You are on page 1of 21

SUDUT PSS

Sudut-sudut Cadangan untuk PSS:

1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH


- Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
- Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan
jelas.
- Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
- Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM


- Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
- Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang
berjaya.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR)


- Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
- Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
- Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

4. ALBUM PUSAT SUMBER


- Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
- Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
- Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP


- Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
- Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
- Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU


- Menarik minat murid untuk membaca.
- Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.
7. SUDUT KUIZ BESTARI
- Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
- Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
- Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH


- Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
- Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

9. LAMAN CAKNA PANTUN


- Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
- Mengekalkan budaya melayu.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH


- Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
- Menghargai kejayaan sekolah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

11. LAMAN KOLEKSI MAYA


- Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu :
 Sudut Mata Wang Sedunia
 Sudut Koleksi Setem Sedunia.
 Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.
 - Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
 - Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
 - Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
 - Menarik minat murid ke perpustakaan.

12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM

- Menghargai bakat yang ada pada murid.


- Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
- Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.
13. SUDUT HASIL KERJA MURID
- Menghargai segala hasil kerja murid.
- Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

14. SUDUT PERMAINAN


- Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.
- Mengekalkan permainan tradisional
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

15. SUDUT POHON ILMU


- Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.
- Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
- Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

16. SUDUT BERCERITA


- Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
- Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

17. SUDUT MAYA PUPET


- Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan
diri yang teguh.
- Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

18. SUDUT WARISAN BUDAYA


- Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.
- Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA


- Memperkenalkan kepada murid negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam
negara.
- Menanam sikap menyintai negara sendiri.
- Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.
20. LAMAN BUSANA
- Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara
kita.
- Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK


- Mengekalkan barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat
pada zaman sekarang.
- Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
- Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi
sekarang.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING


- Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
- Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
- Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.

23. SUDUT SEJENAK MEMBACA


- Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam
perpustakaan.
- Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

24. SUDUT AKHBAR


- Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
- Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

25. SUDUT RUJUKAN


- Sudut Guru
- Memudahkan guru mencari bahan rujukan. Menarik minat guru ke perpustakaan.

- Sudut Murid
- Memudahkan murid mencari bahan rujukan. Menarik minat murid ke perpustakaan.

26. SUDUT KAKTUS


- Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".
- Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
- Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

27. SUDUT MAJALAH


- Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
- Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

28. SUDUT HIDUPAN AIR


- Memperkenalkan benda hidup kepada murid.
- Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

29. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI


- Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
- Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

30. SUDUT PROGRAM NILAM


- Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.
- Melicinkan guru membuat analisis .
- Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

31. SUDUT ANGKASA LEPAS


- Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
- Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
- Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh. Menarik minat
murid ke perpustakaan.

32. SUDUT JALAN RAYA


- Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
- Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

33. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM


- Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir
Islam.
- Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.
34. SUDUT INFO AKURIUM
- Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
- Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

35. SUDUT NOSTALGIA GURU


- Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
- Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
- Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
- Menarik minat murid ke perpustakaan.

INFO PSS
Sejarah Penubuhan Pusat Sumber
Lokasi PSS
Pelan

Visi Pusat Sumber


Pusat Cemerlang, Pelajar Gemilang

Misi PSS
Merealisasikan visi PS dan berazam untuk menawarkan :

1. Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah .


2. Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran
sepanjang hayat
3. Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.

Piagam PSS
Kami warga Pusat Sumber dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab
sesungguhnya berhasrat secara berterusan akan :

1. Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua pelajar.


2. Mengurus dan menyediakan perkhidmatan terbaik ke arah kecemerlangan pelajar
3. Mewujudkan iklam pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran
4. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima
sebarang pandangan dan cadangan .
Matlamat PSS
1. Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan
berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat
memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan
agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk
membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

Objektif PSS

1. Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar.

2. Menggalakkan para pelajar dan guru-guru menggunakan kemudahan

pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber.


3. Meningkatkan profesionalisme guru.
4. Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
5. Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi dan Peranan PSS


Pusat Sumber sekolah memainkan peranan penting untuk
menawarkankemudahan dan laluan intelektual kepada maklumat .
Pusat Sumber SMKDARY akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan
terbaik dengan menawarkan sumber-sumber aktiviti yang dapat
menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat .
OBJEKTIF DAN PENGENALAN
DEFINASI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat
untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih
meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;

Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan


pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat
pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan
berkemahiran belajar sepanjang hayat.

KONSEP
Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan:
Satu Tempat:
Koleksi:
Perkhidmatan:
Agen Perubahan:

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH


Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka
tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan
maklumat secara sistematik.
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan
dan bahan pengajaran - pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan
pelajar - pelajar
Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum
dan kokurikulum.
2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan
secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
3. Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan
dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat
lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5. Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan
maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6. Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan
semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan
semasa dan.perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10. Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan
bagi memudahkan proses pembelajaran.

CIRI - CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN.

1. Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi,
tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah.
2. Masyarakat sekolah tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber.
3. Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan
sepanjang tahun.
4. Masyarakat sekolah merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat
bahan , alatan dan maklumat.
5. Mempunyai koleksi yang sesuai,mencukupi,terkini dan menarik.
6. Perkhidmatan dan koleksi PSS digunakan sepenuhnya dalam proses
pengajaran - pembelajaran
7. Masyarakat sekolah memahami peranan PSS sebagai satu khidmat bantu
kurikulum.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

6.1 PENGURUSAN SISTEM FAIL PSS

1. Fail Jawantankuasa Induk - Carta Organisasi


1. Fail Jawatankuasa Kerja - Senarai AJK
2. Fail Jawatankuasa Pengawas - Minit Mesyuarat
3. Fail Meja

- SenaraiTugas - Senarai Semak


- Prosedur Kerja - Buku Catatan Tugas Seharian

1. Fail Pekeliling PSS


2. Fail Aktiviti

 Laporan aktiviti yang dijalankan

 Perancangan
1. Fail Surat – BTP / BTPN / PKG

 Surat keluar/masuk PSPN/PKG


1. Fail Perkhidmatan Komputer ( Jika Perlu )
2. Fail Surat-surat Rasmi PSS
3. Fail Program NILAM
4. Fail Jadual Waktu Siaran TV. Pendidikan
5. Fail Projek Khas
6. Fail Program Pemuafakatan
7. Fail Jawatankuasa Hapus kira dan Pelupusan
8. Fail Jawatankuasa Pemilihan Bahan
9. Fail Pembelian ( PCG )

 Setiap fail ini perlu mengikut Sistem Fail setiap sekolah

6.2 REKOD-REKOD PENGGUNAAN , PINJAMAN DAN PEMULANGAN

1. Rekod Perolehan Buku


2. Rekod Perolehan Bahan Bukan Buku
3. Rekod Perolehan Majalah
4. Rekod Perolehan Akhbar
5. Rekod Pinjaman Buku – Guru dan Pelajar
6. Rekod Pinjaman Bukan Buku – Guru dan pelajar
7. Rekod Pinjaman Kelompok / Bulk Loan
8. Rekod Pinjaman Peralatan – Guru dan Pelajar
9. Rekod Aktiviti PSS
10. Rekod Penggunaan Bilik
11. Rekod Penggunaan komputer / internet
12. Rekod Kedatangan ke PSS
13. Rekod Pelawat
14. Rekod Bertugas Jawatankuasa Kerja PSS
15. Rekod Bertugas Pengawas PSS

6.3 RANCANGAN TAHUNAN PUSAT SUMBER

6.4 LAPORAN PUSAT SUMBER ( BULANAN DAN TAHUNAN 0

6.5 RANCANGAN PEMBANGUNAN PSS / BLUE PRINT

6.6 DOKUMENTASI
PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.1 Peraturan Am
1.2 Peraturan Khusus
1.3 Peraturan penggunaan alat / ruang
1.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan bahan / alat

5.1 PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN

Disiplin

1) Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.

2) Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

3) Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam

Perpustakaan.

4) Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah

kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru

PSS.

5) Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak

dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

6) Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan

kemas selepas digunakan.

7) Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam

perpustakaan tanpa kebenaran.

8) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi

pembelajaran tanpa diiringi guru.


9) Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di

tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng


atau dirosakkan.

Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak


dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.

Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat


disediakan.

Pakaian

Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.


Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak
dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar


peraturan Perpustakaan.

5.2 PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU

1) Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan


bilik Pusat Sumber (Perpustakaan atau Bilik Audio Visual.

2) Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-


bilik Pusat Sumber.

3) Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-


kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4) Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan
Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

5) Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik
dikunci selepas menggunakan bilik-bilik Pusat Sumber.

5.3 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD

1) Disiplin

2) Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik APD.

3) Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik APD.

4) Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video,

radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini

tanpa kebenaran.

5) Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum

meninggalkan bilik ini.

6) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik APD semasa sesi

pembelajaran tanpa diiringi guru.

7) Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik APD di

tempat yang disediakan.


Bahan-bahan bilik APD

Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain
tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
Segala perisian di dalam bilik APD tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini
tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pakaian
1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam
bilik APD
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah
adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik APD.

5.4 PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT

1) Pinjaman Buku Rak Terbuka

2) Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan


adalah kepunyaan si peminjam.

3) Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan


perpustakaan

4) Contoh :-Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah


dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh
meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan
hutangnya.
5) Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad matrik (
bar kod ) menggunakan system pustakawan berkomputer .

6) Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang'


(dibelakang buku).

7) Serahkan buku kepada si peminjam dan kad pinjaman

Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan system pustakawan


berkomputer .

PERINGATAN.

1) Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 5 hari buku rujukan dan 5 hari
BF.

2) Seorang pelajar dibenarkan meminjam 3 buah buku sahaja pada


satu-satu masa (kecuali PPSS)

3) Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan
juga selepas waktu sekolah. (Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh
meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau Kerani
Perpustakaan)

4) Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 30


buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 3 bulan . Bagi
peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku
yang dipinjam sebelumnya.

5) Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas


dengan tenang dan senyap.

6) Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter


peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan

Pemulangan Buku Rak Terbuka

 Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada 'Tarikh Pulang'

yang sepatutnya.

 Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda Jika peminjam

berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau

boleh membayar pada lain hari.

 Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda' dan wang

diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama.


 Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga

asal buku berkenaan .

 Lewat sehari para pelajar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen .

 Denda akan dikenakan mengikut bilangan hari lewat bagi setiap buku .

 Sekiranya pelajar tidak mampu membayar denda kerana kecuaian

sendiri.

 Maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga denda

dilangsaikan .

KELAYAKAN PEMINJAM DAN JUMLAH PINJAMAN

SYARAT UMUM

 Staff
 Guru dan Pekerja
 Mempunyai kad pinjaman buku kad matrik berkod bar
 Tidak dibenarkan meminjamkan kad kepada orang lain.
PELAJAR BIASA

 Contoh
 Pelajar Tahun I hingga Vl.
 Kad Pinjaman Buku - kad matrik berkod bar.
 Maksima 3 buah buku - sekali pinjam

PELAJAR TINGKATAN VI

Contoh
 Kad pinjaman matrik berkod bar
 2 buku rak terbuka
 1 buku rak tertutup
 Maksima 3 buah buku dari mana-mana kombinasi - sekali
pinjam (Budi bicara sekolah).

PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PENGAWAS SEKOLAH

Contoh
Tingkatan III dan V.
Kad pinjaman matrik berkod bar
Tingkatan VI :
Berhak meminjam maksima 5 buku pada satu-satu masa

GURU
Contoh
Kad Matrik berkod bar
30 buah buku dari rak terbuku atau rak tertutup ( budi bicara )

TEMPOH PINJAMAN

Contoh
Buku rak tertutup - sehari
Buku rak terbuka - 1 minggu
Majalah - selepas berusia sebulan
Bank Soalan - 2 jam (rujukan dalam perpustakaan sahaja).

PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN

Contoh
Mengikut jadual waktu penggunaan PSS.

PERATURAN PINJAMAN

Contoh
 Kad tidak boleh dipindah hak milik
 Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang,
pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
 Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam
keadaan senyap.
 Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari 'tarikh pulang'. Jila
lewat, tindakan akan diambil.
 Kertas soalan Tahun Lepas/Bank Soalan - Jika didapati pelajar
mencoteng atau menghilangkannya, pelajar wajib membayar harga
fotostat untuk setiap muka surat.
 Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan
ditahan.

KAD PINJAMAN.

Menggunakan kad yang ditetapkan oleh PSS.


Sistem Kad :-
Cara pengedaran Kad PSS ditentukan oleh Setiausaha PSS.

You might also like