You are on page 1of 1

Soalan nombor 17 (POLA UMUM 2+2)

Jadual menunjukkan pola ketibaan kapal di pelabuhan terpilih Malaysia bagi tahun
2007 dan tahun 2008. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh negara bagi
memastikan jumlah kapal yang berlabuh meningkat.
Ketibaan kapal di pelabuhan Pulau Pinang, Pasir Gudang, dan Labuan menunjukkan
pola peningkatan bagi tahun 2007 dan tahun 2008. Sebagai contoh, ketibaan kapal di
pelabuhan Pulau pinang pada tahun 2007 adalah sebanyak 1715 buah kapal meningkat
kepada 2538 buah kapal pada tahun 2008. Peningkatan ini sebanyak 823 buah kapal iaitu
bersamaan dengan 48%.
Pada tahun 2007 dan tahun 2008, ketibaan kapal yang paling banyak ialah di
pelabuhan Pasir gudang manakala paling sedikit ialah di pelabuhan Labuan. Pada tahun
2007 ketibaan kapal di pelabuhan Pasir gudang ialah 8874 buah kapal manakala ketibaan
kapal di pelabuhan Labuan ialah 1081 buah kapal. Pada tahun 2008 pula, ketibaan kapal di
pelabuhan Pasir gudang ialah 9597 buah kapal manakala ketibaan kapal di pelabuhan
Labuan ialah 1137 buah kapal.
Antara langkah untuk menarik kapal dagang asing berlabuh di pelabuhan negara ini
ialah kemudahan infrastruktur yang cekap. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan baik
pulih kapal yang mengalami kerosakan semasa perjalanan. Selain itu, kerajaan juga perlu
menyediakan tempat daratan penumpang atau tempat memunggah barangan yang selesa
dan berteknologi tinggi.
Langkah seterusnya untuk menarik kapal dagang asing berlabuh di pelabuhan
negara ini ialah keselamatan. Kerajaan perlu menyediakan pengawal keselamatan yang
mencukupi dan berintegriti. Pengawal keselamatan tersebut perlu memainkan peranannya
untuk menjaga keselamatan kapal dan barangan daripada diceroboh.
Kesimpulannya, jumlah kapal yang berlabuh boleh ditingkatkan sekiranya segala
keperluan yang diperlukan oleh kapal yang ingin berlabuh disediakan. Perkembangan
ekonomi negara akan menjadi pendorong kepada jumlah kapal yang berlabuh di samping
keselesaan yang disediakan.

You might also like