabuh meningkat.

Pada tahun 2007 dan tahun 2008 ketibaan kapal di pelabuhan Pulau Pinang, Pasir Gudang dan
Labuan didapati meningkat berterusan. Pada tahun 2007 ketibaan kapal di Pelabuhan Pulau Pinang adalah
adalah sebanyak 1715 buah meningkat kepada 2538 buah pada tahun 2008. Peningkatan sebanyak 823
buah kapal bersamaan 48%.

Pada tahun 2007 dan tahun 2008 ketibaan kapal di pelabuhan Klang, Tanjung Pelepas dan
Kuching didapati menurun berterusan. Pada tahun 2007 ketibaan kapal pelabuhan Klang adalah sebanyak
8811 buah menurun kepada 7701 buah pada tahun 2008. Penurunan sebanyak 1110 buah kapal bersamaan
12.6%.

Pada tahun 2007 dan tahun 2008 ketibaan kapal yang paling banyak ialah di pelabuhan Pasir
Gudang manakala ketibaan kapal yang paling sedikit ialah di pelabuhan Labuan. Pada tahun 2007
ketibaan kapal paling banyak ialah di pelabuhan Pasir Gudang iaitu sebanyak 8874 buah manakala
ketibaan kapal paling sedikit ialah di pelabuhan Labuan iaitu sebanyak 1081 buah. Pada tahun 2008
ketibaan kapal paling banyak ialah di pelabuhan Pasir Gudang paling banyak iaitu sebanyak 9597 buah
manakala ketibaan kapal paling sedikit ialah di pelabuhan Labuan iaitu sebanyak 1137 buah.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan jumlah kapal yang berlabuh meningkat
adalah dengan kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan berkualiti di setiap
pelabuhan. Hal ini dikatakan demikian kerana lebih banyak kapal yang melalui perlabuhan negara dapat
ditarik untuk berlabuh. Sebagai contoh, pelabuhan Malaysia hendaklah menyediakan tempat
penyimpanan barang seperti stor atau gudang bagi memastikan barangan yang disimpan dalam keadaan
selamat dan baik. Kesan daripada itu, Malaysia akan diberi kepercayaan oleh negara-negara luar untuk
menggunakan perkhidmatan tersebut.

Selain itu, langkah-langkah yang boleh diambil oleh negara bagi memastikan jumlah kapal yang
berlabuh meningkat ialah menyediakan perkhidmatan keselamatan. Hal ini dikatakan demikian kerana
urusan-urusan perdagangan yang dijalankan di pelabuhan dapat dipastikan berada dalam keadaan yang
terkawal dan selamat. Sebagai contoh, anggota-anggota keselamatan yang terlatih hendaklah disediakan
di sekitar kawasan pelabuhan. Sebagai kesan, keselamatan para pedagang akan terjamin dan
urusan-urusan yang dijalankan akan berjalan dengan lancar.

Kesimpulannya, pihak bertanggungjawab mestilah berusaha untuk memastikan jumlah kapal


yang berlabuh di negara kita meningkat. Oleh hal yang demikian, hasil negara akan meningkat seterusnya
membolehkan kewujudan pembangunan negara.

You might also like