You are on page 1of 1

1.

Kerajaan Alam melayu bermula daripada petempatan kecil kemudian


berkembang menjadi sebuah pelabuhan dan seterusnya menjadi kerajaan
(a) Mengapakah Kerajaaan-kerajaan ini bermula di Lembah Sungai?
[ 6 markah]
Kerajaan-kerajaan bermula di lembah sungai untuk mendapatkan sumber air
dan bekalan makanan. Hal ini kerana, penduduk-penduduk memerlukan
sumber air untuk domestik atau kebersihan diri. Kemudian, mempunyai laluan
perdagangan. Selain itu, untuk tujuan pelabuhan dan pengangkutan. Sebagai
contoh, pengangkutan seperti bot dan kapal digunakan untuk menuju ke
destinasi tertentu. Seterusnya, kerajaan-kerajaan ini bermula di lembah
sungai kerana kedudukan dan lokasi yang strategik. Akhirnya, sebagai
Kawasan penempatan.

(b) Buktikan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu dari aspek pemerintahan,


ekonomi, agama dan kemunculan pelabuhan ? [ 8 markah]

(c) Dalam konteks negara kita, apakah iktibar yang boleh diambil bagi
meningkatkan imej negara di serata dunia ? [6 markah)
Iktibarnya ialah kita perlu memupuk perpaduan dalam masyarakt bagi
menjamin keamanan dan keselamatan negara. Selain itu, masyarakat dan
pemerintah haruslah bersifat terbuka untuk memakmurkan ekonomi negara.
Kemudian, kita haruslah bekerjasama dan mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara luar bagi meningkatkan imej negara. Akhirnya, iktibar seperti
kerajinan, kebijaksanaan dan keadilan untuk membina sebuah kerajaan yang
masyhur.

You might also like